Khamis, 23 Jun 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Keunikan Sukan Teknikal TNB

Posted:

Keunikan Sukan Teknikal TNB

Keunikan Sukan Teknikal TNB

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my


ANTARA 350 peserta yang mengambil bahagian pada Sukan Teknikal TNB Johor di Kempas, Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 22 Jun – Sudah menjadi amalan bagi kebanyakan syarikat menganjurkan kejohanan atau pertandingan sukan bagi menggalakkan penjagaan kecergasan dan kesihatan di kalangan kakitangannya.

Namun 'riadah' petugas-petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) negeri ini dalam Sukan Teknikal 2011 Keenam Peringkat Negeri Johor di Kompleks Perumahan TNB Kempas, di sini baru-baru ini nyata berbeza.

Semuanya kelihatan normal ketika kira-kira 350 peserta dari enam kawasan operasinya berkumpul dengan setiap kumpulan dari Johor Bahru, Pasir Gudang, Kulaijaya, Kluang, Batu Pahat dan Muar serta Pejabat Pengurus Besar Negeri.

Namun sebaik perasmian disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Johor, Tan Kok Hong, kesemuanya lesap bersama peserta yang bergerak pantas ke lokasi 17 acara yang dipertandingkan.

Pengurus Besar TNB Johor, Datuk Ir. Mohd. Aminuddin Mohd. Amin, menjelaskan erti sebenar Sukan Teknikal sebagai sukan melibatkan tugas-tugas dalam operasi harian TNB sendiri untuk mengasah dan menguji kecekapan dan kemahiran kerja mereka.

"Selain itu acara sebegini dapat memupuk semangat berpasukan dan daya saing untuk mencapai kecemerlangan selain meningkatkan prestasi membantu pengurusan tempatan menilai kualiti kerja bagi tujuan merancang program latihan.

"Sukan teknikal juga memastikan semua aspek dan peraturan keselamatan menjadi amalan dan budaya kerja kepada semua anggota kerja TNB di semua peringkat," katanya dalam ucapan aluan di sini baru-baru ini.

Tidak jauh daripada tiang elektrik khas dengan sepanduk perasmian yang disempurnakan oleh tiang-tiang elektrik kosong mula dipanjat peserta.

Acara menyiapkan pole dressing lengkap dengan umbang itu adalah antara yang menarik perhatian kerana selain memerlukan kepantasan, ketelitian juga harus diambil kira kerana kombinasi yang baik antara kedua-duanya memberikan markah tertinggi.

Selain itu terdapat juga acara kupasan kabel XLPE, pemasangan lengkap set tanglung 150 watt dengan photocell kaedah talian hidup, pemasangan servis lengkap dengan jangka 3 fasa dan pelbagai lagi yang hanya difahami oleh warga syarikat pembekal elektrik ini.

Kakitangan pengurusan yang tidak melibatkan kerja teknikal turut berpeluang mengambil bahagian melalui acara pertandingan memadam kebakaran, pertolongan cemas, penyediaan video dan poster keselamatan elektrik untuk orang awam, maskot dan sepanduk terbaik.

Turut menarik perhatian adalah keunikan maskot setiap pasukan bertanding dengan tema burung, badak air, lanun, lebah hingga ke watak adiwira The Flash dan Kluang Man.

Kok Hong ketika ditemui selepas perasmian menyatakan sukan teknikal sebegini adalah penting dan syarikat-syarikat dengan bidang tugas kemahiran perlu menjadikan TNB sebagai contoh.

"Sukan Teknikal ini mengingatkan warga kerja TNB kepada risiko pekerjaan dan kepentingan mengutamakan keselamatan, selain menjadi tambahan kepada latihan atau program pembangunan sumber manusia konvensional.

Jelasnya, dia memandang serius tentang keselamatan kerana sekiranya ia melibatkan nyawa, maka sesebuah keluarga akan hilang sumber rezeki manakala di pihak TNB pula kehilangan anggota kerja terlatih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rata-rata setuju manfaat sukan teknikal

Posted:

Rata-rata setuju manfaat sukan teknikal

Rata-rata setuju manfaat sukan teknikal

JOHOR BAHRU 22 Jun - Sukan Teknikal TNB Johor kali ini mendapat reaksi positif daripada kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) negeri ini dengan kebanyakan daripada mereka berpendapat ia memberi manfaat dalam tugasan seharian.

Bagi pembaca meter, Murthy Subbiah, 41, dia telah menyertai sukan ini sejak kali pertama ia diperkenal pada 2006 dan ia pada mulanya dirasakan kekok dan tidak sama dengan sambutan sukaneka atau riadah di syarikat lain.

"Sukan sebegini adalah yang paling baik kerana selain menyeronokkan, ia juga meningkatkan kualiti kerja seharian di samping meningkatkan hubungan silaturahim antara kakitangan berlainan jabatan," katanya.

Kakitangan berpangkat setiausaha, Azlina Tumin, 35, berkata, walaupun tugasan seharian yang dilakukannya tidak dipertandingkan kerana lebih kepada kerja pengurusan, dia hadir sebagai penyokong kumpulan mewakili Johor Bahru.

Dia juga berpendapat acara ini patut diteruskan kerana menjadikan kakitangan lebih cekap dalam melakukan tugasan hakiki mereka melalui sukan teknikal yang bertindak sebagai 'kursus penyegar'.

Perkara ini diakui Mohd. Khalid Sidek, 29, yang bertugas sebagai juruteknik kerana dia merasakan banyak perkara yang dipelajari dalam sukan teknikal ini melalui pertandingan dan perkongsian pengalaman dengan rakan-rakan dari cawangan daerah lain.

"Sejak enam tahun bekerja dengan TNB ini adalah kali kedua saya menyertai sukan teknikal selepas terpilih mewakili cawangan Kluang buat julung kali tahun lalu," ujarnya.

Pembantu teknikal, Mohd. Lias Abd. Jalil, 54, memberitahu bahawa peningkatan ketara kualiti kerja dapat dilihat dengan jelas sejak sukan teknikal ini diperkenalkan.

"Saya sudah 32 tahun bekerja dengan TNB sejak 1978. Walaupun tidak turut serta secara langsung dalam sukan ini namun saya turut menyumbang dengan menolong memberi tunjuk ajar kepada kakitangan muda," katanya lagi.

Seorang kakitangan kontraktor dengan TNB, Malaysia Transformer Manufacturing (MTM), Mahmud Al Hafiz Mohd. Azizi, 28, merasakan acara sebegini memberi peluang kepada syarikat-syarikat berkaitan penjanaan tenaga memberi pendedahan melalui tapak pameran disediakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved