Utusan Online - Sukan |
Posted: Peluang Safee belum berakhirOleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
KUALA LUMPUR - Masalah permit kerja yang menghalang Safee Sali beraksi di England boleh diselesaikan dengan cara penyerang bola sepak kebangsaan itu perlu terlebih dahulu beraksi dalam liga lain sekitar Eropah. Sumber memberitahu, usaha sedang dijalankan bagi mencari kelab sekitar Eropah supaya Safee Sali dapat bermain sekurang-kurangnya sembilan bulan, iaitu salah satu syarat bagi mendapatkan permit kerja di England. Perkara itu mungkin boleh diputuskan dalam masa satu atau dua minggu lagi jika mendapat lampu hijau dari Cardiff City. "Safee boleh beraksi di England tanpa terikat dengan syarat ranking pasukan kebangsaan perlu menduduki tempat 70 teratas dalam FIFA. "Caranya, Safee perlu sekurang-kurangnya beraksi minimum sembilan bulan dalam mana-mana kelab di Liga Eropah. "Rundingan sedang dibuat supaya Safee boleh bermain dengan kelab sekitar Eropah terlebih dahulu sebelum dia beraksi di England," kata sumber tersebut. Pemain negara itu yang kini mewakili kelab Indonesia, Pelita Jaya itu baru sahaja pulang ke tanah air pada Rabu lepas selepas dua minggu menjalani latihan bersama kelab Wales itu. Jurulatih Cardiff, Malky Mackay mengakui terpikat dengan persembahan Safee Sali. Begitpun dia menegaskan masalah permit kerja menghalang pemain berusia 27 tahun itu beraksi di sana kerana Malaysia tidak berada dalam senarai 70 negara terbaik dunia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA). Syarat mendapatkan permit kerja melalui meminjamkan pemain ke kelab lain di sekitar Eropah bukanlah asing, walaupun negara yang diwakili seseorang pemain berada di antara 70 terbaik dunia, kerana mereka perlu bermain sekurang-kurangnya 75 peratus perlawanan antarabangsa berkelas A. Contoh terbaru, pemain Arsenal Ryo Miyaichi dari Jepun dipinjamkan ke Feyenoord di Liga Belanda selama satu musim sebelum mendapat permit kerja musim ini. Bekas pemain Manchester United, Dang Fangzhuo pernah bermain di Liga Belgium, Royal Antwerp selama tiga musim sebelum mendapat permit beraksi di England. Beberapa pemain lain seperti penjaga gol Wigan, Ali Ab-Habsi yang berasal dari Oman tidak menghadapi masalah mendapatkan permit kerja England, walaupun negaranya tidak berada dalam ranking 70 terbaik senarai FIFA kerana dia beraksi tiga musim bersama kelab dari Norway, Lyn Oslo. | ||
Giliran beregu wanita buat kejutan di Kalimantan Posted: Giliran beregu wanita buat kejutan di KalimantanOleh Norzie Mohd. Khasbi KUALA LUMPUR - Sehari selepas Ow Yao Han-Tan Wee Kiong menumbangkan juara Olimpik, beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei mengambil alih tumpuan pada kejohanan badminton Grand Prix Emas Terbuka Indonesia apabila menyingkirkan pasangan pilihan dari China, Cheng Shu-Pan Pan untuk ke separuh akhir, semalam. Ia merupakan separuh akhir ketiga buat beregu muda itu dalam empat kejohanan antarabangsa tahun ini selepas Terbuka Taiwan (September) dan Thailand (Jun), selain suku akhir Terbuka Vietnam, bulan lalu. Anak didik Rexy Mainaky itu berpeluang ke final buat kali pertama kerana berdepan lawan seimbang, Sujitra Ekmongkolpaisarn-Punyada Munkitchokecharoen dari Thailand hari ini. Vivian-Khe Wei juga merupakan wakil tunggal Malaysia meneruskan kemaraan di Kalimantan Timur apabila wakilnya yang lain, termasuk Yao Han-Wee Kiong, Misbun Ramdan Misbun dan Chan Kwong Beng tersingkir pada separuh akhir. Semalam, beregu No. 60 dunia itu diheret dalam pertarungan sengit 55 minit sebelum menewaskan pilihan keenam, Cheng Shu-Pan Pan 21-15, 18-21, 21-18, pada ketika Sujitra-Punyada, pasangan ranking ke-167 menyingkirkan beregu tuan rumah, Nurbeta Kwanrico-Deariska Putri Medita 21-19, 11-21, 21-13. Vivian-Khe Wei sudah melakar beberapa kejutan sepanjang tahun ini untuk membolehkan mereka naik mendadak dari kedudukan ke-115 pada awal tahun kepada 60 ketika ini. Prestasi cemerlang ini juga memboleh pemain berusia 21 serta 22 tahun itu sebagai sandaran utama pingat pada Sukan SEA, Indonesia, November nanti dengan ketiadaan Pei Tty-Eei Hui. "Vivian dan Khe Wei menunjukkan fokus yang amat tinggi hari ini kerana menentang pasangan China mereka kena banyak bertahan dengan sesekali melakukan serangan balas. Mereka mempamer pertahanan yang benar-benar berkualiti bagi mengekang serangan lawan yang cukup laju. "Saya rasa, peluang mereka untuk mencari tiket final buat kali pertama cukup baik jika dapat mengatasi pasangan Thailand. Berbanding beregu China, permainan Sujitra-Punyada tidak terlalu agresif, jadi mungkin esok, Vivian dan Khe Wei pula yang perlu bermain dengan lebih menyerang," kata jurulatih beregu wanita negara, Chong Kien Ling ketika dihubungi di Kalimantan, semalam. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan