Jumaat, 16 September 2011

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Lima hari untuk tajam serangan

Posted:

Lima hari untuk tajam serangan

Lima hari untuk tajam serangan

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


Penjaga gol Oman, Muhand Obaid Al Zaabi (kanan) berjaya mematahkan serangan pemain negara, A. Thamil Arasu dalam aksi persahabatan di padang UiTM Shah Alam, semalam. Malaysia tewas 0-1. – UTUSAN/Izham Jaafar


SHAH ALAM – Dalam ketenangan jurulatih skuad negara, Ong Kim Swee menjelang menentang Jepun pada kelayakan Sukan Olimpik 2012 Rabu ini ketumpulan serangan sedikit mengocak benak fikirannya menentang Oman di sini, semalam.

Apa yang dikatakan Kim Swee ada benarnya apabila skuadnya itu tenggelam punca mencari jaringan pada pertemuan persahabatan yang menyaksikan Bawah 23 Oman menang 1-0.

''Segalanya telah dilakukan dalam latihan untuk memantapkan bahagian serangan tetapi rangkaian barisan hadapan masih gagal menemui sentuhan jaringan.

"Bagaimanapun saya tetap anggap keputusan tewas tipis kepada Oman ini adalah sesuatu yang positif. Ini adalah satu perlawanan yang bagus menjelang pertemuan dengan Jepun nanti," katanya semasa ditemui media, semalam.

Jelas Kim Swee, sesuatu perlu dilakukan menjelang lima hari pertemuan menentang Jepun terutama di bahagian serangan tatkala bahagian lain dilihat sudah mampu membiasakan diri bersama gandingan masing-masing.

Pada pertemuan dengan Oman, semalam Kim Swee meletakkan A. Thamil Arasu dan Irfan Fazail mengetuai serangan, namun kedua-duanya gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang.

Oman berjaya memperoleh gol tunggal melalui Hussain Ali Al Hadri pada minit ke-41 sebelum skuad Kim Swee bangkit pada babak kedua dengan menghasilkan beberapa peluang berbahaya, namun gagal disudahkan oleh Thamil dan Irfan.

Kim Swee juga mencuba gandingan Izzaq Faris Ramlan dan Syahrul Azwari Ibrahim tetapi mereka juga gagal untuk menewaskan penjaga gol lawan, Mohand Obaid Al Zaabi.

Apa yang menarik, kata Kim Swee, pemainnya juga tidak cepat melatah sebaik sahaja mereka ketinggalan 0-1, sebaliknya cuba bangkit dengan mempamerkan semangat juang tinggi.

"Saya harap mereka belajar daripada perlawanan ini, kalau boleh saya tidak mahu kita dibolosi pada perlawanan menentang Jepun nanti. Masa yang ada adalah untuk memperbaiki segala kelemahan.

"Saya juga merasakan keputusan pada hari ini (semalam) tidak mustahak, yang penting adalah corak permainan," kata Kim Swee yang membayangkan keputusan 0-0 bertemu Jepun nanti adalah cukup bagus buat mereka.

Selepas perlawanan menentang skuad Olimpik Oman, anak-anak Kim Swee bakal berdepan ujian sebenar mengharungi perlawanan menentang Jepun di Stadium Tosu, Rabu ini untuk aksi pertama kelayakan peringkat akhir Sukan Olimpik 2012 London.

Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Jepun, Bahrain dan Syria. Juara kumpulan akan mara terus ke Sukan Olimpik 2012 manakala tempat kedua terbaik perlu mengharungi play-off.

Safiq teruja bertandang ke Cardiff City

Posted:

Safiq teruja bertandang ke Cardiff City

Safiq teruja bertandang ke Cardiff City

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR – Teruja dan mahu cemerlang sebagai pemain Malaysia. Itu azam pemain kebangsaan, Safiq Rahim apabila memperoleh peluang menjalani latihan bersama Cardiff City sama seperti rakan sepasukannya Safee Sali.

Safiq berkata, pada penghujung Oktober ini gilirannya pula akan berangkat ke Cardiff City yang berpengkalan di Ninian Park untuk berlatih bersama pasukan Liga Kejuaraan itu.

Tambah Safiq, misinya di sana nanti adalah untuk menimba ilmu sebanyak mana yang boleh terutama bagi memantapkan lagi gaya permainannya.

"Saya juga akan cuba untuk buktikan bahawa masih ada pemain Malaysia yang mampu beraksi dengan baik bersama kelab Eropah.

"Sebagai pemain bola sepak sudah tentu peluang sebegini tidak boleh di lepaskan begitu sahaja kerana bukan mudah untuk memperoleh peluang begini dan saya akan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Ketika ini Safiq yang terlibat dalam kempen Piala Malaysia bersama Selangor mahu menumpukan perhatiannya terlebih dahulu dalam semua perlawanan yang bakal ditempuhi skuad merah kuning sebelum berkunjung ke Ninian Park.

Safiq juga memberitahu, selain menjalani latihan bersama skuad Bluebirds impiannya juga adalah untuk bersama beraksi dalam pasukan kendalian Malky Mackay itu

"Seandainya dapat bermain bersama mereka sudah tentu ia mengujakan saya. Bagi saya sekiranya dipilih untuk beraksi ia sudah tentu bukan satu masalah buat saya sebagai pemain namun kita perlu ikut peraturan ditetapkan terlebih dahulu," jelas Safiq.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved