Utusan Online - Politik |
Pilihan raya: Pas jangan angkuh Posted: Pilihan raya: Pas jangan angkuhKUALA LUMPUR 29 Okt. - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mengingatkan pemimpin Pas supaya jangan terlalu angkuh dan bongkak dalam politik. Menurutnya, keangkuhan pemimpin parti itu semakin terserlah sehingga kononnya mampu meramal siapa calon yang akan menang pada pilihan raya umum (PRU) nanti. "Pada PRU 2004, Pas kata mereka boleh menang besar tetapi (kemudiannya) hanya (menang) nyawa-nyawa ikan dengan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). "Selain itu, pada PRU 2008, Pas tidak tahu akan berlakunya tsunami politik. Kalau Pas tahu, mereka tidak akan beri laluan kepada saya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Tambah Ibrahim, beliau ingin menasihatkan pemimpin Pas supaya jangan terlalu bongkak dan takbur kerana akhirnya akan terbujur. "Sama-sama kita tengok, kalau ada umur yang panjang, siapa yang akan terbujur," ujarnya. |
Posted: Veteran UMNO boleh bantu BNPULAU PINANG 29 Okt. - Veteran UMNO diminta memainkan peranan bagi membantu Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terutama dalam meningkatkan bilangan ahli UMNO. Pemangku Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mohd. Zahid Sirat berkata, jika usaha itu dicapai, ia mampu memberi lebih 'keselesaan' kepada BN untuk memenangi kerusi yang ditandingi pada pilihan raya nanti. Jelas beliau, idea 'orang lama' ini masih relevan untuk melonjakkan masa depan parti yang lebih baik, malahan mampu membuka ruang untuk ahli baru mendampingi UMNO. ''Selain itu, kita (veteran) juga kena pastikan, tiada antara kita berjuang sesama kita. Melayu lawan Melayu. Ini hanya akan memusnahkan agama, bangsa dan parti kita ini. Juga risik-risiklah dengan saudara Melayu kita dalam parti lawan supaya perjuangan seperti itu tidak terus berlaku. ''Walaupun kita (veteran) tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti tetapi dengan pengalaman yang ada, saya yakin dapat bersama-sama membantu pucuk pimpinan memperkukuhkan parti ini di semua peringkat," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Veteran UMNO Pulau Pinang yang dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman di sini, hari ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan