Selasa, 28 Jun 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Kurus wajah dengan cas elektrik

Posted:

Kurus wajah dengan cas elektrik

Kurus wajah dengan cas elektrik

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar HAFIZ KHOSMAT


ALIRAN cas elektrik menerusi alat Galvanic Spa yang direka khusus untuk bahagian wajah berupaya menganjal, bahagian yang kendur atau berlemak.


SETUJU atau tidak bahawa bentuk wajah memberi tanggapan untuk keseluruhan bentuk badan. Walaupun seseorang itu berbadan besar namun jika tidak tembam pada bahagian pipi pasti impresi pertama akan melabelkan bahawa dia seorang yang kurus.

Begitulah juga sebaliknya, seorang yang memiliki pipi yang tembam, padahal tubuh badannya kurus akan memberikan persepsi bahawa dia seorang yang bertubuh gempal.

Justeru tidak hairanlah bagi mereka yang memiliki tubuh badan yang besar, maknanya dengan lemak yang terzahir di segenap tubuh dan wajah pasti akan mencari alternatif untuk menampakkan kurus terutama di bahagian yang sering dilihat orang lain iaitu di bahagian muka.

Teknologi kecantikan dunia telah menghasilkan pelbagai peralatan yang terbukti berkesan untuk menangani masalah tersebut.

Tanpa perlu melakukan prosedur pembedahan yang ternyata mengundang pelbagai komplikasi, teknologi kecantikan kini menawarkan perkhidmatan yang selamat, mudah dan berkesan.

Pilihan pengurusan wajah adalah antara rawatan yang popular di Salon dan Spa DesQ Farana yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Pemiliknya, Matina Muhamad memberitahu bahawa spanya ada menyediakan perkhidmatan tersebut.

Malah sejak diperkenalkan ramai pelanggan mahu mencuba dan ternyata berpuas hati dengan hasilnya.

"Untuk menguruskan bentuk wajah, di spa ini saya menggunakan teknik pengurusan wajah yang dinamakan Galvanic Spa System. Sistem ini bergantung kepada peredaran cas-cas elektrik Galvanic yang bukan sahaja mengembalikan kesegaran diri tetapi menyediakan tenaga kepada kulit yang letih dan nampak suram.

"Galvanic Spa System ini memberi kemudahan kepada pelanggan untuk menyelaraskan tahap peredaran cas-cas elektrik ke dalam tubuh mengikut keperluan dan ia cukup selamat.

"Dalam masa 10 minit, lemak, toksin akan dikeluarkan sekali gus menggalakkan peredaran darah, menghilangkan kedutan serta menyediakan perlindungan anti oksida," kata Matina yang ditemui di spanya baru-baru ini.

Tambah Matina, pelanggan yang menggunakan sistem ini buat kali pertama akan dapat merasa kesannya di mana wajah mereka akan lebih pejal dan anjal.

"Cara prosedurnya juga mudah, sebelum rawatan, wajah pelanggan dibersihkan terlebih dahulu dan kemudian sejenis gel khas akan disapu di atas permukaan kulit. Gel rawatan yang diperbuat daripada magnesium, aspartate dan argnine dimasukkan ke dalam kulit dengan cas positif. Gel pra rawatan ini mengandungi pati marigold, rumpai laut dan vanila.

Rawatan pertama menggunakan gel pra-rawatan bagi mengeluarkan kekotoran dan toksin menggunakan cas negatif. Ia juga membenarkan liang roma bernafas," ujarnya.

Menurut Matina, sesiapa yang berhajat tidak mengira lelaki ataupun wanita boleh mencubanya di spa beliau.

"Ini adalah alternatif pengurusan bentuk wajah selain yang banyak ditawarkan di pusat kecantikan seperti face lift, botox dan lain-lain lagi," ujarnya.

Jadi bagi siapa yang ingin mencuba rawatan dengan menggunakan Galvanic Spa System ini boleh membuat temu janji dengan mendail talian 019 -7709496.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved