Rabu, 12 Oktober 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Bajet 2012 dijamin berjalan ikut jadual

Posted:

Bajet 2012 dijamin berjalan ikut jadual

Bajet 2012 dijamin berjalan ikut jadual

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin pada mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-113 di Perdana Putra, Putrajaya, semalam. – BERNAMA


PUTRAJAYA 11 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan pelaksanaan bagi menunaikan janji-janji kerajaan yang digariskan dalam Bajet 2012 akan berjalan mengikut jadual.

Perdana Menteri memberi komitmen itu dalam mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-113 yang dipengerusikan beliau di Bangunan Perdana Putra di sini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang turut menyertai mesyuarat selama lebih dua jam itu berkata, justeru Perdana Menteri telah meminta kerjasama semua kerajaan negeri supaya menangani segala hambatan yang boleh mengekang pencapaian matlamat Bajet tersebut.

"Ini antaranya melibatkan pengambilan tanah di negeri-negeri dan kelulusan pelan.

"Perdana Menteri menyatakan peruntukan yang dinyatakan beliau dalam Bajet 2012 itu adalah atas kemampuan kita (negara), kita ada duit dan apabila dilaksanakan nanti, barulah terjawab tohmahan pembangkang (yang mendakwa ia tidak realistik)...buku jingga pembangkang mana boleh lawan (Bajet 2012), kita lebih baik," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Mesyuarat itu yang bermula pukul 10 pagi ini turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Selain Mohd. Ali, turut serta ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu selain beberapa menteri kabinet.

Mohd. Ali berkata, Perdana Menteri turut menaruh keyakinan tinggi bahawa Bajet 2012 akan mampu mengurangkan kos sara hidup dan kenaikan harga barang.

"Kata Perdana Menteri, dasar kerajaan yang inklusif (yang tercerna dalam Bajet 2012 tersebut) tidak lari dari falsafah Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, pendekatan turut mengambil kira ekonomi luaran yang lemah dan beliau (Najib) mengingatkan yang penting ialah supaya semua pihak sama ada kerajaan dan swasta bersama-sama mengukuhkan permintaan domestik," kata Mohd. Ali.

Menurut beliau, semua Menteri Besar dan Ketua Menteri yang hadir turut mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Perdana Menteri atas pembentangan Bajet 2012 yang disifatkan memenuhi cita rasa semua kaum dan masyarakat berpendapatan rendah.

Full content generated by Get Full RSS.

Gred C tidak perlu ke kelas peralihan

Posted:

Gred C tidak perlu ke kelas peralihan

Gred C tidak perlu ke kelas peralihan

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Murid sekolah jenis kebangsaan (SJK) yang lulus sekurang-kurangnya gred C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) tahap dua serta berkebolehan bercakap dalam bahasa Melayu dengan baik diberi kelonggaran untuk terus ke tingkatan satu tanpa perlu mengikuti kelas peralihan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengecualian itu diberikan meskipun pindaan Akta Pendidikan yang berkuat kuasa pada 1961 mengkehendaki pelajar SJK Cina dan SJK Tamil mengikuti kelas peralihan selama setahun.

Katanya, ia selaras dengan surat KP/KPPM/5(64) bertarikh 14 Oktober 2010 bertajuk Kemasukan Murid-Murid SJKC dan SJKT ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tanpa Melalui Kelas Peralihan Bagi Sesi Persekolahan 2011.

''Dalam surat tersebut dinyatakan murid-murid yang lulus sekurang-kurangnya gred C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam UPSR atau PKBS tahap dua serta berkebolehan berkomunikasi dengan baik bahasa Melayu diberi kelonggaran untuk terus naik ke tingkatan satu tanpa mengikuti kelas peralihan," katanya.

Beliau menjawab soalan bertulis yang dikemukakan oleh M. Manogaran (DAP-Teluk Intan) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dalam jawapannya berkata, keputusan untuk mengadakan kelas peralihan itu dibuat berdasarkan cadangan Laporan Rahman Talib (1960) yang kemudian diterima pakai melalui pindaan Akta Pendidikan berkuat kuasa pada 1961.

Katanya, program tersebut merupakan satu rancangan khusus di sekolah menengah yang berfungsi sebagai perantaraan untuk melicinkan proses peralihan bahasa pengantar daripada bahasa ibunda di sekolah rendah kepada bahasa kebangsaan di peringkat sekolah menengah.

''Kelas peralihan ini juga bertujuan membolehkan murid dari SJK mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik sebagai persediaan mengikuti pendidikan di sekolah menengah," ujarnya.

''Selain itu, ia juga bagi memupuk semangat kewarganegaraan dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat di negara ini," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

KDN perlu tegas tangani pihak cuba cabar agama Islam

Posted:

KDN perlu tegas tangani pihak cuba cabar agama Islam

KDN perlu tegas tangani pihak cuba cabar agama Islam

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencabar kesucian agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata, ini kerana terdapat gerakan yang jelas cuba memurtadkan umat Islam di negara ini seperti yang berlaku di sebuah gereja di Petaling Jaya, dekat sini, pada 3 Ogos lalu.

''Saya juga ada menerima laporan bahawa ada gerakan yang cuba memurtadkan orang Islam di Johor oleh paderi-paderi dari Singapura dan meminta kerajaan terutamanya KDN memantau dan mengekang pergerakan ini.

''Memang tidak dinafikan negara ini membenarkan kebebasan beragama tetapi adalah menjadi kesalahan apabila ada pihak yang cuba memurtadkan umat Islam," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Ibrahim membangkitkan isu itu dengan merujuk kepada titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tersinggung apabila siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas majlis Thanksgiving Dinner di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu mendapati ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam.

Ibrahim menambah, semua pihak tidak wajar menyalahgunakan kebebasan beragama di negara ini dan perlu menghormati undang-undang memandangkan agama merupakan isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian dalam masyarakat.

Justeru, katanya, KDN perlu lebih proaktif dan tegas dalam menangani isu berkaitan agama itu termasuk bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar ia tidak menjadi lebih serius.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved