Utusan Online - Utara |
Posted: Mercun dirampasOleh MARZITA ABDULLAH Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Padang Besar, ASP Noor Janihan Nanyan (tengah) menunjukkan mercun papan yang dirampas selepas sidang akhbar semalam. - bernama PADANG BESAR 15 Sept. - Meskipun Tahun Baru Cina hanya akan disambut tiga bulan lagi tetapi kegiatan penyeludupan mercun telah mula dikesan khususnya di sempadan negeri ini. Buktinya, sebanyak 364 kilogram mercun papan bernilai RM36,000 dirampas sepasukan anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Chuping, di sini hari ini. Bertindak hasil maklumat, lapan anggota UPP itu menyerbu sebuah ladang tebu dan menemui 13 kotak mercun berkenaan, kira-kira 15 meter dari pagar sempadan Malaysia-Thailand. Pemangku Komander UPP Negeri, Asissten Supritendan Noor Janihan Nayan berkata, serbuan pukul 9.45 pagi itu diketuai oleh Sarjan Ibrahim Nor. "Hasil maklumat, pasukan itu telah membuat intipan sehingga menemui kesan tapak kaki dan seterusnya kotak-kotak berisi mercun tersebut. "Kotak-kotak itu disorokkan di antara celah pokok tebu. Pasukan itu menunggu beberapa jam bagi mengesan pemilik barangan tersebut tetapi tidak berhasil. "Kita hanya mengesan dua penunggang lelaki motosikal bernombor pendaftaran Malaysia dan Thailand berlegar-legar di kawasan itu," katanya kepada para pemberita di sini, hari ini. Menurut beliau, hasil pemeriksaan pihaknya turut mengesan lubang pada pagar di sempadan itu, dipercayai untuk menjalankan kegiatan penyeludupan. Beliau berkata, kawasan ladang tebu berhampiran pagar sempadan negara dikesan kini menjadi tumpuan penyeludup untuk menyeludup pelbagai barang. "Jika dahulu ia menjadi tumpuan penyeludupan pendatang asing tanpa izin, kini ia turut dijadikan laluan untuk menyeludup barang," ujarnya. |
Dewan Nur lahir usahawan wanita Posted: Dewan Nur lahir usahawan wanitaPULAU PINANG 15 Sept. - Dewan Nur (dulu dikenali sebagai Rumah Nur) berjaya melatih 1,000 wanita khususnya ibu tunggal dari sekitar Parlimen Balik Pulau dengan kemahiran menjahit, memasak dan kraf tangan sepanjang tahun lalu. Pengerusinya, Siti Faridah Arshad berkata, dengan kemahiran itu, ia membolehkan golongan tersebut berdikari untuk menyara keluarga atau membantu menambah pendapatan bagi meringankan beban suami. "Dewan Nur berjaya melatih beribu-ribu wanita melalui kursus-kursus motivasi dan kemahiran sejak ia ditubuhkan pada 2000. Misalnya kita berjaya melatih kira-kira 1,000 wanita dalam kelas menjahit, memasak dan kraf tangan pada tahun lalu. "Lantaran itu, kita bangga kerana kini mereka yakin terhadap diri sendiri dan boleh berdikari," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Siti Faridah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Balik Pulau menjelaskan, kebanyakan punca masalah rumah tangga tercetus akibat desakan dan tekanan hidup. "Ini kerana kebanyakan keluarga mahukan kehidupan lebih baik menyebabkan perbelanjaan melebihi pendapatan mereka. Maka inilah punca tercetus masalah keluarga. "Selain itu, ibu bapa yang keluar bekerja tidak dapat meluangkan banyak masa bersama anak-anak. Ia menyebabkan golongan remaja mudah terjebak dengan gejala sosial," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan