Isnin, 19 September 2011

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Taliban serang rumah polis

Posted:

Taliban serang rumah polis

Taliban serang rumah polis


ANGGOTA keselamatan Pakistan memeriksa kawah kesan letupan sebesar tiga meter dan bangunan yang musnah dalam serangan berani mati pengganas Taliban ke atas rumah pegawai kanan polis di Karacho, semalam. - AGENSI


KARACHI 19 Sept. - Sekurang-kurangnya lapan orang maut, termasuk enam anggota polis, selepas seorang pengebom berani mati Taliban yang memandu sebuah kereta membawa muatan bahan peledak merempuh rumah ketua polis anti-pengganas Pakistan di sini hari ini.

Pegawai polis, Naeem Shaikh berkata, enam orang yang terbunuh merupakan anggota polis yang bertugas mengawal rumah Supritendan Polis Chaudhry, Muhammad Aslam yang terselamat dalam serangan tersebut.

Sebanyak 300 kilogram bahan letupan digunakan dalam serangan berani mati itu yang turut menyebabkan seorang wanita dan kanak-kanak terbunuh.

Aslam berkata kepada pemberita, beliau menerima beberapa ugutan daripada kumpulan militan, termasuk pemberontak Taliban di Pakistan, yang rapat dengan kumpulan al-Qaeda.

"Saya sedang tidur ketika mereka melakukan serangan ini dengan merempuh rumah saya menggunakan kenderaan yang membawa bahan letupan.

"Saya tidak gentar dengan serangan ini dan akan memberi pengajaran kepada generasi militan," katanya.

Taliban Pakistan mengaku bertanggungjawab dalam pengeboman tersebut dengan alasan Aslam telah menahan dan membunuh ramai pejuang kumpulan militan itu.

"Kami akan menyerang pegawai polis lain yang mengambil tindakan terhadap pejuang kami," kata jurucakap Taliban, Ehsanullah Ehsan kepada Reuters melalui panggilan telefon dari lokasi yang tidak diketahui.

Dia turut menamakan lima pegawai polis Karachi yang berada dalam senarai sasaran militan Taliban.

Ia merupakan serangan terbaru di Karachi sejak sekumpulan pemberontak menyerang pangkalan tentera laut pada Mei lalu. - REUTERS

NTC tangguh umum kerajaan baru Libya

Posted:

[unable to retrieve full-text content]BENGHAZI 19 Sept. - Pengumuman mengenai kerajaan baru Libya yang dijadual dibuat semalam ditangguhkan ekoran perbalahan berhubung portfolio Kabinet, sementara penyokong setia Muammar Gaddafi memberikan tentangan sengit di kubu-kubu yang masih mereka pertahankan.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved