Utusan Online - Jenayah |
Seludup manusia: Polis minta kerjasama Bank Negara Posted: Seludup manusia: Polis minta kerjasama Bank NegaraKUALA LUMPUR 1 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapatkan kerjasama daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membanteras sindiket penyeludupan manusia yang menjadikan negara ini sebagai transit ke negara ketiga. Sumber memberitahu, kerjasama yang dijalankan bertujuan mengesan bukti pengaliran wang masuk dari luar negara terhadap anggota sindiket di negara ini. Katanya, wang itu dihantar oleh keluarga pelarian dari negara asal mereka yang bertujuan untuk membayar kos transit yang dikenakan anggota sindiket terbabit. "Bagaimanapun, pengaliran wang masuk bagi tujuan itu sukar dikesan kerana mereka menggunakan khidmat pengurup wang dan bukannya melalui sistem perbankan. "Sebagai contoh, pelarian di Malaysia akan meminta keluarga mereka untuk menghantar wang mengikut jumlah dituntut sindiket melalui pengurup wang. "Pelarian kemudian akan menerima kod dari keluarga dan menebus wang tersebut di sini, sebelum diserahkan kepada sindiket," kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini. Utusan Malaysia hari ini mendedahkan empat pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) adalah antara 45 individu dikesan menjadi ketua sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini. Kata sumber itu, tindakan selanjutnya sedang diambil agensi-agensi terbabit termasuk BNM untuk memperhalusi dan menambah baik sistem pengurup wang bagi mengekang sindiket tersebut. |
90,000 warga asing sasaran seludup manusia Posted: 90,000 warga asing sasaran seludup manusiaKUALA LUMPUR 1 Ogos - Dianggarkan 90,000 warga asing yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR) di Lembah Klang di sini, dikenal pasti menjadi antara sasaran sindiket penyeludupan manusia. Mereka yang didaftarkan sebagai pelarian dari lebih 20 buah negara itu menjadi sasaran sindiket berkenaan berikutan proses penempatan pelarian ke negara ketiga secara sah mengambil masa lama iaitu tiga hingga lima tahun. Sumber memberitahu, pelarian yang didaftar di bawah UNCHR terpaksa berbuat demikian untuk menyara kos kehidupan berikutan undang-undang negara ini tidak membenarkan mereka bekerja. "Sindiket penyeludupan pula mengambil kesempatan itu dengan menawarkan khidmat membawa mereka ke negara ketiga dengan lebih cepat sama ada melalui darat, udara atau laut. "Ada juga keluarga pelarian yang meminta bantuan sindiket bagi membolehkan ahli keluarga mereka yang berada di Malaysia keluar dari negara ini segera," kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini. Utusan Malaysia hari ini mendedahkan empat pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) adalah antara 45 individu dikesan menjadi ketua sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini. Dalam pada itu, sumber memberitahu, sindiket penyeludupan mengenakan kos transit yang tinggi iaitu AS$15,000 (RM44,500) hingga AS$35,000 (RM104,00) bergantung kepada destinasi. Bagaimanapun katanya, pelarian perlu membayar wang pendahuluan RM10,000 hingga RM20,000. "Oleh itu, keluarga pelarian di negara masing-masing terpaksa jual tanah atau harta benda untuk menjelaskan wang pendahuluan tersebut. "Selepas proses transit selesai, jika bayaran masih belum dijelaskan, pelarian diperas ugut pula sehingga ada terpaksa memperdagangkan diri atau bekerja dengan sindiket jenayah seperti keldai dadah bagi mendapatkan wang segera," katanya lagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan