Utusan Online - Politik |
Sokongan terhadap UMNO semakin pulih - Mustapa Posted: Sokongan terhadap UMNO semakin pulih - MustapaTANAH MERAH 12 Okt. - Kegagalan kerajaan Pas Kelantan menunaikan janji mereka untuk membantu rakyat dan membangunkan negeri ini menyebabkan semakin ramai penyokong tegar parti itu kini beralih kepada UMNO. Terbaru, seramai 300 penyokong setia Pas di Ulu Kusial, dekat sini bertekad menyertai UMNO kerana merasa tertipu oleh Pas lebih-lebih lagi pemimpin tempatannya yang dianggap tidak cakna rakyat. Penyerahan borang keahlian mereka diserahkan sendiri kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Taman Perumahan Ulu Kusial, dekat sini malam tadi. Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz. Bekas Ketua Pas Cawangan Kampung Kusial Baharu, Zahari Mamat, 46, berkata, perjuangannya dalam Pas selama ini tidak berguna ekoran pemimpin parti itu yang tidak peka kepada masalah rakyat. "Saya sudah menjadi ahli Pas ketika berumur 18 tahun dan memegang banyak jawatan dalam cawangan ini dan selama itulah setiap tahun saya akan kecewa dengan Pas. "Apabila saya fikirkan semula, pemimpin UMNO lebih banyak buat kerja membantu rakyat di kawasan saya. Malah mereka lebih dikenali di sini berbanding pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini," tegasnya. Rakannya, Kamaruddin Abd. Halim, 48, mengingatkan rakan-rakannya yang taksub kepada Pas agar sedar dan meninggalkan parti itu demi kepentingan keluarga masing-masing. "Sejak boleh mengundi pada umur 21 tahun, saya menjadi penyokong kuat Pas pada bila-bila sahaja pilihan raya dan kami akan lakukan apa sahaja untuk tewaskan UMNO. "Tetapi untuk pilihan raya akan datang, kami akan berjuang memberi kemenangan kepada UMNO untuk memerintah negeri ini dan membawa kemajuan di Ulu Kusial," katanya. Sementara itu, Mustapa ketika berucap pada majlis itu menyatakan kesyukuran dengan kesedaran ramai ahli Pas yang kini mula terbuka hati mereka untuk menyertai UMNO. "Saya sangat gembira dengan keadaan ini, jika dahulu mereka menjauhi UMNO tetapi sekarang tidak lagi, mereka begitu berminat menyertai program yang kita anjurkan. "Ribuan penyokong Pas pula menyertai UMNO yang membuktikan sokongan kepada UMNO semakin pulih dan kita akan pastikan nasib mereka terbela," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Penduduk bantah kedatangan Guan Eng Posted: Penduduk bantah kedatangan Guan EngJOHOR BAHRU 12 Okt. – Ratusan penduduk di Segamat berkumpul di hadapan Restoran Siang Hai Kee di Kampung Abdullah petang ini bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng pada satu majlis makan malam anjuran DAP di restoran tersebut. Rata-rata penduduk berkumpul bagi menyatakan rasa tidak puas hati dengan kedatangan Setiausaha Agung DAP itu ke negeri ini berikutan kelantangan beliau memburuk-burukkan Johor di hadapan diplomat asing di Singapura baru-baru ini. Bagi memastikan keadaan terkawal, polis turut menghantar Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyuraikan perhimpunan itu. Penduduk berkumpul sejak pukul 6 petang menunggu ketibaan Guan Eng yang sepatutnya tiba di restoran itu pada pukul 7 petang, namun beliau dilihat muncul pada pukul 8 malam. Ketibaan pemimpin DAP itu disambut dengan jeritan 'Daulat Tuanku', 'Mohon ampun pada Sultan' selain suara kemarahan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kesemua yang berhimpun bersurai secara aman selepas diarahkan sebaik sahaja pemimpin DAP itu tiba. "Secara keseluruhannya, tiada sebarang kekecohan berlaku. Mereka hanya berpiket secara aman tanpa berlaku kejadian yang tidak diingini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini. Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kemelah, Ayob Rahmat ketika dihubungi berkata, kumpulan penduduk yang berhimpun itu kesal dengan tindakan berani Guan Eng yang tetap datang meskipun dibantah oleh penduduk Johor. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan