Selasa, 2 Ogos 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Bantah stesen telekomunikasi

Posted:

Bantah stesen telekomunikasi

Bantah stesen telekomunikasi

Oleh KAMIL MASLIH
pengarang@utusan.com.my


PENDUDUK berhimpun bagi membantah operasi sebuah stesen pemancar telekomunikasi yang didakwa menjejaskan kesihatan orang ramai di Pusat Perniagaan Mohd. Said Tahir, Jalan Daud, Muar, Johor, baru-baru ini.


MUAR 1 Ogos - Penduduk di kawasan berhampiran Pusat Perniagaan Mohd. Said Tahir, Jalan Daud di sini mengadakan bantahan baru-baru ini terhadap operasi sebuah stesen pemancar telekomunikasi jalur lebar yang didakwa menjejaskan kesihatan awam.

Lebih 30 penduduk yang membawa kain rentang berhimpun bagi membantah kewujudan stesen pemancar yang hampir dua tahun didirikan di atas sebuah bangunan kedai tiga tingkat itu.

Menurut seorang penduduk, Zaiton Lamat, 73, bantahan terhadap operasi stesen pemancar itu telah dibuat tahun lalu bersama penduduk yang lain, namun hingga kini pencawang itu masih belum dirobohkan.

Dia mendakwa kesihatannya terjejas akibat gelombang daripada pemancar itu sehingga menyebabkan badannya mengalami gatal-gatal dan sakit kepala.

"Masalah ini bukan saya sahaja alami, malah jiran saya pun mengalami keadaan yang sama akibat daripada gelombang stesen pemancar itu," katanya.

Seorang lagi penduduk, Abdul Kadir Abu Bakar, 54, stesen pemancar itu turut mengakibatkan isyarat telefon bimbitnya terjejas setiap kali dia berada di rumah.

"Terdapat kira-kira 300 penduduk di sekitar kawasan ini dan kami semua tidak bersetuju stesen pemancar telekomunikasi itu dibina di kawasan kami," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Whip Majlis Perbandaran Muar (MPM), Fong Soh Lan berkata, mesyuarat MPM pada 31 Mei lalu telah memutuskan untuk menolak permohonan pengendali stesen pemancar tersebut untuk beroperasi di kawasan tersebut.

"Bagaimanapun, hingga sekarang pengendali stesen pemancar itu masih berdegil tidak mahu menurunkannya sedangkan ia dibina tanpa kelulusan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Raikan dengan kibaran Jalur Gemilang

Posted:

Raikan dengan kibaran Jalur Gemilang

Raikan dengan kibaran Jalur Gemilang

ANAK MERDEKA
Taman Setia Indah, Johor Bahru

Saudara Pengarang,
TAHUN ini negara akan meraikan sambutan kemerdekaan ke-54 dan sebagai anak merdeka saya berbangga tinggal di sebuah negara yang berdaulat.

Kemerdekaan yang dikecapi kini adalah hasil penyatuan masyarakat pelbagai kaum di negara ini selain usaha yang dijalankan oleh pemimpin negara terdahulu.

Sebagai generasi muda, saya bersyukur kerana tidak perlu melalui saat-saat yang memeritkan untuk mencapai kemerdekaan.

Namun, itu tidak bermakna saya tidak menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh generasi terdahulu berjuang untuk kemerdekaan.

Antara cara yang boleh kita lakukan setiap kali menjelang bulan kemerdekaan adalah dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Dengan mengibarkan Jalur Gemilang, ia sedikit sebanyak dapat membuktikan rasa taat setia dan cintakan negara.

Dengan mengibar Jalur Gemilang ia akan menjadi kemegahan rakyat bagi memperlihatkan kepada orang luar betapa cintanya rakyat terhadap negaranya.

Bukan sahaja di kereta, Jalur Gemilang ini juga boleh dikibarkan di mana-mana sahaja seperti di rumah, premis perniagaan, rumah ibadat, pejabat dan lain-lain.

Jangan pula menjelang 31 Ogos barulah kita hendak mengibarkan Jalur Gemilang kerana sepatutnya ia harus dikibar pada setiap masa.

Saya percaya dengan berkibarnya Jalur Gemilang di seluruh pelusuk negara ini, ia akan memberi pemandangan yang sangat menarik dan mesej tersendiri bahawa rakyat negara ini cintakan keamanan.

Sebagai rakyat merdeka, kita juga menolak sebarang usaha yang boleh memusnahkan negara seperti yang dilakukan pada perhimpunan haram Bersih 9 Julai lalu.

Justeru, marilah kita bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mengibarkan Jalur Gemilang yang penuh keramat ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved