Selasa, 2 Ogos 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Jambori IPT Zon Timur berjaya

Posted:

Jambori IPT Zon Timur berjaya

Jambori IPT Zon Timur berjaya

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


Peserta diuji kecekapan menggunakan kompas mencari sumber bahan makanan untuk dimasak sepanjang perkhemahan Jambori IPT Zon Timur di Pulau Perhentian, Besut, baru-baru ini. – utusan/YATIMIN ABDULLAH


KOTA BHARU 1 Ogos – Aktiviti kokurikulum berbentuk perkhemahan pastinya menyeronokkan dan menjadi pilihan pelajar untuk turut serta dalam program tersebut.

Aktiviti luar bilik darjah ini bukan sahaja membantu mengurangkan tekanan belajar, malah menjadi medium terbaik buat pelajar meningkatkan kemahiran diri, mengasah bakat kepimpinan dan menambahkan pengetahuan bukan akademik.

Bertitik tolak daripada situlah Jabatan Pengajian Politeknik dengan kerjasama Politeknik Kota Bharu (PKB) buat julang kalinya menganjurkan Perkhemahan Jambori Jati Diri Institut Pengajian Tinggi (IPT) Zon Timur 2011.

Program selama tiga hari dua malam itu diadakan di D' Lagoon, Pulau Perhentian, Besut, Terengganu, baru-baru ini.

Seramai 40 pelajar daripada 10 IPT tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang mengikuti perkhemahan tersebut.

Antara politeknik terlibat ialah PKB, Dungun, Jeli, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Muazam Shah, Sultan Ahmad Shah, manakala kolej komuniti yang turut serta ialah Kolej Komuniti Pasir Mas, Jeli dan Kok Lanas.

Pengarah PKB, Noor Azahan Othman menyambut baik penganjuran program itu dan melihat ia dapat memberi nilai tambah kepada pelajar, seterusnya membantu mereka meningkatkan kemahiran sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

"Ini merupakan salah satu proses pembelajaran terbaik buat para peserta dalam melahirkan generasi muda yang mempunyai jati diri, berketerampilan, semangat berpasukan, berdaya saing, daya juang yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran dalam pembelajaran.

"Selain itu, perkhemahan ini mampu membentuk jaringan perhubungan yang baik sesama pelajar politeknik dan kolej komuniti seterusnya membuka peluang kepada mereka bertukar-tukar pendapat berkaitan dengan bidang pengajian," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada perkhemahan itu, baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Program, Udom Ewon berkata, perkhemahan tersebut mempunyai signifikan tersendiri kepada para peserta kerana mereka terpaksa menempuh pelbagai cabaran yang menguji kekuatan mental, fizikal, kepimpinan, kerjasama dalam kumpulan serta pengalaman baharu iaitu situasi perkhemahan di kawasan pantai.

Menurutnya, antara aktiviti yang disediakan pada perkhemahan itu ialah pandu arah, malam kebudayaan, burung hantu, kembara, menyelam, pemasangan khemah, masakan rimba, berkayak serta tazkirah agama turut dijalankan bagi membentuk generasi unggul di kalangan peserta.

"Apa yang dapat saya lihat sepanjang program ini berlangsung, setiap tugasan diberikan dapat diselesaikan oleh para peserta dengan baik hasil kerjasama sebagai satu pasukan.

"Walaupun bukan dari politeknik yang sama, namun para peserta dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan inilah hasrat kami dalam membentuk generasi pelajar yang mampu berada dalam apa jua situasi," katanya.

Tambah Udom, proses pembelajaran ini amat penting bagi pelajar sebagai persediaan sebelum mereka melangkah keluar dari kampus.

Beliau memberitahu, program tersebut mampu membentuk jati diri dan sahsiah pelajar ke arah membina insan yang berketerampilan, yakin serta berfikir secara kreatif dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Katanya, pelaksanaan program seumpama itu bukanlah suatu perkara mudah kerana ia memerlukan perancangan rapi dan melibatkan banyak pihak.

"Kerjasama dan semangat jitu yang telah ditunjukkan oleh semua pihak membolehkan segala agenda yang dirancang dapat dilaksanakan. Selain itu, program ini turut dibantu oleh 10 sekretariat dari kalangan pelajar sendiri.

"Tujuan pihak kami berbuat demikian ialah untuk memberikan pendedahan kepada mereka bagaimana sesebuah program diurus tadbir dengan baik. Diharapkan agar semua peserta pulang dengan impak optimum dan menerapkannya dalam kehidupan seharian," ujarnya.

Sementara itu, seorang peserta dari Politeknik Kuala Terengganu, Ahmad Burhan Abu Bakar, 20, mengakui seronok dapat menyertai perkhemahan itu kerana ia memupuk semangat berdikari dan kerjasama antara peserta.

"Ini merupakan pengalaman baharu buat saya, jika sebelum ini saya hanya menjadi peserta sahaja, namun dalam perkhemahan kali ini saya telah dipilih sebagai ketua kumpulan.

"Rupa-rupanya tugas sebagai ketua kumpulan sememangnya cukup besar kerana setiap keputusan yang akan dibuat bakal memberikan kesan kepada semua bukan sahaja pada diri saya.

"Pengalaman yang saya kutip sepanjang tiga hari dua malam di sini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah," katanya yang juga pelajar semester lima jurusan Diploma Elektronik.

Seorang lagi peserta, Nik Nur Adira Nik Hassan, 20, pelajar jurusan Multimedia Kreatif Pengiklanan dari Kolej Komuniti Kok Lanas, dekat sini pula berpendapat, jambori itu memberikan pengalaman cukup berharga buat dirinya.

"Saya rasa amat teruja kerana dapat berkenalan dengan rakan-rakan baharu dari pelbagai politeknik. Melalui program ini saya dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman berkaitan dengan bidang pengajian kerana ia melibatkan aliran kemahiran.

"Apa yang saya dapat simpulkan, cabaran yang dihadapi oleh para peserta cukup berbeza dan terpaksa menyiapkan khemah, masak makanan sendiri dan sebagainya yang memerlukan kerjasama utuh untuk menyelesaikan setiap tugasan yang diberi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan

Posted:

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan

Oleh RAHANA MOHD. DAHARI
utusankelantan@utusan.com.my


Seorang pelanggan mendapatkan bekalan daging ayam di Pasar Siti Khatijah, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 1 Ogos – Masalah perbezaan harga hampir 20 barangan basah di pasar dan pasar raya besar di sini dijangka selesai apabila kerajaan melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan pada minggu ini.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Fauzi Haron berkata, skim kawalan harga itu bagi memudahkan orang ramai mendapatkan barangan keperluan pada harga siling.

Beliau berkata, kenaikan dan perbezaan beberapa harga barangan basah di pasaran buat masa sekarang disebabkan wujudnya faktor penawaran dan permintaan menjelang musim perayaan.

"Dalam pemeriksaan yang dilakukan di pasar-pasar terbabit didapati kenaikan harga barang disebabkan permintaan yang tinggi tetapi bekalan tidak mencukupi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurut beliau, apabila wujud permintaan yang banyak daripada pengguna misalnya semalam iaitu sehari sebelum puasa, peniaga tidak mempunyai pilihan kecuali menaikkan harga dengan alasan pembekal mengenakan harga lebih daripada biasa.

"Kenaikan barangan tersebut sememangnya dalam perhatian pihak kami yang mengambil langkah pemantauan setiap hari termasuk pemeriksaan ke atas pasar raya besar seperti Tesco dan Pacific di sini yang turut mengenakan kenaikan harga.

"Walaupun kawalan harga ayam dimansuhkan sejak tiga tahun lalu, PPDNKK melakukan pemeriksaan dan menghantar laporan berkaitan ke ibu pejabat setiap hari bagi mengelak kenaikan harga oleh peniaga," katanya.

Bagaimana pun jelas beliau, kebanyakan barangan basah seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran serta buah-buahan bukan barang kawalan dan pihaknya tidak boleh mengambil apa-apa tindakan.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, ayam bersih standard dijual dengan harga RM6.50 sekilogram di Pasar Basah Wakaf Che Yeh manakala RM7.50 di Pasar Siti Khadijah. Cili merah pula RM10 sekilogram di Pasar Basah Wakaf Che Yeh manakala RM13 di Pasar Siti Khadijah.

Mengulas perbezaan harga tersebut, Fauzi memberitahu, pihaknya turut mencatat harga perbezaan yang ketara bagi sekilogram ayam iaitu RM8.50 sekilogram di Pasar Besar Pengkalan Chepa, RM7 sekilogram di Pasar Kubang Pasu, sementara di Tesco RM7.28 dan Pacific RM7.90.

"Begitu juga dengan ikan bawal yang ditawarkan dengan harga antara RM16 hingga RM20 sekilogram mengikut lokasi pasar-pasar basah di sini, sementara harga cili merah antara RM8 hingga RM10 sekilogram," katanya.

Beliau menegaskan, selepas pengumuman dibuat nanti, pihaknya akan memastikan peniaga mematuhi arahan mengenakan harga siling yang ditetapkan atau berhadapan dengan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bertarawih di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV

Posted:

Bertarawih di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV

Bertarawih di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV


Orang ramai yang menunaikan solat tarawih di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, kelmarin


KOTA BHARU 1 Ogos – Pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV dekat sini, sekali lagi menjadi tumpuan umat Islam untuk menunaikan solat sunat tarawih sempena Ramadan ini.

Tinjauan Utusan Malaysia malam tadi mendapati, lebih 1,000 umat Islam terdiri daripada pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak dan golongan tua membanjiri khemah besar yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bagi menunaikan solat Isyak seterusnya bertarawih.

Pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Tengku Muhammad Azreen Tengku Daud, 19, menyambut baik pendekatan yang digunakan oleh pihak berkuasa tempatan itu bagi menarik golongan remaja menghayati kelebihan Ramadan.

"Selaku remaja, saya melihat pendekatan yang digunakan amat baik dan mampu menarik golongan muda untuk sama-sama menunaikan solat sunat tarawih di sini.

"Selain itu, ia dapat menonjolkan kepada golongan belia bahawa solat boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan kita berusaha untuk melakukannya dan ini membuktikan bahawa ajaran Islam itu sebenarnya mudah untuk diikuti jika ada keikhlasan dalam diri," katanya.

Tengku Muhammad Azreen memberitahu, terdapat sedikit perbezaan apabila menunaikan solat di sini, ditambah pula imam didatangkan khas dari Asia Barat dengan bacaan yang merdu dan jelas mampu memberikan suasana seperti di Tanah Suci.

"Gaya penyampaian imam tersebut mampu menyentuh hati setiap jemaah yang bertarawih di situ," jelasnya.

Bagi Saddam Ismail, 20, pula, teruja melihat suasana solat tarawih di pekarangan stadium itu walaupun ia merupakan malam pertama.

"Berdasarkan sambutan yang diberikan saya mencadangkan kepada pihak penganjur supaya menambah bilangan khemah bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.

"Pada pemerhatian saya, suasana begini mampu memberikan semangat kepada para pengunjung untuk terus berkunjung ke sini dan seterusnya menghidupkan suasana Ramadan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved