Utusan Online - Pendidikan |
Kelainan SMK Inderapura sambut kemerdekaan Posted: Kelainan SMK Inderapura sambut kemerdekaanJERANTUT 16 Sept. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Inderapura di sini membuat kelainan dalam Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia apabila menurunkan bendera Union Jack sebagai tanda meraikan kemerdekaan negara. Program disertai 640 pelajar dan 65 guru sekolah tersebut memaparkan satu kelainan dalam meraikan hari bersejarah tersebut. Kemuncak kemeriahan sambutan itu disertai pelajar berbilang kaum termasuk Orang Asli yang memaparkan jalinan perpaduan dengan mengenakan pakaian tradisional kaum masing-masing yang penuh berwarna-warni. Pengetua SMK Inderapura, Rusma Md. Taha, berkata, satu pantomin ringkas diadakan bagi menggambarkan suasana menurunkan bendera Union Jack dan digantikan dengan kibaran Jalur Gemilang serta diiringi nyanyian lagu patriotik. "Program itu diadakan bagi memberi pengajaran kepada generasi baru supaya menghayati peristiwa negarawan kita menuntut kemerdekaan," katanya kepada pemberita di sini, kelmarin. Menurut Rusma, penerangan berasaskan fakta peristiwa dan tarikh sebenar mengenai tuntutan dan pengisytiharan kemerdekaan serta sejarah dimulakan dengan nyanyian Negaraku. Justeru, katanya, acara simbolik itu akan mengukuhkan perpaduan di kalangan pelajar selain menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini. Tambahnya, program itu turut dimeriahkan dengan tarian daripada pelbagai kaum dan nyanyian lagu patriotik yang membabitkan para pelajar sekolah itu. |
Pelajar SMK Seri Ampangan meriahkan Merdeka Raya Posted: Pelajar SMK Seri Ampangan meriahkan Merdeka RayaSEREMBAN 16 Sept. – Seramai 1,300 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampangan, dekat sini memeriahkan program sambutan Merdeka Raya dan Hari Malaysia anjuran Radio Malaysia Negerifm di sekolah berkenaan semalam. Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan, Norbaiyah Baharudin berkata, program tersebut turut disertai oleh guru-guru serta kakitangan sekolah termasuk penyampai radio Negerifm. ''Beberapa aktiviti telah diadakan sempena program sambutan yang membabitkan hampir 1,300 pelajar dari tingkatan satu hingga enam sekolah tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pendidikan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan