Utusan Online - Johor |
Posted: Guna SMS edar dadahOleh HAMDAN TAWADI
Di Semerah dekat sini, seorang lelaki sanggup menawarkan khidmat penghantaran dadah selepas pesanan dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau telefon. Kegiatan suspek bagaimanapun terbongkar selepas polis yang menerima maklumat dan risikan menyerbu rumahnya dan memberkas suspek berusia 33 tahun, Sabtu lalu. Turut ditemui dalam serbuan pukul 4 pagi itu adalah tiga peket dadah jenis heroin seberat 27 gram. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, suspek yang mengenal pasti pelanggan akan menentukan lokasi dan masa untuk menyerahkan dadah itu bagi mengelak dikesan polis. Katanya, kesemua dadah itu dianggarkan bernilai lebih RM1,000 dan dipercayai bagi pasaran sekitar pekan Semerah. "Kita turut menemui wang tunai RM1,950 dipercayai hasil jualan dadah dan siasatan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai pekerjaan, sebaliknya menjadikan aktiviti mengedar dadah sebagai pendapatan utama," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Din memberitahu, ketika serbuan, suspek yang berada seorang diri di dalam rumah cuba melarikan diri tetapi gagal selepas polis mengepung kediaman itu. Beliau memberitahu, suspek pernah ditahan dan menjalani hukuman di Pusat Pemulihan Narkotik atas kesalahan penyalahgunaan dadah, malah ujian air kencing turut mendapati suspek positif dadah. Suspek kini direman hingga Jumaat ini untuk membantu siasatan lanjut dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi balai polis berdekatan atau talian hotline IPD Batu Pahat di talian 07-4343999. | ||
MPPG giat naik taraf Pasir Gudang Posted: MPPG giat naik taraf Pasir GudangPASIR GUDANG 11 Okt. - Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) kini giat memperkenalkan Pasir Gudang sebagai Bandar Kediaman dan Pelaburan yang mengekalkan aspek kualiti alam sekitar menjelang 2015. Yang Dipertua MPPG, On Jabbar berkata, antara langkah yang diambil ialah memperkenalkan Garis Panduan Indeks Bangunan Hijau (GBI) di negeri ini menerusi seminar yang diadakan hari ini. "Hasil seminar ini diharap menjadi contoh kepada pihak berkuasa tempatan lain untuk melaksanakan sistem ini. "Seminar ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemaju, arkitek, jurutera dan kontraktor mengenai kepentingan menjaga alam sekitar," katanya di sini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan