Ahad, 16 Oktober 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Tambah rumah mampu milik

Posted:

Tambah rumah mampu milik

Tambah rumah mampu milik

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak membuat cabutan fasa pertama 560 unit pangsapuri Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11, Putrajaya, semalam. Turut hadir, (dari kiri) Abdul Mutalib Alias, Rosmah Mansor, Tengku Adnan Tengku Mansor dan Jamaludin Jarjis. - MINGGUAN/ZAKI AMIRUDDIN


PUTRAJAYA 15 Okt. - Kerajaan bertekad memperbanyakkan lagi projek-projek perumahan mampu milik dalam tempoh terdekat setelah menunaikan janjinya hari ini dengan melakukan proses cabutan fasa pertama 560 unit pangsapuri Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11 di sini.

Menegaskan komitmen itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau menyedari peluang untuk membeli rumah khususnya oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana di sekitar Lembah Klang adalah kurang daripada 10 peratus.

Justeru, kata beliau, kerajaan akan menunaikan kehendak golongan itu untuk memiliki rumah sendiri atau memegang hartanah bagi menyemaikan sense of ownerships (perasaan pemilikan) yang lebih erat kepada negara ini.

"Bagi yang tidak berjaya (dalam proses cabutan) hari ini, harap jangan putus asa. Ini (baru) permulaan dalam perjalanan kita untuk bangunkan lebih banyak lagi (rumah mampu milik) di seluruh negara.

"(Cuma) saya nak tanya di mana ada kerajaan yang boleh sediakan sebegini baik kepada rakyatnya, kalau tidak bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kerajaan, saya tak tahu apa nak kata... sampai tak terkata.

"Insya-Allah, rakyat Malaysia akan terus terbela di bawah kerajaan sedia ada," kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pengundian Terbuka Pertama PR1MA untuk Rumah Mampu Milik di Presint 11 di sini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias.

Menurut Najib, beliau sendiri menyaksikan betapa pentingnya memberikan rakyat pertalian yang ada pada hartanah.

"Saya amat bertuah pada suatu ketika dahulu dapat mengikuti Allahyarham ayahanda saya (Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein) meninjau keadaan rakyat di rancangan tanah Felda.

"Saya dapat rasai betapa gembira dan komitednya rakyat yang telah diberi sebidang tanah dan sebuah rumah untuk memperbaiki keadaan kehidupan mereka, sehinggalah menjadi peneroka berjaya Felda sekarang," katanya.

Namun, kata Perdana Menteri, situasi sekarang semakin mencabar dengan tanah kosong yang sesuai untuk projek perumahan di kota raya terutama Lembah Klang dan bandar-bandar besar semakin berkurangan.

"Jika dalam era 90-an, rumah teres di Bandar Baru Bangi boleh dibeli dengan harga RM150,000 sebuah, (tetapi) pada hari ini untuk mendapat harga yang sama, kita perlu mencari di kawasan yang lebih jauh dari Kuala Lumpur.

"Di Lembah Klang, saya difahamkan harga purata rumah teres baru sekarang adalah RM450,000 sebuah dan pada harga tersebut, bayaran ansuran bulanan boleh mencecah sehingga RM3,000 selama 20 bulan," katanya.

Oleh sebab itu, kata Perdana Menteri, kerajaan menyarankan pihak pemaju supaya menurunkan harga rumah di Presint 11 kepada kadar yang mampu dibeli.

"Harga rumah mampu milik yang ditawarkan hari ini adalah RM120,000 dan RM150,000 (berbanding harga sepatutnya masing-masing RM175,000 dan RM220,000).

"Ini adalah hasil rundingan dan kerjasama baik serta usaha berterusan Ahli Parlimen Putrajaya (Tengku Adnan) dan agensi-agensi terlibat khususnya Perbadanan Putrajaya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

TPM: Sains, Matematik ke bahasa Melayu langkah tepat

Posted:

TPM: Sains, Matematik ke bahasa Melayu langkah tepat

TPM: Sains, Matematik ke bahasa Melayu langkah tepat


MUHYIDDIN Yassin dan Mohamad Hasan bersama sebahagian kanak-kanak terlibat aktiviti sukan menunjukkan isyarat 1Malaysia di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.


SEREMBAN 15 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan peralihan pembelajaran subjek Sains dan Matematik daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu sebagai satu langkah tepat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan itu seiring dengan usaha kerajaan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di negara ini.

"Keputusan ini dibuat selepas mengambil pandangan semua pihak dan majoriti rakyat mahukan kedua-dua mata pelajaran berkenaan diajar dalam bahasa Melayu.

"Kita juga mendapati peratusan golongan yang mahukan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah terlalu kecil," katanya menjawab satu soalan pada Majlis Dialog Warga Pendidik di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGRM) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdul Razak Mansor; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud dan Pengarah IPGRM, Musa Abdullah.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, selepas enam tahun PPSMI dilaksanakan pihak kementerian mendapati ia tidak mencapai sasaran.

Menurutnya, antara masalah yang timbul ialah bilangan pelajar yang menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar amat rendah.

"(Daripada segi guru) Kita belum mempunyai keupayaan dan kebolehan, sebagai contoh ada guru yang mahir dalam bahasa Inggeris tetapi tidak mahir untuk mengajar subjek Matematik dan Sains.

"Begitu juga guru yang mahir dalam subjek Matematik dan Sains tidak pula mempunyai kepakaran mengajar kedua-dua subjek ini dalam bahasa Inggeris," jelas beliau.

Terdahulu berucap pada majlis pelancaran Institut Perguruan Kebitaraan Sukan (IPKS) di padang IPGRM, beliau memaklumkan tiga institut perguruan iaitu Institut Perguruan Kampus Perlis, Institut Perguruan Kampus Tun Abdul Razak dan IPGRM dipilih menjadi IPKS.

Katanya, tiga kampus itu dipilih bagi memberi tumpuan dalam aspek pembudayaan sukan dalam masyarakat sekali gus memenuhi objektif dasar 1Murid 1Sukan yang diperkenalkan oleh kerajaan.

"Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan kepada institut perguruan dalam usaha memartabatkan sukan di Malaysia," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Cadangan Akta Murtad perlu disepakati negeri-negeri – Muhyiddin

Posted:

Cadangan Akta Murtad perlu disepakati negeri-negeri – Muhyiddin

Cadangan Akta Murtad perlu disepakati negeri-negeri – Muhyiddin

TELUK KEMANG 15 Okt. – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan mewujudkan Akta Murtad sekiranya ada keperluan harus disepakati di peringkat negeri bagi menentukan sama ada pelaksanaannya dalam bentuk akta Persekutuan atau enakmen.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu harus dipertimbangkan kerana setiap hal ehwal berkaitan dengan agama terletak di bawah bidang kuasa negeri.

Malah beliau berkata, ada sesetengah negeri sudah mempunyai undang-undang yang melarang orang bukan Islam menyebarkan agamanya kepada orang Islam melalui peruntukan di dalam enakmen.

"Ini adalah isu besar yang ada hubung kait dengan soal agama. Agama adalah dalam bidang kuasa negeri dan setahu saya terdapat negeri-negeri yang telah mempunyai enakmen yang melarang orang bukan Islam menyebarkan agama mereka. Begitu juga soal penguatkuasaan, ia juga terletak di bawah kuasa negeri.

"Dalam soal mewujudkan Akta Murtad pula, saya fikir elok ia diperbincangkan di peringkat negeri terlebih dahulu dan sekiranya ada kata sepakat ini merupakan satu keperluan, ia harus ditentukan sama ada adalah akta Persekutuan atau enakmen negeri," katanya selepas Majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di Kampung Paya di sini, hari ini.

Beliau mengulas gesaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya pihak berkuasa agama mewujudkan segera akta bagi menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin berkata, seperkara lagi yang perlu diambil perhatian adalah soal berkaitan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang perlu diteliti dan diperhalusi pihak Peguam Negara.

"Tapi biasanya soal negeri terletak di bawah negeri dan undang-undang di bawah kerajaan negeri dibuat dalam bentuk enakmen," katanya lagi.

Mengulas keputusan kerajaan Kemboja melarang rakyatnya menjadi pembantu rumah di negara ini, Muhyiddin berkata, kerajaan akan mencari sumber tenaga kerja dari negara lain bagi memenuhi keperluan rakyat di negara ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved