Khamis, 23 Jun 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Peniaga Kompleks Gurney tertekan

Posted:

Peniaga Kompleks Gurney tertekan

Peniaga Kompleks Gurney tertekan

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusangroup.com.my


Peniaga turut membangkitkan suasana lesu di Kompleks Gurney yang didakwa berpunca daripada ketiadaan promosi dilakukan oleh pihak pengurusan sehingga menjejaskan perniagaan mereka.


KUALA LUMPUR 23 Jun - Sebahagian peniaga di Kompleks Gurney di sini kesal dengan sikap pihak pengurusan kompleks itu, Koperasi Glokal Niaga Malaysia Berhad (KGNMB) yang didakwa enggan berunding dengan mereka berhubung pelbagai isu yang timbul.

Sikap itu membuatkan peniaga di situ semakin tertekan selepas mereka terbeban dan terkejut dengan kadar sewa yang baru, selain tindakan pihak pengurusan memotong bekalan elektrik ke premis mereka.

Menurut peniaga, perkembangan terbaru itu berlaku selepas syarikat berkenaan mengambil alih pengurusan kompleks itu daripada Citra Wijaya Sdn. Bhd. pada Disember tahun lalu.

Kata mereka, KGNMB juga dilihat seolah-olah cuba menolak sebarang usaha mengadakan rundingan bersama peniaga, malah pejabat syarikat itu di kompleks berkenaan juga didapati telah ditutup sejak beberapa minggu lalu, sekali gus memburukkan lagi keadaan.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kompleks itu mendapati dakwaan peniaga terhadap kelesuan suasana kompleks berkenaan tidak banyak bezanya dengan apa yang dialami oleh peniaga di Anggerik Mall, Shah Alam sebelum ini.

Isunya sama. Tertekan dengan kadar sewa baru, kekurangan pengunjung akibat kurang usaha promosi yang dijalankan oleh pihak pengurusan dan meminta agar Majlis Amanah Rakyat (Mara) selaku pemilik mengambil alih semula pengurusan seperti yang dilakukan kepada Anggerik Mall.

Pengerusi Jawatankuasa Peniaga dan Penyewa Kompleks Gurney, Muhammad Muszaki Mohd. Ozi berkata, keengganan pihak KGNMB berunding dengan para peniaga selepas kadar sewa dinaikkan menunjukkan sikap tidak profesional mereka.

"Peniaga sudah berusaha beberapa kali untuk bertemu dengan pengurusan syarikat itu, selain menghubungi mereka tetapi pihak terlibat seolah-olah cuba melarikan diri," dakwanya.

Dakwanya, dalam surat tawaran bertarikh 25 April 2011, kadar sewa yang pada asalnya RM1,800 telah dinaikkan sehingga RM2,500 sebulan bermula 1 November akan datang.

"Walaupun kadar sewa dari Januari hingga April diberikan diskaun 45 peratus, tetapi untuk menikmati diskaun itu, kami diminta menandatangani perjanjian baru yang tertera kadar sewa baru sebanyak RM2,500 dengan deposit dua bulan, bayaran sewa semasa serta tunggakan sewa dilangsaikan," ujarnya.

Dia mendakwa, kadar sewa baru itu cukup membebankan manakala terma dalam perjanjian baru itu dianggap tidak munasabah dan lebih memihak serta menguntungkan syarikat pengurusan.

Sehubungan itu, katanya, peniaga yang merasakan mereka dizalimi meminta pihak Mara campur tangan sama ada meminta KGNMB berunding dengan peniaga atau lebih baik lagi, mengambil alih pengurusan kompleks itu bagi memastikan peniaga Melayu tidak teraniaya.

Dari segi reka bentuk, kompleks itu tidak kalah dengan kompleks komersial lain tetapi lokasinya yang agak tersorok serta laluan masuk yang mengelirukan, selain kekurangan promosi menyebabkan kompleks berkenaan lesu walaupun sudah dibuka sejak hampir dua tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KGNMB enggan jumpa, tidak balas e-mel wartawan

Posted:

KGNMB enggan jumpa, tidak balas e-mel wartawan

KGNMB enggan jumpa, tidak balas e-mel wartawan

KUALA LUMPUR 23 Jun - Pihak pengurusan Koperasi Glokal Niaga Malaysia Berhad (KGNMB) dilihat tidak serius dalam menyelesaikan pelbagai isu yang dibangkitkan oleh peniaga di Kompleks Gurney di sini.

Selain enggan berunding dengan peniaga, pihak terbabit juga bersikap acuh tak acuh dengan pihak media yang berusaha mendapatkan ulasan tentang isu yang dibangkitkan oleh peniaga itu.

Dua temu janji untuk bertemu dengan wakil syarikat itu telah dibatalkan pada saat-saat akhir manakala soalan yang dihantar wartawan Utusan Malaysia menerusi e-mel tidak dibalas walaupun diberi masa lebih dua minggu.

Sementara itu, pihak Mara ketika dihubungi memberitahu, maklum balas hanya akan diberikan selepas laporan mengenai isu tersebut tersiar di akhbar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemandu teksi eksekutif dakwa tertindas

Posted:

Pemandu teksi eksekutif dakwa tertindas

Pemandu teksi eksekutif dakwa tertindas


Abdul Majeed Muthiah Abdullah (tengah) bersama rakan-rakannya menunjukkan laporan polis yang dibuat ke atas sebuah syarikat teksi di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 23 Jun - Sebahagian besar pemandu teksi eksekutif yang diuruskan sebuah syarikat di ibu negara mendakwa, mereka ditindas menerusi beberapa butiran perjanjian kontrak sewa beli yang ditandatangani hampir setahun lalu.

Wakil pemandu teksi berwarna biru itu, Abdul Majeed Muthiah Abdullah mendakwa, butiran dalam perjanjian itu hanya indah khabar dari rupa, sedangkan syarikat itu melakukan penindasan terhadap mereka.

Katanya, antara ketidakpuasan hati pemandu teksi berkenaan adalah bilangan stesen pengambilan penumpang di hotel tidak seperti yang dijanjikan.

"Kami dijanjikan tiga stesen iaitu masing-masing di Hotel Ritz Carlton, JW Marriot dan Prince tetapi hanya dua hotel sahaja yang praktikal untuk stesen pengambilan penumpang.

"Malah kami juga berisiko untuk dikenakan saman oleh polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana terdapat garisan kuning di stesen-stesen berkenaan. Ini bukan seperti yang digambarkan dalam perjanjian," katanya ketika ditemui bersama tujuh lagi pemandu teksi berkenaan di Ibu Pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Majeed juga mendakwa, dia dan pemandu teksi lain turut dikenakan pemotongan 15 peratus setiap kali mengambil pelanggan hotel.

"Tiada pemotongan sebegini ditulis dalam perjanjian dan kami tidak boleh lakukan apa-apa kerana 15 peratus itu dipotong terus dari caj perkhidmatan hotel kepada pelanggan," jelasnya.

Justeru, Abdul Majeed mengharapkan penyelesaian segera kerana punca pendapatan mereka semakin terjejas dengan pelbagai caj serta pemotongan yang membebankan itu.

"Purata pendapatan kami adalah RM200 untuk kerja selama 12 jam dan jumlah itu belum lagi termasuk bayaran sewa-beli teksi yang berharga RM132 sehari," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved