Selasa, 28 Jun 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Tingkatkan lagi pemantauan

Posted:

Tingkatkan lagi pemantauan

Tingkatkan lagi pemantauan


DUA anggota PGM Wilayah Dua menjalankan pemeriksaan ke atas sebahagian daripada 75 PATI yang ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kota Tinggi awal pagi semalam.


Saudara Pengarang,
PERTAMA sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa di negeri ini seperti polis, Jabatan Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Gerakan Marin (PGM).

Pasukan ini telah berjaya memainkan peranan masing-masing terutama sekali dalam menangani masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini.

Buktinya banyak tangkapan PATI dibuat sejak akhir-akhir ini terutama sekali mereka yang cuba menyeludup keluar dari negara ini untuk pulang ke negara asal mereka.

Salah satu faktor ramai warga asing mahu pulang ke negara asal mereka adalah sebagai persediaan untuk menyambut Ramadan dan Syawal yang akan menjelang tidak lama lagi.

Mereka ini bijak mengambil kesempatan untuk 'pulang' lebih awal kerana menyedari operasi dan penguatkuasaan akan lebih ketat sebaik sahaja sambutan tersebut tiba.

Sebagai rakyat Malaysia, sudah pastinya kita tidak mahu PATI ini masuk dan keluar negara ini sesuka hati mereka.

Justeru, saya berharap agar pihak berkuasa terus meningkatkan lagi operasi dan pemantauan khususnya di laluan tikus yang dikenal pasti menjadi 'pintu masuk dan keluar' golongan ini.

Seperkara lagi, saya juga amat menyokong langkah kerajaan untuk mengadakan proses pemutihan pekerja asing dan PATI dengan pelaksanaan proses pendaftaran besar-besaran golongan tersebut bermula 11 Julai ini.

Diharap dengan langkah sedemikian, segala aktiviti golongan ini akan dapat dikesan dengan lebih mudah.

ANAK MERDEKA

Simpang Renggam

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siapkan segera kerja lebar jalan Lukut Cina

Posted:

Siapkan segera kerja lebar jalan Lukut Cina

Siapkan segera kerja lebar jalan Lukut Cina

KOTA TINGGI 27 Jun - Penduduk di sekitar Taman Mawar di sini meminta supaya kerja-kerja melebarkan jalan di sepanjang Jalan Lukut Cina yang tertangguh sejak awal tahun lalu disiapkan segera.

Mereka mendakwa keadaan jalan yang tidak sempurna itu boleh mendatangkan kemalangan kepada pengguna khususnya murid-murid yang menggunakan jalan tersebut dengan menaiki basikal.

Menurut mereka, walaupun banyak aduan telah dibuat kepada pihak yang berkenaan, namun hingga kini tiada sebarang tindakan diambil untuk menyiapkannya.

Seorang penduduk, Atan Ramli, 40, berkata, ramai murid yang berbasikal ke sekolah berhampiran terjatuh semasa melalui jalan tersebut disebabkan keadaannya yang tidak rata dan bahu jalannya yang tinggi.

"Apabila hujan lebat, jalan ini akan dipenuhi air dan ia amat bahaya kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak. Penduduk sekitar tiada jalan alternatif dan terpaksa menggunakan jalan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Seorang lagi penduduk, Zamani Abd. Halim, 35, pula mendakwa pernah berlaku kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta di jalan berkenaan hingga mengakibatkan kematian.

Justeru, dia berharap pihak yang berkaitan supaya segera menyiapkan kerja-kerja melebarkan jalan tersebut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved