Rabu, 3 Ogos 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Laman web UTM paling popular

Posted:

Laman web UTM paling popular

Laman web UTM paling popular

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 2 Ogos - Laman web Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menduduki tempat pertama paling popular antara institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia tahun ini.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, penarafan yang dibuat oleh 4icu.org berasaskan satu algoritma yang terdiri daripada tiga web bebas iaitu page rank, traffic rank dan total link population.

"Ketiga-tiga web berkenaan digunakan untuk menilai populariti setiap universiti berdasarkan kepada laman web yang dimiliki," katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, penarafan tersebut menunjukkan secara tidak langsung Internet menjadi sumber penting kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai sesebuah universiti.

Menurutnya, UTM turut menduduki tempat keenam di Asia Tenggara dan ke-47 di Asia berdasarkan penarafan yang dibuat ke atas 10,200 universiti dan kolej di 200 buah negara.

"UTM juga menjadi satu-satunya universiti dari Malaysia yang tersenarai pada kedudukan 100 buah universiti di Asia dan ke-280 di peringkat dunia," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

UTM-SKMM bangunkan makmal evolusi

Posted:

UTM-SKMM bangunkan makmal evolusi

UTM-SKMM bangunkan makmal evolusi


Zaini Ujang (dua dari kanan) bertukar dokumen memorandum persefahaman dengan Khalid Ramli sambil disaksikan Rais Yatim di Skudai, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 2 Ogos - Pusat Komunikasi Wayerles (WCC), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membangunkan kemudahan makmal Teknologi Evolusi Jangka Panjang (LTE) untuk latihan, demonstrasi dan penyelidikan teknologi 4G.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, WCC merupakan pusat yang aktif menjalankan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan latihan bidang kejuruteraan komunikasi tanpa wayar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"Bagi saya kerjasama ini antara sumbangan besar UTM sebagai sebuah Universiti Penyelidikan berteraskan teknologi dan kejuruteraan untuk memajukan prasarana telekomunikasi negara.

"Malah, kerjasama UTM dan SKMM sebenarnya telah lama terjalin khususnya menerusi program latihan jangka pendek. Kerjasama tersebut ditingkatkan dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan teknologi maklumat ketika ini," katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak di sini, baru-baru ini.

MoU berkenaan ditandatangani Zaini dan Pengerusi SKMM, Tan Sri Khalid Ramli serta disaksikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Pelaksanaan MoU antara UTM dan SKMM melibatkan tiga fasa iaitu penubuhan perkongsian strategik dan mengenal pasti bidang kajian, perkongsian kemudahan latihan, amalan pertukaran maklumat dan modul serta penyertaan dalam persidangan dan mesyuarat serantau.

Fasa kedua pula merangkumi penubuhan program penyelidikan dan pendidikan yang melibatkan akademik serta latihan, manakala fasa ketiga membabitkan kemajuan dalam perkongsian strategik, promosi hasil cipta dan pengkomersialan produk penyelidikan.

Zaini berkata, MoU itu adalah selaras dengan seruan kerajaan ke arah aktiviti inovasi dan kreativiti untuk memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh, Model Baru Ekonomi dan Pelan Transformasi Kerajaan.

Menurutnya, teknologi LTE diperlukan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih pantas dan cekap kepada pengguna sejajar dengan perkembangan semasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved