Utusan Online - Dalam Negeri |
- Yang di-Pertuan Agong kurnia pingat Darjah Kepahlawanan ATM
- Najib tinjau persiapan akhir Belanjawan 2012
- Kematian Steve Jobs kehilangan besar - Najib
Yang di-Pertuan Agong kurnia pingat Darjah Kepahlawanan ATM Posted: Yang di-Pertuan Agong kurnia pingat Darjah Kepahlawanan ATM
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini mengurniakan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada 288 penerima termasuk lima pegawai kanan tentera asing. Pada istiadat yang berlangsung di Istana Negara di sini, Panglima Tentera Darat Diraja Thailand Jeneral Prayuth Chan-ocha dan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei Brigadier Jeneral Datuk Seri Pahlawan Yussof Abdul Rahman menerima pingat Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) Kehormat. Turut dianugerahkan pingat yang sama, Mantan Kepala Staf Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Agustadi Sasongko Purnomo, Mantan Kepala Staf Angkatan Laut TNI, Laksamana Tedjo Edhy Purdijatni dan Mantan Kepala Staf Angkatan Udara TNI Marsekal Subandrio. Sembilan menerima Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) dan 30 lagi dianugerahkan pingat Pahlawan Angkatan Tentera (PAT). Seramai 244 penerima lain dianugerahkan Kesatriaan Angkatan Tentera (KAT) dan Bentara Angkatan Tentera (BAT). - BERNAMA | ||
Najib tinjau persiapan akhir Belanjawan 2012 Posted: Najib tinjau persiapan akhir Belanjawan 2012PUTRAJAYA 6 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan di sini, malam ini. Dalam lawatan selama kira-kira sejam itu, beliau yang juga Menteri Kewangan turut beramah mesra dengan kakitangan kementerian yang terlibat dalam penyediaan laporan tersebut, selain mengadakan perjumpaan tertutup dengan pegawai-pegawai kanan kementerian. Turut serta isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan-timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Bertemakan Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara, Belanjawan 2012 dijadual dibentangkan oleh beliau di Parlimen pada pukul 4 petang esok. Ia disifatkan Perdana Menteri sebagai satu belanjawan transformasi untuk semua rakyat Malaysia, selaras dengan prinsip 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. - BERNAMA | ||
Kematian Steve Jobs kehilangan besar - Najib Posted: Kematian Steve Jobs kehilangan besar - NajibPUTRAJAYA 6 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kematian pengasas bersama Apple Inc., Steve Jobs, bukan saja suatu kehilangan bagi syarikat itu tetapi juga masyarakat sejagat. Jobs, 56, merupakan ikon penting pada Era Baru, katanya, apabila diminta mengulas kematian bekas ketua eksekutif Apple itu di Palo Alto, California, hari ini. Sambil menyatakan beliau adalah pengguna dua produk Apple, Najib berkata, Jobs juga adalah seorang yang berpandangan jauh dalam dunia komputer seperti yang terbukti melalui idea yang beliau miliki dan produk yang beliau hasilkan. Jobs menjadi peneraju utama di sebalik penciptaan iPhone, iPad, iPod, iMac dan iTunes keluaran Apple. Syarikat itu dalam kenyataannya berkata, ia kehilangan seorang genius yang berpandangan jauh dan kreatif, manakala dunia pula kehilangan seorang manusia yang sungguh menakjubkan. Apple menganggap kepintaran, semangat dan ketekunan Jobs sebagai "sumber inovasi yang tidak terhitung jumlahnya dalam memperkaya dan menambah baik kehidupan kita semua". - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan