Utusan Online - Jenayah |
Posted: Seludup petrol, diesel tumpasOleh SAFINA RAMLI Noor Mohamed Sheik Alaudin memeriksa tangki minyak tambahan pada sebuah lori yang menghala ke Bukit Kayu Hitam, Kedah, kelmarin. KUBANG PASU 16 Okt. - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam berjaya menggagalkan cubaan lapan lelaki warga Thailand untuk menyeludup keluar 5,100 liter petrol dan diesel bernilai RM9,480 dalam beberapa serbuan dan sekatan jalan raya di sini semalam. Timbalan Komander UPP Bahagian Operasi negeri, Noor Mohamed Sheik Alaudin berkata, dalam operasi bermula pukul 6 pagi hingga 1 petang, kesemua 3,000 liter petrol dan 2,100 diesel itu ditemui hasil pemeriksaan pada sebuah lori, enam buah pikap dan sebuah kereta. "Lori itu dan lima pikap ditahan dalam sekatan jalan raya di Kilometer (KM) 1.3 menghala ke Thailand. ''Kenderaan selebihnya iaitu masing-masing sebuah pikap dan kereta ditahan di kawasan Masjid Bukit Kayu Hitam dan ia adalah hasil maklumat orang awam," katanya kepada pemberita di Kompleks Pentadbiran UPP Bukit Kayu Hitam di sini semalam. Menurutnya, hasil pemeriksaan, pihaknya mendapati setiap kenderaan dengan nombor pendaftaran Thailand itu dilengkapi dengan tangki tambahan di bahagian bawah beserta paip saluran minyak "Bagi lori pula, tangki diletakkan di bahagian belakang untuk memuatkan kira-kira 1,000 liter diesel," ujarnya. Tambahnya, hasil siasatan juga mendapati dua daripada pikap itu menggunakan nombor plat pendaftaran palsu. "Kenderaan persendirian Thailand menggunakan nombor pendaftaran merah tidak dibenarkan masuk ke Malaysia dan nombor plat palsu digunakan bagi mengaburi pihak berkuasa di negara ini," katanya. Noor Mohamed memberitahu, kesemua mereka berusia 25 hingga 40 tahun itu ditahan dan dirujuk ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah untuk siasatan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Jika sabit kesalahan, katanya, boleh didenda tidak lebih RM250,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali bagi syarikat manakala bagi individu pula denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali. Katanya, kesemua kenderaan bernilai RM360,000 itu juga dirujuk kepada KPDNKK Kedah. Full content generated by Get Full RSS. |
Operasi JPJ seluruh negara mulai semalam Posted: Operasi JPJ seluruh negara mulai semalamMARAN 16 Okt. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan operasi besar-besaran mulai hari ini bagi mengurangkan kadar kemalangan melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal di seluruh negara. Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata, langkah itu diperkenalkan kerana jumlah kematian melibatkan penunggang motosikal khususnya pada musim perayaan meningkat setiap tahun. Menurut beliau, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini yang memandang serius masalah tersebut dan meminta Kementerian Pengangkutan mencari kaedah sesuai mengatasinya. "Justeru, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hasan mengarahkan pengarah JPJ di setiap negeri mengadakan operasi tersebut bagi memastikan pemilik dan penunggang motosikal mematuhi undang-undang yang ditetapkan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program Satu Komuniti Satu JPJ di Sekolah Kebangsaan Kuala Sentul di sini hari ini. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Pengarah JPJ Pahang, Datuk Zakaria Man. Seramai 488 penduduk kawasan itu termasuk Orang Asli menerima lesen memandu B2 dalam program tiga hari yang diadakan di sekolah tersebut. Ismail berkata, operasi akan diadakan dari semasa ke semasa melibatkan sekatan jalan di semua kawasan termasuk di pedalaman. Selain itu tambahnya, JPJ akan mengeluarkan saman terhadap motosikal didapati diubah suai dan tidak mengikuti spesifikasi ditetapkan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan