Utusan Online - Kota |
- Guna satu lif sepanjang masa
- Usaha tarik pelabur terjejas - Mukhriz
- Bersih: Negara dijangka rugi RM6 bilion
Posted: Guna satu lif sepanjang masaOleh NUR NAZLINA NADZARI
KUALA LUMPUR 28 Jun – Penduduk pangsapuri Cheras Utama di sini tidak pernah menikmati kemudahan lif yang sempurna berikutan hanya satu lif yang beroperasi pada setiap masa sejak lebih dua tahun lalu. Keadaan itu ternyata menyusahkan penduduk terbabit kerana jika satu-satunya lif yang beroperasi itu rosak, mereka tiada pilihan selain daripada menggunakan tangga untuk ke rumah masing-masing. Pengerusi persatuan penduduk pangsapuri itu, Nor Sammudin Abd. Kadir berkata, masalah lif rosak itu sudah berlaku sejak kediaman 12 tingkat itu masih di bawah pengurusan pihak pemaju lagi. Menurutnya, salah sebuah lif yang rosak itu tidak dibaiki ketika pengurusan pangsapuri itu diserahkan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB). Katanya, memandangkan hanya satu lif yang boleh digunakan, ia juga berdepan risiko tinggi untuk rosak dan pernah berlaku, kemudahan itu rosak untuk beberapa hari sehingga memaksa penduduk menggunakan tangga untuk balik ke rumah mereka. "Saya berharap lif itu dapat dibaiki segera supaya kedua-dua lif dapat berfungsi dan tidak menyusahkan penduduk terutamanya orang tua dan kanak-kanak," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa JMB, Husaini Abd. Hamid berkata, lif yang rosak itu dipercayai berpunca daripada kebocoran pada tangki air yang juga tidak dibaiki oleh pemaju yang sebelum ini menguruskan pangsapuri itu. Menurutnya, pihak JMB tidak mampu untuk membaiki kerosakan tersebut yang kosnya mencecah RM42,400 bagi kedua-dua buah lif kerana tidak mempunyai dana yang cukup. "Ketika kami ambil alih daripada pemaju, tiada dana yang ditinggalkan, malahan kami perlu membayar hutang-hutang yang selama ini tidak dibayar. "Masalah ini terjadi kerana tiada sinking fund yang dikutip oleh pemaju dari dulu dan akhirnya kerja-kerja penyenggaraan tidak dapat dijalankan," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Usaha tarik pelabur terjejas - Mukhriz Posted: Usaha tarik pelabur terjejas - MukhrizKUALA LUMPUR 28 Jun - Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) boleh memberi impak negatif dalam usaha kerajaan menarik pelabur asing. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, walaupun niat Bersih kononnya untuk mewujudkan satu suasana pilihan raya yang adil tetapi cara yang dipilih mereka amat tidak wajar. "Saya boleh gambarkan bahawa perhimpunan haram itu akan mendapat liputan media yang luas khususnya di kalangan media antarabangsa. ''Senario yang berlaku nanti akan ditayang berulang kali dan ini memberi gambaran yang tidak begitu baik kepada negara," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara SIRIM Berhad dan Kedah Industrial Skills and Management Development Centre (Kismec) di sini hari ini. Turut hadir, Naib Presiden Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Sirim Berhad, Dr. Zainal Abidin Mohd. Yusof, Pengarah Eksekutif Kismec, Wan Ismail Ibrahim dan Penolong Pengarah Eksekutif American Welding Society (AWS), Cassie Burrel. Perjanjian tersebut akan meningkatkan kemahiran jurukimpal dan melahirkan lebih ramai jurukimpal profesional di Malaysia. Sementara itu, Mukhriz berkata, usaha kedua pihak mewujudkan Kemudahan Pengujian Satelit KISMEC-AWS yang pertama di negara ini membolehkan penuntut bidang kimpalan diiktiraf sebagai jurukimpal profesional. "Bidang kimpalan juga mempunyai permintaan yang begitu tinggi yang dianggarkan meningkat pada kadar lima peratus setiap tahun sehingga 2016. "Usaha ini sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan berkemahiran tinggi,'' jelasnya. | ||
Bersih: Negara dijangka rugi RM6 bilion Posted: Bersih: Negara dijangka rugi RM6 bilionKUALA LUMPUR 28 Jun - Perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan 9 Julai ini dijangka menyebabkan industri pelancongan negara mengalami kerugian melebihi RM6 bilion. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan jumlah pendapatan yang dijangka diperoleh sektor berkenaan pada bulan Julai kerana seramai 2.2 juta pelancong asing datang ke negara ini pada tempoh sama tahun lalu. Menurutnya, industri pelancongan merupakan yang paling teruk menerima kesan daripada perhimpunan tersebut berdasarkan siri perhimpunan haram sebelum ini. ''Sekarang seluruh dunia tahu negara kita antara yang paling stabil dan mereka tidak takut untuk tinggal di sini. Tetapi akhir-akhir ini, kita mendapat aduan beberapa negara luar mula bertanya tentang keselamatan negara ekoran perhimpunan 9 Julai ini. ''Oleh itu kementerian bersama persatuan hotel, syarikat-syarikat pelancongan, persatuan spa dan syarikat berkaitan sebulat suara membantah perhimpunan itu,'' katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama persatuan pelancongan di sini hari ini. Yen Yen memberitahu, Persatuan Pelancongan Cina Malaysia akan bertemu dengan Persatuan Pelancongan Negara China bagi memaklumkan tentang keselamatan negara yang terjamin pada bulan Julai ini. ''Persatuan Pelancongan Negara China sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam menyediakan pakej pelancongan bersama bagaimanapun ia dipertimbangkan semula gara-gara perhimpunan haram itu,'' ujarnya. Menurut beliau, pada bulan Julai ini juga kementerian akan menganjurkan bulan Arab berikutan pelancong Arab keluar bercuti selain musim panas bagi sesetengah negara. ''Sehubungan itu kita minta polis bertindak segera supaya pelancong asing tidak bimbang datang ke negara ini dan menyangka demonstrasi sering berlaku di negara ini. ''Ia jelas tidak memberi manfaat kepada sesiapa pun. Pembangkang hanya mahu menjejaskan imej ekonomi negara,'' katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan