Rabu, 5 Oktober 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Rayu lanjut tempoh bazar

Posted:

Rayu lanjut tempoh bazar

Rayu lanjut tempoh bazar

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


SELAIN arahan tutup operasi, peniaga di bazar sementara di Jalan Ampang juga tidak dapat meneruskan perniagaan mereka kerana bekalan elektrik sudah dipotong.


KUALA LUMPUR 5 Okt. - Seramai 43 peniaga bazar sementara di Lot 152, Jalan Ampang berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di sini merayu Kementerian Pelancongan melanjutkan tempoh operasi bazar itu untuk sekurang- kurangnya dua minggu lagi.

Mereka mendakwa masih ramai peniaga yang belum mendapat kembali modal yang mereka laburkan untuk memulakan perniagaan yang memulakan operasinya sejak Mac lalu.

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) yang mewakili peniaga berkenaan berpendapat, peniaga terbabit harus diberikan peluang untuk terus berniaga di situ.

Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya akan menulis surat kepada Kementerian Pelancongan untuk menjelaskan masalah peniaga di situ dan merayu bazar itu diteruskan.

"Bagaimanapun, keputusan akhir tetap bergantung kepada kementerian berkenaan tetapi kita harus berusaha," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Beliau mengulas kemelut yang berlaku apabila Matic mengarahkan para peniaga yang juga merupakan ahli Persatuan Peniaga Kuala Lumpur 1Malaysia (PPKL1M) mengosongkan tapak itu pada minggu lalu.

Arahan itu telah mengejutkan peniaga yang terlibat mereka sepakat untuk membuat bantahan termasuk mendapatkan bantuan daripada Ikhlas.

Ridzuan memberitahu, dalam perbincangan yang diadakan dengan pihak kementerian dan para peniaga, masalah yang berlaku itu berpunca daripada salah faham mengenai surat perjanjian yang telah ditandatangani sebelum operasi perniagaan yang dimulakan 14 Mac lalu.

Katanya, dalam perjanjian itu, ada disebutkan bahawa pihak kementerian berhak untuk menarik balik kelulusan penggunaan tanah tersebut pada bila-bila masa.

Namun, jelas beliau, apa yang mengecewakan para peniaga berkenaan ialah mereka tidak mengetahui keputusan kementerian itu lebih awal.

"PPKL1M dikatakan gagal memaklumkan kepada ahli-ahlinya mengenai syarat tersebut dan akibatnya para peniaga terpaksa menanggung kerugian.

"Namun, kami akan berusaha menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut ini, demi kepentingan para peniaga dan semua pihak," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Rashidi Hasbullah berkata, tidak ada sebab mengapa peniaga harus membuat bantahan memandangkan lokasi perniagaan itu sememangnya bersifat sementara.

Katanya, notis yang mengarahkan mereka keluar dari tapak niaga itu juga telah lama dikeluarkan dan PPKL1M sepatutnya memaklumkan kepada para peniaga tentang perkara tersebut.

UPM, Mitsubishi anjur simposium perhutanan

Posted:

UPM, Mitsubishi anjur simposium perhutanan

UPM, Mitsubishi anjur simposium perhutanan

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Mitsubishi Corporation akan menganjurkan Simposium Antarabangsa 2011 di Hotel Royal Chulan, di sini pada 24 hingga 25 Oktober.

Pengerusi Simposium, Prof. Datuk Dr. Nik Muhamad Nik Ab. Majid, yang juga profesor di Fakulti Perhutanan UPM berkata, simposium antarabangsa perhutanan kali kedua itu akan membincangkan hasil penyelidikan mengenai isu berkaitan pemuliharaan ekosistem hutan tropika.

"Lebih dua dekad Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalin kerjasama dengan gergasi automotif dunia, Mitsubishi Corporation ke arah aktiviti-aktiviti penyelidikan bagi memulihara ekosistem hutan hujan tropika dan perubahan cuaca global.

"UPM dan Mitsubishi menyedari pentingnya usaha untuk mengimbangi kekurangan pelepasan oksigen oleh alam semula jadi berbanding peningkatan pelepasan karbon dari industri dan automotif," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sebanyak 300 peserta dijangka hadir termasuk saintis dari UPM, beberapa universiti serta Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Menurut kenyataan itu, peserta luar negara dari Jepun, Amerika Syarikat, Australia, Filipina, Brazil, China, Thailand dan Indonesia juga telah mengesahkan penyertaan.

"Ucaptama akan disampaikan oleh salah seorang pelopor projek kerjasama UPM-Mitsubishi iaitu Prof. Dr. Akira Miyawaki dari Institute for Global Enviromental Strategies (IGES-JISE), Jepun,," kata Nik Muhamad.

Peserta daripada masyarakat awam juga akan dijemput untuk mengikuti majlis pembukaan simposium itu dan mereka berpeluang melihat pameran poster penyelidikan dan laporan daripada pelbagai negara dan institut.

Pendaftaran adalah percuma. Hubungi urus setia simposium di talian 03-89466003/6013/6014/ 6015 untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

UMNO Batu cari punca projek sekolah tergendala

Posted:

UMNO Batu cari punca projek sekolah tergendala

UMNO Batu cari punca projek sekolah tergendala

KUALA LUMPUR 5 Okt. - UMNO Bahagian Batu akan mendapatkan penjelasan terhadap projek pembinaan sebuah sekolah rendah berhampiran Perumahan Awam Seri Perak, Bandar Baru Sentul di sini yang masih belum dimulakan walaupun pengumuman mengenainya dibuat sejak setahun lalu.

Ketuanya, Datuk Yahaya Mat Ghani berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak yang bertanggungjawab bagi mengetahui apakah masalah yang membelenggu projek itu.

Menurutnya, beliau akan berjumpa dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan pihak Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai status projek tersebut.

"Kita tak mahu rakyat tertanya-tanya mengapa sekolah itu masih belum dibina sedangkan projek tersebut sudah diumumkan setahun yang lepas.

"Pembangkang pula kini sibuk memainkan isu tersebut dengan mengatakan pembinaan sekolah ini hanyalah janji kosong kerajaan sedangkan kerajaan berusaha untuk menyelesaikannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Touch Point BN Batu di Pusat Khidmat Masyarakat BN Batu, Taman Bilion Mewah di sini baru-baru ini.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 penduduk setempat itu, kira-kira 600 orang menerima sumbangan meliputi pemandu teksi, belia dan bakal haji.

Kira-kira RM130,000 diperuntukan bagi sumbangan tersebut di mana penerima telah dikenal pasti sebagai pengundi di Parlimen Batu.

Sementara itu, tambah Yahya, beliau difahamkan terdapat masalah mengenai status tanah tapak projek itu dan perkara ini melibatkan perbincangan antara Jabatan Pelajaran dengan DBKL.

"Saya akan mendapatkan jawapan mengenai masalah ini dalam masa terdekat demi kepentingan rakyat di sini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved