Khamis, 4 April 2013

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Jasin Sentral mercu tanda baharu Jasin

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

Mohd. Ali Rustam melawat Jasin Sentral yang menempatkan perhentian bas, teksi, pasar raya Econsave dan kedai-kedai selepas majlis perasmiannya di Jasin, Melaka, kelmarin.

JASIN 3 April - Jasin Sentral yang menempatkan terminal bas dan teksi di bandar ini, kini menjadi mercu tanda baru bagi Jasin hasil kerjasama Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan pasar raya Econsave Cash and Carry Sdn. Bhd. (Econsave).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, terminal di tapak seluas 0.8 hektar itu yang dinaik taraf pihak Econsave dengan nilai mencecah RM3 juta, juga dilihat bakal memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Menurutnya, kawasan lebih selesa dan strategik itu turut akan membantu meningkatkan pendapatan para pengusaha teksi dan bas selain memberi ruang kepada peniaga kecil menjana ekonomi sendiri.

"Selain pasar raya, Jasin Sentral turut menempatkan sebanyak 12 gerai jualan bagi peniaga kecil serta ruang menunggu berhawa dingin dan kemudahan internet tanpa wayar secara percuma untuk orang ramai," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Jasin Sentral dan Econsave Jasin di sini semalam.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Yunos Husin; Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin, Murad Husin.

Jelas Mohd. Ali, lebih banyak projek perkongsian melalui dasar penswastaan akan dapat dilaksanakan melalui persefahaman antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan syarikat swasta.

"Konsep perkongsian seperti ini merupakan sesuatu yang patut dicontohi dan diharap dapat diperluaskan lagi ke pekan-pekan kecil seperti di Merlimau, Masjid Tanah dan kawasan-kawasan lain," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga, Hamdan Mohd. Sharif, 48, berkata, projek menaik taraf Jasin Sentral amat diharapkan kerana mampu memberi keselesaan selain memudahkan para peniaga dan masyarakat setempat.

"Projek ini memberi peluang kepada peniaga mencari pendapatan lebih namun PBT perlu memantau jenis perniagaan yang beroperasi supaya lebih pelbagai dan mampu menarik ramai pengunjung," ujarnya.

Seorang penduduk tempatan, Zulkifli Kalil, 43, pula memberitahu, dia gembira dengan adanya kemudahan serba moden di Jasin Sentral.

"Dengan adanya kemudahan seperti ini, orang ramai tidak perlu bersusah payah mendapatkan perkhidmatan bas dan teksi selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi orang ramai," tambahnya.

Padang sintetik pertama di negara ini

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

Padang rumput sintetik jenis fieldturf yang telah siap dipasang di padang Kompleks Belia dan Sukan Paroi yang terletak di kawasan Ampangan.

SEREMBAN 3 April - Kompleks Belia dan Sukan Paroi yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, dekat sini mendapat penghormatan sebagai lokasi pertama pemasangan padang sintetik jenis 'fieldturf' di negara ini.

Kerja-kerja memasang padang sintetik itu bermula 10 Januari lalu dan telah siap pada 1 Mac dengan menelan belanja lebih RM2.4 juta yang dibuat secara Private Finance Initiative II (PFI II).

Sebanyak 30 padang bola sepak sintetik telah dicadangkan untuk dibina di seluruh Malaysia dengan anggaran peruntukan sebanyak RM50 juta oleh Kementerian Kewangan yang disediakan di bawah peruntukan PFI II.

Sebanyak lima padang bola sepak itu akan dibina di Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Perlis dalam fasa pertama dengan Syarikat Blondal All-Turf telah dilantik bagi melakukan kerja pemasangan tersebut.

Padang bertaraf antarabangsa itu mempunyai akreditasi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA dan digunakan dalam pertandingan sukan di luar negara.

Pembinaan padang bola sepak sintetik itu merupakan ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sukan tiga Bulan Tanpa Henti untuk belia Melaka

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

MELAKA 3 April - Jabatan Ketua Menteri melalui Bahagian Sahabat Belia kini sedang menganjurkan Program Santai Belia dan Sukan Tiga Bulan Tanpa Henti 2013 melibatkan beberapa jenis sukan dan aktiviti untuk rakyat negeri ini khususnya golongan belia.

Pengarah Bahagian Sabahat Belia, Mohd. Firdauz Hamzah berkata, program yang bermula sejak Februari dan berakhir pada Mei ini diadakan bagi mencapai objektif Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang mahu menjadikan Melaka dikenali sebagai sebuah negeri belia dan sukan.

Melalui program ini jelasnya, Ketua Menteri mencadangkan sebanyak enam jenis sukan termasuklah drag challenge (sprintest), kayak, tenis, bola sepak, futsal dan berbasikal untuk dijalankan.

Menurut beliau, setiap daripada sukan itu pula mempunyai agensi angkat bagi melancarkan setiap aktiviti yang dianjurkan.

"Program selama tiga bulan tanpa henti ini diadakan bagi mengisi masa lapang golongan belia dalam negeri ini dengan aktiviti riadah dan bersukan,

"Dengan adanya program seperti ini, ia akan membantu melahirkan atlit sukan berkemahiran yang sekali gus meningkatkan pencapaian negeri dalam bidang sukan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program tersebut di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Antara agensi dan badan kerajaan yang terlibat menjayakan program ini termasuklah Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Yayasan Melaka, Syarikat Air Melaka, Bahagian Perbadanan Ketua Menteri dan Majlis Sukan negeri.

Selain itu Mohd. Firdauz berkata, program berkenaan juga mampu mengurangkan aktiviti tidak berfaedah di kalangan belia seperti merempit dan melepak serta mengelak mereka dari terlibat dengan dadah sekaligus membantu mengurangkan kadar jenayah negeri ini.

"Oleh yang demikian, golongan belia dari seluruh negeri ini dijemput menyertai semua aktiviti yang dijalankan kerajaan negeri yang amat bersesuaian dengan kehendak remaja," gesanya.

Tambahnya, beberapa aktiviti telahpun mula dijalankan sejak Januari lalu seperti pertandingan sprintest, kayak, bola sepak dan berbasikal.

"Kesemua aktviti ini diadakan di beberapa lokasi berbeza termasuk di Litar Permotoran Antarabangsa Melaka bagi sprintest, Taman Rempah dan Dataran Sungai Melaka bagi kayak, tenis di Kompleks Tenis Hang Tuah Jaya dan bola sepak di Stadium Hang Jebat," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Penjawat awam dapat RM500

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 3 April - Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian insentif khas sebanyak RM500 seorang kepada semua kakitangan awam yang berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Pejabat Tanah dan Galian serta majlis perbandaran dan daerah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengumumkan berita baik itu selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri yang terakhir bagi penggal ini di sini hari ini.

Beliau berkata, pemberian insentif itu melibatkan peruntukan sebanyak RM7.5 juta dan akan dimasukkan dalam gaji bulan ini.

"Kutipan hasil kerajaan negeri meningkat kepada RM905 juta pada tahun lalu berbanding jangkaan kutipan sebanyak RM865 juta.

"Ini merupakan satu pencapaian yang baik dan membolehkan kerajaan negeri memberikan insentif khas sebanyak RM500 kepada semua kakitangan awam negeri ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Berita baik itu hadir dua hari selepas kerajaan negeri mengisytiharkan insentif khas sebanyak RM500 kepada semua kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membabitkan peruntukan berjumlah RM1.4 juta.

Menurut Zambry, sudah menjadi dasar kerajaan negeri menggunakan sebahagian lebihan hasil yang dikutip untuk memberikan insentif kepada semua penjawat awam di negeri ini.

"Saya harap insentif khas ini akan memberikan galakan kepada semua kakitangan awam negeri untuk terus berkhidmat dengan cemerlang pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata, sebahagian lebihan hasil yang dikutip itu akan disalurkan untuk projek pembangunan negeri seperti membaiki lampu jalan dan jalan raya yang rosak.

Zambry berkata, hasil usaha gigih kerajaan negeri sejak empat tahun lalu pertumbuhan sosioekonomi negeri mencapai tahap membanggakan dan menyediakan lebih 55,000 peluang pekerjaan kepada rakyat.

Tambahnya, pertumbuhan sihat itu membolehkan kerajaan negeri mengutip hasil yang lebih tinggi dan rakyat juga dapat merasai manfaatnya.

Bertimbang rasalah sedikit - Peniaga

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

IPOH 3 April - Seorang peniaga barangan kecantikan dan kesihatan di Angsana Mall di sini, kesal dengan sikap pihak pengurusan kompleks itu, Uda Mall Sdn. Bhd. yang bertindak memotong bekalan elektrik di premisnya hari ini.

Pengurus Baiduri Herb's, Siti Anita Mohd. Amin, 41, berkata, tindakan itu dibuat selepas beliau gagal menjelaskan sewa premis untuk bulan Mac sebanyak RM1,744.20 dan bil elektrik berjumlah RM119.11 selepas pihak pengurusan memberi tempoh masa sehingga 20 Mac lalu.

"Saya akui saya masih belum membayar sewa premis dan bil elektrik bulan lalu yang berjumlah RM1,863.31 kepada mereka (Uda Mall). Tetapi tidak bolehkah perkara ini dibawa berbincang terlebih dahulu?

"Perniagaan kami semakin merosot berikutan persaingan daripada kompleks beli-belah yang baharu. Sepatutnya mereka lebih prihatin dengan masalah yang dihadapi peniaga bumiputera di sini, bukannya menekan kami. Bertimbang rasalah sedikit," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ekoran kejadian itu, Siti Anita yang sudah lima tahun berniaga di pusat beli-belah itu terpaksa melayan pelanggannya dengan hanya diterangi cahaya lilin selain membatalkan beberapa tempahan membuat rawatan kecantikan.

Selain Baiduri Herb's, tiga premis lain turut mengalami nasib sama tetapi difahamkan, mereka sudah meneruskan operasi petang ini setelah membayar tunggakan masing-masing.

Menurut Siti Anita, sebelum ini, premisnya pernah gagal menjejaskan bayaran selama lima bulan berjumlah RM9,482.83 antara 2011 hingga September tahun lalu.

Namun, katanya, hasil perbincangan dengan pihak pengurusan dia diberi peluang meneruskan perniagaannya tanpa sebarang tindakan meskipun bayaran penuh hanya dibuat Februari lalu.

"Ketika itu, pihak pengurusan membuat tempat letak kereta yang menyebabkan pengunjung tidak ramai. Ini menyebabkan jualan kedai menjunam sehingga saya tidak mampu membayar sewa dan bil utiliti," katanya.

"Kalau sebelum ini mereka boleh bertimbang rasa, kenapa sekarang iaitu baru sebulan sudah ambil tindakan? Tidakkah mereka tahu, tindakan ini menyebabkan kami tidak boleh berniaga dan mengalami kerugian yang banyak," katanya.

Media Perak anjur kayuhan amal kutip sumbangan Tabung Lahad Datu, Sabtu ini

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

SUNGAI SIPUT 3 April - Pasukan berbasikal Media Perak Cyling Team akan menganjurkan program Kayuhan Amal Lahad Datu bagi mengutip sumbangan untuk anggota dan keluarga pasukan keselamatan yang cedera dan terkorban dalam Ops Daulat di Sabah pada Sabtu ini.

Ketua pasukannya, Fazli Ahmad berkata, lebih 300 orang yang terdiri daripada anggota Komando VAT 69, pengamal media, anggota polis, penjawat awam, ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta dan parti politik akan berkayuh dalam program tersebut.

Katanya, kayuhan meliputi jarak sejauh 60 kilometer bermula di Mes Pegawai Kanan Polis di sini dan berakhir di Laman Budaya, Kuala Kangsar.

"Sepanjang perjalanan, peserta kayuhan akan berhenti di Balai Polis Chemor, Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput dan terakhir sekali di Laman Budaya di Kuala Kangsar untuk mengutip sumbangan daripada NGO dan orang ramai di situ.

"Kami jangkakan kira-kira RM30,000 mampu dikutip melalui program ini. Hasil kutipan akan diserahkan kepada Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan yang akan menyerahkannya kepada wakil Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Isnin ini," katanya.

UMNO Bahagian Sungai Siput dan Kuala Kangsar masing-masing turut menaja sebanyak 1,000 dan 500 naskhah akhbar Utusan Malaysia bagi menjayakan program tersebut.

Menurut Fazli, Media Perak Cycling Team yang berada di bawah naungan Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak merupakan pertubuhan bukan kerajaan pertama di negeri ini mengadakan program seumpama itu bagi membantu anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu.

"Ini juga merupakan kali pertama pihak media menganjurkan program untuk pihak polis sebagai tanda menghargai sumbangan polis dalam menjaga keamanan negara selama ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Lagi produk 1Malaysia tabur jasa

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

Oleh NIK JASNI CHE JAAFAR
utusanterengganu@utusan.com.my

PUSAT Rehabilitasi 1Malaysia DUN Seberang Takir Kampung Telaga Daing Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU 3 April - Sepanjang perkhidmatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman (gambar) yang sering menjenguk kehidupan masyarakat di kawasannya mendapati ramai daripada mereka yang uzur dan terlantar merupakan penghidap angin ahmar.

Mereka yang kebanyakannya lanjut usia tidak mampu berulang-alik ke hospital untuk menjalani proses rawatan dan pemulihan yang menuntut tempoh masa panjang di samping cenderung mendapatkan khidmat bomoh dan mengelak rawatan klinikal.

Beliau turut menyedari tahap kesedaran mengenai strok belum begitu meluas termasuk risiko tekanan darah tinggi, kencing manis, keadaan kolesterol dan tabiat merokok di samping amalan penjagaan kesihatan seperti senaman agak terbatas.

Sehubungan itu, beliau berusaha mewujudkan Pusat Rehabilitasi 1Malaysia di Bangunan Penyelaras UMNO Seberang Takir membabitkan kos keseluruhan bernilai kira-kira RM350,000 yang akan memulakan operasi harian sepenuhnya bulan ini.

Ahmad Razif berkata, mengikut jadual, operasi asal itu sepatutnya bermula Mac lalu menggunakan khidmat pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu khususnya dalam bidang fisioterapi.

"Walau bagaimanapun, kita tetapkan operasi harian mengikut waktu pejabat hanya akan bermula bulan ini. Sehubungan itu, kita berharap penduduk setempat akan mendapat manfaat kemudahan rawatan yang disediakan secara percuma ini.

"Kita juga menyediakan kenderaan bagi khidmat pengangkutan secara percuma bagi pesakit yang kurang berkemampuan dan sukar datang supaya mendapatkan rawatan dan menjalani pemulihan di sini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Pusat yang akan memberi fokus terhadap pesakit strok itu merupakan pusat melibatkan peranan komuniti pertama di Semenanjung.

Difahamkan sebuah lagi pusat serupa terdapat di Sibu, Sarawak melibatkan peranan bersama pemimpin masyarakat dan penduduk setempat yang beroperasi dengan dana sumbangan pelbagai pihak.

"Kita harap pusat ini mampu memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pesakit serta waris yang menjaga mereka dengan harapan pesakit akan menerima rawatan secara menyeluruh," katanya.

Jelas Ahmad Razif, buat permulaan, pihaknya menempatkan empat pegawai terdiri daripada dua kakitangan tetap dan sambilan untuk mengendalikan pusat berkenaan dengan dibantu para sukarelawan berpengalaman.

Beliau memberitahu, pusat itu juga akan menyediakan khidmat nasihat daripada pakar perubatan daripada beberapa hospital setiap Sabtu bagi kemudahan penduduk merujuk pelbagai kes mereka.

"Tidak mudah menjadikan ini kenyataan, namun bagi saya ini suatu tanggungjawab sosial yang perlu dipenuhi, suatu jihad dalam memulih kesihatan mereka dengan sasaran awal kepada pesakit berdasarkan rekod di Klinik Kesihatan Seberang Takir," katanya.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan negeri bertindak sebagai penasihat dalam pemilihan peralatan dan turut bertanggungjawab menguruskan pembelian kelengkapan itu.

"Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM150,000 manakala Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM200,000 untuk pusat ini, selain sumbangan para dermawan untuk melengkapi pelbagai kemudahan," katanya.

Tambahnya, beberapa pihak seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan syarikat ExxonMobil juga bersedia menghulurkan bantuan bagi memastikan matlamat penubuhan pusat itu tercapai.

"Selain untuk pesakit strok, kita juga akan bantu pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dalam kawasan ini dan pelajar Pendidikan Khas di Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan Kompleks Sebarang Takir," katanya.

Tambah beliau, pihaknya juga memohon geran tahunan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat selain merancang mewujudkan kemudahan hemodialisis di pusat itu pada masa depan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohammad Omar menyifatkan penubuhan pusat berkenaan usaha murni yang wajar dikembangkan.

Katanya, inisiatif itu digerakkan melalui kerjasama pintar antara pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Klinik Kesihatan Seberang Takir.

"Langkah ini juga dapat menarik penglibatan para sukarelawan membantu sekali gus memperlihatkan tanggungjawab dalam aspek penjagaan kesihatan rakyat tidak terserah kepada kementerian semata-mata.

"Ini juga salah satu pendekatan Strategi Lautan Biru dan pihak jabatan akan membantu memberikan nasihat kepakaran dan penyelarasan operasi," katanya.

Bangunkan semula qariah Kelantan

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my

Faridah

KOTA BHARU 3 April - Banyak usaha perlu dilakukan untuk membangunkan semula qariah Kelantan setelah terbantut akibat tindakan Kerajaan Pas Kelantan melarang wanita menyertai majlis tilawah al-Quran sejak pentadbirannya bermula pada 1990.

Legenda kariah negara, Faridah Mat Saman, 64, berkata, larangan kerajaan Pas Kelantan selama ini menyebabkan perkembangan seni tersebut dalam kalangan wanita termasuk dari segi suara jauh ketinggalan berbanding prestasi qari dan rakan seperjuangan mereka di negeri lain.

Faridah yang pernah menjadi johan majlis tilawah antarabangsa sebanyak lapan kali dari tahun 1960-an sehingga awal era 90-an berkata, beliau yakin zaman kegemilangan qariah dari Kelantan itu akan muncul kembali dalam tempoh sedikit masa lagi.

"Tahun terakhir saya bertanding dan menang majlis tilawah peringkat negeri pada 1989, selepas itu tidak ada lagi peserta wanita Kelantan dapat bertanding mengisi tempat wakil negeri dan saya sendiri hanya mara ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada 1990 dan 1991 hanya atas tiket juara menunggu.

"Sekarang, setelah pintu ditutup selama 22 tahun, kita berpeluang bermula semula, banyak benda perlu diperbaiki kerana kita baru hendak memanaskan enjin tetapi Insya-Allah saya yakin kita boleh berjaya," katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan kali ke-56 di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, di sini malam tadi.

Penganjuran majlis tilawah tahun ini mencatat sejarah selepas 11 qariah termasuk juara menunggu, Zainab Che Daud memperdengarkan bacaan mereka di hadapan khalayak termasuk lelaki selepas kerajaan Pas Kelantan menarik balik larangan menyekat wanita menyertai acara tersebut.

Tahun lalu, Zainab, 68, yang buta sebelah mata kiri, memenangi majlis tilawah peringkat negeri tetapi dalam satu pemilihan tertutup untuk wanita dan tidak berpeluang mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

Selain 11 qariah itu, sebanyak 10 qari turut menyertai majlis tilawah itu yang berlangsung bermula 1 April hingga esok, sekali gus berpeluang menempa sejarah mengharumkan nama negeri dalam majlis tilawah peringkat kebangsaan pada Mei ini di tempat sendiri selepas Kelantan bakal menjadi tuan rumah buat julung kalinya.

Dalam pada itu, Faridah menyatakan kekesalan dan menegur penganjuran majlis tilawah yang disifatkannya bagai melepaskan batuk di tangga kerana tiada promosi besar-besaran dibuat untuk program yang memartabatkan bacaan al-Quran sehingga ramai tidak mendapat makluman.

Qariah gembira dapat sertai tilawah al-Quran peringkat negeri

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

KOTA BHARU 3 April - Tiada kata yang dapat mengungkapkan keceriaan pada wajah para qariah yang memperdengarkan bacaan mereka pada malam pertama Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Ke-56 yang berlangsung di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, di sini malam tadi.

Sebanyak 11 qariah itu menyertai l0 qari dalam majlis tersebut tahun ini yang menyaksikan penyertaan semula peserta wanita sejak sekian lama disekat Kerajaan Pas Kelantan.

Peserta, Kamilah Ab. Rahman, 56, yang mewakili daerah Tumpat berkata, dia amat gembira kerana dapat memperdengarkan bacaan al-Quran di hadapan hadirin yang ramai sekalipun berhadapan masalah suara serak.

Kamilah yang juga seorang guru dan pernah menduduki tempat ketiga pertandingan tilawah anjuran Astro Oasis pada 2009 berkata, dia tidak begitu memikirkan mengenai markah bacaan kerana sedar ini adalah satu permulaan.

"Kebanyakan peserta malam ini pun memberitahu tidak dapat melontar suara terbaik kerana sudah begitu lama tidak mendapat peluang begini, maklumlah suara kami terkunci begitu lama dan perlu sedikit masa untuk diasah dengan lebih sempurna," katanya kepada Utusan Malaysia selepas menjadi peserta keempat memperdengarkan bacaan malam tadi.

Sementara itu, johan menunggu, Zainab Che Daud, 68, yang tahun lalu mengungguli tempat pertama majlis tilawah tertutup untuk wanita berkata, dia juga tidak berasa berdebar sebaliknya gembira diberi peluang tersebut bersama peserta lain.

"Tidak berdebar sedikitpun, saya cuma kurang selesa sebab suara serak, terfikir juga sebelum sampai giliran tadi tidak mahu membaca, tetapi takut pula dimarah orang," katanya sambil menyatakan keyakinan mendapat keputusan yang baik sekiranya ada rezeki.

Dalam pada itu, peserta termuda, Wan Sofea Aini Wan Mohd. Zahidi, 19, yang mewakili daerah Jeli berharap penyertaannya dapat mencetuskan minat golongan wanita muda negeri ini yang semakin kurang menceburi bidang seni bacaan al-Quran.

Wan Sofea Aini yang juga pelajar program Diploma Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) berpendapat, tidak menjadi kesalahan untuk wanita memperdengarkan bacaan al-Quran di hadapan lelaki bahkan merupakan perkara itu merupakan pendekatan dakwah yang menjadi milik semua pihak.

"Apa salahnya mengaji al-Quran di khalayak ramai? Ini adalah satu kaedah dakwah yang semua orang boleh guna terutama untuk mengajak masyarakat ke arah kebaikan," katanya.

Tiga qariah lagi yang turut mengambil bahagian malam tadi ialah Fatimah @ Norma Deraman, 52, (Kuala Krai); Wan Yah Wan Ali, 63, (Pasir Mas) dan Mariam Jusoh, 66, (Machang).

Enam qari yang selesai memperdengarkan bacaan pula ialah Khairussaleh Mohd. Nor, 48, (Bachok); Mohd. Nazri Daud, 33, (Tumpat); Mohd. Shaufee Ismail, 48, (Machang), Mohd. Khairi Ismail, 25, (Gua Musang) dan Zulkifli Haron, 54, (Pasir Mas).

Sebanyak lima qari dan lima qariah lagi bakal memperdengarkan bacaan mereka malam ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Parlimen Ke-12 dibubar

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Berjuang isi wawasan jika diberi mandat baharu - Najib

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Jangan rosakkan integriti proses pilihan raya

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Rabu, 3 April 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Sultan Ahmad Shah dukacita Tunku Ismail letak jawatan

Posted: 03 Apr 2013 08:44 PM PDT

KUANTAN 4 April - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meluahkan rasa dukacita susulan peletakan jawatan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ) semalam.

Sambil mengharapkan Tunku Ismail mengubah keputusannya, Sultan Ahmad Shah bertitah sejak menerajui PBNJ, TMJ diterima baik peminat bola sepak Johor.

"...saya rasa mereka (peminat dan PBNJ) memerlukannya," titah baginda kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak ASEAN, di sini semalam.

Pada masa yang sama, titah baginda, TMJ harus bersedia mematuhi undang-undang badan induk bola sepak tanah air itu jika ingin membabitkan diri dalam pengurusan sukan berkenaan.

"Dia tak boleh lari daripada undang-undang, bila kita sanggup berkhidmat demi apa juga jawatan, sebab kita (FAM) mempunyai undang-undang.

"Tiada siapa mengatasi undang-undang di Malaysia, macam saya cakap.. tidak ada satu makhluk yang tidak membuat kesilapan," titah baginda.

Semalam, Tunku Ismail dalam kenyataan medianya mengumumkan peletakan jawatan selaku Presiden PBNJ berkuat kuasa serta-merta, selepas mendapat perkenan Sultan Johor dan jawatan itu kini disandang Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Obet Tawil.

Baginda membuat keputusan itu selepas berasakan kedudukannya selaku TMJ menyukarkan baginda menjalankan tugas sebagai presiden PBNJ yang sentiasa terikat dengan undang-undang FAM.

Tunku Ismail bagaimanapun bertitah, selaku TMJ baginda layak menjadi penaung PBNJ. - BERNAMA

TMJ letak jawatan Presiden PBNJ

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) semalam mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, selain hasil perbincangan bersama Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.

"Keputusan ini saya buat kerana merasakan jika saya memegang jawatan sebagai presiden dan pada masa sama sebagai TMJ, maka amat sukar untuk saya mentadbir urus PBNJ yang sentiasa terikat dengan undang-undang dan peraturan FAM.

"Oleh kerana itu, saya membuat keputusan untuk mentadbir PBNJ sebagai penaung serta-merta mulai hari ini. Ini kerana mengikut hirarki protokol, saya sebagai TMJ layak memegang jawatan penaung dalam PBNJ," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini , semalam.

Beliau berkata, dengan menjadi penaung, ia akan membuka lebih banyak ruang dan peluang serta kelebihan bagi Tunku Ismail untuk mentadbir urus PBNJ termasuk aspek kewangan, kebajikan kakitangan dan pemain serta mampu membuat keputusan lebih tepat.

Jawatan Presiden PBNJ kini akan disandang Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Obet Tawil.

Tunku Ismail turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penyokong bola sepak Johor yang selama ini bersusah payah memberi sokongan tidak berbelah agi kepada pasukan negeri ini.

"Sokongan padu anda semua amatlah saya hargai dan harap ia berterusan sampai bila-bila kerana dengan adanya sokongan anda, pasukan bola sepak negeri ini boleh terus gah berdiri di persada bola sepak tanah air.

"Sokongan anda diharap dapat diteruskan di masa akan datang.

"Saya berharap anda semua tidak akan risau kerana saya sentiasa berada di sini bersama anda sebagai TMJ dan sentiasa memantau serta mengikuti segala perjalanan aktiviti bola sepak negeri ini di peringkat akar umbi hingga ke peringkat global," katanya lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


3 penjenayah bertopeng larikan mesin ATM

Posted: 03 Apr 2013 10:59 PM PDT

KUALA LUMPUR 4 April - Sekumpulan penjenayah bertindak memecahkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dari sebuah bank di Jalan Putra Mahkota 7/7A, Putra Heights, Puchong dekat sini sebelum melarikannya awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kejadian yang berlaku pukul 3.30 pagi itu tidak disedari oleh pengawal keselamatan yang dipercayai tertidur.

"Kumpulan suspek yang dipercayai terdiri daripada tiga orang bertopeng itu bertindak menarik mesin ATM itu menggunakan tali dan mengangkatnya masuk ke dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) bernombor pendaftaran palsu," katanya. - UTUSAN ONLINE

Penganggur maut ditembak

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 April - Seorang penganggur maut akibat terkena sembilan daripada 15 das tembakan yang dilepaskan dari jarak dekat oleh beberapa individu tidak dikenali di Flat Sri Serdang dekat sini, malam tadi.

Mangsa, Benard Ooi Boh Beng, 39, yang ketika insiden itu berlaku kira-kira pukul 9.30 malam berada berhampiran rumahnya yang terletak di Blok 1 flat tersebut, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, siasatan mendapati mangsa ditembak beberapa individu yang menaiki sebuah kereta Proton Waja sejurus pulang dari minum di sebuah kedai kopi berdekatan.

"Rutin setiap malam mangsa yang merupakan penganggur adalah minum di kedai kopi itu dan ketika berjalan pulang, sebuah kereta menghampirinya dan melepaskan tembakan bertalu-talu.

"Pihak forensik telah menemukan 15 kelongsong peluru daripada dua jenis senjata api berlainan yang dilepaskan dua suspek. Polis juga percaya lebih daripada dua suspek di dalam kereta itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Menurut Abdul Razak, enam tembakan yang dilepaskan suspek mengenai dada, ketiak, lengan kiri dan perut mangsa.

Kata beliau, berdasarkan jumlah tembakan yang banyak dilepaskan oleh kumpulan suspek itu, polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian tersebut adalah membalas dendam.

Beliau berkata, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Rakyat Malaysia ditahan kerana dadah di Thailand

Posted: 03 Apr 2013 09:06 AM PDT

BANGKOK 4 April - Dua rakyat Malaysia dan tiga rakyat Thailand ditahan bersama tiga kilogram ketamin dan 400 biji pil ekstasi dianggarkan bernilai lebih 20 juta baht (RM2 juta).

Akhbar Bangkok Post melaporkan, Ketua Biro Polis Metroplitan, Leftenan Jeneral Kamronwit Thoopkrachang berkata, penahanan tersebut adalah hasil serbuan ke atas kilang penghasilan dadah di daerah Phasi Charoen di sini, baru-baru ini.

"Hasil daripada maklumat yang diterima, polis menahan tiga lelaki Thai iaitu Sompop Kanphet, 29, Anont Panchalong, 25, dan Suthikiat Sukrungruang, 28, di hadapan sebuah hotel di Jalan Ratchadapisek, Din Daeng.

"Polis kemudian menyerbu sebuah bilik di tingkat 12 hotel itu dan menangkap dua rakyat Malaysia iaitu See Bon Sui, 49, dan Wian Al Sai, 42.

"Polis juga merampas tiga kilogram ketamin dan 400 pil ekstasi milik mereka," katanya dalam satu sidang akhbar di sini semalam.

Wakil Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik, Chawat Chuthesa berkata, dadah itu dibawa dari Malaysia oleh dua lelaki warga Malaysia tersebut. - Agensi

Salah faham bendera, 17 ditahan

Posted: 03 Apr 2013 09:05 AM PDT

AMBON, Indonesia 4 April - Polis di timur Indonesia menahan 17 penyokong pasukan bola sepak Perancis warga tempatan kerana menyangka mereka mengibarkan bendera gerakan pemisah yang diharamkan.

Jurucakap polis, Istanto berkata, kesemua lelaki tersebut yang merupakan pelombong emas haram di Pulau Buru di Kepulauan Maluku sebenarnya mengibarkan bendera Perancis berikutan perlawanan kelayakan Piala Dunia antara negara itu dan Sepanyol ketika ditahan pada minggu lalu.

"Polis keliru dengan warna bendera Perancis yang seakan-akan serupa dengan bendera Republik Maluku Selatan (RMS) yang melancarkan gerakan pemisah.

"Kesemua lelaki itu ditahan semalaman di lokap sehingga polis mengesahkan bendera itu merupakan bendera Perancis," katanya semalam. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved