Jumaat, 28 Oktober 2011

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


51 terima tanah di Mukim Chaah

Posted:

51 terima tanah di Mukim Chaah

51 terima tanah di Mukim Chaah

Oleh MOHAMED SAARI
utusanjohor@utusan.com.my


Sebahagian penerima hak milik tanah bersama Mohd. Azahar Ibrahim dan Hasrin Kamal Hashim di Pejabat Tanah dan Daerah Kecil Labis, Segamat, baru-baru ini.


SEGAMAT 27 Okt. - Seramai 51 penerima tanah di Sungai Lenek di Mukim Chaah di sini, diingatkan supaya mengusahakannya dengan sebaik mungkin.

Penolong Pentadbir Tanah Pejabat Tanah Dan Daerah Kecil Labis, Hasrin Kamal Hashim berkata, tanah yang dikurniakan oleh kerajaan bertujuan meningkatkan taraf ekonomi penduduk dan bukannya untuk disalah guna dengan hasrat meraih keuntungan segera dengan menjualnya.

"Walaupun terdapat sebahagian tanah yang belum diusahakan dengan tanaman atas beberapa faktor, saya berharap dengan pengurniaan hak milik ini, pemilik akan mencari jalan mengusahakannya.

"Mengenai jangka masa lama untuk mengeluarkan hak milik tanah, kelewatan disebabkan cara pembayaran premium secara ansuran. Tanah adalah status tanah kurnia yang memang dijanjikan hak milik, bukan tanah ceroboh seperti sangkaan umum," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian hak milik tanah Sungai Lenek Tambahan 3, Mukim Chaah di Pejabat Tanah Dan Daerah Kecil Labis di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim yang menyampaikan hak milik tanah kepada 35 penduduk Melayu, Cina (10) dan India (6), masing-masing menerima tanah pertanian dengan keluasan 1.6 hingga 2.4 hektar yang diusahakan sejak tahun 1989.

Beliau mengambil kesempatan untuk meminta kesemua penerima bersyukur dengan pengurniaan tanah tersebut kerana nilainya yang jauh lebih tinggi berbanding premium yang perlu dibayar.

"Kerajaan dapat memberi tanah kepada rakyat adalah hasil dari keadaan aman dan harmoni negara hari ini, suasana ini haruslah kita kekalkan demi kepentingan generasi akan datang kerana kita tentunya tidak mahu tinggal dalam negara yang bergolak seperti yang dialami beberapa negara luar ketika ini," katanya.

Salah seorang penerima, Katigo Sukiman, 54, berterima kasih dengan pengurniaan tersebut kerana dia dan 30 rakannya yang lain telah meminta bantuan Felcra untuk mengusahakan tanah tersebut dengan pokok getah kerana kedudukannya yang berada di lereng bukit dan kini mampu meraih pendapatan sehingga RM6,000 setahun.

Bagi Pu Put Lim,67, pada awalnya dia memilih untuk mengerjakan sendiri tanah berkenaan seluas hampir 2.4 hektar dengan tanaman durian.

"Bagaimanapun, saya beralih ketanaman kelapa sawit ekoran kejatuhan harga durian di pasaran. Kini saya gembira kerana usaha selama 22 tahun disifatkan berbaloi setelah dikurniakan tanah tersebut.

"Dulu saya terpaksa menempuh pelbagai cabaran kerana tidak mudah untuk membersihkan hutan tetapi semangat untuk memiliki tanah mengatasi segalanya dan membuahkan hasil hari ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Norhayati tidak malu jadi OKU

Posted:

Norhayati tidak malu jadi OKU

Norhayati tidak malu jadi OKU

Oleh NORZAINURA ABDUL MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


Norhayati Jamal bersama Chitrathany Rajalingam (kanan) dan Rozita Madikin (kiri) pada sambutan Hari Penghargaan dan Penganugerahan OKU peringkat daerah di Batu Pahat, baru-baru ini.


BATU PAHAT 27 Okt. - Bergelar orang kurang upaya (OKU) tidak menghalang Norhayati Jamal, 15, untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.

Meskipun sedar kemampuan diri tidak seperti insan lain, ia tidak sedikit pun pernah membuatkan Norhayati malu dengan kekurangan dirinya.

Dia yang kini mengikuti program integrasi pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Onn, Peserai dekat sini sangat aktif dalam setiap aktiviti di sekolah.

Tidak hairanlah Norhayati menerima anugerah khas pelajar OKU cemerlang pada sambutan Hari Penghargaan dan Penganugerahan OKU peringkat daerah Batu Pahat baru-baru ini.

Anugerah disampaikan oleh Ketua Pembangunan OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, Rozita Madikin.

Hadir sama, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah, Chitrathany Rajalingam.

Norhayati dipilih atas kejayaannya memenangi tempat kedua dalam tilawah al-Quran pendidikan khas peringkat kebangsaan seterusnya mengharumkan nama SMK Datuk Onn.

Dia juga mewakili sekolahnya ke peringkat negeri dalam Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas acara 400 meter dengan memperoleh pingat gangsa dan mendapat pingat perak untuk acara 4 x 100 meter.

Pelajar yang mengalami masalah lembam ini baru setahun mengikuti kelas integrasi di SMK Datuk Onn.

Menurut Norhayati, dia sudah biasa dengan rutin sehariannya di sekolah dan selepas waktu sekolah dia lebih banyak menghabiskan masanya di rumah sahaja.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Jadikan Malaysia negara contoh

Posted:

Jadikan Malaysia negara contoh

Jadikan Malaysia negara contoh

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN dan ANI AWANG
pengarang@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin dan Zambry Abd. Kadir (kanan) bermesra dengan para penerima bantuan pada perjumpaan khas Timbalan Perdana Menteri dengan guru-guru seluruh Perak di UTP, Seri Iskandar, Parit, semalam.


PARIT 27 Okt. – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak ilmuan Islam supaya berfikiran global dengan menerokai pelbagai disiplin ilmu dalam usaha mewujudkan negara yang seimbang antara pembangunan duniawi dan ukhrawi sekali gus menjadikan Malaysia contoh kepada dunia Islam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, selain penekanan aspek membangunkan modal insan, pembangunan iktisad yang menyentuh aspek kemakmuran ekonomi juga perlu diberi keutamaan bagi mengelakkan negara terjerumus dalam kancah kemunduran.

Beliau menarik perhatian senario di negara Islam lain yang sudah mula membangun tetapi, terus dihimpit pelbagai krisis serta peperangan sehingga menyebabkan kekayaan khazanah ekonominya tidak dapat dibangunkan demi kepentingan rakyat.

''Dalam perjumpaan begini, saya biasa ditanya kenapa kerajaan terlalu ghairah bercakap soal pembangunan ekonomi tetapi tidak memberi perhatian dalam soal pembangunan sosial, budaya dan agama. Saya kata (pandangan) ini tidak tepat.

''Dalam soal kita membangunkan ummah atau menjadi sebuah negara Islam contoh, selain membangunkan modal insan, pembangunan iktisad juga penting supaya kita dapat membina sebuah negara yang seimbang pembangunannya," katanya.

Beliau berucap pada majlis perjumpaan khas dengan guru-guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) seluruh negeri Perak di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini, hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Sempena majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyampaikan sumbangan kepada 24 SABK, 32 SAR dan tiga SMKA sekitar negeri ini yang keseluruhannya berjumlah RM15.8 juta.

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak wajar mengambil iktibar daripada krisis yang dihadapi negara-negara Islam lain termasuk peperangan selama bertahun-tahun sehingga mengakibatkan kemunduran serta kesengsaraan rakyatnya.

''Sebab itu dalam soal pembangunan, kita perlu mengimbangkan antara keperluan duniawi dan ukhrawi dan beban ini bukan sahaja perlu dipikul oleh kerajaan tetapi juga oleh masyarakat," jelasnya.

Muhyiddin turut menekankan cabaran besar yang bakal dihadapi dalam tempoh 10 tahun ketika kerajaan mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020.

Sambil menyifatkan ia sebagai tempoh kritikal, beliau berkata, semua pihak memikul tanggungjawab dalam melahirkan warga masa hadapan yang bukan sahaja maju dalam pelbagai bidang tetapi juga mempunyai keperibadian dan akhlak yang mulia.

Full content generated by Get Full RSS.

3 wanita Nepal maut, 5 parah

Posted:

3 wanita Nepal maut, 5 parah

3 wanita Nepal maut, 5 parah


JALAN sesak setelah berlaku kemalangan melibatkan dua buah van, sebuah kereta MyVi dan sebuah treler mengakibatkan tiga mati di Kilometer 4.4 Lebuh Raya Baru Lembah Klang menghala ke Klang, semalam.


SHAH ALAM 27 Okt. - Hasrat tiga wanita warga Nepal untuk mencari rezeki di negara ini tidak kesampaian apabila mereka maut dalam satu kemalangan, tidak sampai dua jam selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang hari ini.

Kejadian di Kilometer 4.4 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke Klang itu berlaku pukul 3 petang ketika mereka bersama 16 pekerja warga Nepal dalam perjalanan ke sebuah kilang di Meru, Klang untuk melapor diri dengan menaiki dua buah van.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Supritendan Ruslan Abdullah berkata, selain dua buah van tersebut, kemalangan itu turut melibatkan sebuah kereta Perodua MyVi dan lori treler.

Nahas itu mengakibatkan lima yang lain termasuk seorang pemandu warga tempatan cedera parah.

"Ketiga-tiga wanita yang mati di tempat kejadian ialah Dil Kumari Shrestha, Kamaladevi Gurigai dan Dil Maya Gurung berusia antara 25 hingga 30 tahun.

"Kesemua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Lima mangsa yang parah turut dibawa ke hospital yang sama untuk menerima rawatan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Ruslan berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 3.10 petang dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

"Punca kemalangan masih disiasat dan pihak polis perlu mengambil masa menyiasat kemalangan tersebut dengan lebih terperinci," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Muhyiddin tempelak Anwar

Posted:

Muhyiddin tempelak Anwar

Muhyiddin tempelak Anwar

LUMUT 27 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang diumumkan baru-baru ini adalah gambaran kegagalan program transformasi yang dilaksanakan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, sebagai pemimpin yang pernah menerajui agensi serta kementerian ketika berada dalam kerajaan, Anwar sepatutnya mengetahui matlamat laporan tersebut dibuat.

Malah katanya, laporan itu bukan sahaja menyentuh agensi, kementerian atau kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN), tetapi turut merangkumi teguran-teguran ke atas pentadbiran negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.

''Laporan mencakupi semua kementerian, agensi dan kerajaan negeri, tidak terkecuali negeri di bawah pembangkang kerana ada juga perkara-perkara yang mereka perlu jawab.

''Saya tidak fikir Ketua Pembangkang yang pernah berada dalam kerajaan dan menerajui kementerian tidak tahu perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program School Times di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sepuloh, Lekir di sini, hari ini.

Muhyddin diminta mengulas kenyataan Anwar dalam laporan portal Malaysiakini.com semalam yang memetik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai berkata, perkara yang didedahkan dalam laporan tersebut membuktikan kegagalan program transformasi kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu memahami bahawa laporan tersebut amat penting dalam usaha kerajaan untuk memastikan setiap masalah atau kelemahan yang timbul di peringkat pelaksanaan belanjawan negara dapat diatasi dari semasa ke semasa.

''Kerajaan faham laporan audit ini penting kerana kita mahu supaya prinsip-prinsip seperti ketelusan dan akauntabiliti dijadikan sebagai asas paling penting dalam kita menguruskan belanjawan negara," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak yang berkenaan mengambil serius segala teguran yang terkandung dalam laporan tersebut dengan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah yang timbul.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sekiranya terdapat bukti berlaku elemen penyalahgunaan kuasa dalam perkara yang dibangkitkan melalui laporan itu, tindakan disiplin juga boleh diambil.

''Tetapi yang penting bagaimana teguran itu dijadikan panduan untuk tentukan supaya belanjawan negara melalui kementerian atau agensi terbabit dimanfaatkan sebaik mungkin untuk rakyat jelata," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


12 rumah rosak dipukul ribut

Posted:

12 rumah rosak dipukul ribut

12 rumah rosak dipukul ribut

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my


Mangsa ribut, Sharbuddin Jaafar menunjukkan rumahnya yang rosak dipukul ribut di Lorong Peladang Jalan Langar, Alor Setar, kelmarin.


ALOR SETAR 27 Okt. - Sebanyak 12 rumah, sebuah kedai perabot dan sebuah pusat jualan kereta terpakai di Jalan Langgar di sini rosak akibat dipukul ribut, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, semua bahagian bumbung rumah, kedai perabot dan pusat tersebut diterbangkan angin manakala tujuh kenderaan yang dipamerkan rosak ditimpa besi.

Pemilik pusat jualan kereta terpakai itu, Yusniza Ahmad, 38, berkata, ketika kejadian tiada siapa berada di pusat tersebut kerana bercuti sempena Deepavali.

"Saya dapat tahu berita ini daripada pemilik kedai perabot yang terletak bersebelahan pusat ini dan apabila sampai, saya terkejut tengok keadaan pusat ini.

"Kereta rosak kerana ditimpa besi, ada yang cerminnya pecah dan bumbung pejabat kami turut rosak," katanya ketika ditemui di Jalan Langgar di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian ribut itu adalah yang pertama kali berlaku sepanjang dua tahun dia menjalankan perniagaan di kawasan tersebut.

"Kerugian yang dialami masih belum diketahui namun apa yang saya boleh katakan ialah kami memang mengalami kerugian besar memandangkan kenderaan yang ada telah rosak," katanya.

Dalam pada itu, pemilik kedai perabot, Chua Chu Chong, 40, berkata, kejadian ribut itu berlaku terlalu pantas dan sekelip mata bumbung di kedainya diterbangkan angin.

"Saya tak sempat buat apa-apa. Tiba-tiba sahaja perkara ini berlaku dan perabot di kedai saya habis basah," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Derga, Dr. Cheah Soon Hai yang melawat kawasan tersebut berkata, bantuan segera sebanyak RM100 bagi setiap mangsa telah diberikan.

"Saya meminta kesemua mangsa membuat laporan polis dan saya akan usahakan agar mereka mendapat bantuan sewajarnya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Cubaan seludup diesel gagal

Posted:

Cubaan seludup diesel gagal

Cubaan seludup diesel gagal


Sebuah bot nelayan berjaya ditahan Maritim Malaysia ketika cuba menyeludup minyak diesel di perairan Kuala Perlis, kelmarin.


KANGAR 27 Okt. - Agensi Penguat kuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuala Perlis mematahkan cubaan menyeludup sejumlah 7,640 liter diesel subsidi bernilai kira-kira RM10,000 ke Satun, Thailand dalam dua kejadian berasingan pagi semalam.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 1 Langkawi, Kapten Maritim Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya turut menahan tujuh lelaki, enam daripadanya warga Thailand yang berusia 19 hingga 38 tahun.

Katanya, dalam kejadian pukul 6 pagi, Maritim Malaysia mengesan sebuah bot bernombor pendaftaran PSF 2368 dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan 1 batu nautika dari pantai Kuala Perlis sedang menuju ke sempadan Thailand.

"Pihak kami kemudian mengarahkan bot itu berhenti. Hasil pemeriksaan, kami menemui tiga tangki berisi 5,900 liter diesel dianggar bernilai RM7,080 dalam bot berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, empat lelaki dalam bot itu ialah seorang warga tempatan berusia 38 tahun dan tiga awak-awak warga Thailand berusia antara 24 hingga 31 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Tiga jam kemudian, kata Abdul Rahim, pihaknya mengesan sebuah lagi bot tidak bernombor sedang menuju ke sempadan Thailand dalam keadaan mencurigakan.

"Bot itu ditahan pada kedudukan 1.2 batu nautika dari pantai Kuala Perlis pada pukul 8.15 pagi dan kami menemui 58 tong berisi 1,740 liter diesel bernilai RM2,088 dalam bot tersebut," katanya.

Beliau berkata, tiga warga Thailand berusia 19 sehingga 26 tahun yang berada dalam bot itu ditahan untuk siasatan.

"Kesemua mereka dibawa ke Jeti Kuala Perlis untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967," katanya.

Difahamkan, harga diesel dijual pada harga RM2.80 seliter di negara jiran berbanding RM1.20 di negara ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Mayat pemuda terjatuh ketika memancing ditemui

Posted:

Mayat pemuda terjatuh ketika memancing ditemui

Mayat pemuda terjatuh ketika memancing ditemui

BALING 27 Okt. - Seorang pemuda yang hilang Jumaat lalu, selepas terjatuh ke dalam lubuk semasa memancing di kawasan Lata Mengkuang, Kupang, dekat sini ditemui mati di sini kelmarin.

Mayat Zulkifli Zakaria, 20, ditemui terapung di kawasan itu oleh salah seorang saudaranya, Che Ros Che Hassan, 40, pukul 7 petang selepas lima hari operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mat Daud Mat Hasan ketika ditemui mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

Dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali kerana kecekapannya memanjat pokok tinggi dan mendaki gunung dikatakan tergelincir ke dalam lubuk sedalam 10 meter di kawasan berkenaan.

Gerakan mencari mangsa yang masih bujang dijalankan sejurus berita kehilangannya dilaporkan kepada polis dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung.

Seramai 12 anggota skuad pasukan penyelam Balai Bomba dan Penyelamat Baling dan Sungai Petani serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikerahkan dalam operasi berkenaan.

Mayat Zulkifli dibawa ke Hospital Baling (HB) untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bok Bak Kupang, pukul 4.30 pagi semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Bayu, Azmi Che Hussin; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Baling, Mohd. Khairul Azhar Abdullah dan Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Baling, Wan Saroji Afendi Yahya.

Dalam pada itu, bapa mangsa, Zakaria Salleh, 48, berkata, walaupun sedih dengan kehilangan anak sulungnya, namun dia tetap reda atas apa yang berlaku.

Menurutnya, anaknya itu memang berani memanjat pokok dan boleh mengambil madu lebah di atas pokok tinggi.

"Kami reda atas ujian Allah terhadap keluarga kami," katanya.

Zakaria turut berterima kasih atas bantuan pelbagai pihak dalam operasi mencari dan menyelamat anaknya itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Caj lima peratus kekal - Ali Rustam

Posted:

Caj lima peratus kekal - Ali Rustam

Caj lima peratus kekal - Ali Rustam

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 27 Okt. - Kerajaan negeri tidak akan berganjak dengan keputusan mewajibkan semua pengusaha hotel di negeri itu dikenakan bayaran caj warisan lima peratus berkuat kuasa 1 September lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, caj warisan lima peratus itu tidak membebankan kerana pelancong yang datang ke negeri ini sanggup berbelanja besar apabila berkunjung ke sini.

"Bagi saya caj lima peratus sebenarnya tidak membebankan pengusaha hotel kerana ia dikenakan ke atas pelancong yang menginap di hotel mereka.

"Sepatutnya isu caj yang diputuskan oleh kerajaan negeri tidak timbul dan kerajaan negeri tetap tidak akan menarik balik keputusan ini," katanya di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai keengganan tiga persatuan hotel di negeri ini membayar caj warisan lima peratus.

Tiga persatuan itu adalah Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MBHA) dan Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO).

Mereka menyifatkan caj itu akan membebankan pelancong dan ia secara tidak langsung boleh menyebabkan pelancong mengurangkan tempoh bermalam di negeri itu.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali meminta tiga persatuan itu mematuhi arahan yang telah diputuskan oleh kerajaan negeri.

Beliau menegaskan, caj tersebut bertujuan menampung kos pembinaan beberapa infrastruktur baharu bagi membangunkan negeri itu menjadi destinasi tumpuan dan meningkatkan mutu perkhidmatan untuk memberi keselesaan kepada pelancong.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak berkuasa tempatan mengadakan rundingan dengan pengusaha hotel terbabit bagi menyelesaikan masalah berhubung perkara tersebut.

Mengenai tindakan yang akan diambil ke atas pengusaha yang enggan membayar caj itu, beliau berkata, tiada sebarang tindakan akan diambil kerana masalah itu mesti diselesaikan di meja rundingan.

Full content generated by Get Full RSS.

Uniknya Dondang Sayang Melaka

Posted:

Uniknya Dondang Sayang Melaka

Uniknya Dondang Sayang Melaka

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


PERSEMBAHAN Dondang Sayang dan Joget Lambak pada Temasya Pantun Melayu Serumpun di Kampung Morten, Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 27 Okt. - Pantun adalah puisi atau warisan kata-kata yang cukup indah dan sering kali mendapat tempat dalam kalangan masyarakat serumpun.

Sebagai sebuah bentuk puisi, pantun ada keistimewaan dalam perbendaharaan sastera Melayu yang cukup indah dan sering digunakan pada majlis-majlis rasmi, upacara pembuka majlis ataupun pada majlis perkahwinan.

Apabila sesuatu majlis tersebut diserikan dengan pantun sebagai kata pemanis, pastinya sekitar majlis yang berlangsung akan bertambah indah, riang dan berseri.

Kebiasaannya pantun lazim digunakan untuk menyampaikan hajat secara simbolik melalui kata-kata indah, pujian dan sanjungan buat menyerikan lagi majlis yang berlangsung.

Maka tidak hairanlah, pantun yang dicipta oleh masyarakat lama diwarisi daripada zaman nenek moyang kita mampu bertahan sehingga hari ini.

Berlainan pula di negeri ini, pantun dialunkan dengan irama Dondang Sayang yang telah wujud sejak zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah yang ketika itu untuk menghibur pedagang-pedagang yang datang ke negeri itu.

Kerana itu, Dondang Sayang dialunkan dengan cara berbalas pantun secara spontan dalam gaya santai dan ada ketikanya ia amat melucukan membuatkan mereka yang mendengarnya tersenyum.

Uniknya lagu warisan di negeri ini kerana ia masih diamalkan oleh pelbagai etnik bukan sahaja di kalangan masyarakat Melayu tetapi juga kaum Portugis, Baba Nyonya dan Chetti.

Mereka yang mengalunkan pantun menerusi irama Dondang Sayang akan diiringi alat muzik seperti biola, rebana ibu, rebana anak, gong, akordian, gitar dan tabla.

Pun begitu, Dondang Sayang dilihat semakin kurang dipelopori oleh generasi muda apabila setiap majlis rasmi dianjurkan oleh kerajaan negeri, khidmat generasi lama berusia lebih daripada 50-an masih ditagih.

Pada Temasya Pantun Melayu Serumpun yang diadakan di Kampung Morten dekat sini malam Selasa lalu, ia menghimpunkan kembali orang-orang lama daripada masyarakat Melayu, Portugis, Baba Nyonya dan Chetti membuat persembahan.

Alunan berbalas pantun daripada etnik tersebut menampilkan acara berbalas pantun secara spontan masih mampu menarik orang ramai yang datang menyaksikan temasya tersebut.

Temasya itu adalah anjuran bersama kerajaan negeri, Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA), Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Majlis tersebut yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik diadakan sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan.

Pada malam tersebut, persembahan berbalas pantun irama Dondang Sayang pelbagai etnik di negeri ini mencuri tumpuan apabila menampilkan orang lama yang memperjuangkan lagu warisan Melayu negeri ini.

Kelibat Nyonya Tan Abdullah, 60; Baba Boon, 70; G. Meenachi, 81; Noel Felix, 65, dan Mohd. Bahrain Mohd. Sharif, 63, adalah antara yang mencuri perhatian.

Orang ramai yang terhibur dengan persembahan itu turut terpegun dengan kebolehan pelbagai etnik berbalas pantun empat kerat secara spontan dan mencuit hati.

Setiap alunan pantun berirama Dondang Sayang cukup menghiburkan kerana menyelitkan sindiran, kata-kata nasihat dan teguran yang dilambangkan melalui bahasa sastera yang simbolik.

Turut mencuri tumpuan ialah persembahan daripada negara jiran Indonesia memeriahkan temasya itu menerusi Bapak Saini dari Riau dan Mulkan Azhar dari Medan.

Tidak kurang hebatnya aksi daripada generasi muda Hairul Asraf Abu Hussain dan Muhamad Firdaus Amran kedua-duanya dari Melaka.

Full content generated by Get Full RSS.

Kerajaan negeri janji martabatkan Dondang Sayang dan pantun

Posted:

Kerajaan negeri janji martabatkan Dondang Sayang dan pantun

Kerajaan negeri janji martabatkan Dondang Sayang dan pantun


DARI kiri: Noel Felix bersama Mohd. Bahrain Mohd. Sharif, Baba Boon, Nyonya Tan Abdullah, dan G. Meenachi mencuit hati penonton dengan pantun dan telatah bersahaja mereka baru-baru ini.


MELAKA 27 Okt. - Kerajaan negeri mahu semua pihak berganding bahu memartabatkan pantun dan terutamanya Dondang Sayang bagi memelihara warisan Melayu itu terus kekal tidak pupus ditelan arus pemodenan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik berkata, tumpuan utama adalah agar warisan Melayu lama itu diwarisi oleh generasi muda kerana merekalah bakal pemimpin pada masa hadapan.

Menurutnya, walaupun apa perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian dan kemajuan yang dicapai ia tidak akan meminggirkan sama sekali usaha memartabatkan pantun dan Dondang Sayang di negeri ini.

"Saya harap acara temasya pantun dan Dondang Sayang akan terus menjadi acara tahunan kerana warisan Melayu ini tetap menjadi perhatian lapisan masyarakat di negeri ini.

"Kerajaan negeri akan menyokong sebarang usaha untuk memartabatkan warisan ini dan jika boleh satu temasya yang lebih besar wajar diadakan," katanya.

Beliau berucap merasmikan Temasya Pantun Melayu Serumpun yang diadakan di Kampung Morten baru-baru ini.

Temasya itu adalah anjuran bersama kerajaan negeri, Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA), Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Mengulas lanjut, Latiff berkata, pengaruh pantun kini sudah mempunyai peminat dari seluruh dunia apabila ia dimanfaatkan melalui ruangan siber.

Katanya, pantun satu-satunya bentuk puisi dimiliki oleh lebih puluhan etnik daripada 30 buah negara.

"Di Melaka, pantun dialunkan dalam irama Dondang Sayang dan inilah keunikan berbanding pantun-pantun lain seperti masyarakat Jawa dan Jakun di Endau, Brunei serta Sarawak," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Peruntukan RM90 juta hadapi banjir

Posted:

Peruntukan RM90 juta hadapi banjir

Peruntukan RM90 juta hadapi banjir

KUALA TERENGGANU 27 Okt. – Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM20 juta untuk menaikkan taraf sungai-sungai di negeri ini sebagai persediaan menghadapi banjir pada musim tengkujuh hujung tahun ini.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Mat Hussin Ghani berkata, pada masa sama, hampir RM70 juta lagi diperuntukkan bagi melaksanakan fasa komprehensif untuk dua sistem tebatan banjir yang terletak di Chukai, Kemaman.

"Projek-projek ini yang dikenali Rolling Plan untuk tebatan banjir, termasuk yang terletak di Sungai Setiu bernilai RM36 juta dan Sungai Paka bernilai RM20 juta.

"Kita jangkakan semua projek ini dapat dilaksanakan sepenuhnya tahun depan dan 2013 selepas mendapat kelulusan daripada Kabinet," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Mat Hussin berkata, pihaknya juga akan membaiki sistem pengairan dan sistem antihakisan tanah di enam kawasan Parlimen di negeri ini.

Katanya, kawasan yang akan disiapkan sebelum hujung tahun ini itu termasuk yang terletak di Kuala Nerus, Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun and Kemaman dengan peruntukan kira-kira RM12 juta.

Full content generated by Get Full RSS.

Tidak luput ditelan zaman

Posted:

Tidak luput ditelan zaman

Tidak luput ditelan zaman

Oleh FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com.my


PERMAINAN kaki hantu turut dipertandingkan.


Joki bisu kudanya buta,
Lumba basikal di padang yang rata,
Ikat kaki dua sekata,
Padahal terbarut kedua mata.
Di dalam guni lumba berlari,
Memanjat tiang bongkok berdiri,
Licin tidak dapat khabari,
Siapa menang hadiah diberi.

KUALA TERENGGANU 27 Okt. - Dua rangkap di atas merupakan syair yang dikarang oleh salah seorang kerabat diraja Terengganu, Tengku Wook Khazaki suatu ketika dahulu.

Catatan itu jelas menggambarkan bahawa permainan tradisional seperti kuda buta joki bisu, lari dalam guni serta memanjat tiang telah dimainkan secara meluas, bukan sahaja di kampung-kampung, malah turut dimainkan dalam lingkungan istana.

Pengarah Muzium Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, oleh kerana permainan tradisional yang diwarisi daripada mulut ke mulut, maka setiap negeri, daerah atau kawasan yang berlainan akan menggunakan nama dan peraturan berbeza-beza.

Menurutnya, di Terengganu, sejarah permainan tradisional cukup unik kerana ia penuh dengan falsafah pendidikan dan pengasuhan moral walaupun dimainkan sekadar untuk suka-suka.

Katanya, bukan sesuatu yang mudah apabila permainan tradisional yang sering dikaitkan dengan 'dunia yang tertinggal' mahu terus dihidupkan dengan pelbagai cara seperti pertunjukan dan pertandingan.

"Suasana kanak-kanak bermain riang di halaman rumah dan padang sudah semakin jauh dari pandangan kita kerana generasi hari ini lebih dekat dengan permainan dalam bilik seperti komputer dan permainan video.

"Walaupun ia kadang kala tidak dikenali, tetapi apabila muzium jadikan permainan-permainan sebagai pertandingan dan acara sampingan pada majlis-majlis besar, sambutannya cukup baik dan meriah," katanya.

Beliau berkata demikian sempena Pertandingan Sukan Tradisional Peringkat Negeri Terengganu di Laman Warisan Kompleks Muzium Terengganu di Losong di sini, baru-baru ini.

Dalam usaha untuk mengekalkan kepelbagaian warisan sejak zaman-berzaman, tanggungjawab itu digalas pihak muzium dengan menganjurkan acara tahunan itu sejak tahun 2006.

Seramai 275 peserta mengambil bahagian dalam sembilan acara seperti bola cetong, congkak, bola beracun, sepak raga ratus, tapak gajah, terompoh gergasi, gelek rim basikal, kaki hantu dan kukur kelapa.

Tambah Mohd. Yusof, jika sebelum ini pertandingan itu diadakan di Dataran Syahbandar atau Taman Awam Batu Buruk, kali ini program kerjasama semua Pejabat Daerah itu diadakan di muzium bagi menggalakkan orang ramai mengunjungi kompleks itu.

Katanya, pertandingan itu bukan semata-mata mahu meraih hadiah dan mempamerkan bakat, lebih daripada itu ia sebagai medan memantapkan kefahaman generasi muda terhadap permainan tradisional.

Melalui platform sebegini ujarnya, peserta dan pengunjung bukan sahaja dapat memahami konsep sesuatu permainan malah berpeluang mengkaji falsafah di sebalik permainan itu dicipta.

"Ada banyak nilai positif dalam setiap permainan seperti persefahaman, kreativiti, komunikasi, sabar, kerjasama, jujur, kemahiran serta memupuk semangat setiakawan dan kejiranan," katanya.

Berdasarkan kajian Muzium Terengganu sendiri katanya, lebih 110 jenis permainan telah dikenal pasti sering dimainkan masyarakat Melayu di negeri ini.

Antaranya berlaga buah getah, tinting bulu ayam, tok-tok pukul berapa datuk harimau, tapak gajah, rakit darat, musang mengejar ayam, gali ubi, decok, berlaga kemuncut dan galah panjang.

Selain itu, permainan kaki hantu, mencari cucu, lastik, tuju para getah, selambut, petik mata, gasing tudung botol, enjit-enjit semut, cak ciling cilang ong, bola selipar dan anakan.

Kata Mohd. Yusof, jika dikaji sedalam-dalamnya, setiap permainan yang dicipta ada hubung kait dengan nilai kehidupan dan disiplin masyarakat setempat.

"Faktor-faktor seperti struktur masyarakat, persekitaran serta geografi fizikal seperti kawasan pantai, sawah padi atau kebun getah adalah berbeza antara satu sama lain.

"Permainan masyarakat tani mungkin berbeza dengan permainan yang terdapat dalam masyarakat kerana ia bergantung kepada sumber yang terdapat di kawasan terbabit," katanya.

Dalam mendisiplinkan anak-anak katanya, ibu bapa yang melarang anak-anak gadis mereka keluar bermain di luar rumah mencipta permainan congkak di bawah rumah, batu selambut, anak-anakan dan sebagainya.

Bagi kanak-kanak lelaki jelasnya, mereka lebih terdedah dengan permainan luar rumah dan lebih lasak seperti tor duduk, bola katok, bola kaki tiga dan golek para buah pinang.

Dalam pertandingan sehari itu, pasukan Pejabat Daerah Dungun muncul juara keseluruhan sekali gus mempertahankan kejuaraan tahun lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

90 tan metrik beras dirampas di Kuala Besut

Posted:

90 tan metrik beras dirampas di Kuala Besut

90 tan metrik beras dirampas di Kuala Besut

KOTA BHARU 27 Okt. - Pejabat Kawal Selia Padi Beras Kelantan merampas 90 tan metrik beras tempatan dan import pelbagai gred bernilai RM170,000 dalam serbuan di sebuah gudang simpanan berlesen di Kuala Besut, Terengganu, kelmarin.

Menurut sumber, serbuan pukul 2 petang itu dilakukan susulan penahanan sebuah treler yang membawa muatan 35 tan metrik beras super tempatan 15 peratus (hancur) di Kilometer 29 Lebuh Raya Jeli-Gerik, Selasa lalu.

"Hasil siasatan, serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan terhadap setor terbabit dan menemui timbunan beras tempatan dan juga yang diimport.

"Berdasarkan siasatan, syarikat tersebut disyaki melanggar peraturan di bawah Akta Kawalan Padi Beras 1994," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sumber memberitahu, beras yang dirampas itu dipindahkan ke stor Lundang di sini semalam, sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung kes terbabit.

"Pemeriksaan dan siasatan yang dilakukan turut mendapat kerjasama Pejabat Kawal Selia Padi dan Beras Terengganu serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kelantan," katanya.

Berikutan rampasan tersebut, seorang lelaki berusia 40-an dipercayai pemilik gudang itu ditahan untuk membantu siasatan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Martabatkan bahasa Melayu di IPT

Posted:

Martabatkan bahasa Melayu di IPT

Martabatkan bahasa Melayu di IPT

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 27 Okt. – Penerbitan buku atau bahan akademik dalam bahasa Melayu akan dijadikan sebagai salah satu kriteria untuk perjawatan dan kenaikan pangkat ahli akademik di institusi pengajian tinggi (IPT).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu diambil bagi memperkukuhkan lagi bahasa Melayu dalam konteks pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan.

Menurutnya, pendekatan itu juga secara tidak langsung akan mengambil kira soal pengiktirafan, pembangunan dan kemajuan kerjaya ahli-ahli akademik.

"Sehubungan itu kerajaan akan mewujudkan anugerah kepada ahli akademik di peringkat universiti yang cemerlang dalam bahan penerbitan bahasa Melayu.

"Penambahan kategori anugerah baru juga akan dilakukan iaitu Anugerah Penterjemah Karya Ilmu dalam bahasa Melayu dan Anugerah Akademia Bahasa Melayu dalam Anugerah Akademik Negara (AAK) pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pelancaran Pelan Tindakan Memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di IPT di sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Alatif Mohd. Noor;Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab. Rahim Md. Noor dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz.

Pelan tindakan itu mempunyai empat strategi iaitu mengukuhkan bahasa Melayu dalam pembelajaran dan pengajaran; mengukuhkan bahasa Melayu dalam penyelidikan dan penerbitan; meningkatkan pengiktirafan akademia Bahasa Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu dan meningkatkan pengantarabangsaan bahasa Melayu.

Mohamed Khaled berkata, melalui pelan tersebut, usaha akan terus dipertingkat untuk menambah bilangan artikel berindeks dan bilangan penerbitan buku dalam bahasa Melayu.

"Satu lagi pendekatan yang boleh diambil oleh IPT ialah dengan memperkukuhkan jurnal tempatan berbahasa Melayu berkualiti sehingga diindekskan dalam Scopus dan ISI," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, semua kursus wajib di universiti seperti Kenegaraan Malaysia, Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara wajib dikendalikan dalam bahasa Melayu.

"Dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan ini, pihak kementerian meletakkan sasaran 30 peratus pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu bagi gugusan sains.

"Dalam tempoh yang sama juga, sasaran 70 peratus pengajaran dan pembelajaran adalah bagi gugusan sains sosial dan kemanusiaan," katanya.

Beliau menambah, pihaknya juga akan mewajibkan pelajar-pelajar antarabangsa di institut pengajian tinngi awam (IPTA) mengambil kursus Bahasa Melayu Komunikasi.

Full content generated by Get Full RSS.

Harga tiket tidak berubah

Posted:

Harga tiket tidak berubah

Harga tiket tidak berubah

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my


PENYOKONG pasukan Negeri Sembilan menyerbu kaunter tiket di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.


PEKAN - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan menurunkan harga tiket RM50 yang ditetapkan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam, esok.

Presidennya, Sultan Ahmad Shah bertitah, penyokong kedua-dua pasukan seharusnya mengetepikan isu kenaikan harga tiket dengan datang beramai-ramai ke stadium bagi menyokong pasukan masing-masing.

Baginda bertitah, sebelum harga tiket ditetapkan, ia telah dikaji kewajarannya sebuah jawatankuasa bertanggungjawab.

Titah baginda, jika dibandingkan dengan negara Asean, penjualan tiket di negara ini jauh lebih murah.

"FAM tidak akan mendapat apa-apa keuntungan daripada harga tiket tersebut, sebaliknya ia bertujuan menambah pendapatan kedua-dua pasukan yang layak ke pertandingan akhir.

"Lagi berapa jam sahaja perlawanan akhir ini akan bermula, buat apa kita hendak tukar, harganya akan kekal seperti ditetapkan.

"Beta menyeru kepada para penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu supaya datang ke stadium beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.

"Selepas perlawanan akhir dan bila keadaan sudah reda, rakyat boleh datang berjumpa FAM dan kita boleh bincang mengenai segala-galanya, termasuk harga tiket untuk perlawanan-perlawanan akan datang," titah baginda.

Baginda merasmikan Kem Force 136, Rejimen 505 Askar Wataniah Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-81 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, semalam.

Sultan Ahmad Shah mengulas bantahan penyokong kedua-dua pasukan yang mara ke final, yang turut mengancam untuk memboikot penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia.

Sementara itu, mengulas kejadian Wisma FAM di Kelana Jaya yang dilempar cat merah kelmarin, Sultan Ahmad Shah bertitah, polis sedang menyiasat insiden tersebut.

"Ini (lempar cat) tindakan orang bodoh, dia hendak lari ke mana.

"Kita (FAM) telah maklumkan kepada pihak polis dan biarlah mereka menyiasat mengenai insiden ini," titah baginda.

Full content generated by Get Full RSS.

Malaysia sambut Aidiladha 6 Nov.

Posted:

Malaysia sambut Aidiladha 6 Nov.

Malaysia sambut Aidiladha 6 Nov.

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 6 November, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam ini.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 6 November 2011," katanya. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Khamis, 27 Oktober 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis tahan suspek curi bagasi

Posted:

Polis tahan suspek curi bagasi

Polis tahan suspek curi bagasi


Imran Abdul Rahman (kiri) dan timbalannya, Deputi Supritendan Zaldino Zaludin menunjukkan bagasi mangsa kecurian di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, semalam.


SEPANG 27 Okt. - Polis berjaya membongkar kes kecurian bagasi yang berlaku sejak awal tahun ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah menahan tiga lelaki warga asing berusia lingkungan 50-an di Ampang, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, tangkapan itu hasil siasatan polis terhadap aduan seorang penumpang di KLIA apabila sebuah beg yang dibawa bersamanya hilang disyaki dicuri.

Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Sepang menyerbu sebuah kondominium di Ampang dan berjaya merampas 16 unit beg pelbagai jenis, sebuah komputer riba, lima utas jam tangan dan tiga cermin mata.

"Polis mendapat laporan pada Sabtu lepas seorang penumpang yang akan ke Kota Kinabalu kehilangan beg yang mengandungi sebuah Ipad, satu cermin mata, sebatang pen dan dokumen ketika diletakkan di atas troli semasa hendak mendaftar masuk.

"Kemudian pada Selasa lalu sekitar pukul 6 petang polis menyerbu kondominium yang dijadikan tempat penginapan mereka dan menahan dua lelaki warga Peru dan seorang warga Sepanyol.

"Melalui siasatan yang kita jalankan, suspek turut mencuri di beberapa kawasan tumpuan orang ramai seperti KLCC, hotel dan restoran dengan seorang suspek berlagak bertanyakan sesuatu manakala yang lain bertindak menarik perhatian orang ramai," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini hari ini.

Imran memberitahu, ketiga-tiga lelaki yang ditangkap kini ditahan reman hingga 7 November ini untuk siasatan lanjut.

"Polis percaya dengan tertangkapnya suspek-suspek ini kita berjaya membendung dan menyelesaikan 12 kes kecurian barang yang dilaporkan menggunakan modus operandi yang sama di KLIA.

"Justeru, kepada mangsa-mangsa yang kehilangan beg di KLIA dan pernah bersemuka dengan suspek diminta datang ke balai polis untuk pengecaman," katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Imran memberitahu, sepanjang tahun ini polis berjaya membuat tangkapan tujuh kes terhadap pemilikan senjata tiruan merupai senjata api di KLIA.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak membeli senjata tiruan tersebut kerana ia menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang dan boleh didakwa di bawah peruntukan 36 akta senjata 1960.

"Hasil siasatan mendapati terdapat tiga modus operandi yang diguna pakai untuk menyeludup senjata ini iaitu dengan membeli di luar negara dan membawa masuk sebagai barang permainan, beli di luar negara dan kemudian pos dalam bentuk bungkusan serta pos senjata tersebut dalam bentuk bungkusan ke pelbagai destinasi dalam Malaysia.

"Kepada sesiapa yang memiliki senjata tiruan walaupun untuk tujuan perhiasan boleh dihukum penjara tidak melebihi satu tahun dan denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Sindiket cipta kartrij palsu tumpas

Posted:

Sindiket cipta kartrij palsu tumpas

Sindiket cipta kartrij palsu tumpas

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
pengarang@utusan.com.my

SEREMBAN 27 Okt. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menumpaskan satu sindiket menghasilkan kartrij pencetak komputer tiruan berjenama setelah merampas peralatan bernilai RM2 juta dalam lima serbuan yang dilakukan di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Serbuan pada pukul 12.30 tengah hari Ahad lalu itu dijalankan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK di lima premis berhampiran Taman Sri Manja selepas menerima aduan daripada wakil syarikat pengadu.

Ketua Pengarah Penguat Kuasanya, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, dalam serbuan tersebut, pihaknya merampas 5,000 unit kartrij tiruan pelbagai jenama seperti 'Hewlett-Packard' (HP), 'Epson', 'Canon' dan 'Samsung' yang dipercayai dihasilkan untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

"Dalam serbuan tersebut, pihak kami turut merampas lapan buah mesin bagi menghasilkan serta mengisi serbuk toner, mesin pencetak logo dan pelekat serta mesin penghasilan kartrij.

"Pihak kami percaya lokasi serbuan menjadi tempat penghasilan serbuk toner, pencetakan kotak dan pelekat, stor simpanan, pejabat urusan termasuk stor penyimpanan kartrij yang siap dibungkus," katanya.

Mohd. Roslan berkata demikian kepada pemberita di Kompleks Penyimpanan KPDNKK di Taman Industri Arab-Malaysia, Nilai dekat sini hari ini.

Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang disyaki pemilik perniagaan dan lima premis terbabit.

"Siasatan lanjut mendapati pemilik tersebut telah menjalankan operasinya hampir dua tahun," kata Mohd. Roslan yang turut memberitahu pihaknya telah menjalankan risikan selama dua minggu sebelum menggempur lima premis terbabit.

Kes ini, kata beliau, disiasat di bawah Seksyen 3 (1) (a) Akta Perihal Dagangan 1972.

Jika disabit kesalahan, pesalah akan didakwa di bawah Seksyen 18(1) yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun bagi orang perseorangan, manakala bagi badan korporat, pesalah boleh dihukum di bawah Seksyen 18 (2) dengan hukuman denda tidak melebihi RM250,000," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved