Rabu, 20 Julai 2011

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Ceriakan Ogos, raikan merdeka

Posted:

Ceriakan Ogos, raikan merdeka

Ceriakan Ogos, raikan merdeka

Oleh FARHANA JONI


Semangat cintakan negara dan menghargai kemerdekaan perlu disemai dari peringkat kanak-kanak.


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Itulah laungan keramat Bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos, 54 tahun lalu di Dataran Merdeka. Ia menandakan negara ini bebas dariapda belenggu penjajahan.

Peristiwa itu tersimpan rapi menjadi sejarah yang cukup penting bagi setiap individu yang berbangsa Malaysia. Ini terbukti kerana sebulan sebelum tanggal 31 Ogos, seluruh Tanah Melayu termasuk Sabah dan Sarawak akan membuat pelbagai persiapan bagi menyambut hari tersebut.

Pihak kerajaan sentiasa merancang pelbagai agenda bagi mengimbau kembali sejarah tersebut supaya ia tidak terus ditelan zaman, sekali gus melenyapkan perjuangan wira-wira negara terdahulu dalam membebaskan negara dari takluk penjajah.

Ini kerana semangat patriotisme dan nasionalisme dalam diri generasi masa kini sudah tidak begitu terasa.

Baik di kalangan orang ramai, sektor awam mahu pun swasta, inisiatif mahu mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara kelihatan tidak begitu bersemarak.

Sehubungan den gan itu, Jabatan Penerangan Malaysia telah melancarkan program keceriaan sempena bulan kemerdekaan sebagai langkah meningkatkan semangat kemerdekaan di kalangan masyarakat negara ini.

Program tersebut telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf di Anjung Komuniti 1Malaysia AU3, Setiawangsa pada 16 Julai lalu.

Program yang berbentuk pertandingan itu akan mula diadakan dari tarikh ia dilancarkan hingga 31 Ogos 2011 bertujuan menggalakkan cetusan kreativiti di kalangan masyarakat selain usaha mewujudkan suasana ceria sempena hari kemerdekaan pada tahun ini.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah sambutan kemerdekaan itu sekadar mengibarkan Jalur Gemilang atau menyanyikan lagu berunsurkan patriotik semata-mata?

Sudah semestinya, kemerdekaan adalah sesuatu yang jauh lebih besar dan bermakna daripada itu.

Sekiranya tindakan seperti mengibarkan bendera dan memutarkan lagu serta menonton program berunsurkan patriotik boleh menyuntik perasaan cintakan negara, mengapa tidak diperhebatkan sehingga menjadi satu budaya?

Usaha yang mungkin kelihatan kecil dan remeh ini sebenarnya jika dihayati dengan betul, ia mempunyai pengaruh serta kesan yang sangat besar pada setiap diri individu itu.

Sejajar dengan itu, program ini merupakan salah satu usaha pihak kerajaan dalam membangkitkan semangat patriotik selain memberi peluang kepada mereka yang kreatif sehingga mampu menarik perhatian para panel untuk memenangi hadiah berupa wang tunai.

Ganjaran tersebut bersifat sebagai saguhati kepada mereka yang betul-betul berusaha dalam memberi nilai tambah melalui pengibaran Jalur gemilang di bangunan, kawasan dan premis masing-masing.

Kamaruddin turut menyatakan program itu diadakan untuk melihat kesedaran rakyat Malaysia dalam usaha menghayati kemerdekaan negara dengan mengibarkan Jalur gemilang secara sukarela tanpa tujuan sebaliknya.

Jelasnya, keunikan negara ini adalah terletak pada perbezaan budaya dan agama serta bahasa menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbeza berbanding negara-negara lain.

Tambahan pula dengan kemampuan Malaysia yang mampu mengekalkan keharmonian di kalangan semua kaum cukup dikagumi dan dicemburui oleh pihak luar.

"Oleh yang demikian, sebagai tanda kita menghayati semangat kemerdekaan, kibarkanlah Jalur Gemilang di mana-mana sahaja, tidak kira di pejabat, rumah, premis perniagaan, sekolah dan kenderaan.

"Masyarakat Malaysia harus menyedari bahawa Jalur Gemilang bukanlah sekadar sehelai kain berwarna dan bercorak yang dinamakan bendera, tetapi ia merupakan lambang perpaduan dan simbol kedaulatan negara.

"Dengan itu, kita wajar untuk menghormati Jalur Gemilang selain memahami simbolik pada setiap corak dan jalurnya.

"Ia adalah tentang pengorbanan tenaga, darah dan air mata yang merentasi usaha perjuangan dalam tempoh yang terlalu panjang.

"Tetapi pengorbanan seperti itu tidak dilalui oleh sebahagian besar daripada kita yang merupakan generasi selepas merdeka," kata Kamaruddin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rai Merdeka tanda bersyukur

Posted:

Rai Merdeka tanda bersyukur

Rai Merdeka tanda bersyukur


ORANG ramai digalakkan menghias kediaman sempena sambutan Bulan Kemerdekaan sebagai tanda menghargai nikmat merdeka yang dikecapi selama ini.


TAHUN ini merupakan kali kedua program keceriaan sempena bulan kemerdekaan dianjurkan bagi menyemarakkan kesedaran dan semangat cintakan negara.

Namun program ini tidak akan memberi apa-apa makna jika ia tidak mendapat sambutan daripada rakyat berbilang kaum di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Ibrahim Abdul Rahman berkata, ekoran kejayaan pada tahun lalu, pihaknya meneruskan lagi program itu dengan harapan mendapat penyertaan yang lebih banyak selain mampu memangkin semangat kemerdekaan dalam diri setiap individu di negara ini.

"Oleh kerana tahun ini bulan kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadhan, maka saya berharap pertandingan ini akan diadakan secara seimbang tetapi tetap meriah.

"Orang ramai mungkin boleh menghias lampu pelita pada malam tujuh likur dengan bendera merdeka atau menghias rumah masing-masing dengan motif yang mempunyai unsur patriotik apabila menjelang 1 Syawal nanti," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Bekas Tentera Malaysia Bahagian Wilayah Persekutuan, Datuk Muslim Yusof berkata, masyarakat wajar menyambut hari kemerdekaan sebagai tanda syukur dapat berada di bumi yang bertuah ini secara bebas.

"Tanggungjawab menjaga keharmonian negara adalah tugas semua pihak termasuk generasi muda.

"Sikap tidak mengendahkan dan lepas tangan mengenai pentingnya keselamatan negara adalah satu tindakan yang cukup mengecewakan.

"Saya sebagai generasi yang hidup di zaman penjajahan, melihat sendiri betapa sukarnya wira-wira terdahulu berusaha mendapat kemerdekaan untuk dinikmati oleh mereka yang ada pada hari ini.

"Jadi, saya berasa sedih sekiranya hari kemerdekaan hanya dipandang sepi tanpa penghayatan yang sebenar," katanya.

Dalam nada yang sama, wakil dari Malaysian Hindu Sangam Bahagian Wilayah persekutuan, Chandran Perisamy berkata, beliau cukup kagum dengan usaha kerajaan dalam menyemarakkan sambutan kemerdekaan walaupun menyedari tarikh itu jatuh pada bulan puasa bagi masyarakat beragama Islam.

"Usaha kerajaan itu membuktikan bahawa bangsa lain seperti India, Cina, Sikh dan lain-lain tidak dilupakan.

"Bagaimanapun, kami gembira sekiranya sambutan kemerdekaan tahun ini diadakan dalam situasi yang sederhana bagi menghormati rakan-rakan yang beragama Islam.

"Saya juga berharap selepas ini kita akan lebih sensitiviti dengan bangsa lain sebagai tanda menghormati.

"Misalnya, minuman keras seperti arak dan daging babi khususnya adalah dilarang menjadi hidangan sekiranya terdapat jemputan berbangsa Melayu.

"Begitu juga hidangan daging lembu tidak sesuai dihidang kepada kami yang berbangsa India," katanya.

Manakala, berbeza pula pandangan daripada tiga pelajar kolej swasta, Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) ini dalam menilai makna kemerdekaan.

Alvin Teoh,18, berkata, program keceriaan ini dilihat sebagai satu perspektif baru bagi seluruh masyarakat negara ini mengekspresikan rasa cinta terhadap tanah air.

"Dahulu saya tidak begitu menghayati erti kemerdekaan dan melihat hari tersebut serupa dengan hari-hari yang lain.

"Tetapi setelah mempelajari subjek sejarah di sekolah, sedikit sebanyak ia mengubah tanggapan tersebut dengan menghargai hari ini.

"Selain itu, program ini juga boleh dijadikan batu loncatan kepada mereka yang berbangsa Melayu untuk merebut ganjaran yang ditawarkan.

"Sekiranya mereka memenangi pertandingan ini, ganjaran wang tunai itu boleh dijadikan wang persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri kelak," selorohnya.

Remaja yang berasal dari Ipoh, Perak ini, Prem Naidu,19, berpendapat, masyarakat boleh menyambut hari kemerdekaan tahun ini dengan sederhana tetapi unik.

Jelasnya, terdapat segelintir orang kampung di daerah Kuala Kangsar menyalakan panjut (lampu minyak tanah) apabila tiba bulan Ramadhan.

"Mereka boleh adaptasikan idea tersebut dengan mencipta semula tiang lampu tersebut dengan hiasan bendera bagi membangkitkan semangat kemerdekaan," katanya.

Maka, makna kemerdekaan itu sendiri adalah berbeza-beza. Pemahaman generasi lama dan baru sudah tidak lagi sama dan perlu ditafsir dari sudut serta dimensi yang berbeza.

Apa sekalipun, matlamat dan pelaksanaannya mestilah menjurus kepada penyemaian semangat mempertahankan kemerdekaan yang bebas daripada elemen yang menghasut dan memisahkan.

Ini mungkin sesuatu yang terlalu bercita-cita tinggi kerana apa yang mungkin masih gagal tetapi tidak mustahil untuk dicapai oleh semua pihak adalah penyatuan semua bangsa Malaysia dalam erti kata sebenar selepas 54 tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tumpang surau perumahan berjiran

Posted:

Tumpang surau perumahan berjiran

Tumpang surau perumahan berjiran


Penduduk perumahan D'Kayangan, Seksyen 13 di Shah Alam menunjukkan tapak cadangan pihak pemaju untuk mendirikan surau. – Utusan/ Saharuddin Abdullah


SHAH ALAM 20 Julai – Para penduduk kawasan perumahan D'Kayangan di Seksyen 13 di sini mendesak syarikat pemaju perumahan itu menunaikan janji untuk membina sebuah surau di situ.

Ini kerana ketiadaan surau di situ menyebabkan kira-kira 400 penduduk beragama Islam terpaksa menumpang surau di perumahan berdekatan.

Mereka yang telah menghuni di D'Kayangan sejak lima tahun lalu mendakwa telah beberapa kali menemui pihak pemaju iaitu Syarikat Lebar Daun Development Sdn. Bhd. bagi mengemukakan permintaan supaya membina surau tersebut tetapi pelbagai alasan diberikan.

Seorang penduduk, Zahratul Nor Mas'ud, 47, berkata, pada tahun 2008 pemaju memberi alasan ingin menunggu penduduk di D'Kayangan melebihi 300 orang baru sebuah surau akan dibina berhampiran padang permainan di kawasan perumahan berkenaan.

"Setelah itu para penduduk terpaksa bersabar menunggu walaupun pada asalnya pihak pemaju memang berjanji mahu membina sebuah surau.

"Tetapi sekarang cerita sudah berubah apabila pemaju mahu menunggu hingga jumlah penduduk mencecah 1,000 orang pula baru sebuah surau akan dibina," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Suri rumah itu berkata, pihaknya kesal dengan pemaju sedangkan sebagai sebuah syarikat yang dimiliki orang Melayu, sepatutnya mereka dapat memahami keperluan penduduk beragama Islam untuk mendapatkan kemudahan surau.

"Jadi kami mengambil keputusan mengetengahkan perkara ini kepada pihak media kerana usaha kami berbincang dengan pemaju menemui jalan buntu," katanya.

Seorang lagi penduduk, Normah Abd. Rahim, 62, berkata, ketiadaan kemudahan itu menyebabkan warga tua sepertinya sukar untuk pergi ke surau di perumahan lain.

Katanya, meskipun surau berkenaan tidak jauh daripada rumahnya tetapi dia terpaksa menempuh kesesakan jalan raya terutama pada waktu petang untuk ke sana.

"Kami sudah berusia dan kesihatan juga tidak menentu, bagaimana hendak pergi berjemaah di tempat yang jauh. Lagipun kawasan bulatan di kawasan stadium agak sesak dan bahaya kerana banyak berlaku kemalangan," katanya.

Suami Normah, Abdul Rahim Lok, 66, pula meminta pihak pemaju agar menyediakan surau sementara, misalnya di rumah kosong yang belum terjual bagi memudahkan penduduk mendirikan solat sunat tarawih pada Ramadan tidak lama lagi.

"Kami harap sangat pemaju dapat bertimbang rasa kerana jika hendak cerita banyak lagi isu lain yang penduduk tidak berpuas hati dengan pihak pemaju, tetapi kami harap masalah surau ini dapat diutamakan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Segelintir penduduk bantah rancangan Lebar Daun

Posted:

Segelintir penduduk bantah rancangan Lebar Daun

Segelintir penduduk bantah rancangan Lebar Daun

SHAH ALAM 20 Julai - Syarikat Lebar Daun Development Sdn. Bhd. memang merancang untuk membina surau bagi kegunaan penduduk di kawasan perumahan elit D'Kayangan, Seksyen 13 di sini.

Pengurus Besarnya, Fisol Abdul Hamid berkata, pihaknya kini sedang menunggu pengesahan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebelum memulakan pembinaan tempat ibadat itu.

Beliau berkata, tapak yang telah dipilih bagi pembinaan surau tersebut ialah di penjuru kawasan lapang yang kini dijadikan padang bermain bola sepak oleh penduduk di perumahan itu.

Jelas beliau, jika menurut pelan asal, pihaknya telah lama memulakan kerja membina surau di perumahan tersebut tetapi terpaksa dihentikan kerana dibantah beberapa penduduk.

"Sebelum ini kami memang telah memasang cerucuk untuk membina surau di kawasan lapang yang sama tetapi kedudukannya di seberang jalan rumah penduduk dan penduduk terlibat membantah dengan alasan terlalu hampir dengan rumah mereka.

"Bagi mengambil kira pendapat penduduk terlibat, kami mengubah pelan asal surau ke penjuru kawasan lapang yang jaraknya agak jauh daripada rumah penduduk dan telah menanam rumput di situ hingga menyebabkan penduduk beranggapan kawasan tersebut adalah padang permainan.

"Apabila perubahan pelan dibuat, kami terpaksa meminta kebenaran MBSA bagi mendapat kelulusan sebelum pembinaan dilakukan dan ini menyebabkan kerja-kerja pembinaan tertangguh sementara," jelas beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini.

Dalam pada itu, pihaknya ingin menafikan dakwaan yang mengatakan pihaknya mahu menunggu jumlah penduduk cukup 1,000 orang baru pembinaan surau akan dibuat.

"Saya minta penduduk buktikan yang kami pernah bercakap begitu kerana setahu saya kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu kepada mereka," katanya sambil memberitahu satu perjumpaan akan diadakan antara pihaknya dengan penduduk D'Kayangan.

Mengenai surau sementara Fisol berkata, pihaknya tidak ada masalah untuk menyediakannya asalkan penduduk membuat permohonan dan memberi masa untuk persiapan dibuat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peniaga enggan berganjak

Posted:

Peniaga enggan berganjak

Peniaga enggan berganjak

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


Pasar malam Taman Sri Rampai telah berjalan selama 15 tahun tanpa menimbulkan masalah sehinggalah kemunculan peniaga tanpa lesen di situ sejak akhir-akhir ini.


KUALA LUMPUR 20 Julai – Peniaga di pasar malam Jalan 46/26, Taman Sri Rampai, Setiawangsa membantah tindakan pihak penganjur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup serta tidak membenarkan mereka berniaga di pasar malam tersebut.

Kecewa dengan tindakan itu, para peniaga terlibat telah berkumpul di pasar malam tersebut petang Khamis lalu bagi memohon pihak berkenaan membenarkan mereka berniaga seperti biasa pada malam itu.

Bagaimanapun, peniaga-peniaga itu tetap memulakan perniagaan mereka kira-kira pukul 7.30 malam hari berkenaan, selepas penguat kuasa DBKL beredar daripada kawasan tersebut, walaupun terdapat kain rentang yang menjelaskan bahawa pasar malam itu ditutup atas arahan DBKL dan perbincangan masih berjalan.

Pengerusi Penjaja Pasar Malam Setapak dan Gombak, Lim Chuan Huat berkata, pihak penganjur telah mengarahkan mereka untuk tidak berniaga di pasar malam itu sejak dua minggu lalu.

Katanya, peniaga hanya diberikan notis pemberhentian selama seminggu sebelum mereka diarahkan untuk tidak berniaga di situ lagi dan tiada perbincangan dibuat oleh penganjur iaitu Rukun Tetangga (RT) kawasan itu dengan peniaga sebelum tindakan itu dibuat.

"Difahamkan pasar malam ini diberhentikan kerana mendapat aduan daripada penduduk atas alasan menganggu lalu lintas dan jalan menjadi sesak. Perkara ini terjadi kerana semakin ramai peniaga yang tidak berlesen yang berniaga di sini dan menganggu jalan.

"Perkara ini sepatutnya dipantau oleh pihak penganjur supaya tidak berlaku. Kalau pasar malam ini ditutup, kira-kira 200 peniaga berlesen tidak dapat berniaga," katanya.

Salah seorang peniaga, Baharon Omar, 50, berkata, peniaga tidak seharusnya dipersalahkan berhubung isu yang timbul kerana mereka adalah peniaga berlesen dan sudah berniaga di pasar malam itu sejak 15 tahun lalu.

"Kalau pasar malam ini dihentikan, ia akan menjejaskan pendapatan para perniaga.

"Saya berharap kami dapat terus berniaga di sini dan pihak berkuasa tidak akan menghentikan pasar malam ini," ujarnya.

Seorang lagi peniaga, Jamilah Majid, 57, berkata, dia berasa bimbang jika tidak dapat berniaga lagi.

"Di sini memang boleh 'cari makan' sebab pelanggan masih ada walaupun sudah pukul 10 malam. Jadi saya harap sangat kami dibenarkan terus berniaga di sini," rayunya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Sentuhan gaya etnik

Posted:

Sentuhan gaya etnik

Sentuhan gaya etnik

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF


Pasukan jurusolek Black Book Artis oleh Shu Uemura.


BAGI mereka yang menitikberatkan soal kecantikan, mata merupakan bahagian yang paling penting ketika menata rias wajah.

Sebab itu juga pada 2006, jenama kosmetik terkenal dari Jepun, Shu Uemura telah memperkenalkan Tokyo Lash Bar, iaitu ruang konsep yang memberikan khidmat solekan mata sepenuhnya dan peluang untuk jurusolek meneroka gaya-gaya solekan mata terkini.

Seiring dengan pengenalan Tokyo Lash Bar di Malaysia, Shu Uemura telah membentuk pasukan jurusolek dikenali sebagai Black Book Artis yang saban tahun tampil dengan tema rekaan solekan mata lain daripada yang lain.

Baru-baru ini, bertempat di ruang legar Centre Court, Mid Valley, Kuala Lumpur, lapan jurusolek profesional Black Book Artis sekali lagi tampil dengan solekan kreatif dan berani sempena kemunculan koleksi Tokyo Lash Bar 2011 yang membawa tema Ethno Color Scope.

Sentuhan 'ajaib' Steven Sunny, Taisu, Emma Mustafa, Chufan, Najeeb, Surya Zainul, Deric Lim, Deq Sha dan Sheng Saw mencetus transformasi solekan mata yang kreatif dan memukau.

Surya misalnya, menggunakan bulu mata ethnic charm bagi menonjolkan gaya solekan gaya ala-etnik.

Bukan itu sahaja, solekan pada wajah model terkenal, Deedee, telah memperlihatkan Surya bermain dengan warna coklat untuk menghasilkan kening 3D.

"Solekan saya menggambarkan gaya etnik Afrika yang gemarkan warna-warna eksotik serta aksesori buatan tangan.

"Untuk itu saya memilih warna terang iaitu kuning untuk solekan di muka dan bibir," katanya.

Dalam masa yang sama Surya turut menampilkan fesyen rambut ala Afrika yang pastinya memenuhi gaya wanita asli Afrika yang dibawakannya.

Berlainan pula dengan Deq Sha. Anak muda ini memberi tumpuan sepenuhnya pada bahagian mata.

Menggunakan bulu mata mini voilet, Deq Sha turut memilih warna-warna terang untuk solekannya yang dilihat berpadanan dengan warna bulu mata yang digunakannya.

Biru, kuning dan ungu merupakan tiga kombinasi warna yang pastinya menyerlahkan lagi mata model yang ditata rias pada petang tersebut, Eryna.

Turut memilih gaya suku Afrika, Deq Sha menyatakan keterujaannya apabila melihat kaum tersebut senang 'menconteng' wajah mereka hanya menggunakan jari-jemari.

Dalam pada itu, Emma dilihat yang dilihat sebagai jurusolek pilihan berikutan tepukan gemuruh daripada penonton, menampilkan konsep seni patchwork.

Emma memilih bulu mata tribal patch untuk disesuaikan dengan mata model terkenal, Azura.

Walaupun dilihat agak ringkas solekan yang dikenakan, Emma dilihat lebih memberi perhatian kepada bahagian mata.

Selain mata, wajah Azura telah ditata rias dengan warna lembut, merah jambu, jurusolek yang terkenal di kalangan selebriti itu turut memilih kuning eksotik sebagai pembayang mata.

Ia bersesuaian dengan bulu mata yang menampilkan gabungan warna-warna terang seperti merah jambu, biru dan kuning.

Emma berpendapat, solekan nipis di bahagian muka yang digunakannya seperti warna pink untuk bahagian pipi dan bibir dapat menyerlahkan lagi bahagian mata.

Begitupun, koleksi Tokyo Lash Bar 2011 merupakan satu koleksi yang terkini mengikut trend semasa dan sebagai satu langkah revolusi inovasi dalam teknik solekan.

Ia pastinya memberi kesan dramatik dan menggoda pada mata. Untuk tahun ini antara himpunan terbaru bulu mata palsu yang ditampilkan ialah mini fancy bonbon, mini voilet, vibrant partial, mimi fringe, green folklore, ethnic charm dan tribal patch.

Bagi mereka yang ingin memakai bulu mata palsu, anda dinasihatkan agar menyolek terlebih dahulu bahagian mata dengan solekan pembayang mata mengikut warna sesuai diikuti dengan pemakaian celak.

Yang pasti, apa saja gaya yang anda inginkan daripada ethno color scope yang dilihat begitu sofistikated amat sesuai untuk solekan siang hari mahupun dramatik yang menggoda untuk malam hari.

Yang pasti, semuanya ada di Shu Uemura.

Apa saja gaya yang anda inginkan daripada ethno color scope yang dilihat begitu sofistikated amat sesuai untuk solekan siang hari mahupun dramatik yang menggoda untuk malam hari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Paduan selesa, bergaya Cole Haan

Posted:

Paduan selesa, bergaya Cole Haan

Paduan selesa, bergaya Cole Haan

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar SHEFRY MONIZ


BEG tangan kuning dipadankan dengan jaket kulit warna coklat memang menarik digayakan untuk santai.


MENCARI keselesaan dan pada masa sama ingin tampil hebat bergaya bukannya mudah. Kenyataan ini bukan setakat diaplikasi pada pakaian semata-mata malah turut melibatkan pemilihan beg tangan, kasut dan aksesori untuk melengkapi penampilan serta keperluan.

Keutamaan itulah yang menjadi pertaruhan jenama yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat, Cole Haan.

Pegawai Perhubungan Awam mewakili jenama tersebut di Malaysia, Ferhat Nazri berkata, menerusi koleksi terbaru musim luruh 2011, Cole Haan memastikan dua elemen tersebut sebagai asas penghasilan produk mereka.

Malah katanya, keselesaan tersebut mengambil kira jantina lelaki dan wanita agar kedua-dua gender itu bukan sahaja dapat tampil selesa bahkan yakin bergaya.

"Secara keseluruhan, rekaan yang dihasilkan mencerminkan keghairahan , dimensi dan personaliti yang wujud dalam diri lelaki dan wanita itu sendiri," katanya pada peragaan koleksi terbaru Cole Haan di butik jenama tersebut di Suria KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Ferhat, penggunaan warna untuk musim luruh juga bersifat lembut, lebih kepada warna-warna asli dan sedap mata memandang.

Untuk koleksi wanita, dari koleksi Brooke memaparkan ciri wanita moden, sofistikated dan yang lebih utama penampilan mereka disertai beg tangan serta kasut yang sepadan.

Koleksi untuk lelaki pula mengambil inspirasi klasik yang digabungkan dengan rekaan kontemporari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


8 PATI diberkas

Posted:

8 PATI diberkas

8 PATI diberkas


PATI Indonesia ditahan di Jeti Tanjung Kupang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor Bahru, kelmarin. - Gambar Ihsan APMM


JOHOR BAHRU 19 Julai - Hasrat lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk pulang berhari raya musnah apabila bot mereka ditahan berhampiran Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi, PATI yang ditahan berusia antara 19 hingga 46 tahun, termasuk dua wanita dengan seorang daripadanya mengandung tujuh bulan.

Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata, hasil pemeriksaan mendapati semua warga asing itu tidak memiliki sebarang dokumen.

"Selain mereka, pihak kami turut menahan tekong dan pembantunya yang juga warga Indonesia. Kesemua penumpang bot ini dipercayai mahu pulang awal untuk menyambut puasa dan hari raya.

"Kesemua PATI dikenakan bayaran RM450 seorang untuk membawa mereka keluar dari negeri ini ke Tanjung Balai, Indonesia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebelum ditahan, pihaknya menemui sebuah bot yang dalam keadaan mencurigakan dan bertindak menghampirinya, namun ia memecut laju sebelum berjaya dipintas di Jeti Tanjung Kupang.

Beliau memberitahu, kesemua PATI, tekong dan pembantunya dibawa ke pejabat agensi itu untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 5(1)(2) Akta Imigresen 1959/63 dan kes ini juga disiasat di bawah Akta Pemerdagangan Orang (Pindaan 2010).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Prosisma galak interaksi

Posted:

Prosisma galak interaksi

Prosisma galak interaksi

Oleh MOHD. FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 19 Julai – Program pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) bukan sahaja melibatkan usaha melahirkan modal insan berkualiti tetapi juga diharap dapat menyelesaikan pelbagai masyarakat setempat.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penuntut IPT tidak kira awam dan swasta akan meninggalkan pusat pengajian dalam jangka masa dua atau tiga tahun dan melalui program seperti Program Silaturahim Siswa IPT dan Masyarakat (Prosisma), adalah jelas IPT bukan bersifat elitis.

"Inilah masa penuntut IPT belajar memahami dan menghargai masyarakat di sekeliling mereka. Walaupun sibuk dengan teori dan praktikal, ini adalah peluang untuk mereka menggunakan kebolehan dan kepakaran yang dipelajari bagi membantu masyarakat.

"Terima kasih juga diucapkan kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) atas bantuan kepakaran dan kemudahan yang dimiliki untuk menjayakan program ini," katanya pada majlis perasmian Prosisma di Kampung Plentong Tengah di sini, baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Ketua UMNO Pasir Gudang, Datuk Ibrahim Abdul Ghaffar.

Turut hadir dalam program anjuran Jabatan Pengajian Kolej Komuniti itu ialah Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG), Jahabar Jaibul Abideen Shahul Hameed; Dekan Penyelidikan Construction Research Alliance (ICON), Fakulti Kejuruteraan Awam UTM, Prof. Dr. Mohd. Zaimi Abd. Majid dan Ketua Kampung Plentong Tengah, Jumat Jaafar.

Kira-kira 200 pelajar dari 48 Kolej Komuniti Induk dan 16 kolej Komuniti Cawangan terlibat dalam program itu selain pelajar UTM dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Dalam gimik perasmian, Ibrahim mengendalikan sebuah jengkaut untuk merobohkan sebuah rumah di kampung tersebut sebelum ia dibina semula oleh penuntut dengan teknologi fast track wall yang dibangunkan oleh UTM dan kerjasama MBJB.

Sementara itu, Jahabur Jainul Abideen berkata, program itu turut melibatkan sebuah lagi kampung di dalam Parlimen Pasir Gudang iaitu Kampung Melayu Pandan.

"Pelbagai aktiviti berunsur perkhidmatan dan pindahan ilmu serta kemahiran akan dilaksanakan termasuk membaiki dan menyediakan kemudahan untuk beberapa buah rumah yang daif.

"Ia juga memberi peluang kepada pelajar Kolej Komuniti dan masyarakat setempat berkongsi ilmu dan membiasakan diri dengan inovasi yang dibangunkan UTM," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Sawah padi terjejas

Posted:

[unable to retrieve full-text content]MELAKA 19 Julai - Sistem saliran yang tidak sempurna dan rumah pam yang rosak mengakibatkan kerajaan negeri kehilangan hampir separuh daripada hasil tanaman padi di empat kawasan sawah seluas 91.05 hektar sekitar Padang Temu dan Ayer Molek di sini.

971 peneroka Felda terima geran hari ini

Posted:

[unable to retrieve full-text content]JEMPOL 19 Julai - Sebanyak 971 peneroka Felda Gugusan Palong 9 hingga 13 dekat sini bakal menamatkan penantian selama 26 tahun apabila menerima geran hak milik masing-masing esok.

DUN Serkam taja 6,075 naskhah Utusan Malaysia

Posted:

[unable to retrieve full-text content]MELAKA 19 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Ghazale Mohamad hari ini menaja sebanyak 6,075 naskhah akhbar Utusan Malaysia untuk diagih-agihkan kepada sembilan buah sekolah di kawasan tersebut.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Perundangan Senjata Biologi digubal

Posted:

Perundangan Senjata Biologi digubal

Perundangan Senjata Biologi digubal

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my


Ahmad Zahid Hamidi (tengah) berbual dengan Paul Van Der Ijjsel (kanan) selepas melancarkan Kongres Antarabangsa mengenai Biosekuriti, Biokeselamatan dan Biopertahanan 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam. Turut kelihatan Ismail Ahmad (dua, kanan) dan Dr. Abdul Ghaffar Ramli (dua, kiri). - BERNAMA


KUALA LUMPUR 19 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah menggubal Rang Undang-Undang Senjata Biologi yang akan menjadi sebahagian daripada rangka kerja perundangan negara untuk menentukan Konvensyen Senjata Kimia (BWC) dilaksanakan dengan berkesan.

Menurut Perdana Menteri, konvensyen tersebut antara lain melarang sebarang bentuk pembangunan, penghasilan serta penyimpanan stok senjata berkaitan bakteriologi dan toksin.

Jelasnya, Malaysia merupakan antara negara terawal yang menandatangani perjanjian BWC berhubung larangan berkenaan yang mula dibincangkan sejak 10 April 1972.

''Kerajaan yakin rangka kerja perundangan yang diwujudkan itu akan membantu dalam usaha menjamin satu kaedah yang selamat dalam mengendalikan bahan kimia berbahaya.

''Pada masa yang sama, ia menentukan keperluan bahan kimia tersebut tidak menjejaskan penyelidikan sains hayat dan entiti perniagaan di negara ini,'' katanya pada majlis perasmian Kongres Antarabangsa mengenai Biosekuriti, Biokeselamatan dan Biopertahanan 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres, Datuk Dr. Abdul Ghaffar Ramli dan Presiden Perundingan Biopertahanan, Paul Van Der Ijjsel.

Najib berkata, BWC memberi jaminan sains hayat tidak disalahguna untuk merosakkan kehidupan manusia sejagat.

BWC juga, jelasnya, penting kerana ia mewakili kehendak masyarakat dunia dalam menghalang berlakunya peperangan serta pembangunan senjata biologi.

Dalam perkembangan lain, beliau menambah, kerajaan sedang mendapatkan maklum balas mengenai cara untuk mempercepatkan pembangunan bioteknologi di negara ini.

Tambah beliau, langkah itu bagi menentukan bahawa sebarang kebimbangan mengenai biokeselamatan dan biosekuriti dapat ditangani dengan sebaiknya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kementerian Pertahanan nafi kos beli OPV meningkat

Posted:

Kementerian Pertahanan nafi kos beli OPV meningkat

Kementerian Pertahanan nafi kos beli OPV meningkat

KUALA LUMPUR 19 Julai - Kementerian Pertahanan hari ini menafikan dakwaan bahawa kos pembelian enam kapal peronda luar pesisir (OPV) meningkat daripada RM6 bilion kepada RM10 bilion.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dakwaan oleh Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim itu tidak berasas kerana kementeriannya baru memeterai surat hasrat bagi pembelian kapal tersebut.

"Bagaimana beliau (Zaid) tahu lebih awal sedangkan ia (pembelian) belum lagi muktamad? Projek OPV baru di peringkat 'letter of intent' (surat hasrat) sahaja.

"Sepanjang pengetahuan saya, belum ada jumlah yang dipersetujui dan belum ada syarikat prinsipal yang dilantik,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Antarabangsa mengenai Biosekuriti, Biokeselamatan dan Biopertahanan 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas kenyataan Zaid menerusi blognya yang mendakwa kos OPV yang telah diberikan kepada syarikat tempatan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. meningkat daripada RM6 bilion kepada RM10 bilion.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain jumlah serta pelantikan syarikat prinsipal yang belum dipersetujui, kementeriannya juga belum membuat keputusan berhubung sub kontraktor yang membekalkan sistem untuk OPV itu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai penggubalan Rang Undang-Undang Senjata Biologi, katanya, Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride) akan menerajui jawatankuasa teknikal untuk menggubal rang undang-undang berkenaan.

"Ia masih di peringkat draf. Ada beberapa isu yang sedang dibincangkan termasuk aspek perundangan,'' katanya.

"Kita memerlukan pakar untuk menyediakan input sebelum draf itu dihantar ke pejabat Peguam Negara.

Beliau menambah, kesan daripada rang undang-undang itu membolehkan kerajaan membendung penghasilan senjata biologi dan bagi menjamin keselamatan negara.

Mengenai penganjuran kongres terbabit, katanya, ia memberi tumpuan kepada penekanan menangani penggunaan bahan-bahan kimia dalam peperangan.

"Kita (Malaysia) menyelitkan mesej dan meminta masyarakat dunia supaya mengelakkan penggunaan bahan kimia dalam sebarang konflik. Sebarang pertikaian harus diselesaikan dengan baik melalui rundingan di meja bulat,'' tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Beli senjata untuk pertahanan

Posted:

Beli senjata untuk pertahanan

Beli senjata untuk pertahanan

Oleh HISYAMUDDIN AYUB
pengarang@utusan.com.my

KOTA BELUD 19 Julai – Pembelian aset untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dibuat berdasarkan keperluan sistem pertahanan udara negara dan bukannya menerusi perbandingan dengan negara jiran.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, semua pihak sudah sedia maklum mengenai kekuatan masing-masing dan jenis persenjataan yang dimiliki, tetapi perbezaannya adalah keupayaan taktikal dan kebolehan individu.

"Apa yang membezakan antara satu sama lain adalah taktikal dan strategi yang akan digunakan. Namun begitu, fokus TUDM pada masa ini adalah menambah baik dari aspek Misil Berpandu Ketepatan (PGM)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan 'Eksesais Paradise' oleh TUDM dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Darat di Lapang Sasar Kota Belud, Kem Paradise di sini hari ini.

Hadir sama Panglima Operasi TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Ackbal Abd. Samad dan Pegawai Perhubungan Lapang Sasar Kota Belud, Mejar Ahmad Nazri Ibrahim.

Mengulas lanjut, Rodzali berkata, TUDM ketika ini mempunyai penggabungan baik antara penggunaan bahan letupan boleh dikawal dan bahan letupan tidak boleh dikawal.

Katanya, situasi tersebut akan berubah kepada penggunaan bahan letupan boleh dikawal sepenuhnya pada masa depan dan ia berdasarkan peruntukan kewangan yang diberikan.

Namun begitu, katanya, tambahan kepada bahan letupan boleh dikawal sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Rodzali berkata, sistem pertahanan udara negara akan terus dipertingkatkan apabila sistem radar bakal ditempatkan di Kuching, Sarawak yang akan mula berfungsi Oktober ini.

Katanya, sistem tersebut telah sampai di negara ini dan ia kini di peringkat pemasangan dan pengesahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Muzium Pendidikan Nasional dirasmi

Posted:

[unable to retrieve full-text content]TANJUNG MALIM 19 Julai – Raja Permaisuri Perak, Raja Permaisuri Bainun hari ini berkenan merasmikan Muzium Pendidikan Nasional (MPN) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dekat sini yang bernilai RM9.8 juta.

Pegawai TUDM terbunuh kemalangan

Posted:

[unable to retrieve full-text content]ARAU 19 Julai - Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Leftenan Muda, Mohd. Zulhelmi Mohd. Yusof terbunuh apabila kereta dinaiki bersama tiga rakannya terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 21, Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis di sini, awal pagi ini.

Suri rumah antara pelajar cemerlang Kisdar

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA KANGSAR 19 Julai - Ibu kepada empat anak, Nor Hasliza Ibrahim, 37, membuktikan tanggungjawab sebagai suri rumah bukan penghalang kepadanya untuk berjaya dalam pelajaran.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved