Utusan Online - Keluarga |
Posted: Derita akibat masalah kencingOleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH Adakah anda merasai saat genting kerana tiba-tiba mahu kencing pada siang hari? Tidur malam pula terganggu gara-gara bangun ke tandas. Anda juga berasa malu kerana kebocoran air kencing apabila ketawa, bersin, batuk atau berlari. Kebiasaannya masalah tersebut jarang dikongsi kerana rasa malu. Namun, ia perlu dititikberatkan untuk mengenal pasti kemungkinan anda berisiko tinggi menghidapi masalah kawalan kencing (OAB). Penyakit yang menjejaskan kehidupan lelaki dan wanita itu lazim menimpa sesiapa saja pada semua peringkat umur. Bagi pesara guru, Siti Aidah Abdullah, 76, menderita sakit OAB sejak lima tahun lalu, bukan lesen untuk dia berputus asa. Percaya setiap penyakit ada ubatnya, dia tidak aktiviti hariannya terhad hanya kerana OAB. Selain rawatan, Aidah mengamalkan senaman untuk mengawal air kencing dengan baik. Bercerita pengalamannya melancong ke Iran, dia berasa kecewa masa di situ banyak dihabiskan untuk ke tandas. Ketika rakan-rakan lain sibuk merakam gambar kenangan, Aidah sibuk mencari tandas untuk membuang air kecil. "Seorang rakan memberitahu, setiap kali ke tandas saya perlu melekat setem sebagai tanda kenangan. Bukan setakat sukar melancong, setiap kali ketawa, bercakap atau batuk, saya seperti terkencing. ''Walaupun belum ada benda yang memalukan, saya kurang selesa. Sebab itu saya segera berjumpa doktor,'' katanya. Mencari jalan penyelesaian, dia melakukan senaman pemulihan otot pelvik seperti kegel dan senaman pengawalan pundi kencing. Dia juga menjaga diet serta menggunakan pelapik berkesan untuk kekal kering dan selesa sepanjang hari. Aidah berkongsi pengalaman semasa majlis pelancaran ubat OAB terbaru, Toviaz oleh Pfizer di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Masalah OAB menjadi rumit apabila setiap kali mendengar bunyi air mengalir atau rakan bercerita mengenai tandas, si pengidap gagal mengawal air kencing. Perkara itu kelihatan remeh, tapi Aidah berasa kurang selesa jika perlu tergesa-gesa ke tandas. Nasihatnya pada wanita lain, jika ada tanda-tanda OAB, segera berjumpa doktor. "Jangan hanya mengambil ubat tanpa pemeriksaan kesihatan. Bagi mereka yang seusia saya, senaman mengawal OAB tidaklah sukar kerana sambil duduk pun anda melakukannya," ujarnya. Derita lelaki Perasaan sama turut dialami pesara Pegawai Kanan Polis, M. Navaratnam, 84. Baginya, masalah OAB menyukarkan dia melancong lebih-lebih lagi jika menaiki bas. "Saya sering ke Singapura. Walaupun perjalanan agak lama, saya suka menaiki keretapi. Tanpa kemudahan tandas di dalam bas, saya sukar ke mana-mana. Bukan itu sahaja, OAB jelas menganggu tidur. Saya kerap berjaga kerana tidak dapat mengawal masalah kencing," ceritanya. Tambah M. Navaratnam, rakan-rakan lelakinya yang lain turut berkongsi masalah yang sama tetapi mereka enggan berjumpa dengan doktor. Baginya, lelaki atau wanita, tidak perlu malu berjumpa dan berbincang dengan doktor tentang masalah itu. "Pemeriksaan lanjut boleh menjelaskan kepada kita tentang ubat yang sesuai. Saya yakin ubat OAB yang baru membantu orang ramai untuk melalui kehidupan dengan baik khususnya mengurang kesan-kesan sampingan yang tidak serasi dengan pesakit," ujarnya. Rawatan Dalam pada itu, Perunding Urologi Pusat Perubatan Universiti Malaysa (PPUM), Dr. Ong Teng Aik ketika ditemui memberitahu, OAB bukan saja boleh merunsingkan, tetapi boleh memalu dan mengehadkan kehidupan harian pesakit. Katanya, pesakit perlu digalakkan untuk berbincang mengenai masalah tersebut selalin dididik bahawa OAB bukan proses penuaan yang normal atau masalah lazim tetapi penyakit yang memerlukan rawatan. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Pelbagai cara elak kehamilanSoalan: - R, Utara. Jawapan: Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik R yang sudi berkongsi dan bertanyakan soalan ini. Mungkin tidak terlambat juga untuk saya mengucapkan tahniah kepada anda berdua. Saya agak anda berdua adalah pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga. Saya juga dapat membayangkan yang Encik R adalah seorang yang amat penyabar dan amat bertimbang rasa. Anda sanggup bersusah payah 'bermain secara luaran sahaja' bersama isteri bagi mencapai kepuasan dan klimaks. Kepuasan Cara yang anda amalkan bersama si isteri adalah bukan cara yang terbaik bagi menikmati kepuasan seks atau memperolehi kenikmatan bersuami isteri. Untuk pengetahuan anda, ada pelbagai cara yang lebih baik yang perlu dipraktiskan jika tujuan utama adalah untuk mengelak kehamilan. Cara yang anda berdua amalkan adalah cara yang tidak tepat dan membebankan diri anda berdua. Sebenarnya saya agak gusar jika hubungan sebegini diamalkan oleh anda berdua dalam jangka masa yang agak panjang memandangkan isteri anda masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata. Mungkin akan timbul perasaan stres, kemurungan dan pemikiran yang tertekan jika amalan yang 'kurang normal' itu diamalkan. Nasihat saya ialah untuk anda menghentikan amalan tersebut dan nikmatilah hubungan seks antara suami dan isteri secara normal. Anda boleh mengamalkan salah satu cara pencegah kehamilan bagi mengelakkan daripada isteri anda hamil. Pencegahan Mencegah kehamilan boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Pencegahan kehamilan (dikenali juga sebagai perancang keluarga atau kontraseptif) membolehkan anda menikmati kehidupan seksual tanpa perlu bimbang tentang kehamilan. Justeru itu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor kerana kaedah yang dipilih adalah bergantung kepada kesesuaian, kehidupan sosial dan kehendak pasangan tersebut. Semua kaedah pencegah kehamilan adalah berkonsepkan untuk menghalang persenyawaan dan penempelan embrio. Memang saya tidak menyangkal yang tiada kaedah kontraseptif yang memang 100 peratus berkesan mencegah kehamilan. Tetapi kegagalan dengan kaedah ini hanyalah lebih kurang satu hingga dua peratus sahaja. Pil Terdapat pelbagai kaedah pencegah kehamilan yang terdapat di pasaran seperti pil pencegahan hamil (OCP), alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD), implan (susuk) pencegah kehamilan, suntikan pencegah kehamilan, cincin pencegah kehamilan (Nuva Ring), kondom untuk lelaki dan lain-lain lagi. Dengan perkembangan dunia perubatan yang semakin maju, sebenarnya tiada lagi istilah 'termengandung' yang biasa digunakan oleh kaum wanita sebagai alasan setiap kali hamil. Pelbagai kaedah pencegah kehamilan yang selamat, berkesan, mudah diguna, tiada kesan sampingan dengan kadar kos yang berpatutan dan mudah didapati pada masa kini. Seperti mana kata perumpamaan 'Tepuk Dada Tanyalah Selera'. Anda berdua boleh memilih yang mana yang paling sesuai untuk anda amalkan setelah berbincang dengan doktor. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan