Isnin, 1 Ogos 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


RM200,000 baiki rumah, madrasah

Posted:

RM200,000 baiki rumah, madrasah

RM200,000 baiki rumah, madrasah

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
utusankelantan@utusan.com.my

JELI 31 Julai - Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) memperuntukkan lebih RM200,000 bagi membaik pulih rumah 44 penduduk miskin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas dan sebuah madrasah di Kampung Jalan Malaysia dekat sini.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr. Azmi Setapa mewakili Datuk Seri Mustapa Mohamed yang hanya singgah sebentar kerana terpaksa ke Kuala Lumpur.

Menurut Pengurus Kesedar wilayah Jeli, Fauzi Abdullah, kesemua penduduk merupakan mereka yang disenaraikan agensi berkenaan untuk menerima bantuan baik pulih rumah berjumlah RM3,000 seorang.

Beliau berkata, bantuan itu akan disalurkan melalui Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), bagi membolehkan penduduk terbabit menjalani kehidupan lebih selesa sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ini.

"Kerja membaiki rumah penduduk terbabit akan dijalankan secara gotong-royong," katanya di sini, semalam.

Dalam pada itu, seorang penduduk, Zakaria Ali, 65, bersyukur atas bantuan kerajaan itu kerana ia membolehkan rumahnya yang uzur dapat dibaiki segera.

"Saya berharap kerajaan terus membantu penduduk miskin kerana rata-rata penduduk di sini hanya bekerja sebagai penoreh getah dan mempunyai pendapatan sangat terhad untuk membaiki rumah mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bantuan IRM serikan Ramadan fakir miskin, OKU

Posted:

Bantuan IRM serikan Ramadan fakir miskin, OKU

Bantuan IRM serikan Ramadan fakir miskin, OKU


Siti Normala Ayub bersama anak-anaknya menerima sumbangan menerusi program kemanusiaan Jejak Prihatin Peringkat Negeri di Marang, kelmarin.


MARANG 31 Julai - Siti Normala Ayub, 28, dari Taman Rahmat, Pulau Kerengga dekat sini sanggup membawa lima anaknya sejauh satu kilometer dengan motosikal yang dipinjam daripada jiran hanya semata-mata ingin mendapatkan bekalan makanan bernilai RM50 yang disumbangkan oleh Islamic Relief Malaysia (IRM) hari ini.

Menurut suri rumah itu, kesanggupan itu berbaloi apabila sumbangan beras, gula, tepung, minyak masak, sardin dan kurma itu cukup bagi menampung keperluan dan mengisi perut keluarga mereka untuk beberapa minggu jika digunakan secara berjimat sepanjang Ramadan ini.

"Walaupun sumbangan ini tidak banyak dan tidak cukup untuk sebulan, namun saya bersyukur sebab dapat meringankan beban suami yang hanya melakukan kerja kampung.

"Jika tahun lalu kami kempunan untuk berbuka puasa dengan buah kurma, namun Ramadan kali ini saya amat gembira kerana IRM turut memberi sebungkus kurma setiap orang. Saya menganggap ia rezeki anak-anak," katanya ketika ditemui di Balai Raya Taman Rahmat dekat sini, semalam.

Siti Normala merupakan antara 100 penerima bantuan pek makanan sumbangan IRM melalui program kemanusiaan Jejak Prihatin Peringkat Negeri Terengganu.

Tengku Seri Temenggong Raja, Datuk Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud Al-Muktabillah Shah selaku Presiden Kelab Motosikal Kuala Terengganu hadir menyampaikan sumbangan serta mengunjungi rumah penerima bantuan tersebut bersama 80 sukarelawan.

Program yang diadakan setiap Ramadan sejak beberapa tahun lalu itu bertujuan membantu fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim, orang kelainan upaya (OKU) dan mereka yang layak mengikut kriteria ditetapkan IRM.

Menurut Presiden IRM, Zawahir Abdullah, sejak awal tahun lalu, lebih 2,000 bungkusan pek makanan bernilai RM50 diagihkan kepada golongan berkenaan di seluruh negara.

Katanya, pada tahun ini, IRM menyasarkan membantu 5,000 keluarga yang kurang berkemampuan serta OKU menerusi program tersebut.

Katanya, program itu turut melibatkan kempen kutipan dana daripada orang ramai bagi membantu golongan yang memerlukan.

"Bagi mereka yang ingin turut membantu meringankan beban golongan yang memerlukan ini, boleh menghulurkan bantuan dengan menyumbang satu pek makanan bernilai RM50 kepada mereka," katanya.

Katanya, orang ramai boleh melayari laman web rasmi IRM iaitu www.irm.org.my atau menghubungi talian 03-89485939 bagi menghulurkan bantuan atau boleh menyumbang terus ke akaun Maybank IRM 564070002424 atau akaun CIMB 12470000477108.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jangan malu guna pajak gadai Islam - Kamaruzaman

Posted:

Jangan malu guna pajak gadai Islam - Kamaruzaman

Jangan malu guna pajak gadai Islam - Kamaruzaman


Che Razali Ibrahim (kiri) menyerahkan surat permohonan menjadi francais Ar Rahnu X'Change kepada Kamaruzaman Che Mat di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 31 Julai - Masyarakat terutamanya golongan berpendapatan kecil dan sederhana diminta tidak malu menggunakan perkhidmatan pajak gadai Islam atau Ar-Rahnu daripada bergantung kepada pinjaman peribadi untuk mendapatkan wang tunai segera.

Pengarah Urusan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat), Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, amalan 'pajak gadai' bukanlah sesuatu yang perlu dimalukan kerana ia membabitkan suatu penawaran harta yang dimiliki sendiri oleh peminjam.

"Jangan malu kerana barang kemas yang kita gadaikan itu adalah harta menjadi milik kita. Keadaan itu sebenarnya lebih baik berbanding kalau kita pergi ke bank atau syarikat kewangan meminta pinjaman dengan salinan slip gaji sebagai bukti gaji yang mungkin kita dapat di masa hadapan.

"Daripada kita terus menyimpannya di rumah dengan risiko dicuri yang tinggi, lebih baik kita gadaikan untuk membantu kita di saat kita terdesak mendapatkan wang.

"Peniaga kecil wanita terutamanya boleh menggadai bahan kemas mereka untuk pusingan modal dan dalam tempoh tertentu boleh menebus semula apabila perniagaan berjalan baik," katanya berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Puteri Saadong Ke-30 di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Ibrahim Mat; Pengerusi Jemaah Pengarah PPK Puteri Saadong, Che Razali Ibrahim dan Pengurus Besar PPK Puteri Saadong, Ahmad Zamani Muhamad.

Kamaruzaman berkata, masyarakat terutama beragama Islam sewajarnya memilih sistem Ar-Rahnu yang terbukti tidak menindas peminjam berbanding sistem konvensional.

"Walaupun prosesnya mungkin sedikit lambat berbanding pajak gadai biasa kerana memerlukan proses pengesahan ketulenan emas yang teliti, tetapi keadilan kepada peminjam adalah terjamin," katanya.

Beliau berkata, selain perkhidmatan melalui kaunter di 128 cawangannya, Bank Rakyat menerusi anak syarikat milik penuhnya, Rakyat Management Services Sdn. Bhd. (RMS) turut mempunyai rangkaian 26 francais pajak gadai Islam Ar Rahnu X'Change yang menawarkan perkhidmatan itu di seluruh negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved