Isnin, 1 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


MAHA NS catat jualan RM4.3j

Posted:

MAHA NS catat jualan RM4.3j

MAHA NS catat jualan RM4.3j

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my


Mohd. Hashim Abdullah melawat ruang pameran pada majlis penutup MAHA NS 2011 di tapak bekas Kem Tentera Paroi, Seremban, kelmarin.


SEREMBAN 31 Julai - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa Negeri Sembilan (MAHA NS) 2011 selama lapan hari yang berakhir semalam mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM4.3 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, pameran itu juga mencatat jumlah pengunjung melebihi 111,000 orang.

Beliau berkata, pameran itu menyediakan 213 ruang pameran yang disertai oleh jabatan dan agensi kerajaan, bank, syarikat swasta, koperasi dan usahawan dalam pelbagai bidang perniagaan.

"Secara keseluruhannya MAHA pada tahun ini berjaya menarik lebih ramai pengunjung dari negeri ini dan negeri jiran yang menghasilkan jualan yang lebih tinggi," katanya ketika berucap pada majlis penutup MAHA NS 2011 di tapak bekas Kem Tentera Paroi di sini, semalam.

Majlis penutup itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah yang mewakili Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

MAHA NS 2011 yang diadakan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri diadakan selama lapan hari bermula 22 Julai lalu.

Program padat disediakan penganjur sepanjang tempoh itu antaranya konvensyen, pertandingan memancing, pertandingan futsal, persembahan kebudayaan, demonstrasi memasak dan pertandingan gubahan.

Pada hari terakhir semalam, lebih 2,000 haiwan ternakan berjaya dijual kepada para pengunjung yang membuat persiapan bagi menyambut bulan Ramadan yang dijangka bermula esok.

Ternakan tersebut ialah 1,000 ekor ayam, puyuh (1,000), lembu (60), kambing (15), kerbau (5) dan rusa (5).

Yunus menarik perhatian, penganjuran pameran itu dianggap berbaloi berbanding perbelanjaan RM600,000 bagi mengadakannya dengan RM200,000 disumbangkan oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata, penyertaan oleh jabatan dan agensi kerajaan telah membolehkan orang ramai bersua muka dengan para pegawai yang berkaitan dengan pengeluaran makanan bagi mendapatkan maklumat mengenai peluang yang boleh disertai oleh mereka.

"Kejayaan MAHA kali ini mendorong kerajaan negeri untuk menganjurkan pameran yang lebih besar pada tahun depan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kempen Hari Pahlawan kutip RM85,400

Posted:

Kempen Hari Pahlawan kutip RM85,400

Kempen Hari Pahlawan kutip RM85,400


Mohd. Ali Rustam menyampaikan replika cek sumbangan RM50,000 kepada Mohd. Khalil Yaakob pada majlis pelancaran Sambutan Rayuan Hari Pahlawan peringkat Negeri Melaka 2011 di Melaka, semalam.


MELAKA 31 Julai - Tabung Rayuan sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri yang dilancarkan hari ini di Dataran Seri Negeri, Ayer Keroh di sini berjaya mengutip sumbangan RM85,400.

Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob yang menyempurnakan majlis pelancaran dalam majlis serba ringkas tetapi meriah itu turut menerima cek-cek sumbangan pelbagai pihak.

Antara yang menyumbang ialah kerajaan negeri sebanyak RM50,000; Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) RM7,000; Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Hasnah Enterprise masing-masing menyumbang RM5,000.

Turut menyumbang ialah EON Islamic Bank (RM2,400), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) RM2,000 sementara Kumpulan Melaka Berhad (KMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Yayasan Melaka masing-masing sebanyak RM1,000.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika berucap pada majlis tersebut berkata, seluruh masyarakat seharusnya berterima kasih kepada peranan yang dimainkan oleh anggota pasukan keselamatan.

Menurutnya, pengorbanan yang dilakukan oleh anggota keselamatan telah berjaya mewujudkan ketenteraman dan keamanan hingga membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman serta damai.

"Para anggota keselamatan sedikit pun tidak menghitung banyaknya keringat dan darah yang membasahi bumi semata-mata mereka mempertahankan agama, bangsa dan negara.

"Saya harap setiap masyarakat terutama golongan muda, belia, remaja dan pelajar dapat didedahkan dengan makna tersirat di sebalik sambutan Hari Pahlawan yang diadakan setiap tahun," katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen, bekas anggota tentera dan polis.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, kerajaan negeri begitu komited untuk menghulurkan bantuan kebajikan kepada bekas anggota tentera dan polis.

Katanya, bantuan itu bertujuan untuk membantu mereka meningkatkan pembangunan sosio ekonomi menerusi latihan dan penempatan kerjaya.

Langkah tersebut, katanya, bertujuan memastikan bekas anggota keselamatan dapat menjalani kehidupan lebih selesa sejajar dengan pengiktirafan yang diberi di atas pengorbanan mereka ketika dalam perkhidmatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Veteran perang terharu dapat PJM

Posted:

Veteran perang terharu dapat PJM

Veteran perang terharu dapat PJM

MELAKA 31 Julai - Tiada apa yang paling menggembirakan lima bekas anggota tentera negeri ini apabila perjuangan mereka mempertahankan negara semasa zaman komunis mendapat pengiktirafan.

Tangisan air mata mengalir apabila mereka dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) pada majlis pelancaran sambutan Hari Pahlawan 2011 peringkat negeri yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Dataran Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Kesemua mereka yang menerima PJM adalah pejuang yang terlibat mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara daripada cengkaman komunis sekitar 1960 hingga 1970-an.

Mejar (B) Ramli Abu Bakar, 62, dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Terendak terharu dengan penganugerahan yang diberikan oleh kerajaan kepadanya.

''Saya bangga dengan anugerah ini kerana kerajaan menghargai jasa dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai anggota pasukan keselamatan," katanya ketika ditemui selepas majlis penganugerahan itu.

Ramli kehilangan kaki kanan selepas terpijak jerangkap samar ketika bertempur dengan segerombolan komunis di Gubir, Kedah pada 1976.

Beliau yang kini menggunakan kaki palsu tidak pernah kesal dengan apa yang terjadi sebaliknya, berbangga komunis gagal merampas negara.

Katanya, penganugerahan yang diterimanya sedikit sebanyak mengubat kenangan pahitnya kerana kehilangan kaki kanannya ketika bertempur dengan anggota komunis.

Bagi bekas Pegawai Waran 1, Kassim Abdullah, 78, anugerah PJM itu merupakan pengiktirafan kerajaan kepada perjuangannya selama ini dalam mempertahankan tanah air.

''Walaupun saya tidak terlibat dalam pertempuran dengan anggota komunis tetapi dapat merasakan peritnya liku-liku hidup di zaman tersebut," katanya yang berkhidmat sebagai inspektor latihan jasmani di Singapura dan London pada 1953.

Kapten (B) Saringat Tarikat, 61, dari Kor Armour di Port Dickson juga berbangga dapat mencurahkan bakti untuk mempertahankan negara daripada ancaman komunis.

''Anugerah ini amat bermakna buat saya dan seluruh ahli keluarga. Pengorbanan yang dicurahkan diiktiraf oleh kerajaan," ujarnya yang mula bertugas pada 1973 dan bersara pada 1995.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved