Khamis, 23 Jun 2011

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


'Kami sedia terima apa saja hukuman'

Posted:

'Kami sedia terima apa saja hukuman'

'Kami sedia terima apa saja hukuman'

Oleh ZAINI HASSAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Jun - ''Kami lakukannya demi untuk tegakkan kebenaran. Oleh itu, kami sedia terima apa sahaja hukuman,'' kata Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengenai tuduhan yang bakal dihadapi oleh Trio Datuk 'T' di Mahkamah Majistret di sini pagi esok.

''Adakah salah apa yang kami lakukan ini? Anwar Ibrahim seolah-olah mahu kami dihukum sekeras-kerasnya. Siapa yang sepatutnya dihukum, beliau atau kami?"

''Kami mendedahkan salah laku pemimpin seperti beliau (Anwar), apakah itu salah? Jika beliau mahu kami dihukum sekeras-kerasnya, maka tiada siapa pun selepas ini yang akan berani ke hadapan untuk menyatakan kebenaran,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dua lagi Datuk 'T' yang akan dihadapkan ke mahkamah yang sama ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Anwar dalam kenyataannya kepada portal berita pembangkang, Malaysiakini semalam berkata, dia tidak yakin Trio Datuk 'T' itu akan dihukum keras oleh mahkamah.

Menurut Shazryl, jika dikaji secara mendalam mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan pun apabila mendedahkan perbuatan buruk Anwar itu.

''Kami hanya menayangkan kepada sekumpulan wartawan terpilih sebagai usaha terakhir mendedahkan 'rahsia' Anwar yang selama ini dijunjung tinggi oleh pembangkang sebagai pemimpin bersih.

''Anwar tidak boleh sama sekali bandingkan apa yang kami lakukan itu dengan perbuatan terkutuknya,'' katanya.

Kira-kira pukul 8 pagi esok, Trio Datuk 'T' itu akan didakwa berhubung isu penayangan video seks membabitkan seorang pemimpin yang dikatakan mirip Anwar bersetubuh dengan pelacur China.

Mereka bertiga difahamkan akan didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, Eskay telah bersumpah di dalam sebuah masjid di Kuala Lumpur bahawa pelaku seks itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah pihak polis dan pakar antarabangsa turut mengesahkan kesahihan rakaman video seks itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Saksi nafi dakwaan bekas pembantu peribadi Benjy

Posted:

Saksi nafi dakwaan bekas pembantu peribadi Benjy

Saksi nafi dakwaan bekas pembantu peribadi Benjy

KUALA LUMPUR 23 Jun - Seorang anggota polis menafikan keterangan bekas pembantu peribadi pelakon Benjy, Afifi Hamid yang mendakwa pernah berbisik kepada artis tersebut dalam sebuah kereta sewaktu perjalanan ke tempat penemuan dua peket syabu di Kondominium Vista Mutiara, tahun lalu.

Lans Koperal Mohd. Hasbudillah Mohd. memberitahu Mahkamah Majistret di sini, hari ini, beliau tidak melihat Afifi berbuat demikian sepanjang perjalanan tersebut kerana dia sentiasa memerhatikan setiap tingkah laku mereka berdua yang duduk di sebelahnya di tempat duduk belakang kenderaan berkenaan.

"Saya memerhatikan segala tindak-tanduk kedua-dua suspek itu bermula dari tempat mereka ditangkap di tempat meletak kereta Kondominium Menara Duta 2 sehingga siasatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

"Dalam pemerhatian itu, saya tidak nampak mereka melakukan apa-apa tindakan," kata Mohd. Hasbudillah selaku saksi pendakwa ke-13 itu semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abd. Halim.

Sewaktu sesi soal balas oleh peguam bela Amer Hamzah Arshad yang mewakili Benjy pada 31 Mei lalu, Afifi mendakwa pernah berbisik kepada majikannya itu sewaktu perjalanan ke Vista Mutiara.

Menjawab soalan Noor Mawarni berhubung keadaan dalam kenderaan itu ketika perjalanan ke kondominium terbabit, saksi itu menggambarkan ia berada dalam keadaan senyap.

Namun, ketika giliran soal balas oleh Amer Hamzah, Mohd. Hasbudillah sebaliknya berkata, Benjy ada 'bercakap' untuk menunjukkan arah menuju ke Vista Mutiara kepada anggota polis yang memandu kereta itu.

Jawapan anggota polis berkenaan menyebabkan Amer Hamzah mengemukakan permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi yang didakwa memberi keterangan bercanggah.

"Tadi semasa pemeriksaan utama, saksi kata suasana kereta itu senyap, tapi sekarang Benjy pernah 'bercakap'. Mana satu yang betul ini?''

"Oleh demikian, saya memohon untuk mencabar kebolehpercayaan saksi mengikut Seksyen 155 Akta Keterangan 1950 dan membenarkan kami mendapat dokumen rakaman percakapan semasa siasatan," tegas peguam itu.

Bagaimanapun, Majistret Hafizza Sauni menolak kedua-dua permohonan itu setelah mendapati tidak wujud percanggahan antara keterangan saksi di mahkamah dengan rakaman percakapannya kepada pihak polis.

Benjy, 33, atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim dibicarakan atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu di No. A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B melalui Jalan Segambut di sini, pada pukul 4 petang, 11 Mac tahun lalu.

Tertuduh juga didakwa memiliki 0.14 gram dadah jenis yang sama di No. C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Persimpangan Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini pada pukul 3 petang hari yang sama.

Benjy yang hadir ditemani bapa dan adik perempuannya didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Perbicaraan bersambung esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved