Rabu, 28 Disember 2011

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Projek Dash tetap dibantah

Posted:

Projek Dash tetap dibantah

Projek Dash tetap dibantah

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


Tony Chung (dua dari kiri) bersama sebahagian penduduk Mutiara Damansara menunjukkan pelan jajaran Lebuh raya Damansara-Shah Alam yang bakal merentasi kawasan perumahan mereka itu di Petaling Jaya, baru-baru ini.


PETALING JAYA 28 Dis. – Penduduk Mutiara Damansara di sini tetap membantah pembinaan Lebuh Raya Damansara Shah Alam (Dash) atas alasan ia bakal mengancam keselamatan dan keselesaan penduduk di sekitar kawasan itu.

Ini kerana lebuh raya yang menghubungkan Puncak Alam dan Mont Kiara itu akan melalui kawasan perumahan berkenaan di Jalan PJU 7/1 dan PJU 7/7.

Walaupun Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menyatakan bahawa jajaran yang dirancang itu adalah yang terbaik dan mematuhi garis panduan tetapi penduduk tetap mereka bimbang.

Presiden Persatuan Penghuni dan Pemilik Mutiara Damansara (Mudora), Tony Chung berkata, kajian LLM yang mengambil kira aspek teknikal, kesan kepada alam sekitar dan sosial itu masih belum mampu menghapuskan kegusaran penduduk.

Menurutnya, penduduk tidak menolak cadangan pembinaan lebuh raya itu tetapi pelaksanaannya perlu mengambil kira kepentingan masyarakat.

"Apa yang berlaku ialah penduduk langsung tidak dimaklumkan mengenainya, lebih-lebih lagi mengenai perubahan jajaran.

"Jajaran asal sebelum ini melalui Damansara Perdana dan Jalan PJU 8/1 yang merupakan kawasan komersial dan kepadatan penduduk tidak begitu tinggi," katanya pada sesi bantahan bagi menyuarakan pendirian penduduk berhubung isu itu di sini baru-baru ini.

Tony Chung berkata, projek itu akan menyebabkan kesesakan lalu-lintas yang teruk di Persiaran Surian dan Jalan PJU 7/1 yang merupakan kawasan tumpuan orang ramai membeli-belah.

Katanya, projek itu juga bakal menyaksikan kediaman mereka menjadi sandwich kerana Projek My Rapid Transit (MRT) turut melalui kawasan perumahan itu.

Seorang penduduk, Syed Mustapha Syed Ibrahim, 65, berkata, jika projek itu dilaksanakan, ia bukan sahaja menjejaskan keselamatan dan keselesaan penduduk tetapi juga akan mengorbankan kawasan hijau sedia ada.

Full content generated by Get Full RSS.

Puteri UMNO Klang bantu 300 murid miskin, anak yatim

Posted:

Puteri UMNO Klang bantu 300 murid miskin, anak yatim

Puteri UMNO Klang bantu 300 murid miskin, anak yatim

KLANG 28 Dis. - Sebanyak 300 murid dan anak yatim di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang menerima sumbangan kasut sekolah dalam Program Kembali ke Sekolah anjuran Puteri UMNO Klang, baru-baru ini.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Kumpulan Sukarelawan Untuk Semua (Vogue) itu disempurnakan oleh Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Datuk Mazly Noor Abdul Latif.

Ketua Puteri UMNO Klang, Roselinda Jamil berkata, sumbangan tersebut adalah tanda keprihatinan Puteri UMNO dalam membantu membina masyarakat yang berilmu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan tersebut di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa beberapa bulan untuk mengenal pasti penerima bantuan yang benar-benar layak.

"Program ini akan diteruskan pada masa akan datang kerana hanya pendidikan mampu mengubah nasib seseorang menjadi manusia yang lebih baik dari segi sahsiah dan ekonomi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pertemuan pembeli, pemaju diatur

Posted:

Pertemuan pembeli, pemaju diatur

Pertemuan pembeli, pemaju diatur

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengatur pertemuan antara pemaju dan pembeli pangsapuri Ukay Bistari di Hulu Klang dalam waktu terdekat ini bagi mencari penyelesaian kepada isu penyerahan kunci rumah.

Menterinya, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, perbincangan adalah jalan terbaik berbanding tindakan menyerbu pejabat pemaju berkenaan yang disifatkannya sebagai tidak adil kepada pemaju terbabit.

Menurutnya, beliau difahamkan pemaju terbabit sedang membuat persiapan untuk menyerahkan kunci kepada pembeli selepas mendapat Sijil Layak Menduduki (CF).

"Tidak perlu ambil tindakan seperti itu (serbu pejabat). Kalau lewat serah, pembeli berhak menuntut ganti rugi tetapi tertakluk kepada prosedur yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, kira-kira 100 orang pembeli Ukay Bistari bertindak menyerbu pejabat urusan pemaju untuk mengambil kunci rumah setelah pemaju itu dikatakan gagal menunaikan janji mereka.

Bagaimanapun, kesemua mereka tidak dibenar menduduki rumah itu kerana masih belum mendapat CF.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Norhayati Ahmad berkata, pihaknya tidak pernah menerima permohonan mendapatkan CF daripada pemaju berkenaan.

Beliau berkata, mengikut prosedur, pemaju perlu mengisi borang E dan MPAJ akan memproses permohonan itu dengan mendapatkan ulasan daripada jabatan-jabatan yang berkaitan.

"Mana-mana permohonan CF yang tiada masalah akan dibincang dalam mesyuarat Jawatankuasa Perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) dan setelah diluluskan, ia akan dimaklumkan kepada pemohon dalam masa 14 hari," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Aeronautik bakal ke Batu Pahat

Posted:

Aeronautik bakal ke Batu Pahat

Aeronautik bakal ke Batu Pahat

Oleh HAMDAN TAWADI
pengarang@utusan.com.my


SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar bersalaman dengan penuntut-penuntut program Aeronautik UTHM di LIMA 2011 di Langkawi, baru-baru ini.


BATU PAHAT 27 Dis. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencemar duli melawat gerai pameran Aeronautik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011, baru-baru ini.

Dalam sesi lawatan, itu, baginda diberi penerangan ringkas oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeronautik (JKA), Profesor Ir. Dr. Abas Ab. Wahab bagi mendapatkan gambaran yang lebih dekat berkenaan perkembangan program Aeronautik di UTHM.

Baginda yang juga merupakan Canselor UTHM turut diberi taklimat tentang perancangan pembangunan Kampus Tanjung Labuh, Batu Pahat yang bakal menjadi lokasi utama pengajian aeronautik di universiti ini pada masa akan datang.

Sultan Ibrahim juga meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan para penuntut Kejuruteraan Aeronautik UTHM yang turut berada di pameran tersebut.

UTHM juga berbangga apabila ruang pameran universiti itu dikunjungi oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang berkesempatan meninjau bahan pameran dan mendapatkan penerangan berhubung perkembangan pengajian Aeronautik di UTHM.

Menurut laman web UTHM, pasukan Aeronautik UTHM telah dijemput oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk menyertai pameran KPTM di LIMA 2011 baru-baru ini.

UTHM mempamerkan tiga program aeronautik yang sedang dan akan dikendalikan oleh UTHM iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Juruterbang Profesional, Penyelenggaraan Pesawat dan Kawalan Trafik Udara) dengan kepujian.

Universiti itu turut mempamerkan model pembangunan kampus Tanjung Labuh, model pesawat terbang dan video korporat aeronautik UTHM.

Full content generated by Get Full RSS.

Gerak penari cilik Orang Asli jadi tumpuan

Posted:

Gerak penari cilik Orang Asli jadi tumpuan

Gerak penari cilik Orang Asli jadi tumpuan

KOTA TINGGI 27 Dis. - Kehadiran penari cilik lazimnya mampu menarik perhatian pengunjung bukan hanya kerana aksi comel dipamerkan, tetapi juga lentuk tari yang gemalai.

Dengan wajah yang tidak lekang dengan senyuman, masing-masing begitu asyik melenggokkan tubuh dan menghayunkan tangan dengan gerak tarian yang pelbagai.

Lantaran itulah, kemahiran mereka mempersembahkan tarian tradisional dengan penuh kelembutan wajar diberikan pujian seperti yang dialami 16 penari cilik yang baru mengenali tarian zapin sejak Oktober lalu.

Ternyata latihan yang diterapkan di bawah seliaan seorang guru tari, membuka peluang bagi generasi muda dalam kalangan anak Orang Asli mempelajari salah satu cabang seni Melayu yang harus dijaga agar tidak luput ditelan zaman.

Guru tari, Nur Adibah Safar, 26, berkata, sememangnya bakat semula jadi yang mengalir dalam diri anak-anak memudahkan ilmu tarian itu dipelajari.

"Namun paling utama, selain minat yang mendalam, penari cilik ini juga sebenarnya perlu memiliki keberanian yang tinggi semasa beraksi di hadapan hadirin. Setiap kali sesi latihan, saya sering menerapkan keyakinan diri yang tinggi dan semangat tidak mudah putus asa kepada mereka," katanya yang dibantu suaminya, Rashid Abd Gapar, 30.

Bagi Susina Samli, 11, Norhayati Karim, 11, dan Karuman Melia, 12, minat dan dorongan daripada guru dan keluarga menjadi pegangan untuk mempelajari tarian zapin yang sinonim dengan rakyat negeri ini.

Susina, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sayong Pinang, Kota Tinggi berkata, pembabitannya mengikuti kelas tarian ini adalah hanya daripada keinginan untuk belajar seni tarian tradisional.

"Saya beruntung kerana keluarga terutamanya ibu memahami dan tidak menghalang minat saya dalam seni tari dan atas dorongan mereka jugalah saya berjaya mempelajari tarian zapin hanya dalam tempoh singkat," kata Susina, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sayong Pinang, di sini selepas membuat persembahan pada majlis penutupan Kem Mesra Minda Orang Asli di Kampung Orang Asli Sayong Pinang, baru-baru ini.

Norhayati pula mengaku bertuah kerana terpilih mempelajari tarian itu kerana ia memberi pengalaman baru kepadanya.

"Pengalaman membuat persembahan di hadapan ibu bapa dan tetamu yang hadir amat berharga. Saya amat menghargai peluang yang diberikan," kata Karuman.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Penuhi impian raja sehari

Posted:

Penuhi impian raja sehari

Penuhi impian raja sehari

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN


Kebaya moden pendek dengan kain potongan kembang payung.


JATUH bangun dalam perniagaan sudah menjadi mainan dalam sesebuah perniagaan. Mereka yang berani menceburkan diri dalam perniagaan harus berani menempuh segala dugaan yang mendatang.

Dugaan yang menimpa Zahari Abdul Wahab tidak mematahkan semangatnya untuk bangkit semula mengorak langkah membangunkan semula perniagaan butik pengantin yang pernah berjaya suatu ketika dahulu.

Era Idaman butik pengantin miliknya dahulu yang punah kerana masalah peribadi kini hanya tinggal kenangan. Tidak mahu mengingatkan kisah silam yang pahit, Zahari meneruskan langkah memajukan butik pengantin miliknya kini yang dinamakan Tepak Sirih Anggun.

Tanpa disedari, Tepak Sirih Anggun telah pun memasuki usia tiga tahun. Lebih dikenali sebagai butik pengantin bajet, selain mempunyai pelbagai pilihan baju pengantin, butik ini menurut Zahari turut menyediakan pakej pengantin seperti katering, pelamin, mekap, hiasan bilik tidur, fotografi dan sebagainya.

Beliau menambah, Tepak Sirih Anggun mempunyai sebanyak 218 pasang baju pengantin lelaki perempuan daripada fabrik renda, 22 pasang baju songket bunga tabur dan enam pasang baju sutera.

''Selain itu, saya juga mempunyai pelbagai pilihan baju pengantin Muslimah seperti jubah daripada sutera, syifon dan satin bridal.

''Jika dahulu, orang menyukai fabrik organza namun kini pilihan mereka berubah. Begitu juga dengan trend baju pengantin yang kini lebih kepada warna-warna pastel dengan gabungan tiga warna,'' ujar Zahari yang telah 13 tahun berpengalaman dengan perniagaan butik pengantin.

Katanya, bagi acara memotong kek atau resepsi di dewan, pengantin sekarang lebih menyukai baju tradisional seperti kebaya yang potongannya telah dipermodenkan.

Keistimewaan baju pengantin Tepak Sirih Anggun ialah pengantin yang berbadan besar dan bersaiz sehingga 4XL boleh mendapatkan baju di sini.

Selain baju pengantin, Zahari turut menyediakan baju untuk majlis bertunang, nikah atau makan malam yang boleh ditempah atau disewa.

Full content generated by Get Full RSS.

Teknologi pencerah Shiseido

Posted:

Teknologi pencerah Shiseido

Teknologi pencerah Shiseido

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar SAFRIZAL AZMI


JAMIE Ong menunjukkan Intensive Spot Targeting Serum, hasil teknologi terbaru daripada Shiseido.


SEMUA wanita mahu kulit yang cerah, malah mereka yang berkulit sudah sedia cerah juga akan memastikan kulit mereka tetap putih dengan memakai pelindung matahari.

Menyedari hakikat tersebut, jenama penjagaan kulit terkemuka, Shiseido menghasilkan satu lagi produk penjagaan kulit muka terbaru yang diberi nama White Lucent Intensive Spot Targeting Serum.

Sebenarnya produk ini mula diperkenalkan pada tahun 2010, tetapi kini formulanya ditambah dan menekankan pada tiga langkah pencerahan dengan cara melindungi melanin, mengurangkan melanin dan menyasarkan pada pembentukan bentuk hitam.

Setelah dua tahun sejak ia mula diperkenalkan di pasaran, saintis Shiseido telah menemui formulasi baru yang lebih hebat dan dipertingkatkan di mana serum ini mampu menghilangkan tompok hitam degil.

Kesan kehitaman ini sememangnya menjadi satu cabaran bagi wanita yang mahukan kulit yang cerah sekata.

"Teknologi yang dihasilkan oleh saintis kami ini boleh diibaratkan seperti rawatan laser namun tidak menggunakan sebarang peralatan seperti laser.

"Kami mengambil inspirasi daripada rawatan laser di mana tumpuan hanya diberikan pada bahagian kulit gelap dan rawatannya bermula di bahagian tersebut.

"Shiseido telah menjalankan penyelidikan terperinci dan akhirnya menemui solusi untuk mengurangkan kesan kehitaman tersebut," jelas Pengarah Urusan Shiseido Malaysia, Jamie Ong.

Jamie yang berucap pada majlis perasmian serum tersebut di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor berkata, ia merupakan salah satu penemuan yang bukan sekadar omongan kosong, malah telah dibuktikan menerusi satu kempen khas yang telah bermula sejak enam bulan lalu di pusat-pusat membeli belah utama.

"Dalam kempen yang kami namakan sebagai real people, real life, real result ini, kami mendapat sambutan dari ratusan peserta.

"Namun kami telah menyenarai pendek dan akhir sekali memilih 48 peserta yang mengakui penggunaan serum ini telah memudarkan bintik hitam yang sedia ada pada wajah mereka sejak bertahun-tahun lalu.

"Bukan itu sahaja, ada juga peserta yang mengakui ramai rakan-rakan terdekat mereka mula menegur tentang perubahan warna kulit mereka yang semakin cerah dan kulit yang lebih cantik," jelasnya.

Menurut Jamie, kempen tersebut juga menemui kesimpulan bahawa 80 peratus peserta perasan akan perubahan positif pada wajah mereka hanya dengan 10 hari pemakaian serum tersebut.

Katanya, penggunaan Shiseido Intensive Spot Targeting Serum ini adalah di waktu pagi dan malam.

Ia dipakai sebelum menggunakan pelembap dan sapu lembut pada wajah yang bermasalah dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Begitupun, produk terbaru tersebut hanya akan berada di semua kaunter Shiseido pada Mac 2012.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Muhyiddin lancar Genom Melayu

Posted:

Muhyiddin lancar Genom Melayu

Muhyiddin lancar Genom Melayu

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin mendengar penerangan daripada Prof. Dr. Mohd Zaki Salleh (dua kanan) mengenai mesin pencucukan 'DNA' 'Genome Analyzer' ketika melawat makmal Pusat Promise Fakulti Farmasi UiTM, Puncak Alam, Selangor, semalam. Turut hadir Prof. Ir Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (tiga kanan). – BERNAMA


KUALA SELANGOR 27 Dis. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan pemetaan Genom Melayu yang berjaya dihasilkan oleh sekumpulan saintis Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekali gus meletakkan negara ini setanding dengan negara-negara maju dalam bidang bioteknologi.

Penghasilan genom tersebut akan membolehkan negara ini menghasilkan ubat-ubatan yang bersesuaian dengan penduduk tempatan selain Asia Tenggara dengan anggaran ia mampu membuka kepada pasaran 200 juta penduduk melibatkan Indonesia, Selatan Thailand dan Filipina.

Muhyiddin yang melahirkan rasa bangga dengan pencapaian itu berkata, kejayaan tersebut merupakan antara hasil sokongan kerajaan kepada usaha-usaha memperkuatkan sektor termaju bioinfomatik dan pembiayaan projek-projek genom seperti Projek 25 Genom Malaysia, Genom Manusia Kerdil dan Genom Kelapa Sawit.

''Program-program ini menjadi penanda aras keupayaan saintis Malaysia di persada sains dan teknologi antarabangsa dan penglibatan UiTM merupakan suatu yang harus dibanggakan.

''Malah pada hari ini jujukan dan pemetaan genom individu digelar Genom Melayu telah berjaya dilaksanakan oleh para saintis UiTM.

''Pendedahan genom tersebut selari dengan usaha negara-negara maju di Asia dan Eropah yang sedang giat menjana maklumat mengenai genom rakyat mereka sendiri agar dapat digunakan untuk membangunkan strategi kesihatan yang paling sesuai untuk penduduk setempat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan jaringan kerjasama rakan kongsi Bionexus (BNP) kedua dan penyempurnaan pemetaan Genom Melayu di kampus UiTM Puncak Alam di sini hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif BiotechCorp, Datuk Dr. Mohd. Nazlee Kamal.

UiTM melalui Pusat Farmakogenomik (Promise) telah melakukan pemetaaan terhadap Genom Melayu dari Julai hingga Disember tahun lalu dengan kos sebanyak RM150,000.

Projek penyelidikan tersebut diketuai oleh Ketua Promise, Prof. Dr. Mohd. Zaki Salleh.

Pada majlis sama, Timbalan Perdana Menteri turut menyaksikan majlis pertukaran perjanjian (MOA), antara UiTM dan SNAA Medic yang bertujuan mengkomersialkan dua ujian farmogenetik yang dibangunkan oleh Promise.

Muhyiddin berkata, pencapaian sains yang canggih telah membuktikan bahawa risiko seseorang mendapat sesuatu penyakit dan kesesuaian ubat diberikan mempunyai kaitan dengan latar belakang genom seseorang.

"Pendekatan yang dikenali sebagai personalised medicine adalah antara kemajuan sains dan teknologi yang sedang dibangunkan di negara-negara maju," katanya.

Dalam hal ini beliau berharap syarikat-syarikat bioteknologi terutama syarikat kecil dan sederhana akan mengambil inisiatif bagi menggunakan sepenuhnya perkhidmatan, peralatan dan kemudahan yang terdapat di bawah BNP.

''Industri bioteknologi di Malaysia sememangnya berkembang pesat selaras dengan aliran global dan dijangka akan terus mencatatkan peningkatan dari segi jumlah syarikat bioteknologi, penjanaan hasil, pelaburan serta membuka peluang pekerjaan kepada tenaga kerja mahir," katanya.

Katanya, melalui BiotechCorp yang ditubuhkan pada 2005 sebagai strategi kerajaan membangunkan sektor bioteknologi negara, sebanyak 207 syarikat bertaraf Bionexus telah dibangunkan dengan jumlah pelaburan yang diluluskan mencecah RM2 bilion.

''Walaupun sektor ini masih dalam fasa membangun, adalah agak memberangsangkan bahawa lebih daripada 50 peratus syarikat tersebut adalah terdiri daripada syarikat kecil sederhana yang menunjukkan kemampuan berkembang pesat dengan suasana ekonomi baru negara.

''Saya dimaklumkan tiga peratus daripada syarikat Bionexus sudah disenaraikan dalam bursa-bursa di Malaysia, Australia dan Eropah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Perkara 153 buli kaum lain tidak betul - TPM

Posted:

Perkara 153 buli kaum lain tidak betul - TPM

Perkara 153 buli kaum lain tidak betul - TPM

KUALA SELANGOR 27 Dis. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa tafsiran yang menyatakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan iaitu membabitkan peruntukan mengenai hak istimewa orang Melayu boleh disamakan sebagai membuli kaum lain adalah sesuatu yang tidak betul.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri tidak fikir satu tafsiran baru perlu dicetuskan kerana kaum lain turut mempunyai hak masing-masing sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Bagi saya ia sudah termaktub dalam Perlembagaan, ada sejarahnya dan ada rasionalnya. Di samping itu juga Perlembagaan memberi perlindungan dan keistimewaan yang adil untuk semua kaum," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan penyempurnaan pemetaan Genom Melayu dan jaringan kerjasama rakan kongsi Bionexus (BNP) kedua di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam di sini hari ini.

Minggu lalu, Pengerusi Evangelical Christian Fellowship Nasional (NECF), Reverend Dr. Eu Hong Seng ketika berucap pada majlis minum teh Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) dipetik sebagai berkata, Perkara 153 adalah menyerupai membuli jika ia hanya melindungi hak satu kumpulan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, apa yang penting amalan daripada perkara yang termaktub dalam Perlembagaan negara menjadi dasar kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memberikan layanan yang adil dan saksama kepada semua kaum.

"Kita memberikan tumpuan kepada usaha membantu semua peringkat masyarakat dalam soal ekonomi dan sosial. Ini sudah dimeterai dalam kontrak yang kita laksanakan selama ini. Saya harap tiada ungkapan dicetuskan hanya untuk tujuan-tujuan tertentu.

"Lebih baik kita berpegang kepada apa yang sudah kita laksanakan selama 54 tahun dan rakyat Malaysia sudah tahu kedudukannya," kata beliau.

Muhyiddin mengingatkan bahawa jika debat dicetuskan mengenai Perkara 153 hanya bagi membangkitkan perasaan perkauman atau rasa tidak puas, ia tidak akan membantu negara dalam usaha menyatupadukan kaum.

"Kita tidak harus mempertikaikan Perlembagaan, ia ada sejarahnya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Caruman KWSP gaji bawah RM5,000 bahagian majikan 13%

Posted:

Caruman KWSP gaji bawah RM5,000 bahagian majikan 13%

Caruman KWSP gaji bawah RM5,000 bahagian majikan 13%

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan tidak melebihi RM5,000 akan menerima rangsangan dalam simpanan persaraan mereka apabila kadar caruman berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus berkuat kuasa gaji Januari depan.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kenaikan satu peratus daripada kadar semasa 12 peratus itu akan memberi faedah kepada 5.3 juta rakyat dengan 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif.

Menurutnya, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.

"Pekerja berumur 55 tahun ke atas yang menerima gaji tidak lebih RNM5,000 juga akan menerima manfaat ini apabila majikan mereka diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan caruman majikan untuk pekerja dalam kumpulan pendapatan itu semasa pembentangan Bajet 2012 sebagai langkah menangani masalah tidak cukup pendapatan semasa bersara yang dihadapi golongan pesara.

Kajian sebelum ini menunjukkan 70 peratus pesara akan menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun selepas bersara dan masalah itu akan bertambah serius kerana kadar inflasi semakin meningkat dan bertambahnya jangka hayat rakyat Malaysia akan datang.

Menurut Nik Affendi, KWSP menghargai tindakan segera kerajaan dalam menangani masalah itu kerana tambahan satu peratus caruman beserta dividen tahunan akan meningkatkan lagi simpanan persaraan rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.kwsp.gov.my atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat selain menghubungi pusat panggilan di talian 03-89226000.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Pelajar UiTM pamer 54 rekaan

Posted:

Pelajar UiTM pamer 54 rekaan

Pelajar UiTM pamer 54 rekaan

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my


HAMIDAH Osman (depan, dua dari kanan) melihat hasil rekaan pelajar tahun akhir Diploma Seni Reka Dalaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, baru-baru ini.


SERI ISKANDAR 27 Dis. - Sebanyak 54 rekaan pelajar Diploma Seni Reka Dalaman Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar di sini, sedang dipamerkan sempena Pameran Reka Bentuk Perabot Pereka Muda (FurEX2011) yang diadakan sehingga 29 Februari depan.

Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa UiTM Perak, Dr. Salwa Ayob berkata, hasil rekaan kreatif pelajar terbabit boleh disaksikan di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur kampus berkenaan.

"Ini pertama kali kita mendedahkan hasil rekaan pelajar kita kepada umum kerana sebelum ini bimbang berlakunya peniruan idea melibatkan hak milik cipta.

"Ciri-ciri rekaan perabot yang dihasilkan haruslah bersifat pelbagai guna selain menerapkan unsur reka bentuk kontemporari," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Majlis perasmian pameran itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman.

Pameran tersebut yang antara lain diharapkan menjadi platform penghubung kepada para ahli akademik dan industri itu turut dihadiri Rektor UiTM Perak, Prof. Ir. Dr. Zainab Mohamed.

Sementara itu, seorang pelajar tahun akhir jurusan tersebut, Azuarniza Awang berkata, dia mengaplikasikan konsep tepak sireh dalam rekaan perabotnya yang diukir dengan motif bunga.

Katanya, konsep tersebut dipilih bagi menyerlahkan simbol ketuanan dan adat Melayu sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka.

"Fungsi utamanya adalah sebagai meja kopi di ruang tamu. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan di majlis-majlis korporat yang berkonsepkan tradisional," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

UiTM, Pehrda meterai MoU

Posted:

UiTM, Pehrda meterai MoU

UiTM, Pehrda meterai MoU

SERI ISKANDAR 27 Dis. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (Mou) dengan Agensi Pembangunan Sumber Manusia dan Keusahawanan Perak (Pehrda) dalam melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan graduannya.

Rektor UiTM Perak, Prof. Ir. Dr. Zainab Mohamed berkata, melalui MoU tersebut, para graduan yang telah tamat pengajian dalam bidang seramik akan diberikan latihan melalui sistem inkubator selain diberi elaun insurans serta bimbingan sebagai usahawan di bawah Pehrda.

"Latihan inkubator ini dijalankan secara berterusan melalui kaedah tertentu sehingga membolehkan para graduan seramik dapat membuka perniagaan sendiri pada suatu hari nanti.

"Ia melibatkan semua graduan di Jabatan Seramik, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, baik di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian mahupun di peringkat diploma," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani MoU berkenaan yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pehrda, Abdul Azis Md Aris.

Dalam pada itu, Zainab berkata, melalui perjanjian itu juga, para pensyarah di Jabatan Seramik UiTM akan menyumbang khidmat perundingan sekiranya diperlukan dalam merangka pusat latihan inkubator serta kurikulum yang dicadangkan Pehrda.

"Dengan termeterainya MoU ini, kita turut mempelawa mana-mana agensi lain di bawah kerajaan negeri untuk menjalinkan kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Noor Ismaliza rayu bantuan

Posted:

Noor Ismaliza rayu bantuan

Noor Ismaliza rayu bantuan


M. THURAISINGAM (dua kiri) bertanyakan sesuatu kepada Noor Ismaliza Ismail sambil diperhati suaminya, Khalkumiah Tonumiah dan anak-anaknya di Kampung Syed Sheh Kilang Lama, Kulim, baru-baru ini.


KULIM 27 Dis. - Kehidupan seorang surirumah, Noor Ismaliza Ismail, 38, kini dalam keadaan amat menyedihkan setelah suaminya, Khalkumiah Tonumiah, 39, yang berasal dari Bangladesh menderita akibat menghidap sejenis ketumbuhan dalam paru-paru.

Katanya, suaminya tidak lagi berdaya melakukan sebarang kerja berat berikutan penyakit itu dan keadaannya menjadi bertambah serius sejak tiga bulan lalu.

Sebelum ini, dia bekerja di sebuah kedai menjual alat binaan rumah di Kilang Lama di sini.

"Pada mulanya, saya syak suami hanya mengidap penyakit batuk kering tetapi apabila buat pemeriksaan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, dia dikesan menghidap ketumbuhan dalam paru-paru," katanya ketika di rumahnya di Kampung Syed Sheh Kilang Lama di sini, baru-baru ini.

Berikutan itu, dia tidak mempunyai wang secukupnya bagi merawat suami yang sakit itu.

"Dia kemudian dibawa balik ke rumah dan saya menjaganya sepenuh masa. Saya hanya bekerja kontrak sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Abdul Malik di sini dan pendapatan bulanan kira-kira RM500," jelasnya.

Katanya, wang sebanyak itu tidak mencukupi bagi menanggung persekolahan dua orang anaknya, Nurulain Jasminar, 8, Nur Ilyana Fadlisya, 7, yang belajar di SK Tunku Abdul Malik serta seorang lagi anak lelaki, Mohd. Rachel Qairol Irrfan, lima bulan.

"Wang gaji itu, saya beli pelbagai keperluan untuknya, seperti susu dan lampin pakai buang," katanya yang berkahwin dengan Khalkumiah pada 2002.

Beliau memberitahu, keluarga sendiri tidak berdaya untuk menolongnya dalam keadaan sekarang.

Bagaimanapun, masalah menimpa pasangan suami isteri itu mendapat perhatian Pengerusi Penyelaras NGO-NGO Kulim, Bandar Baharu dan Padang Serai, M. Thuraisingam dan Setiausaha UMNO Bahagian Padang Serai, Dr. Zubib Saad baru-baru ini.

Ketika ditemui, Thuraisingam berkata, beliau bersimpati dengan nasib menimpa pasangan tersebut.

"Saya mahu bawa pakar perubatan dari NGO bagi memberi rawatan percuma kepada Khalkumiah dengan segera," katanya.

Beliau menegaskan, sebagai permulaan, pihaknya ingin menubuhkan sebuah tabung khas untuk pesakit itu dan mereka yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan kepada Noor Ismaliza melalui akaun di Maybank 102036409339.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


BN Melaka sedia hadapi PRU13

Posted:

BN Melaka sedia hadapi PRU13

BN Melaka sedia hadapi PRU13

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


MOHD. Ali Rustam bersalaman dengan sebahagian ahli-ahli Barisan Nasional (BN) pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Parlimen Jasin di Merlimau, Melaka, semalam.


MELAKA 27 Dis. – Barisan Nasional (BN) negeri telah bersedia untuk menggerakkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU13) pada bila-bila masa.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, jentera BN di semua bahagian kini hanya menunggu masa untuk digerakkan.

"Bila saya tanya jentera parti di semua peringkat semua kata sudah bersedia untuk pilihan raya umum dan banyak bahagian telah lancarkan jentera mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Taklimat dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Jasin di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah dan pemimpin - pemimpin parti komponen BN.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali yang juga Pengerusi BN negeri berkata, keikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi punca utama sokongan kepada BN hari ini semakin bertambah, bukan sahaja dalam parti, bahkan di kalangan penyokong-penyokong parti pembangkang.

"Penyokong-penyokong parti pembangkang kini mula berubah pendirian memihak kepada BN sehingga ada juga cawangan-cawangan mereka yang telah dibubarkan dan ini merupakan petanda baik kepada BN dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

"Sekarang ini apa yang kita perlu fokus ialah usaha memperkukuhkan parti dari segi imej dan boleh diterima oleh rakyat," katanya.

Mengulas mengenai calon pula, Mohd. Ali berkata, senarai nama calon belum ditentukan lagi dan hanya akan berbuat demikian apabila diminta oleh Najib.

"Senarai nama calon belum lagi, kita akan hantar nama bila Perdana Menteri dan kalau beliau minta itu bermakna pilihan raya umum sudah cukup dekat. Individu yang cuba melobi pun tiada, tetapi kalau satu dua orang yang menunjukkan minat itu adalah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

UiTM Bandaraya Melaka rai pelajar cemerlang

Posted:

UiTM Bandaraya Melaka rai pelajar cemerlang

UiTM Bandaraya Melaka rai pelajar cemerlang

MELAKA 27 Dis. - Seramai 800 pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Bandaraya Melaka diraikan pada Majlis Pra Graduan Sesi September 2011-Januari 2012 di Hotel Renaissance di sini baru-baru ini.

Rektor UiTM Melaka, Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Hitam yang merasmikan majlis itu menasihatkan graduan universiti itu supaya memanfaatkan segala ilmu, pengalaman dan juga pencapaian mereka selepas meninggalkan kampus ke alam pekerjaan.

Menurut beliau, apa yang membezakan dari kalangan mereka yang berilmu dengan yang lain adalah melalui gaya kepimpinan dan pemikiran mereka.

"Mahasiswa yang cemerlang perlu seimbang dari segi ilmu, kepimpinan, akhlak dan perlakuan. Ramai yang berjaya dari segi akademik ketika hadir temu duga, namun yang hendak dipilih ialah dari kalangan yang memiliki pakej pembangunan modal insan yang mantap dan berdaya saing," katanya.

Beliau turut mengingatkan para graduan supaya menyediakan butiran diri yang mampu memberikan keyakinan terhadap para majikan dan panel ketika menghadiri sesi temuduga.

Pada majlis yang sama, Mizan turut menyampaikan Anugerah Khas kepada Sufian As Sauri Samsudin yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran(Kepujian) Perniagaan Antarabangsa.

Tokoh Sukan Siswa dimenangi oleh Mohd. Hafizuddin Alauddin dan Siswi pula dimenangi oleh Aimi Rasyidah Rafiee.

Manakala bagi Tokoh Pengerak Kampus Bandaraya disandang oleh Rosal Aizuddin Ahmad dan Tokoh Kepimpinan disandang oleh Mohd. Haidi Mohd Shaharudin.

Full content generated by Get Full RSS.

USIM sediakan zon belajar dengan WiFi untuk mahasiswa

Posted:

USIM sediakan zon belajar dengan WiFi untuk mahasiswa

USIM sediakan zon belajar dengan WiFi untuk mahasiswa

SEREMBAN 27 Dis. - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil langkah proaktif untuk menambah kemudahan bagi penuntutnya dengan mewujudkan Zon Belajar 24 Jam yang dilengkapi dengan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di kampusnya di Nilai baru-baru ini.

Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda berkata, zon terletak di Pusat Komersial USIM itu diwujudkan bagi memudahkan penuntut mengulang kaji pelajaran dengan kemudahan Internet berkelajuan tinggi.

"Ruang khas atau Zon Belajar 24 Jam ini merupakan cadangan sekumpulan penuntut yang mengikuti Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) USIM.

"Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada penuntut yang memberi cadangan bernas seperti ini dan kami amat mengalu-alukan sebarang idea baik yang mampu dimanfaatkan seluruh mahasiswa khususnya ke arah meningkatkan kecemerlangan akademik," katanya pada majlis pelancaran zon tersebut baru-baru ini.

Jelasnya, zon berkenaan yang mampu memuatkan 60 penuntut pada satu masa mula beroperasi pada 4 November lalu.

"Sambutan mahasiswa amat menggalakkan dan kami juga telah meningkatkan kelajuan WiFi di zon ini dari 48 megabait sesaat (Mbps) kepada 100 Mpbs.

"Pada masa akan datang menerusi peruntukan yang ada, pihak universiti akan menambah bilangan kerusi dan meja serta mewujudkan kios makanan dan minuman ringan bagi memudahkan mahasiswa mengulangkaji pelajaran mereka di sini," ujarnya.

Inisiatif tersebut berjaya dilaksanakan setelah beberapa siri perbincangan dijalankan melibatkan Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS), Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Pengajian Pra-Siswazah (BPPS) serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Suami bekas CEO IIB didakwa rasuah

Posted:

Suami bekas CEO IIB didakwa rasuah

Suami bekas CEO IIB didakwa rasuah


TERTUDUH Mohd. Amin Suhaimi didakwa atas tuduhan meminta dan memberi rasuah dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 27 Dis. - Suami bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Iskandar Investment Bhd. (IIB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM1.6 juta tahun lalu.

Mohd. Amin Suhaimi, 52, yang juga pengarah sebuah syarikat swasta membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Nasir Nordin.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meminta suapan berjumlah RM816,900 daripada Pengarah syarikat Detect Engineering Sdn. Bhd., Mohd. Hassan Madon, 48, melalui Mohd. Iskandar Fahmi Abdullah, 52, yang berperanan sebagai orang tengah.

Suapan itu kononnya sebagai dorongan untuk membantu syarikat tersebut mendapat tender membina dan menyiapkan Sekolah Menengah Berasrama Penuh di atas sebahagian Lot PTD 154971, Mukim Pulai di sini daripada IIB.

Mohd. Amin didakwa melakukan perbuatan itu di Cafe Para-Para, Hotel Grand Paragon, di Jalan Harimau, Taman Century di sini kira-kira pukul 5 petang, 22 April 2010.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima suapan RM500,000 daripada Mohd. Hassan melalui Mohd. Iskandar Fahmi, kononnya sebagai upah membantu syarikat Detect Engineering mendapat tender membina dan menyiapkan Sekolah Menengah Berasrama Penuh bernilai RM40.8 juta daripada IIB.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta City Square, Jalan Wong Ah Fook di sini, kira-kira pukul 4 petang, 4 Jun tahun lalu.

Pertuduhan ketiga pula, Mohd. Amin didakwa menerima suapan RM316,900 daripada Mohd. Hassan melalui Mohd. Iskandar Fahmi bagi tujuan yang sama.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di tempat letak kereta Plaza Kota Raya, Jalan Trus di sini, antara pukul 2 dan 3 petang, 9 Jun 2010.

Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Ia memperuntukkan hukum penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Ghafar Abdul Latiff mencadangkan supaya tertuduh diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Shamsul Sulaiman yang mewakili tertuduh merayu jumlah itu dikurangkan memandangkan tertuduh mengalami pelbagai kesukaran sejak ditahan pada 7 Julai lalu.

Mohd. Nasir membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan supaya pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.

Beliau menetapkan 27 Januari depan untuk sebutan semula kes sebelum perbicaraan didengar selama 10 hari bermula 5 Mac depan.

Utusan Malaysia dalam laporan eksklusifnya hari ini mendedahkan sebuah syarikat pemaju yang terlibat dalam projek mega membangunkan Iskandar Malaysia, Johor sedang disiasat oleh SPRM mengenai dakwaan wujudnya unsur rasuah dalam projek yang bernilai berbilion ringgit.

Siasatan terhadap syarikat itu dibuat kerana dipercayai berlaku unsur penyelewengan dalam perolehan kontrak dan beberapa projek yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat berkenaan.

Utusan Malaysia difahamkan penyelewengan tersebut turut melibatkan orang tengah yang bertanggungjawab mendapatkan beberapa projek bagi syarikat itu.

Syarikat yang disiasat itu bertanggungjawab membangunkan pelbagai projek besar dalam Iskandar Malaysia, antaranya pembinaan infrastruktur, pusat pendidikan, kawasan perumahan, jalan, lebuh raya serta pusat riadah yang bernilai ratusan bilion ringgit.

Full content generated by Get Full RSS.

Kes rasuah Iskandar RM1.6 juta

Posted:

Kes rasuah Iskandar RM1.6 juta

Kes rasuah Iskandar RM1.6 juta

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Lebih ramai individu akan didakwa selepas seorang ahli perniagaan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah bernilai RM1.6 juta tahun lalu dalam skandal projek mega Iskandar Malaysia.

Individu itu termasuk seorang kenamaan bergelar Datuk yang berpengaruh selain beberapa pegawai kanan Iskandar Investment Berhad (IIB) dan individu yang disyaki berperanan sebagai orang tengah.

Kesemua individu berusia 40-an yang dipercayai melakukan jenayah dalam skandal yang disifatkan sebagai terancang itu, dijangka didakwa dalam masa terdekat setelah selesai mengumpul bukti dan mengambil keterangan.

Menurut Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Jamidan Abdullah, pihaknya juga telah membekukan aset seperti hartanah bernilai RM5 juta milik individu-individu itu bagi membantu siasatan.

"Kita telah membekukan aset- aset mereka yang terlibat dan menunggu masa untuk merampasnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini, suami bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Iskandar Investment Bhd. (IIB) mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM1.6 juta tahun lalu.

Mohd. Amin Suhaimi, 52, yang juga pengarah sebuah syarikat swasta membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Nasir Nordin.

Utusan Malaysia dalam laporan eksklusifnya hari ini mendedahkan sebuah syarikat pemaju yang terlibat dalam projek mega membangunkan Iskandar Malaysia disiasat SPRM berhubung dakwaan wujudnya unsur rasuah dalam projek yang bernilai bilion ringgit itu.

Siasatan terhadap syarikat itu dibuat kerana dipercayai berlaku unsur penyelewengan dalam perolehan kontrak dan beberapa projek yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat berkenaan.

Syarikat yang disiasat itu bertanggungjawab membangunkan pelbagai projek besar dalam Iskandar Malaysia antaranya pembinaan infrastruktur, pusat pendidikan, kawasan perumahan, jalan, lebuh raya serta pusat riadah yang bernilai ratusan bilion ringgit.

Antara projek itu adalah pakej 3B iaitu membina dan menyiapkan persimpangan Jalan Abu Bakar bernilai RM124 juta, pembangunan Sekolah Berasrama Penuh di Sebahagian Lot PTD Mukim Pulai bernilai RM40.8 juta serta jalan alternatif Kampung Sungai Pendas Laut bernilai RM2.7 juta.

Iskandar Malaysia yang fasa pembangunannya sehingga 2025 akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan terbesar rantau ini dengan keluasannya dua setengah kali ganda Singapura.

Full content generated by Get Full RSS.

Perbincangan JPA-CUEPACS isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam berhasil

Posted:

Perbincangan JPA-CUEPACS isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam berhasil

Perbincangan JPA-CUEPACS isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam berhasil

PUTRAJAYA 27 Dis. - Perbincangan hampir lima jam antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini membawa hasil apabila markah prestasi untuk kenaikan gaji dan markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan serta-merta dalam mesyuarat itu.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65.

"Di bawah SBPA yang asal kalau prestasi di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku, tetapi kita telah mengubahnya kepada 65 markah.

"Untuk pelaksanaan Dasar Pemisah pula, markah diubah daripada 70 kepada 60. Ini bermakna penjawat awam hanya akan dimasukkan ke dalam Dasar Pemisah kalau gagal mencapai 60 markah," katanya selepas perbincangan itu yang melibatkan pegawai kanan JPA termasuk Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh lebih 100 Ahli Majlis dan pemimpin CUEPACS dari seluruh negara.

Mengulas lanjut Omar berkata, JPA pada masa sama telah bersetuju untuk mengkaji cadangan-cadangan CUEPACS yang melibatkan implikasi kewangan atau peruntukan tambahan kerajaan.

"Perkara-perkara yang tidak melibatkan soal kewangan seperti markah prestasi telah diputuskan dalam perbincangan hari ini. JPA bagaimanapun memerlukan masa untuk mengkaji cadangan lain.

"Semua perkara yang dibangkitkan akan dikaji dalam tempoh tiga bulan sehingga perundingan seterusnya yang dijadualkan pada hujung Februari tahun depan, ini termasuk isu gaji maksimum dan gred jawatan yang tertinggal," katanya.

Omar berkata, setiap gred perkhidmatan awam akan dikaji secara teliti dan beliau meminta supaya penjawat awam mengemukakan sebarang masalah yang timbul kepada CUEPACS untuk dibawa kepada JPA.

Beliau bagaimanapun menegaskan SBPA secara keseluruhannya adalah baik untuk masa depan perkhidmatan awam negara.

"Tetapi SBPA mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang perlu dikaji semula dan ditambah baik," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved