Rabu, 5 Oktober 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Projek kampus PHT diteruskan

Posted:

Projek kampus PHT diteruskan

Projek kampus PHT diteruskan

Oleh FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com.my

DUNGUN 4 Okt. – Projek pembinaan kampus Politeknik Hulu Terengganu (PHT) yang tergendala sejak lebih tiga tahun lalu tetap diteruskan pembinaannya di daerah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, projek berharga RM184 juta itu tertangguh pembinaannya berikutan masalah teknikal dan tapak asal yang tidak sesuai.

Menurut beliau, pihaknya telah bangkitkan masalah berkenaan dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkunjung ke negeri itu baru-baru ini.

"Walaupun mengalami kelewatan, politeknik itu tetap akan dibina. Tidak dipindahkan ke daerah lain, tetap dibina di Hulu Terengganu.

"Kita tidak dapat memaklumkan bila ia akan mula dibina kerana usaha untuk menyelesaikan masalah itu sedang berjalan antara kerajaan negeri dan persekutuan," katanya selepas Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), dekat sini baru-baru ini.

PHT yang menyewa bangunan milik Majlis Daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang kini mempunyai kira-kira 200 pelajar dengan menawarkan dua program pengajian iaitu Diploma Perakaunan dan Diploma Pengurusan Pelancongan.

Ahmad Razif berkata, pihaknya turut mengambil kira cadangan beberapa pihak untuk membina kampus itu di kawasan padang ragut Tersak di Kampung Tanjung Putat atau dekat stadium mini Kuala Berang.

"Pembinaan kampus berkenaan cukup penting bagi memastikan penduduk di kawasan itu menerima pendidikan dengan lebih baik, selaras dengan perancangan asalnya," ujarnya.

Hadiah Wei Peng untuk ibu

Posted:

Hadiah Wei Peng untuk ibu

Hadiah Wei Peng untuk ibu


YEN Wei Peng pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 4 Okt. - Kehidupan yang ditempuh oleh Ten Wei Peng, 25, tidak mudah, namun kepayahan itulah pendorong baginya untuk berjaya dalam pelajaran yang bakal membuka masa depan yang lebih luas baginya dan keluarga.

Berasal dari Sungai Siput, Perak, graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu kehilangan bapa ketika di tingkatan lima dan setahun kemudian ibunya terlantar menghidap barah rahim dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Dilahirkan dengan tangan kanan kudung menyebabkan anak sulung daripada tiga beradik itu melalui kesukaran menjalani kehidupan remaja dengan label orang kurang upaya (OKU).

Namun, dia berusaha menukarkannya menjadi satu kelebihan dan tidak lagi mempedulikan pandangan orang mengenai kecacatan itu ketika mula menjejakkan kaki sebagai penuntut UMT empat tahun lalu.

Kegigihannya berbaloi apabila Wei Peng memperoleh kepujian dalam Sarjana Sains Matematik pada konvokesyen UMT baru-baru ini.

Dia merupakan antara 1,736 graduan UMT yang menerima ijazah, diploma serta sijil pada majlis konvokesyen universiti itu yang disempurnakan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah selaku Canselor UMT.

Bagi Wei Peng, ibunya, Siah Boon Eng, 50, banyak berkorban demi masa depan anak-anak setelah kehilangan suami sebagai tempat bergantung dan dia mengimpikan kejayaan lebih besar bagi membals jasa ibunya.

"Sejak bapa mula dikesan menghidap barah, ibu terpaksa berhenti kerja di sebuah kilang di Sungai Siput sehingga ke hari ini. Mujurlah kami sekeluarga ditanggung insurans nyawa mendiang bapa selain mendapat bantuan sanak saudara.

"Saya memang menyimpan cita-cita untuk ke menara gading untuk membantu keluarga apatah lagi kematian ayah sewaktu saya di tingkatan lima dan sejak itu, tanggungjawab ayah dipikul oleh ibu," ujarnya ketika ditemui di sini.

Menceritakan pengalamannya semasa menuntut di UMT, dia pada mulanya agak janggal apabila sering dijadikan tumpuan mata orang di sekeliling.

Namun, ia tidak pernah merencatkan semangatnya untuk 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah' dengan warga kampus yang lain sehingga berjaya bergelar graduan.

"Saya sentiasa tekun membuat latihan dan mengulang kaji pelajaran sama ada berseorangan atau pun berkumpulan," jelasnya.

Tambah Wei Peng, dia ada menerima tawaran menjadi tutor dan pensyarah di universiti tempatan selain merancang menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD).

2 pelajar Politeknik Kota Bharu timba pengalaman di Korea

Posted:

2 pelajar Politeknik Kota Bharu timba pengalaman di Korea

2 pelajar Politeknik Kota Bharu timba pengalaman di Korea


NUR Solehah Abdul Rahman (tengah) menyertai Program Asian Pasific Youth Caravan (APYC) ke Korea Selatan, baru-baru ini.


KOTA BHARU 4 Okt. - Pepatah ada mengatakan, 'tak kenal maka tak cinta.' Itulah yang dilalui oleh dua pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB) ketika berpeluang menyertai Program Asian Pasific Youth Caravan (APYC) ke Korea Selatan baru-baru ini.

Pandangan skeptikal mengenai masyarakat negara terbabit yang kononnya sombong, akhirnya lebur apabila mereka disapa dengan penuh mesra sebaik menjejakkan kaki di negara yang cukup popular dengan cerita 'Winter Sonata' itu, pada 20 September lalu.

Lantaran itu, keramahan masyarakat Korea tersebut cukup mengujakan dua pelajar PKB terbabit iaitu Nur Solehah Abdul Rahman, 24, pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal Pertanian dan rakannya, Shahrul Ridzwan Bokhari, 22.

Bagi Nur Solehah, keramahan yang ditonjolkan oleh masyarakat Korea ketika menyambut kedatangan peserta menyebabkannya cepat terasa menjadi sebahagian daripada mereka.

"Saya terkejut dengan layanan yang diberikan oleh masyarakat di sana. Tindakan tersebut memperlihatkan masyarakat di sana cukup menghormati tetamu dan perlu diraikan dengan sebaik mungkin.

"Mereka hormat saya sebagai seorang Islam, contohnya ketika masuk waktu solat, mereka akan memberitahu dan menyediakan tempat untuk saya menjalankan kewajipan tersebut.

"Selain itu, dalam aspek pemakanan mereka tidak pernah menyediakan makanan tidak halal kepada saya sebaliknya menyuruh memakan sayur-sayuran sahaja," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam, sekembali daripada menyertai program tersebut.

Ini membuatkannya berasa begitu selesa sepanjang mengikuti program berkenaan.

Nur Solehah memberitahu, pengalaman 10 hari di negara terbabit sudah cukup untuk mempelajari dan menimba ilmu berharga terutama aspek sosio budaya masyarakat di negara itu yang boleh dijadikan contoh.

"Antara perkara yang dapat saya pelajari sepanjang berada di sana ialah sikap masyarakat Korea Selatan yang cukup mementingkan kebersihan. Buktinya bilangan tong sampah yang diletakkan di kawasan awam cukup sedikit tidak seperti di negara ini," ujarnya.

Sementara itu, Shahrul Ridzwan berkata, dia banyak mempelajari perkara baru sepanjang berada di negara berkenaan.

"Sepanjang berada di sana saya lihat masyarakat Korean cukup menjaga budaya mereka. Walaupun sudah menjadi negara maju budaya asal tetap utuh diamalkan. Selain itu, saya juga dapat lihat bagaimana mereka memperkenalkan budaya mereka melalui gelombang muzik yang di kenali sebagai 'wave'," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah PKB, Noor Azhan Othman meluahkan rasa bangga dengan kejayaan pelajarnya yang mewakili negara dalam program berkenaan.

"Kejayaan tersebut membuktikan pelajar Politeknik mampu bersaingan dengan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved