Utusan Online - Johor |
Parit tidak diselenggara ancam nyawa penduduk Posted: Parit tidak diselenggara ancam nyawa pendudukDua kanak-kanak menunjukkan keadaan parit Perumahan Awam Jalan Muar, Labis yang tidak diselenggara hingga boleh menyebabkan kawasan tersebut dinaiki air ketika hujan lebat selain mengancam keselamatan kanak-kanak. LABIS 10 Okt. - Masalah parit di Perumahan Awam Jalan Muar yang tidak diselenggara sejak sekian lama membimbangkan penduduk di kawasan itu. Seorang penduduk, Jamaluddin Idrus, 44, berkata, parit tersebut akan bertukar menjadi anak sungai ketika hujan lebat dan boleh mengancam nyawa penduduk yang melalui kawasan berkenaan khususnya kanak-kanak dan pelajar sekolah. "Pelajar sekolah selalu menggunakan jambatan kayu yang dibuat sendiri oleh penduduk kampung di parit berkenaan untuk ke sekolah agama berhampiran. "Namun, setiap kali hujan lebat, pasti parit itu dinaiki air dan ia membahayakan nyawa kanak-kanak yang menggunakan jambatan berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini. Menurut Jamaluddin, parit berkenaan hanya diselenggara oleh pihak berkuasa beberapa kali sahaja sebelum ini tetapi kerja yang dijalankan ibarat melepas batuk di tangga. Seorang lagi penduduk, Lim Chong Khui, 61, berkata, ketika musim panas, parit itu menjadi tempat pembiakan nyamuk kerana terdapat air bertakung. Dia turut mendakwa beberapa rumah jiran termasuk rumahnya yang terletak tidak jauh dari parit berkenaan pernah dimasuki ular. Bagi Abdul Ghani Abdul Wahab, 55, pihak bertanggungjawab digesa untuk mendalam dan melebarkan parit berkenaan serta membina jambatan yang lebih selamat untuk kegunaan penduduk. "Kami berharap masalah yang kami hadapi sejak sekian lama ini dapat diselesaikan dengan segera. Kami tidak mahu ada perkara buruk berlaku baru tindakan hendak diambil," katanya. |
Jangan terpedaya janji pembangkang Posted: Jangan terpedaya janji pembangkangOleh ZULHISHAM ISAHAK Abdul Ghani Othman mendengar keluhan seorang penduduk yang menerima bantuan kerusi roda di Dewan Majlis Perbandaran Johor Bandar Tengah, Taman Damai Jaya, Skudai, Johor Bahru, semalam. JOHOR BAHRU 10 Okt. - Rakyat negeri ini diminta menolak segala janji dan tidak terpengaruh dengan fitnah pihak pembangkang yang kini mencuba pelbagai cara bagi meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, masa depan negeri ini tidak seharusnya digadaikan dan rakyat tidak perlu tertipu dengan taktik serta helah pembangkang yang bersifat mengelirukan. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, pembangkang tidak mempunyai visi dan misi jelas jika ditakdirkan memerintah yang semata-mata mahu merampas kuasa tanpa mendahulukan kepentingan rakyat. "Pakatan rakyat kata yang penting dapat kuasa dulu, nak perintah macam mana itu cerita kemudian. Kita tak tahu, kalau ada kuasa, apa mereka nak buat. Ini berbahaya. "Pas dengan keutamaannya, DAP pula dengan perjuangannya dan begitu juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya pada majlis sambutan Deepavali dan penyampaian sumbangan di Dewan Majlis Perbandaran Johor Bandar Tengah, Taman Damai Jaya, Skudai malam tadi. Sebanyak RM100,000 diberikan kepada 150 penerima India yang terdiri daripada keluarga miskin sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sumbangan peribadi Ahli Parlimen Gelang Patah, Tan Ah Eng. Abdul Ghani berkata, keadaan itu berbeza dengan BN yang memerintah negara ini lebih 50 tahun dan melayan semua kaum dengan adil. Beliau berkata, dakwaan pembangkang bahawa masyarakat Cina Johor mula menyokong pakatan rakyat hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian kerana terpedaya dengan tohmahan liar mereka. "Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang baru-baru ini, Pas kata orang Cina di Johor mendapat 'hidayah' kerana segelintirnya menyokong mereka, orang India dan Melayu dikatakan masih belum terima hidayah," katanya. Mengenai pertemuannya dengan Ketua Bahagian MIC Gelang Patah, S. Kanan dan 45 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India di Johor sebelum majlis itu, beliau berkata, pelbagai isu dan perkara dibangkitkan. Menteri Besar itu berkata, kerajaan negeri akan cuba menyelesaikan semua masalah dan tuntutan mereka antaranya sekolah Tamil dan kuil yang memerlukan kerja penambahbaikan dan sebahagiannya memerlukan bangunan baru. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan