Ahad, 16 Oktober 2011

Utusan Online - Rencana


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Selamatkan akidah umat Islam!

Posted:

Selamatkan akidah umat Islam!

Selamatkan akidah umat Islam!

Oleh MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH
PROF MADYA DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Tanggal 22 Oktober 2011, kita sebagai umat Islam akan melakarkan sejarah, percubaan untuk mengimpunkan seramai sejuta orang di Stadium Shah Alam. Sama ada berjaya atau tidak, kita serahkan kepada Allah SWT.

Perhimpunan ini yang dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) serta badan-badan bukan kerajaan, NGO-NGO Islam, mewakili pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau, tenaga guru dan lain-lain badan.

Perhimpunan yang bertemakan "Selamatkan Akidah", secara tidak langsung mahu memberi amaran kepada bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan orang Islam dan jangan sekali berani memurtadkan mereka.

Perlu diingatkan bahawa orang Melayu adalah umat Islam yang paling beruntung di dunia ini berbanding dengan umat Islam di negara-negara lain. Melayu dan Islam dilindungi oleh Perlembagaan. Islam itu, Melayu itu Islam. Lebih istimewa lagi yang memeluk agama Islam, pun boleh dikira sebagai Melayu mengikut Perlembagaan, walaupun bukan Melayu dari segi keturunan.

Bermakna, saudara Muslim juga tidak boleh murtad setelah memeluk Islam. Apatah lagi orang Melayu. Inilah peruntukan yang tidak ada dalam dunia. Begitulah beruntungnya umat Islam di negara bertuah ini.

Namun, sayangnya murtad tetap juga berlaku. Bukan Islam begitu berani memurtadkan umat Islam walaupun ia tidak dibenarkan sama sekali. Insiden yang dalam majlis Gereja Katholik Damansara Utama (DUMC) begitu mencabar sama sekali wibawa agama dan umat Islam. Kita mesti bangun sebelum nasi menjadi bubur.

Menurut statistik, setakat ini hanya 168 permohonan murtad diluluskan. Menurut sumber lain jumlah permohonan murtad sebanyak 686 manakala kelulusan diberikan kepada 135 orang. Sabah mendahului dengan 67 orang manakala Negeri Sembilan 33 orang.

Menurut Pawanchek Merican, jurucakap Persatuan Peguam Muslim, Mahkamah Syariah Negeri Sembilan telah meluluskan 16 kes meninggalkan Islam. Saya amat yakin jumlah ini jauh lebih besar daripada yang sebenar kerana menurut Mufti Perak, lebih 260,000 telah dimurtadkan.

Gerakan memurtadkan umat Islam telah lama berlaku. Apa yang penting bukannya angka, tetapi percubaan dan keberanian mencabar kedaulatan agama Islam. Kita tahu, tetapi buat-buat tidak tahu.

Pihak yang mengambil kesempatan amat licik. Contohnya, pembinaan pusat Kristian antarabangsa, yang dikenali sebagai Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil oleh Calvary Church, atas nama badan kebajikan untuk mendapat pengecualian cukai. Memang menjadi perancangan Kristian untuk menjadi Malaysia sebagai sasaran Kristianisasi setelah berjaya di negara Melayu yang lain seperti Indonesia.

Bagi mendapat kebenaran merancang, mereka telah mengemukakan pelan kepada Dewan Bandaraya sebagai pusat komersial. Apabila mendapat kebenaran merancang, yang dibina bukanlah pusat komersial. Ia hanya sebagai alat, tetapi yang akan muncul nanti sebagai mercu tanda adalah gereja terbesar di Asia.

Itu pun mereka masih terus mendesak dan memohon kerajaan membenarkan mereka mendirikan gereja di Putrajaya dan Shah Alam, di kawasan yang mereka amat minoriti. Apakah kita masih buta?

Bagaimana populasi penduduk yang hanya 10 peratus boleh membina sebuah gereja terbesar di Asia dalam sebuah negara Islam? Tidak cukupkah dengan pembinaan patung tertinggi di dunia di Batu Caves? Jangan ulangi kesilapan demi kesilapan. Akhirnya, nanti negara ini akan keluar Malaysia boleh dalam segala hal. Di manakah kedudukan tujuh wasiat raja-raja Melayu itu?

Sebagai umat Islam kita sepatutnya menjunjung kasih titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah, yang disampaikan mewakili Raja-Raja Melayu sempena Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama bulan lalu.

Antara intipati utama yang terkandung dalam titah diraja baginda ialah supaya umat Islam di negara ini menghayati semangat bersatu padu khususnya dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa.

Menurut baginda lagi, kelemahan umat Islam yang semakin terserlah menyebabkan pihak-pihak lain bertambah angkuh, dan toleransi umat Islam terus dicabar. Akibatnya, pencerobohan-pencerobohan bentuk baru telah berlaku seperti pelanggaran menghormati kalimah suci Allah yang sekian lama menjadi 'hak eksklusif' kepada umat Islam.

Menurut Raja Nazrin lagi, pada ketika umat Islam hari ini dilihat berada dalam kemelut taksub untuk meraih kuasa dan pengaruh politik sehingga sanggup menggadaikan prinsip-prinsip asas agama dan maruah bangsa. Ketaksuban politik di kalangan umat menyebabkan mereka bergembira melihat pihak yang kalah menjadi abu walaupun pihak yang menang hanya akan menjadi puntung-puntung arang.

Ingatlah wahai saudaraku, ramai yang beranggapan bahawa survival umat Islam (Melayu) terletak di tangan parti politik. Tanpa kita sedari sepatutnya survival parti politik itulah yang bergantung kepada umat Islam (Melayu) itu sendiri.

Adalah tidak tepat jika bangsa Melayu cuba dimajukan secara reaktif, yakni dengan saranan menyandarkan kekuatan mereka kepada kemenangan parti semata-mata, sedangkan mereka seharusnya dibangunkan secara proaktif dengan membina kekuatan diri sendiri terlebih dahulu. Kekuatan diri yang akan menguatkan kekuatan parti.

Hakikatnya parti hanyalah satu alat sedangkan kecemerlangan bangsa, agama dan negara adalah satu matlamat. Matlamat hanya ada satu, sedangkan jalan-jalan menuju ke matlamat begitu banyak. Bangsa yang bijak, tidak akan meletakkan hanya satu jalan sahaja untuk mencapai satu matlamat.

Di sinilah terletaknya kematangan berpolitik. Lihatlah politik bukan Islam, mereka meluaskan jalan dan jaringan, bebas untuk bekerjasama dengan mana-mana Amat jelas sekali ada gerakan yang seolah-olah mahu melunturkan akidah umat Islam dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam. Inilah cabaran yang memerlukan pengorbanan di kalangan kita.

Ayuhlah, tidak kira apa jua latar belakang, ideologi, parti politik dan sebagainya, kita sebagai umat Islam perlu zahirkan tindakan dengan tampil ke hadapan untuk menunjukkan solidariti kita pada 22 Oktober ini. Barulah ketika itu orang lain tidak berani memijak kepala kita lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Pembangunan bakat perlu menyeluruh

Posted:

Pembangunan bakat perlu menyeluruh

Pembangunan bakat perlu menyeluruh

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

KETIKA membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penubuhan Perbadanan Bakat (TC) yang berperanan meneraju inisiatif menarik 700,000 rakyat Malaysia berkemahiran tinggi yang kini bekerja di luar negara untuk pulang berkhidmat di tanah air.

Susulan itu, pada Januari 2011, perbadanan berkenaan telah memulakan operasi secara rasmi dengan lepasan Universiti Cambridge, Johan Mahmood Merican telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Perbadanan terbabit turut bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dan perwakilan Malaysia di luar negara bagi menarik ekspatriat dan diaspora Malaysia untuk menetap dan bekerja di negara ini.

Bagaimanapun, segala perancangan yang dibuat oleh perbadanan itu masih lagi mempunyai kelemahan yang perlu diatasi bagi memastikan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi tercapai.

Menyentuh perkara itu, Pengarah Pusat Pembelajaran Futuristik, Kreativiti dan Inovasi (FLCCI), Prof. Dr. Abd. Rahim Abd. Rashid berkata, kelemahan dasar sedia adalah ia tidak memberikan tumpuan untuk membangunkan bakat secara menyeluruh.

Beliau berkata, sudah sampai masanya kerajaan memberi tumpuan untuk membangunkan bakat dalam segenap aspek termasuk di luar daripada sektor pekerjaan dan kerjaya seperti bidang pendidikan, institusi keluarga dan politik.

''Misalnya dalam bidang politik, pembangunan bakat adalah amat penting bagi memastikan ahli politik kita menjadi pemimpin yang lebih baik sesuai dengan status kita sebagai negara maju pada masa depan. Salah satu syarat untuk memastikan kita mempunyai ahli politik terbaik ialah memastikan mereka mereka mempunyai kelulusan akademik tertinggi sekurang-kurangnya di peringkat universiti.

''Sekarang bukan masanya mereka yang tidak berpelajaran atau lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi ahli politik kerana ia tidak sesuai dengan status kita sebagai sebuah negara maju," katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, ahli politik berkelulusan tinggi dan berbakat mampu membawa lebih banyak perubahan kepada masyarakat kerana mereka lebih kreatif dan inovatif berbanding yang tidak berpendidikan tinggi yang kebiasaannya hanya mengikut segala dasar yang telah ditetap kerajaan walaupun ia telah lapuk.

Dalam pada itu, katanya, pembangunan bakat di institusi pengajian tinggi juga perlu diberi tumpuan bagi memastikan tidak wujud 'diskriminasi' terhadap modal insan berkemahiran tinggi sehingga menyebabkan mereka berhijrah ke luar negara.

''Sebelum kerajaan meningkatkan had umur persaraan kepada 60 tahun, para pensyarah yang berkelulusan doktor falsafah (PhD) dari luar negara perlu bersara pada usia 55 tahun dan bagi saya ini adalah pembaziran bakat kerana mereka sebenarnya masih kuat untuk bekerja," ujarnya.

Beliau juga mencadangkan peraturan lapuk yang menghalang golongan berbakat untuk menonjolkan daya kreativiti dan inovasi mereka dihapuskan.

''Orang berbakat tidak boleh bekerja dalam persekitaran yang bersifat rutin dan mereka juga tidak suka majikan memutuskan kenaikan pangkat dan tangga gaji seseorang itu berdasarkan berapa lama dia bertugas dan bukannya berasaskan prestasi kerja," katanya.

Sementara itu, Abd. Rahim memberitahu, FLCCI akan menganjurkan Seminar Nasional Pembangunan Talent Abad Ke-21 di Malaysia pada 25 dan 26 Oktober ini bagi membincangkan pembangunan bakat secara menyeluruh di negara ini.

Seminar yang akan diadakan di Rumah Universiti, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur melibatkan pembentangan 12 kertas kerja yang meliputi tajuk-tajuk berkaitan pembangunan bakat dalam bidang seni, muzik, sukan, sains serta teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Pembentang kertas kerja terdiri daripada kalangan pensyarah universiti dan wakil agensi kerajaan. Segala pandangan pembentang kertas kerja dan para peserta akan dipanjangkan kepada agensi kerajaan berkaitan untuk tindakan lanjut.

Orang ramai yang berminat untuk menghadiri seminar berkenaan boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian 03-61502252 atau 012-2457793.

Yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM450 yang meliputi kertas kerja dan fail peserta, sijil penyertaan serta makan dan minum.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved