Utusan Online - Muka Hadapan |
Posted: Bertukar setiap tiga tahunOleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS KUALA LUMPUR 1 Ogos – Jabatan Imigresen akan membuat pertukaran kakitangannya yang bertugas di pintu-pintu masuk negara setiap tiga tahun bagi mengatasi penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang melibatkan sindiket penyeludupan manusia. Ketua Pengarahnya, Datuk Alias Ahmad yang mengakui wujudnya segelintir kakitangan tidak amanah dalam jabatan itu, menegaskan, tindakan segera akan diambil bagi mengatasi perkara berkenaan. "Maka sebab itu, kita tubuhkan dua unit khas iaitu Unit Risikan dan Unit Pematuhan sejak Oktober 2010 bagi memantau dan mengesan pematuhan prosedur kerja pegawai-pegawai yang ditempatkan di pintu-pintu masuk negara. "Sekiranya didapati ada pegawai yang melanggar prosedur kerja, satu laporan akan dibuat dan dikemukakan kepada pihak berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Akhbar Utusan Malaysia hari ini mendedahkan empat pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) adalah antara 45 individu dikesan menjadi ketua sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini. Alias memberitahu, penggunaan teknologi seperti permohonan pas kemasukan secara dalam talian wajar dilaksanakan bagi mengurangkan peluang berlakunya salah guna kuasa. "Langkah-langkah diambil adalah dengan mengurangkan kerjasama perseorangan serta memudahkan proses pemantauan yang lebih ketat melalui kemudahan teknologi," katanya lagi. |
Posted: Belanja secara berhemahOleh METRA SYAHRIL MOHAMED KUALA LUMPUR 1 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan semua pihak agar berbelanja secara berhemah dan tidak melakukan pembaziran sepanjang menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan ini. Menurut Perdana Menteri, ia selaras dengan semangat yang dianjurkan oleh Ramadan iaitu bulan yang telah disediakan Allah sebagai satu medan untuk membina kualiti keimanan serta ketakwaan. Jelasnya, menepati semangat Ramadan dan bagi mengutamakan kebajikan serta membantu meringankan beban rakyat, kerajaan telah menambah satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu memerangi kos kehidupan yang kian meningkat. "Justeru, bersamalah kita melaksanakan transformasi minda dan jiwa agar Ramadan kali ini bukanlah Ramadan yang sekadar rutin semata-mata. "Bahkan, inilah Ramadan yang akan meningkatkan dan mengubah kehidupan kita selepas ini dengan menjadi hamba Allah yang lebih hebat ketakwaannya berbanding sebelum ini,'' kata beliau dalam entri terbaru menerusi blognya, http://www.1malaysia.com.my. Najib berkata, Ramadan pada hakikatnya adalah bulan yang menggalakkan umat Islam untuk saling bersedekah dan berkongsi juadah berbuka puasa. Ramadan juga, ujar beliau, merupakan bulan untuk semua pihak menzahirkan keprihatinan terhadap jiran serta rakan-rakan tanpa mengira batas kaum dan agama. "Inilah masanya untuk kita sama-sama berdiri di dalam satu saf mengerjakan solat berjemaah dan bertarawih. Bulan ini juga menganjurkan kita mengukuhkan tali persaudaraan dan perpaduan sesama kita. "Pendek kata, suntikan perasaan kerahmatan ini amat sesuai untuk membugarkan Gagasan 1Malaysia. Malah ia membentuk konsep penerimaan sepenuhnya di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,'' katanya. Jelas Najib, selain berpuasa, Ramadan seharusnya diisi dengan segala bentuk ibadat dan amalan seperti bertarawih, bertadarus, tilawah al-Quran, berzikir dan bermunajat. Sudah tentu, katanya, antara hikmah segala ibadat tersebut ialah untuk membangunkan segala sifat dan kualiti terpuji di dalam diri. "Dengan ini, saya dan seisi keluarga mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di samping mensyukuri nikmat kemerdekaan yang kita kecapi. "Marilah kita bersama mengimarahkan Ramadan ini dengan segala amal kebajikan dan ibadah. Semoga Allah melimpahkan kepada kira dengan seribu rahmat-Nya,'' tambahnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Rakyat diajak kibar Jalur Gemilang Posted: Rakyat diajak kibar Jalur GemilangKUALA LUMPUR 1 Ogos - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini mengajak rakyat Malaysia supaya mengibar Jalur Gemilang sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang bakal menjelang. Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini, beliau berkata, sudah tiba masanya untuk rakyat bersatu padu dalam usaha meningkatkan perasaan kasih kepada tanah air. "Tidak ada cara lain pada masa ini selain mengambil sehelai Jalur Gemilang dan mengibarkannya di rumah masing-masing, di pejabat. Inilah cara minimum yang dapat kita sumbang bagi menandakan kita cintakan negara," katanya. Rais berkata, usaha mengibarkan bendera Malaysia perlu dilakukan oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik, agama, budaya dan latar belakang sosial. "Kalau di negara lain, tanggal merdeka negara itu menyaksikan setiap warganya mengibarkan bendera. Mengapa kita tak boleh buat demikian," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan