Khamis, 23 Jun 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Masalah banjir kilat selesai

Posted:

Masalah banjir kilat selesai

Masalah banjir kilat selesai

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


ZAINAL Abu (enam dari kanan) bersama ahli majlis menunjukkan papan tanda longkang di Taman Malim Jaya, Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 22 Jun – Masalah banjir kilat yang menghantui kira-kira 2,000 penduduk sekitar Taman Malim Jaya, Cheng di sini sejak 20 tahun lalu selesai apabila Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meluluskan peruntukan RM250,000 bagi membaiki sistem perparitan di kawasan itu.

Datuk Bandar MBMB, Zainal Abu berkata, peruntukan itu akan digunakan bagi kerja-kerja mendalam dan melebarkan longkang sejauh 560 meter bermula dari Jalan Zahir 7 Taman Malim Jaya sehingga ke jalan raya utama Malim Jaya.

Menurut beliau, kerja-kerja menaik taraf itu telah dilakukan sejak seminggu lalu dan dijangka siap sepenuhnya akhir Ogos ini.

"Longkang sedia ada bersaiz 0.8 meter dalam dan 0.5 lebar meter ini perlu dinaik taraf kerana ia tidak mampu menampung kapasiti air hujan dari lima lagi longkang lain yang mengalir masuk ke longkang ini.

"Keadaan itu menyebabkan air melimpah ke atas jalan dan ia menjadi punca utama berlakunya banjir kilat di kawasan ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam lawatan ke taman itu baru-baru ini, Zainal berkata, beliau melihat semua longkang di beberapa taman sekitar Taman Malim Jaya diselenggara dengan baik oleh pihak kontraktor pembersihan dan masyarakat setempat.

Justeru katanya, sikap yang ditunjukkan masyarakat di kawasan itu perlu diteruskan dalam membantu kerajaan menjaga kebersihan longkang awam dari semasa ke semasa.

Mengenai program turun padang itu, Zainal berkata, program pembersihan longkang akan diteruskan termasuk di kawasan-kawasan yang telah dinaik taraf untuk melihat keberkesanan projek setelah ia dilaksanakan.

"MBMB amat komited untuk mengesan masalah berkaitan sistem perparitan yang menjadi punca kepada bukan sahaja mengakibatkan banjir kilat, bahkan bau busuk dan pembiakan nyamuk.

"Keutamaan akan diberi di kawasan tumpuan awam seperti pusat bandar dan lokasi kunjungan pelancong," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rebut peluang memancing

Posted:

Rebut peluang memancing

Rebut peluang memancing

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


SUNGAI Melaka yang kaya dengan pelbagai spesies ikan akan menjadi tumpuan kaki pancing pada pertandingan memancing esok.


MELAKA 22 Jun – Mungkin orang ramai tertanya-tanya sama ada terdapat banyak spesies ikan di Sungai Melaka yang menjadi laluan bot Melaka River Cruise.

Persoalan itu timbul apabila Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memberi kebenaran untuk pertandingan memancing diadakan di Sungai Melaka sempena Pesta Sungai Melaka 2011 yang sedang rancak berlangsung.

Rata-rata orang ramai dan kaki pancing tertanya-tanya, adakah ikan dapat dipancing di sungai tersebut?

Itulah antara persoalan yang kerap dilontarkan oleh orang ramai apabila mendapat tahu satu pertandingan memancing akan diadakan di Dataran Sungai Melaka Jumaat malam ini.

Pengurus Bot Melaka River Cruise, Sulaiman Daud berkata, Sungai Melaka mempunyai pelbagai spesies ikan air tawar dan masin untuk dipancing.

"Orang ramai tidak perlu sangsi kerana Sungai Melaka memang banyak spesies ikan untuk dipancing. Jika mereka sangsi, apa kata sertai sahaja pertandingan memancing yang akan diadakan Jumaat malam ini," ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, ikan terbesar yang pernah dapat dipancing di sungai tersebut ialah siakap seberat 22.5kg awal Januari lalu dan terbaru awal bulan ini, spesies yang sama seberat 18.8kg.

Beliau berkata, selain siakap, ikan yang banyak menghuni sungai tersebut adalah tilapia, lampam dan haruan.

Katanya, orang ramai perlu merebut peluang untuk menyertai pertandingan memancing kerana ini pertama kali PPSPM memberi kebenaran aktiviti itu diadakan kerana ia adalah kawasan larangan memancing.

Pertandingan anjuran pejabat Utusan Malaysia cawangan Melaka dengan kerjasama PPSPM, Laksamana Townlodge dan Akademi Pelancongan Melaka (APM) menyediakan 1,000 tempat di sepanjang sungai Melaka bermula dari Restoran Quayside hingga ke Dataran Sungai, Banda Hilir.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan itu boleh mendapatkan borang atau menghubungi pejabat Utusan Malaysia Cawangan Melaka di talian 06-2824660, APM 06-2869960 atau urus setia pertandingan 012-2846811/013-3052811 dan 013-5959165.

Borang pertandingan juga boleh didapati dengan melayari laman web http://jomkakipancing-team.blogspot.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

468 sekolah terlibat program kitar semula

Posted:

468 sekolah terlibat program kitar semula

468 sekolah terlibat program kitar semula


SEBAHAGIAN daripada 20 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan St. Paul menunjukkan buku akaun bank yang diterima sempena program kitar semula, di Seremban, Negeri Sembilan semalam. - BERNAMA


SEREMBAN 22 Jun - Sebanyak 468 sekolah di negeri ini akan terlibat dalam program kitar semula fasa kedua selama setahun bermula bulan ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 341 buah adalah sekolah rendah manakala baki 127 lagi adalah sekolah menengah.

Program itu akan bergerak ke seluruh sekolah di negeri ini secara berperingkat-peringkat dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Paul di sini menjadi perintis bagi 22 sekolah terpilih di daerah ini menjayakan program berkenaan.

Kaedah pelaksanaan program itu melibatkan semua pelajar sekolah akan mengumpul barangan kitar semula, ditimbang dan bayaran hasil jualan akan dimasukkan ke dalam akaun bank pelajar terbabit.

Program kitar semula yang julung-julung kali dianjurkan di peringkat sekolah itu adalah anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) negeri ini dengan kerjasama Jabatan Pelajaran negeri, SWM Environment Sdn. Bhd. dan Maybank Berhad.

Pelancaran program itu berlangsung di SMK St. Paul hari ini dengan penyampaian secara simbolik buku akaun bank kepada 20 pelajar sekolah tersebut.

Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPSPPA, Datuk Zaini Md. Nor.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Penolong Pengarah PPSPPA negeri, Mohd. Azhar Abd. Hamid dan Pengetua SMK St. Paul, Yap See Moi.

Zaini berkata, tujuan program itu adalah untuk menerus dan mengaktifkan aktiviti kitar semula di sekolah di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kitar semula secara teori dan praktikal.

Menurutnya, program itu juga dapat mendidik para pelajar konsep menabung melalui penjualan barangan kitar semula.

"PPSPPA negeri telah mengorak langkah setapak lagi dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan amalan kitar semula di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah iaitu generasi yang bakal menerajui dan memimpin negara pada masa depan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved