Khamis, 4 Ogos 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


TP-1Malaysia biayai baik pulih

Posted:

TP-1Malaysia biayai baik pulih

TP-1Malaysia biayai baik pulih

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


Mohd. Jamal Mahusin (kiri) bersama penduduk Taman Pantai Indah Fasa 1 meninjau kerja-kerja mengecat yang hampir siap dilaksanakan di pangsapuri itu di Lembah Pantai, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 4 Ogos - Sebanyak 34 buah perumahan kos rendah dan sederhana rendah swasta mendapat kelulusan untuk dibaik pulih termasuk dicat semula menerusi pembiayaan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP-1Malaysia).

Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembangunan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Mohd. Jamal Mahusin berkata, daripada jumlah itu, tiga daripadanya sudah atau sedang diselenggara.

Menurutnya, kira-kira RM3.2 juta diperuntukkan untuk tujuan itu dan akan dibahagi-bahagikan di kalangan kesemua perumahan yang terpilih itu yang terdiri daripada enam perumahan kos sederhana rendah dan selebihnya perumahan kos rendah.

"Ini merupakan usaha kerajaan untuk menaikkan semangat rakyat untuk menghargai keceriaan dan memberi keselesaan kerana mereka juga turut memainkan peranan dalam projek ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan Taman Pantai Indah Fasa 1, Pantai Dalam yang merupakan perumahan kos rendah pertama yang telah siap melalui projek TP-1Malaysia di sini baru-baru ini.

TP-1Malaysia yang lancarkan oleh Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada Mei lalu telah diperluas kepada rumah kos sederhana rendah swasta dengan nisbahpembiayaan 60:40 berbanding 80:20 untuk rumah kos rendah milik kerajaan.

Ini bermaksud 60 peratus dibiayai oleh TP-1Malaysia dan selebihnya oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB), Perbadanan Pengurusan (MC) atau persatuan penduduk.

Sementara itu, beliau berkata, kerjasama antara kerajaan dan penduduk untuk melakukan pemantauan semasa kerja penyelenggaraan dan baik pulih dilakukan adalah amat penting.

"Penduduk boleh bertindak memantau kerja baik pulih yang dijalankan oleh kontraktor dan mereka boleh melaporkan kepada kerajaan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) jika kerja yang dilakukan tidak mengikuti kualiti yang ditetapkan.

"Penglibatan penduduk ini penting mereka boleh memantau setiap hari. Kalau sekadar mengharapkan kerajaan sahaja mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pengguna rayu pasang lampu isyarat

Posted:

Pengguna rayu pasang lampu isyarat

Pengguna rayu pasang lampu isyarat


Persimpangan Jalan Desa, Batu Caves yang memerlukan lampu isyarat bagi kemudahan orang ramai.


KUALA LUMPUR 4 Ogos - Pengguna jalan raya yang menggunakan persimpangan Jalan Desa di Batu Caves berhadapan risiko kemalangan ekoran ketiadaan lampu isyarat di simpang itu.

Walaupun jalan yang menjadi laluan utama penduduk untuk ke Sentul dan lebuh raya Karak itu semakin sibuk tetapi tiada tanda-tanda pihak berkuasa akan memasang kemudahan lampu isyarat di situ.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, laluan dua lorong itu memang sibuk dan sangat sukar bagi pemandu untuk keluar dari simpang di situ.

Seorang penduduk, Noramal Abd. Mutalib, 27, berkata, simpang tersebut menjadi semakin sibuk sejak dua tahun kebelakangan ini.

"Kami sering mengambil masa yang lama dan teragak-agak untuk keluar dari simpang ini kerana banyak kenderaan yang melalui kawasan ini dan semuanya laju-laju," katanya.

Wan Salam Wan Yusoff, 53, pula berkata, sudah banyak kemalangan berlaku di persimpangan tersebut, malah dia sendiri pernah menyaksikan kemalangan antara sebuah kereta dan sebuah motosikal di situ.

"Walaupun buat masa ini tiada kemalangan maut berlaku tetapi pengguna jalan ini sentiasa berhadapan risiko kemalangan setiap kali ingin melintas," katanya.

Penduduk berdekatan, Syed Syamsudin Syed Ahmad, 44, berkata, jalan tersebut menjadi semakin sibuk pada waktu puncak sebelah pagi dan petang.

"Risiko kemalangan akan dapat dikurangkan jika lampu isyarat dan bonggol dibina di jalan ini. Aduan pernah dibuat tetapi setakat ini, belum ada tindakan diambil oleh pihak bertanggungjawab," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

‘Rumah keutamaan kami’

Posted:

'Rumah keutamaan kami'

'Rumah keutamaan kami'

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Empat keluarga di Kampung Sungai Kertas di Batu Caves dekat sini tidak tahu sama ada mereka akan menyambut Aidilfitri di rumah sendiri atau di Dewan JKKK kampung itu yang menjadi kediaman mereka sejak rumah mereka terbakar bulan lalu.

Bagi mereka, keutamaan kini adalah untuk mendapatkan rumah sebelum hari raya nanti tetapi setakat ini, tiada kepastian berhubung perkara itu.

Apa yang pasti, mereka bukan sahaja terpaksa menyambut Ramadan secara ala kadar tetapi juga dalam keadaan menyedihkan berikutan keadaan yang mereka alami kini.

Noor Asiah Abd Karim ,30, mengibaratkan dirinya seperti sudah jatuh ditimpa tangga kerana selain perlu menjaga suaminya yang lumpuh, rumah mereka pula hangus dalam kebakaran itu.

Katanya, Ramadan kali ini adalah yang paling menyedihkan kerana suaminya tidak dapat lagi bersama-sama merasai keseronokan menyambut bulan mulia ini.

"Sebelum ini, kami akan pergi membeli juadah berbuka bersama-sama dan semua keperluan keluarga akan diuruskan bersama tetapi kini semuanya saya yang perlu uruskan," katanya.

Seorang lagi mangsa, Juliee Jumaat, 30, berkata, sambutan bulan puasa kali ini tidak semeriah tahun-tahun sebelum ini.

"Kami berbuka puasa ala kadar sahaja memandangkan kami tinggal di Dewan JKKK Kampung Sungai Kertas. Dulu, pelbagai juadah akan disediakan untuk keluarga," katanya.

Dia berkata, buat masa ini, dia masih belum memikirkan lagi persiapan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri kerana apa yang menjadi keutamaan kini ialah mendapatkan rumah sebelum hari raya menjelma.

Sementara itu, empat buah keluarga itu mendapat kunjungan daripada Mahaguru Seni Silat Lincah Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Gombak.

Beliau menyampaikan sumbangan kepada keluarga terbabit termasuk sebuah kerusi roda kepada mangsa lumpuh, Sulaiman Latip iaitu suami kepada Noor Asiah Abd. Karim.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved