Ahad, 23 Oktober 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Konsep Asnaf diperluas

Posted:

Konsep Asnaf diperluas

Konsep Asnaf diperluas

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
utusanktn@gmail.com

KUANTAN 23 Okt. - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) akan mengkaji keperluan membina Kompleks Asnaf di daerah lain bagi membolehkan golongan yang memerlukan dibantu dengan lebih berkesan.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, pada masa sama Muip juga akan melihat perkembangan kompleks itu yang terletak di Kampung Pahang di sini yang mula beroperasi sejak Oktober tahun lalu.

Baginda yang juga Yang Dipertua Muip bertitah, kompleks itu yang menempatkan golongan fakir, mualaf dan ibu tunggal termasuk remaja bermasalah bukan sekadar menjadi tempat perlindungan sebaliknya berperanan membentuk penghuninya untuk berdikari.

"Saya tidak mahu kompleks ini sekadar tempat perlindungan untuk warga emas, sebaliknya mendidik remaja dan mualaf untuk lebih mengenal diri masing-masing.

"Pada satu tempoh, mereka akan berdikari dan membina kehidupan sendiri," titah baginda ketika berangkat melawat Kompleks Asnaf Muip di Kampung Pahang di sini baru-baru ini.

Turut berangkat Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif.

Pada program itu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan kepada 30 asnaf dan menerima penyerahan zakat perniagaan daripada Persatuan Peladang Kebangsaan (Nafas) bernilai RM1.4 juta.

Tengku Abdullah berharap Kompleks Asnaf di sini yang beroperasi sepenuhnya pada Oktober tahun lalu dengan menempatkan 24 asnaf itu dapat berfungsi dengan baik selain menjaga kebajikan penghuninya.

Baginda bertitah, pihak pengurusan perlu mengambil inisiatif melaksanakan program sampingan di kompleks itu supaya penghuni berpeluang menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

Full content generated by Get Full RSS.

Pantai Timur 2011 angkat budaya tiga negeri

Posted:

Pantai Timur 2011 angkat budaya tiga negeri

Pantai Timur 2011 angkat budaya tiga negeri


ORANG ramai yang hadir memeriahkan Temasya Pantai Timur 2011 yang diadakan di Dataran Pekan, semalam.


PEKAN 23 Okt. - Penganjuran Temasya Pantai Timur 2011 di Dataran Pekan di sini selama tiga hari berakhir hari ini ternyata tidak menghampakan para pengunjung dengan pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan.

Malah, usaha Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara untuk mengangkat serta menyemarakkan kebudayaan masyarakat tiga negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan sebagai ikon seni budaya Malaysia pasti mampu memikat pelancong asing.

Menurut salah seorang pengunjung, Sarah Zainal, 44, dia berasa bertuah kerana berpeluang mengunjungi temasya itu dan mengenali kesenian dan kebudayaan ketiga-tiga negeri dengan lebih dekat.

"Selama ini saya hanya mendengar dan membaca mengenai seni budaya, tetapi apabila datang ke sini dan melihat sendiri persembahan, saya rasa bertuah.

"Memang satu kelainan jika dibandingkan dengan seni budaya negeri sendiri kerana saya berasal dari Kuantan. Apa yang menarik perhatian saya ialah kepelbagaian kuih tradisional dari setiap negeri," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah ibu kepada tiga anak itu, temasya berkenaan juga memberi peluang untuk melihat perbezaan gaya hidup melalui persembahan kesenian seperti sketsa main puteri, mak yong, wayang kulit, ulek mayang dan tarian pelanduk

"Setiap persembahan membawa kita kepada 1,001 cerita yang memerlukan penghayatan mendalam," jelasnya.

Bagi seorang anggota bomba, Mohd. Hairuddin Saidi, 33, penganjuran temasya itu sesuai dengan bulan memartabatkan bahasa kerana ia dapat memupuk semangat jati diri yang tinggi melalui seni dan budaya.

"Seiring dengan dunia pada masa kini memang susah untuk kita mengembalikan seni dan budaya dalam aktiviti seharian. Tetapi, dengan penganjuran temasya ini seolah-olah menyedarkan kita dan memupuk kembali semangat cintakan seni dan budaya yang merupakan tunjang kehidupan kita," jelasnya yang berasal dari Rompin.

Katanya, temasya yang diadakan itu ternyata memberi kesan baik terutama kepada generasi muda kini.

"Saya cadangkan lebih banyak agensi kerajaan menyertai temasya seperti ini pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu Salbiah Budin, 38, berkata, penduduk seharusnya berasa bertuah kerana Pekan dipilih sebagai lokasi temasya kali ini.

Full content generated by Get Full RSS.

UMNO Pahang akan terus berkerja keras - Sharkar

Posted:

UMNO Pahang akan terus berkerja keras - Sharkar

UMNO Pahang akan terus berkerja keras - Sharkar

KUANTAN 23 Okt. - UMNO Pahang akan terus bekerja keras dan menggalas apa jua tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas parti itu bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, UMNO Pahang juga akan bekerja dan menyokong siapa sahaja calon yang bertanding mewakili BN di mana-mana kerusi di negeri ini.

"Siapa calon mewakili BN di Pahang bukan persoalannya, apa yang penting UMNO perlu rapatkan barisan dan terus bekerja keras bagi memastikan BN menang pada pilihan raya umum akan datang.

"Ini lebih penting dilakukan oleh UMNO selaku parti tonggak dalam BN," katanya kepada Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kesediaan MCA Bahagian Kuantan untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO negeri bagi menentukan parti komponen mana yang paling tepat untuk mewakili BN dalam usaha merampas kerusi Parlimen Kuantan daripada pembangkang.

Pengerusi MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker pada sidang akhbar baru-baru ini berkata, kerusi itu yang ditandingi MCA sebelum ini boleh diberikan kepada UMNO tetapi dengan syarat ditukarkan kepada kerusi lain dalam daerah Kuantan.

Mengulas lanjut, Mohd. Sharkar berkata, apa yang dinyatakan oleh Lian Ker itu hanya pandangan peribadi Pengerusi MCA Kuantan itu.

Beliau berkata, soal pemilihan kerusi untuk mewakili BN di Pahang pada pilihan raya umum akan datang terserah kepada keputusan pucuk pimpinan BN di peringkat Pusat yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Apa yang penting, setiap parti komponen BN perlu menerima keputusan yang dibuat nanti secara terbuka dan lapang dada," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved