Ahad, 16 Oktober 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Rahsia bulu mata lentik

Posted:

Rahsia bulu mata lentik

Rahsia bulu mata lentik

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
Foto FAIRUZ IZYANA AYUB
Adawiyah.koh@utusan.com.my

MEMILIKI sepasang mata yang galak dan bulu mata lentik sudah cukup memukau. Tiada yang dapat menafikan kuasa solekan mata ini kerana ia mampu memang aura tersendiri pada wanita.

Lebih-lebih lagi kepakaran jurusolek yang mampu merubah gaya serta imej seseorang wanita merupakan satu hasil seni profesional yang perlu diberi pengiktirafan.

Manakan tidak, bayangkan mata yang layu, lesu dan kelihatan letih semuanya boleh ditutup dengan teknik solekan mata yang betul.

Itu belum lagi skil membentuk mata yang kecil menjadi bulat dan bulu mata lurus menjadi lentik.

Selain skil dan kepakaran, bahan solekan yang digunakan juga perlulah daripada bahan berkualiti serta yang telah terbukti mampu memberi kesan yang baik terhadap adunan warna yang telah ditetapkan mengikut tema solekan.

Tetapi bagaimanakah jika seseorang itu mahu melakukan solekan itu sendiri di rumah? Bagaimanakah cara yang betul bagi memastikan penampilan tetap cantik tanpa bantuan jurusolek?

Jawapan untuk meleraikan kebuntuan tersebut adalah dengan mendapatkan maskara bermutu tinggi.

Jurusolek Lancome, Zamri Zainol memberitahu, pemakaian maskara dengan cara yang betul mampu membuatkan bentuk mata seseorang itu lebih ceria dan kelihatan bundar.

"Ramai yang tidak tahu, maskara boleh membantu bulu mata anda menjadi lebih lentik. Dengan teknik yang betul, anda kini tidak perlu bersusah payah membeli bulu mata palsu. Sebaliknya, wanita yang membeli bulu mata palsu pula tidak mahir menggunakannya.

Jadi, maskara adalah alternatif yang paling sesuai. Saya mahu syorkan maskara terbaru, Virtuose Drama untuk kepuasan pengguna," jelasnya sambil menunjukkan demo memakai maskara pada penyanyi dan pelakon, Atilia.

Rata-rata maskara Lancome menggunakan rumusan eksklusif yang berasaskan polimer. Ia menjadikan bulu mata lebih lebat.

Sejak tahun 2007, Vistuose Drama lahir dengan idea baru untuk membantu bulu mata menjadi lentik dan sempurna.

Bulu mata yang pendek boleh dipanjangkan sehingga 60 peratus, malah berus juga memainkan peranan untuk membantu melebatkan bulu mata.

"Berbeza dengan maskara sebelum ini, maskara ini diberi formulasi baru. Ia mengandungi 10 peratus lateks dan lebih sesuai untuk pemakaian di Asia. Ia sesuai dengan cuaca di sini kerana ia lebih tiga kali lebih lateks ini. Selain mampu bertahan untuk 12 jam, ia juga senang dibasuh khusus untuk wanita yang ingin bersolat ," terang Zamri.

Formula yang melentikkan bulu mata secara semula jadi itu memudahkan solekan. Walaupun tanpa bantuan alat pelentik bulu mata, maskara itu juga tidak bergentel meskipun ia disapu beberapa kali.

Tambah Atilia, dia hanya perlu menekan atau menolak bulu matanya selepas menggunakan maskara tersebut.

"Ia membuatkan bulu saya melentik dengan mudah tanpa menggunakan pelentik bulu mata. Selain itu, saya dapat menjimatkan masa bersolek," ujar Atila.

Full content generated by Get Full RSS.

Mewah & klasik jadi trend

Posted:

Mewah & klasik jadi trend

Mewah & klasik jadi trend

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

BAGAIKAN tidak lengkap penampilan tanpa kasut dan beg tangan. Tentunya kasut yang cantik dan sesuai dengan kaki memberi kelebihan kepada pemakai.

Beg tangan di sisi pula memberi keyakinan fesyen yang digayakan.

Bertemakan gaya mewah dan klasik, Alfio Raldo berkongsi himpunan beg tangan dan kasut terbaru dengan gaya yang lebih berani.

Didatangkan dalam pelbagai warna, penampilan musim perayaan kali ini pasti lebih.

Serlahkan pakaian anda dengan variasi koleksi kasut dan beg tangan direka khas untuk wanita yang ingin menyerlahkan individualiti melalui rekaan feminin dan chic tanpa mengabaikan produk yang praktikal.

Sesuai digayakan di mana-mana, beg-beg tangan yang ditawarkan memenuhi keperluan dan imaginasi si pemakai.

Dengan kombinasi warna-warna asas dan perincian menarik seperti hitam dan metalik lembut yang dihiasi butang stad perak, koleksi beg tangan ini didatangkan dengan bentuk dan saiz berbeza, menambahkan lagi versatil penggunaannya.

Saiz beg yang sederhana boleh memainkan peranan sebagai beg dokumen, bagi menyerlahkan cita rasa unik sehinggalah beg genggam elegan bagi majlis-majlis formal.

Nampaknya stail beg Alfio Raldo pada kali ini, lebih fokus kepada beg tote, handheld dan dompet eksklusif.

Digabungkan dengan kasut bertumit tinggi yang berpadanan, gandingan ideal ini menonjolkan penampilan unik pada harga yang berpatutan.

Ia pasti sesuai dan padan dengan pakaian kerja, pejabat atau majlis yang dihadiri.

Tentunya menambah seri imej. Pilihan kasut pula terdiri daripada wedges, tumit tinggi, sandal, sneakers dan loafers. Pasti anda akan berasa lebih yakin dengan ayunan langkah yang penuh bergaya.

Selain wanita, Alfio Raldo turut menawarkan cermin mata pelbagai gaya, jam tangan dan aksesori lelaki.

Bagi yang belum mempunyai idea bagi koleksi yang akan disuai padan dengan pakaian baru anda, jangan lupa dapatkan katalog baru Alfio Raldo Volum 2 yang sudah berada di pasaran. Ia pasti tidak akan mengecewakan kerana koleksi terbaru ini membuatkan anda menjadi tumpuan di pejabat atau majlis nanti di samping memberi anda langkah penuh bergaya dan berkeyakinan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved