Rabu, 3 Ogos 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


PUO terima anugerah emas

Posted:

PUO terima anugerah emas

PUO terima anugerah emas

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my


Sekumpulan tenaga pengajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Ungku Omar yang memenangi tempat ketiga pada pertandingan Innovation Conference 2011.


IPOH 2 Ogos - Politeknik Ungku Omar (PUO) muncul juara dan menerima anugerah emas bagi ketegori jemputan pada pertandingan Inovasi Nuklear Malaysia 2011 yang berlangsung di Agensi Nuklear Malaysia baru-baru ini.

PUO yang menghantar pasukan yang diwakili Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) berjaya mengatasi lima pasukan lain yang bertanding iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pertandingan yang merupakan anjuran Agensi Nuklear Malaysia itu berlangsung selama empat hari bermula 18 hingga 21 Julai 2011.

Pensyarah penasihat PUO bagi pertandingan itu, Zulkarnain Jamak berkata, pertandingan tersebut merupakan penyertaan kali pertama PUO selain menjadi satu-satunya politeknik yang menyertai pertandingan yang saban tahun diadakan itu.

Katanya, pelbagai usaha dan idea telah disumbangkan bagi memberi pembaharuan dalam penghasilan produk inovasi nuklear yang berkualiti dan berdaya saing.

"Pertandingan ini menguji kemampuan fizikal, mental dan keupayaan pelajar JKM kerana mereka perlu bersaing dengan peserta lain yang mempunyai pengetahuan luas dalam kajian nuklear.

"Namun, ia bukan halangan malah menjadi penguat semangat kepada pelajar selain dijadikan sebagai permulaan untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin berkenaan teknologi ruang udara dan berkaitan nuklear," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Zulkarnain berkata, dalam pertandingan itu, pasukan PUO telah dinilai oleh barisan juri dari Agensi Nuklear Malaysia.

Katanya, penerangan dan sesi soal jawab berhubung objektif dan matlamat produk yang dihasilkan telah diterangkan kepada juri berdasarkan tema pertandingan itu iaitu inovasi nuklear.

"Pertandingan ini sangat sengit bagi PUO yang tidak mempunyai pengalaman menyertai pertandingan seperti ini, namun ia berjaya diatasi dengan adanya sokongan padu daripada pelajar dan tenaga pengajar PUO yang terlibat," katanya.

Sementara itu, sekumpulan tenaga pengajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik berjaya memenangi tempat ketiga pada pertandingan Innovation Conference 2011 (INNOCONF2011) baru-baru ini.

Kumpulan yang dinamakan K-Bistari itu diketuai Kamarul Mohsin Ahmad dan diseliakan oleh Atikah Bakar.

Mereka turut dibantu Asmah Mustapa, Izwah Ismail, Noraini Harun, Azhar Jaffar, Khamsiah Ishak, Norkiah Mat Zaki dan Nor Sa'adah Mahmor.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Hasmiza Hussin berkata, pada pertandingan itu, K-Bistari telah menghasilkan produk Alat Pengujian Papan Litar Bercetak (Probatt) yang mengetengahkan inovasi dalam membantu proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Katanya, program yang berlangsung selama dua hari bermula 12 hingga 13 Julai itu telah diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dan merupakan anjuran EduXplore Sdn. Bhd. dan Prominent Line Sdn. Bhd. dengan kerjasama Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) serta Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI).

"Produk ini dihasilkan bagi membantu pensyarah di dalam makmal dengan fungsi utama menguji sambungan litar di antara lubang-lubang protoboard dalam jangka masa yang singkat dan fleksibel.

"Selain itu, ia juga mempunyai fungsi tambahan iaitu untuk menguji tahap kekuatan tenaga bateri di antara 1.5 dan 9 voltan," katanya.

Hasmiza berkata, beberapa diod pemancar cahaya (LED) digunakan sebagai penunjuk aras tahap kekuatan bateri dan juga keterusan litar protoboard.

"Probatt ini direka supaya mudah dibawa dan juga mesra pengguna," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

UUM bantu pesakit kanser

Posted:

UUM bantu pesakit kanser

UUM bantu pesakit kanser


Zuraidah Atan (baris kedua, tiga dari kiri) bersama kakitangan dan penuntut Universiti Utara Malaysia di Bangi, baru-baru ini.


SINTOK 2 Ogos - Ahli Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Zuraidah Atan bangga dengan komitmen warga universiti itu yang hadir ke program Relay For Life 2011 untuk sama-sama menghayati semangat sukarelawan bagi membantu pesakit kanser di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, baru-baru ini.

Beliau yang juga Penasihat Kehormat Persatuan Kanser Malaysia berkata, kehadiran warga kampus ke program tersebut dapat membantu mereka membiasakan diri dengan aktiviti sukarelawan di samping mengenali dan merasai penderitaan pesakit kanser.

"Saya mengucapkan terima kasih pada warga UUM terutama kakitangan dan penuntut yang hadir untuk sama-sama menjiwai semangat sukarelawan dengan membantu pesakit kanser," katanya di sini, baru-baru ini.

Relay For Life 2011 merupakan program larian selama 16 jam bermula pada pukul 6 petang, 16 Julai lalu dan berakhir pada pukul 10 pagi keesokannya.

Larian itu disertai lebih 5,000 peserta dari dalam dan luar negara yang berlangsung di Stadium UKM.

Relay For Life adalah sebagai simbolik kepada ciri-ciri penyakit kanser yang menyerang manusia tanpa henti dan penghidap perlu membina kekuatan diri untuk mengharunginya.

Sementara itu, Ketua Kontinjen UUM, Muhammad Husaini Salleh berkata, penyertaan UUM buat kali keenam itu berjaya menghimpunkan kakitangan dari pelbagai jabatan untuk menjayakan program itu.

Bagi Omar Hashim dari Jabatan Keselamatan, dia berbangga dan bersyukur dapat berjumpa dengan pesakit kanser dan membantu menggembirakan mereka.

Seorang pelajar, Nurul Huda Zainal Abidin pula berkata, penyertaan kali pertamanya itu berjaya membentuk kesedaran terhadap penyakit kanser dan keprihatinan terhadap penghidapnya.

"Saya berharap dapat menyertainya lagi kerana ia amat berfaedah bagi generasi muda," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

MoU tiga universiti antarabangsa

Posted:

MoU tiga universiti antarabangsa

MoU tiga universiti antarabangsa


Dari kiri, Dasron Hamid, Dzulkifli Abdul Razak, Boonsom dan Ravik Karsidi selepas menandatangi memorandum persefahaman di Pulau Pinang, baru-baru ini.


PULAU PINANG 2 Ogos - Tiga memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani serentak oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dengan universiti luar negara membuka ruang untuk memartabatkan lagi institusi pengajian tinggi awam itu ke peringkat antarabangsa.

Memorandum pertama diadakan dengan Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY), Indonesia bagi membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama untuk membangunkan ilmu sosial dan ilmu politik bagi menaikkan taraf kehidupan orang ramai dan masyarakat masing-masing.

Sementara itu, memorandum kedua dengan Universitas Sebelas Maret (UNS), Indonesia bagi membuka peluang kepada penuntut kedua-dua universiti menyertai program pertukaran pelajar supaya memupuk persefahaman yang lebih kukuh antara satu sama lain.

Dalam pada itu, memorandum ketiga dengan Fakulti Sains dan Teknologi, Prince of Songkla University, Thailand, bertujuan berkongsi pengalaman dan bersama-sama menjalankan penyelidikan dalam getah dan polimer supaya dapat membangunkannya dan membawa kekayaan kepada rakyat kedua-dua negara.

Naib Canselor USM, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, ketiga-tiga MoU yang ditandatangani tersebut adalah bertepatan kerana pihaknya sentiasa memperjuang dan mempertahankan alam sekitar demi kebaikan rakyat Malaysia.

"Kita perlu bersama-sama berusaha lebih keras antara sains dan sains sosial kerana kedua-dua aspek ini perlu selari untuk membangunkan negara kerana hanya mengetahui ilmu pengetahuan sains tidak mencukupi untuk membangunkan negara.

"Ini kerana sains sosial juga selalu memainkan peranan penting untuk membangunkan sesebuah negara," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani MoU berkenaan di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral USM, Profesor Dr. Ahmad Fauzi Mohd. Noor; Rektor UMY, Dasron Hamid; Rektor UNS, Profesor Dr. Ravik Karsidi dan Presiden Prince of Songkla University, Profesor Dr. Boonsom.

Dzulkifli menambah, selain itu, beliau berharap penyelidikan dan kerjasama dengan ketiga-tiga universiti dapat mengeratkan lagi hubungan persefahaman dalam warga universiti di rantau ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved