Khamis, 4 Ogos 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kelab Media Johor ‘masuk kampung’

Posted:

Kelab Media Johor 'masuk kampung'

Kelab Media Johor 'masuk kampung'

Oleh MAZNAH ARSAD dan AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada ahli Kelab Media Johor yang menyertai program kemasyarakatan di Kampung Parit Sulaiman, Kayu Ara Pasong, Pontian, baru-baru ini.


PONTIAN 3 Ogos – Kelab Media Johor melalui program 'Kelab Media Johor Masuk Kampung' terus melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan mengadakan program kemasyarakatan di Kampung Parit Sulaiman, Kayu Ara Pasong di sini, baru-baru ini.

Kesemua 33 ahli kelab bertolak dari Johor Bahru pukul 8.30 pagi dengan menaiki bas ekspres Syarikat Pengangkutan Maju Bhd. (MAJU) dan ketibaan disambut mesra olah penduduk kampung sebelum dijamu dengan sarapan dan juga buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan dan manggis.

Selesai sarapan, kesemua peserta tanpa membuang masa terus membantu kerja-kerja memasak dan membaiki rumah milik pasangan Md. Surip Siraj, 61, dan Rosni Kosnan, 50.

Presiden Kelab Media Johor, Mohamad Fauzi Ishak berkata, program tersebut bertujuan merapatkan lagi hubungan antara masyarakat dengan pengamal media di negeri ini.

Bagi aktiviti kali ini yang mendapat kerjasama penuh daripada jentera Parlimen Pontian adalah membaiki rumah pasangan berkenaan.

Katanya, kerja-kerja membaik pulih diadakan secara gotong-royong yang melibatkan pelbagai pihak, termasuklah ahli kelab dan penduduk kampung.

Pada masa yang sama, pasangan yang mempunyai enam anak itu turut mendapat bantuan berupa kelengkapan rumah seperti set dapur, meja makan, tilam, bantal, rak pinggan dan kipas.

''Alhamdulillah, perancangan program yang telah diatur sejak beberapa minggu lalu itu berjalan lancar dengan bantuan semua pihak.

"Selain itu, objektif utama program ini untuk merapatkan lagi hubungan di antara pihak media dan masyarakat tercapai," katanya.

Menurut Mohd. Fauzi, program tersebut juga diharap dapat menjadi medan bagi masyarakat untuk mengenengahkan permasalahan mereka agar ia dapat disampaikan dan diselesaikan oleh pemimpin setempat.

Kata beliau, pihaknya bercadang untuk memperluaskan lagi program seumpama itu di seluruh kawasan di negeri ini berdasarkan sambutan yang diterima pada program kali ini.

''Saya mewakili Kelab Media Johor mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak termasuklah jentera Parlimen Pontian, Jabatan Pelancongan negeri dan syarikat bas MAJU yang turut menjayakan program ini," katanya.

Majlis perasmian program itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan merangkap Ahli Parlimen Pontian.

Ahmad dalam ucapannya turut memuji langkah proaktif yang diambil oleh kelab itu, terutama dalam memenuhi tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.

''Media sememangnya turut membantu dalam pembangunan sosial masyarakat dan ia terbukti pada penganjuran program kali ini yang banyak memberi manfaat kepada orang ramai.

''Saya berharap agar Kelab Media Johor agar terus memainkan peranannya dalam membantu kerajaan pada masa-masa akan datang," katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Md. Surip, Rosni terharu rumah dibaik pulih

Posted:

Md. Surip, Rosni terharu rumah dibaik pulih

Md. Surip, Rosni terharu rumah dibaik pulih


AHMAD Maslan (atas tangga) membantu penduduk memasang zink rumah Md. Surip Siraj di Kampung Parit Sulaiman, Kayu Ara Pasong, Pontian, baru-baru ini.


PONTIAN 3 Ogos - Sambutan Ramadan dan Aidilfitri kali ini cukup bermakna bagi pasangan Md. Surip Siraj dan Rosni Kosnan kerana rumah mereka yang selama ini usang atau hampir roboh telah berwajah baru.

Md. Surip, 61, berkata, hanya ucapan bersyukur kepada Allah SWT, kerana sebelum ini terpaksa berteduh di sebuah rumah bersama isteri, Rosni, 50, dan enam anak di rumah usang yang serba kekurangan.

Dia yang tinggal di Kampung Parit Sulaiman, Kayu Ara Pasong, dekat sini dan bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, dengan usaha murni yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan dan Kelab Media Johor ia telah merubah kehidupan mereka sekeluarga dalam erti kata sebenar.

''Kira-kira 20 tahun kami tinggal di rumah yang dibina di atas tanah mertua dengan mendapatkan bekalan elektrik dan air juga dari mertua, ditambah dengan keadaan rumah kami hanya berlantaikan tanah dan dilapik tikar getah.

''Tetapi hari ini kami boleh tinggal dan berteduh dengan lebih selesa setelah rumah kami dibaiki secara gotong-royong oleh para penduduk kampung dan dilengkapi bekalan elektrik dan air serta mendapat sumbangan perabot dan keperluan harian," katanya.

Dia secara jujur menyatakan, pendapatan sebagai pengawal keselamatan kira-kira RM750 sebulan ternyata tidak mencukupi untuk menyara keperluan lima daripada enam anaknya walaupun dibantu oleh isteri yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah tadika di kampung tersebut.

Menurutnya, berikutan kesempitan hidup yang dialami, dia pernah lima kali memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun hingga kini tidak ada sebarang maklum balas yang diterima.

''Rupa-rupanya dalam kepayahan yang dihadapi selama ini, ada anugerah yang Allah nak berikan di mana sekarang kami mendapat sebuah 'mahligai', yang cukup menggembirakan kami sekeluarga.

''Bagi kami inilah satu-satunya kerajaan yang benar-benar menjiwai permasalahan rakyat dan menyelesaikannya," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk kampung, Joyah Hamim, 42, turut memuji program yang dianjurkan oleh kelab itu dalam usaha mendekatkan lagi hubungan antara media dan masyarakat selepas sekian lama membaca akhbar dan menonton berita.

''Saya berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved