Khamis, 14 Julai 2011

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Festival KL 2011 hambar

Posted:

Festival KL 2011 hambar

Festival KL 2011 hambar

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my


PERSEKITARAN Kampung Budaya 1Malaysia kelihatan lengang dan hambar walaupun Festival KL sedang diadakan di situ. - utusan/Nooradzrene Mohd. Noor


KUALA LUMPUR 13 Julai - Festival Kuala Lumpur yang berlangsung selama sebulan bermula 1 Julai lalu menyediakan sebanyak 122 acara merangkumi pelbagai bidang seperti seni tampak, permainan tradisi dan seni persembahan.

Tahun ini merupakan tahun ketujuh festival itu diadakan tetapi penganjurannya pada kali ini seperti tidak mendapat perhatian daripada masyarakat, yang dilihat berpunca daripada kurangnya publisiti.

Salah satu aktiviti yang sedang berlangsung ialah persembahan kesenian yang turut menampilkan persembahan seni muzik tradisional Melayu di Kampung Budaya 1 Malaysia, Menara Kuala Lumpur di sini.

Bagaimanapun, aktiviti yang sepatutnya meriah itu kelihatan hambar berikutan tidak mendapat sambutan daripada orang ramai walaupun persembahan yang diberikan sangat menarik dan jarang dapat disaksikan.

Seorang petugas di Kampung Budaya itu mengakui, persembahan kesenian yang diadakan di situ sejak minggu lepas kurang mendapat sambutan sedangkan ia sukar dapat ditonton kecuali jika ada festival seperti itu.

"Agak mengecewakan kerana tidak ramai pengunjung yang datang untuk menyaksikan persembahan kesenian yang diadakan ini walaupun ia dibuka secara percuma.

"Kurangnya promosi dan persiapan pada saat akhir oleh pihak penganjur mungkin merupakan salah satu faktor pengunjung tidak tahun mengenai pesta ini.

"Namun, saya bangga kerana mereka yang membuat persembahan tetap bersemangat dan sentiasa memberikan yang terbaik," katanya ketika ditemui di sini.

Dia menambah, jumlah pengunjung yang datang ke festival itu juga tidak ramai seperti Festival Terengganu yang diadakan pada 18 hingga 26 Jun lalu.

Sementara itu, seorang pengunjung, Wafa Mohamad, 50, berkata, dia datang ke festival itu untuk melihat keistimewaan budaya yang terdapat di Malaysia.

"Saya gembira kerana tempat pameran ini sangat cantik tetapi kami mengalami masalah kerana di sini tidak disediakan petugas yang boleh menerangkan secara terperinci keistimewaan tempat dan persembahan yang diadakan di sini," jelasnya.

Pengunjung lain, Norman Stephens, 70, berkata, dia sangat gembira kerana dapat mengenali budaya Malaysia secara lebih dekat menerusi festival itu.

Dia yang sudah empat tahun tinggal di negara ini mengakui persembahan alat muzik tradisional yang terdapat di negara ini sangat istimewa dan perlu dipromosikan dengan lebih meluas.

Persembahan kesenian di Kampung Budaya itu bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga pukul 7.00 malam dan akan berakhir pada 17 Julai ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan berlembut lagi

Posted:

Jangan berlembut lagi

Jangan berlembut lagi

Oleh NURUL SAADAH MAMAT
kota@utusan.com.my


TANPA tindakan tegas, tidak mustahil keseluruhan papan tanda ini akan ditutup dengan iklan-iklan haram dalam sedikit masa lagi.


KUALA LUMPUR 13 Julai - Orang ramai yang kesal dengan tindakan berterusan pemberi pinjaman menampal iklan secara haram pada papan tanda dan kemudahan awam di ibu kota menggesa pihak berkuasa supaya tidak lagi berlembut dengan kumpulan itu.

Mereka yang ditemui di sini hari ini menyuarakan rasa muak dan benci dengan sikap pemberi pinjaman termasuk ceti haram atau ah long yang menjadikan kemudahan awam seperti hak mereka sendiri.

Seorang pesara kerajaan, Aziz Jantan, 60, berkata, tindakan ah long menampalkan iklan-iklan pada papan tanda boleh menjejaskan pemandangan dan tidak sepatutnya dibiarkan berlaku lagi di ibu negara.

"Tindakan menutup papan tanda dengan iklan-iklan pinjaman dan pelaburan menyusahkan orang ramai kerana tidak dapat melihat dengan jelas papan tanda tersebut seperti nama jalan dan ini akan menyusahkan mereka mencari arah destinasi yang dituju," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Aziz, pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya bertegas terhadap golongan itu kerana mereka boleh telah merosakkan harta benda awam.

Sementara itu, Mohd. Ramli Abd. Rahman, 56, berkata, dia kesal kerana pihak berkuasa masih tidak tegas dengan membiarkan aktiviti ah long itu berterusan tanpa tindakan sewajarnya.

"Bagaimana kita hendak menawarkan suasana yang menarik di negara kita kepada pelancong sekiranya papan-papan tanda pun tidak terjaga dan dibiar dirosakkan oleh ah long," kata pekerja sebuah syarikat swasta itu.

Seorang lagi penduduk, Aminah Mat Nor, 46, pula berkata, PBT seharusnya bijak menangani masalah itu supaya ah long tidak menampal iklan dengan sesuka hati sehingga menutup nama jalan pada papan tanda dan boleh menyusahkan orang ramai terutamanya pelancong asing.

"Perbuatan mereka boleh menyebabkan suasana di ibu negara menjadi tidak menarik dan dipandang rendah oleh pelancong luar.

"Pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perbuatan itu supaya mereka tidak mencacatkan pemandangan di ibu kota," katanya.

Saraswati Nagappan, 24, pula beranggapan orang ramai tidak sepatutnya terpedaya dengan iklan-iklan yang ditampal oleh ah long.

"Biasanya mereka ini menampal iklan pada tiang, dinding dan pondok-pondok telefon. Perbuatan ini boleh menjatuhkan imej negara dan sekali gus menjejaskan kebersihan ibu kota," katanya.

Sementara itu, Sabrina Hee, 23, pula berkata, aktiviti menampal iklan itu akan berakhir sekiranya pihak berkuasa mengambil langkah tegas ke atas orang yang nama atau nombor telefonnya tercatat pada iklan pinjaman haram tersebut.

"Selain itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pula perlu memandang serius masalah ini dengan membersih dan menanggalkan semua iklan yang ditampal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut dan meletakkan petugas untuk mengintip dan menahan mereka yang terlibat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerugian peniaga Bukit Bintang RM100 juta

Posted:

Kerugian peniaga Bukit Bintang RM100 juta

Kerugian peniaga Bukit Bintang RM100 juta

KUALA LUMPUR 13 Julai – Pusat beli-belah dan hotel di sekitar Bukit Bintang mengalami kerugian teruk akibat perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada Sabtu lalu.

Ketua Pegawai Operasi Peruncit dan Penasihat Persatuan Pusat Beli-Belah Malaysia, Joyce Yap berkata, berdasarkan pemantauan awal, kerugian itu bukan sahaja berlaku pada hari berkenaan bahkan ia telah bermula sejak awal minggu lalu.

Beliau mengambil contoh pusat beli-belah Pavillion, beberapa pameran yang dijadualkan berlangsung sepanjang minggu lalu terpaksa dibatalkan kerana bimbang tiada pengunjung selain boleh mengganggu keselamatan pengunjung dan pelancong.

''Kita bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian dalam aspek jualan tetapi kita juga terpaksa mengeluarkan peruntukan yang banyak untuk mengukuhkan keselamatan di seluruh kawasan pusat beli-belah.

''Buat masa ini tiada angka yang tepat tetapi kita anggarkan ia melibatkan jumlah RM100 juta. Jika ditambah dengan kerugian hotel di kawasan berkenaan, jumlahnya mungkin lebih dari itu,'' katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pameran Foto Berkelas Dunia di sini hari ini.

Pameran tersebut disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen.

Terdahulu, Yen Yen menggesa semua pusat beli-belah agar mewujudkan program berbentuk kesenian bagi menarik lebih ramai pelancong yang sekali gus mampu menambah pendapatan sektor tersebut.

Menurut beliau, kementerian memuji langkah pusat beli-belah Pavilion kerana mengambil inisiatif menjemput pelukis antarabangsa bagi mengadakan pameran secara terbuka.

''Langkah ini bukan sahaja dapat meningkatkan jumlah pelancong asing ke Malaysia tetapi ia dapat meningkatkan kesedaran rakyat untuk menghargai erti kesenian.

''Menerusi cara ini kita di kementerian juga dapat bekerjasama dengan pusat beli-belah iaitu dengan menawarkan pakej-pakej pelancongan bagi menggiatkan lagi sektor berkenaan,'' katanya.

Foto-foto pada pameran tersebut merupakan hasil karya jurufoto terkenal China, Yang Yuan Xing yang mempamerkan sebanyak 60 foto yang diambil dari pelbagai negara dan kesemua foto itu adalah untuk dijual.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Indeks jenayah Johor turun

Posted:

Indeks jenayah Johor turun

Indeks jenayah Johor turun

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 13 Julai - Indeks jenayah negeri ini turun sebanyak 89 kes atau 0.84 peratus dalam enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, jenayah jalanan melibatkan kes ragut juga menunjukkan penurunan sebanyak 114 kes atau 6.38 peratus.

Beliau berkata, kontinjen Johor juga mempamerkan pencapaian yang membanggakan dengan seramai 4,948 orang ditahan akibat penyalahgunaan dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 sehingga kini.

"Sementara itu, sebanyak 4,764 penagih dadah ditangkap di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) dan 30 orang ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1983.

"Bagi kes komersial pula, seramai 310 orang ditahan di bawah kes tipu, pecah amanah, salah guna harta dengan curang, jenayah siber dan wang palsu," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Pada majlis itu, dua pegawai tinggi dan 29 pegawai rendah menerima surat penghargaan atas sumbangan mereka membantu menangani kejadian jenayah di negeri ini.

Jalaluddin berkata, kejayaan polis membanteras jenayah curi motosikal banyak membantu menurunkan indeks jenayah di negeri ini.

"Polis Johor memberi fokus kepada kegiatan mencuri motosikal kerana jenayah itu banyak menyumbang kepada kenaikan kadar indeks. Lagipun kes samun di negeri ini tidak tinggi," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang akan bertukar menjadi Ketua Polis Kelantan hujung bulan ini turut menasihati semua anggota polis supaya terus amanah menjalankan tanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat.

Beliau yang mula berkhidmat di negeri ini Mac 2009 berkata, anggota polis perlu lebih menghayati permasalahan, asal usul kepolisan dan bekerja sebaik mungkin selain cuba mencari peluang supaya hasil kerja mendapat pengiktirafan daripada umum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga ditahan edar dadah, samun

Posted:

Tiga ditahan edar dadah, samun

Tiga ditahan edar dadah, samun


Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (dua dari kanan) menunjukkan senjata yang dirampas di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 13 Julai - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita dalam serbuan di sebuah hotel di Taman Perling, di sini, semalam, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di negeri ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, ketiga-tiga suspek berusia 20 hingga 26 tahun itu ditahan pukul 11.30 pagi oleh sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebilah parang, pisau, sejumlah 38.56 gram dadah jenis ketamin, pil ekstasi, syabu dan pil Eramin 5.

"Siasatan awal tidak menolak kemungkinan kesemua suspek terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dan samun jalanan di negeri ini.

"Semakan rekod juga mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes ugutan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohd. Mokhtar berkata, pihaknya yang mengadakan rondaan cegah jenayah turut menahan empat lelaki berusia 18 hingga 23 tahun di Taman Daya di sini pukul 1.15 pagi kelmarin.

"Pemeriksaan ke atas kereta Proton Wira yang dinaiki suspek turut menemui tiga bilah parang panjang di dalam kereta dan enam lagi di dalam bahagian but kereta.

"Siasatan awal tidak menolak kemungkinan kesemua yang ditahan merupakan ahli kumpulan kongsi gelap dan salah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes dadah," katanya.

Ujar beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan kesemua suspek ditahan sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Jangan beri muka pada Ambiga

Posted:

Jangan beri muka pada Ambiga

Jangan beri muka pada Ambiga

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Julai - Kerajaan digesa tidak memberi 'muka' kepada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga kerana tindakannya yang mencadangkan rakyat berpakaian kuning pada setiap Sabtu jelas membuktikan bekas Presiden Majlis Peguam itu mahu mencabar undang-undang negara.

Sepatutnya menurut beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ambiga perlu dikenakan tindakan paling tegas menurut peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengelakkan negara ini menjadi huru-hara.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk kerajaan berlembut dengan orang seperti Ambiga sebaliknya beliau perlu ditahan segera mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Ambiga sebenarnya mahu mencabar undang-undang. Dia cuba menghasut rakyat dan ini tidak harus dibiarkan. Ambiga mahu melakukan provokasi terhadap kerajaan dengan harapan kerajaan mengenakan tindakan ke atasnya.

"Dengan cara itu Ambiga berjaya menunjukkan betapa zalimnya kerajaan. Orang sebegini tidak boleh dibiarkan. Jangan setakat ditahan, diberi makan dan kemudian dilepaskan. Demi keamanan negara saya minta Ambiga ditahan dan dihantar ke Kamunting dengan segera," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ambiga mengenai keputusan jawatankuasa pemandu Bersih yang mencadangkan rakyat berpakaian kuning setiap Sabtu sebagai sokongan berterusan kepada pergerakan itu bagi menuntut lapan perkara untuk pembaharuan pilihan raya di negara ini.

Mohd. Hilmi berkata, kerajaan dalam menangani isu Bersih perlu lebih mengutamakan kepentingan majoriti rakyat terbanyak berbanding minoriti penyokong Bersih di jalanan.

"Hakikatnya tiada siapa yang mahu Malaysia yang aman makmur terjejas dengan tingkah laku tidak bertanggungjawab Bersih. Suara ini lebih banyak daripada suara yang menyokong Bersih," ujarnya

Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali mahu kerajaan bertegas dengan pihak Bersih khususnya Ambiga dan jangan sesekali tunduk dengan tuntutan mereka.

Apatah lagi katanya, dalam keadaan timbul dakwaan Bersih didalangi oleh pihak luar yang sepatutnya disiasat segera oleh pihak berkuasa.

"Kita mahu tahu daripada mana datangnya dana yang begitu banyak hingga membolehkan mereka menyewa hotel-hotel di ibu negara dan mencetak beribu-ribu baju kuning Bersih," katanya lagi.

Naib Presiden Alumni Pemimpin Mahasiswa Universiti (Aspirasi) Mohd. Zafry Mohd. Yunus ketika dihubungi turut bersependapat dengan dua pemimpin NGO tersebut.

Beliau percaya majoriti rakyat tidak mahu keamanan negara terjejas akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab seperti Bersih.

"Aspirasi juga mahu Ambiga dikenakan tindakan tegas kerana jelas yang dia mahu mencabar undang-undang negara. Dia cuba mencabar kewibawaan pihak berkuasa.

"Gesaan ini dibuat atas nama kuasa rakyat. Kami juga mewakili segelintir rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Jangan beri muka pada Bersih kerana akhirnya keharmonian negara kita sendiri yang akan terjejas," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tian Chua perlu dikenakan tindakan

Posted:

Tian Chua perlu dikenakan tindakan

Tian Chua perlu dikenakan tindakan


Gambar menunjukkan bagaimana Tian Chua mengarahkan orang ramai merempuh kawalan polis ketika perhimpunan haram Bersih di KL Sentral, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.


KUALA LUMPUR 13 Julai – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua perlu dikenakan tindakan undang-undang kerana cuba bertindak kasar dengan pihak polis semasa menyertai demonstrasi haram pada Sabtu lalu.

Presiden Persatuan Bekas Polis (PBPM), Shafie Bakri berkata, polis tidak perlu bertolak ansur dengan Tian Chua dan kumpulannya kerana bukti perlakuan mereka adalah secara terang-terangan dan tidak boleh disangkal lagi.

Menurutnya, polis hendaklah mengambil tindakan yang sesuai berdasarkan undang-undang sedia ada dan sekiranya perlu dibawa ke pertuduhan di mahkamah ia sememangnya wajar.

"Tian Chua dan ahli pembangkang telah menjadikan polis sebagai kambing hitam dengan mengatakan polis ganas dan cuba menunjukkan kelemahan pihak berkuasa itu demi mencapai matlamat mereka.

"Tindakan itu amat tidak bertanggungjawab, mereka terlalu ghairah untuk berkuasa. Adakah rakyat masih tidak dapat melihat lagi? Diharap rakyat dapat mengambil iktibar dengan kejadian pada 9 Julai lalu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia dekat sini hari ini.

Semalam, laman blog ruangbicarafaisal mendedahkan satu rakaman video bagaimana Tian Chua mengetuai puluhan lelaki cuba menyerang Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sewaktu berhimpun bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di KL Sentral Sabtu lalu.

Naib Presiden PKR itu sebelum ini pernah ditangkap polis kerana menggigit tangan seorang anggota polis dalam perhimpunan berhampiran Parlimen pada tahun 2007 dan dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret pada Oktober 2009.

Akibat kesalahan itu, Tian Chua hampir hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, pada Jun tahun lalu, Mahkamah Tinggi telah meringankan hukumannya kepada penjara dua bulan dan denda RM2,000 bagi mengelak pilihan raya kecil diadakan.

Mengulas lanjut Shafie berkata, tindakan pembangkang yang cuba memburukkan imej polis itu tidak akan bertahan kerana lama kelamaan rakyat boleh membuat penilaian sendiri tanpa provokasi oleh mana-mana pihak.

"Polis lebih tahu apa yang mereka lakukan dan mereka tidak akan bertindak melulu atau menghukum mana-mana individu tanpa alasan yang kukuh.

"Saya yakin rakyat lebih menyokong polis terutama apabila polis berjaya mengawal keadaan pada perhimpunan itu," jelas beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki sesak nafas disiar di Internet bukan Baharudin – Polis

Posted:

Lelaki sesak nafas disiar di Internet bukan Baharudin – Polis

Lelaki sesak nafas disiar di Internet bukan Baharudin – Polis

KUALA LUMPUR 13 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan bahawa gambar menunjukkan seorang lelaki terbaring dan sesak nafas di atas jalan semasa perhimpunan haram di ibu negara pada Sabtu lalu, yang disiarkan dalam Internet dan blog-blog pro pembangkang bukanlah Allahyarham Baharudin Ahmad.

Sebelum ini, pembangkang melalui portal berita dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter membuat dakwaan kematian Baharudin berpunca daripada tindakan polis melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Bagi mengukuhkan dakwaan tersebut, mereka menyebarkan gambar dan video menunjukkan seorang ahli perhimpunan didakwa sebagai Baharudin sedang terbaring dan sesak nafas di atas jalan raya.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) PDRM, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, berikutan penyebaran gambar dan video tersebut, pihak polis bertindak menjalankan siasatan.

"Pada 9 Julai lalu, seorang lelaki telah meninggal dunia disebabkan serangan jantung. Pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar dan video di dalam media sosial (Internet dan blog) untuk memberi gambaran bahawa seorang ahli perhimpunan yang kelihatan terbaring dan sesak nafas di atas jalan raya adalah Allahyarham Baharudin.

"Sehubungan itu, pihak polis telah menyiasat dan mengenal pasti bahawa gambar dan video yang disebarkan di media sosial tersebut bukan Allahyarham Baharudin," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan akhbar turut menyertakan gambar sebenar Baharudin untuk disiarkan sebagai bukti bagi menafikan dakwaan palsu tersebut.

Pada Sabtu lalu, Baharudin, 59, dilaporkan berada di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bersama peserta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan melarikan diri memasuki bangunan berhampiran, Avenue K sebelum sesak nafas dan disahkan meninggal dunia oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan pihaknya melepaskan tembakan itu di kawasan KLCC yang didakwa pembangkang sebagai punca kematian lelaki berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Formula khas pajak tanah

Posted:

Formula khas pajak tanah

Formula khas pajak tanah

Oleh FARABI SHEIKH SAID Al JABRI
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 13 Julai - Kerajaan negeri telah menetapkan satu formula khas, bagi kiraan bayaran premium kepada mana-mana pemilik tanah yang ingin memanjangkan tempoh pajakan tanahnya dalam usaha mengalakkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan formula berkenaan dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuklah bagi meringgankan beban, sekaligus membantu menaikkan nilai sesebuah tanah di sesuatu kawasan.

Beliau menjelaskan, bagi tanah berstatus perumahan, premium bayaran akan dikira dengan mengunakan formula 35 peratus daripada nilai semasa, manakala bagi tanah perusahaan, kiraan akan dibuat dengan mengunakan formula 75 peratus.

''Kita membuat keputusan ini bersandarkan kepada nilaian tanah, fomula yang dikemukakan selain tinjauan berasaskan negeri-negeri lain seperti Wilayah Persekutuan, Johor, Selangor, Melaka. Namun kita menjadi negeri pertama yang menawarkan kaedah ini.

''Formula ini akan berkuat kuasa dalam masa terdekat ini dan kepada pemilik tanah yang ingin memanjangkan tempoh pajakan tanahnya kepada 99 tahun, mereka digalakkan untuk berbuat demikian dengan segera," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma negeri di sini, hari ini.

Mohamad turut menjelaskan dengan penggunaan fomula ini, banyak kos dapat dikurangkan secara tidak langsung ia dapat meringankan beban pemilik tanah sama ada perumahan mahupun industri.

Beliau menambah, sungguhpun dengan menggunakan kaedah ini dilihat akan mengurangkan hasil kerajaan negeri, tetapi itu semua tidak perlu dianggap serius.

Malah jelas beliau, kerajaan negeri sangat komited untuk melihat negeri ini terus membangun dan berdaya saing lebih-lebih lagi dalam usaha menjadikan negeri ini sebagai negeri yang mersa kepada rakyat dan industri.

''Apa yang kita dapat lihat kerugian yang ditanggung itu tidak akan melemahkan dari segi pendapatan kerjaan, malah ia mampu menarik lebih ramai pemilik tanah untuk memanjangkan tempoh pajakan tanah mereka.

''Apa yang penting, kadar kita yang diperkenalkan ini tidak membebankan mereka, dan dapat memberi kemudahan kepada rakyat dengan selesa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM6 juta bina sekolah rendah agama

Posted:

RM6 juta bina sekolah rendah agama

RM6 juta bina sekolah rendah agama

MELAKA 13 Julai - Kerajaan negeri akan membina empat buah sekolah rendah agama yang baru di bawah peruntukan Kerajaan Pusat bagi tempoh setengah tahun pertama 2011.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md. Amin (BN-Sungai Udang) berkata, empat sekolah tersebut akan dibina di Duyong, Selandar, Sungai Rambai dan Ayer Molek.

Menurutnya, dua buah sekolah agama di Selandar dan Ayer Molek dalam proses penyediaan dokumen tender, di Duyong pula dalam tindakan siasatan tanah dan Sungai Rambai pula sedang dilaksanakan.

''Jumlah keseluruhan peruntukan bagi empat projek tersebut adalah berjumlah RM1.2 juta dan pada tahun 2012 pula bernilai RM4.8 juta," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Keempat di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Tahir Hasan (BN-Paya Rumput) mengenai jumlah sekolah rendah agama yang telah dibina dan dibaiki sepanjang tempoh setengah tahun pertama 2011.

Yaakub berkata, setakat ini hanya sebuah sekolah telah siap dibina iaitu Sekolah Rendah Agama Batang Melaka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dengan kos pembinaan bernilai RM900,000.

Selain itu tambahnya, sebanyak 30 buah sekolah telah diperbaiki dan tujuh lagi dalam pelaksanaan pembaikan.

Beliau menambah, daripada jumlah tersebut 18 buah sekolah terlibat dalam kerja-kerja pembasmian anai-anai iaitu lima di Melaka Tengah, Alor Gajah (6) dan Jasin (7).

''Selebihnya ialah membaiki bumbung, tandas dan pembaikan bangunan masing-masing di Klebang, Taboh Naning dan Bukit Baru," katanya.

Ujarnya, kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM534,207.50 bagi kerja-kerja pembaikan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hanya 188 pertubuhan belia masih aktif

Posted:

Hanya 188 pertubuhan belia masih aktif

Hanya 188 pertubuhan belia masih aktif

MELAKA 13 Julai – Sebanyak 188 daripada 301 pertubuhan belia di negeri ini dikenal pasti masih aktif sehingga Jun tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan negeri, Datuk Gan Tian Loo (BN-Duyong) berkata, kesemua pertubuhan belia tersebut telah berdaftar dengan pejabat pendaftar Pertubuhan Belia dan Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka.

''Kerajaan negeri bersama Kementerian Belia dan Sukan telah menyusun beberapa strategi untuk mengerakkan pertubuhan belia di negeri ini agar terus aktif," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Keempat di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Menjawab soalan Datuk Hasan Rahman (BN-Sungai Rambai) mengenai tindakan kerajaan negeri menggalakkan golongan belia menyertai pertubuhan di negeri ini, Tian Loo berkata, setiap pemimpin belia diwajibkan menghadiri kursus Belia Berkaliber.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Urus 24 hektar kebun sayur

Posted:

Urus 24 hektar kebun sayur

Urus 24 hektar kebun sayur

Oleh HASHIM P. MAMAT
utusanperak@utusan.com.my


Zulkarnain Sahudin menunjukkan buah petola yang ditanam di kebunnya di Kampung Mandah, Kuala Kangsar.


KUALA KANGSAR 13 Julai - Bidalan 'ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi' adalah amat tepat bagi menggambarkan kisah anak muda yang bertekad untuk berbudi ke pada tanah.

Jika dahulu, Zulkarnain Sahudin, 33, lebih kerap turun ke kebun sayur kerana mengikut ayahnya, tetapi kini beliau mempunyai tanggungjawab lebih besar bagi memastikan usaha yang dirintis ayahnya itu terus berjaya.

Hari ini, beliau bukan sahaja seorang pekebun sayur tetapi pengurus ladang yang bertanggungjawab ke atas enam pekerja, termasuk ahli- ahli keluarganya.

Walaupun pernah berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah kilang swasta hingga menjadi seorang penyelia, namun, akhirnya beliau balik ke kampung untuk menjadi petani moden.

Bermula pada keluasan 1.35 hektar kira-kira 15 tahun lalu dengan tanaman timun, Zulkarnain tidak menoleh kebelakang dan terus menambah keluasan tanaman sayurnya sehingga mencapai keluasan 24 hektar.

Kebun sayur yang diusahakan secara Ladang Kontrak dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dilengkapi ke mudahan air titis untuk menyiram tanaman secara sistematik.

''Saya buat berperingkat dan sepanjang tempoh itu melalui pelbagai masalah tetapi melihat kepada kehijauan serta hasil yang terbentang di depan mata menguatkan lagi semangat untuk terus maju," katanya.

Menurutnya, masalah tetap ada selepas benih ditanam seperti ancaman penyakit, lambakan sayuran di pasaran dan cuaca.

Bagaimanapun tegas beliau, itu semua asam garam perlu ditempuhi walaupun adakalanya menyebabkan kerugian.

Bercerita lanjut, Zulkarnain memberitahu, ladangnya kini ditanam dengan timun, petola, terung panjang dan bulat, peria dan labu air.

Ia akan ditukar ke tanaman sayuran lain bergantung kepada kesesuaian dan pasaran semasa.

Dalam mengendalikan ladangnya itu, beliau menggunakan enam orang pekerja tetap dan dibantu bapa serta isterinya.

''Saya sendiri akan turun ke ladang dari pukul 7.30 pagi hingga 12 tengah hari, sebelum di sambung dari pukul 3 hingga 7 petang setiap hari," katanya.

Bagi mewujudkan kemudahan asas di ladangnya, beliau telah membelanjakan sebanyak RM200,000 bagi membina sistem air titis dan RM160,000 bagi membersihkan kawasan ladang menerusi pinjaman daripada Agro Bank.

Mengenai tanah yang diguna kan bagi ladang tersebut, beliau menerangkan, ia merupakan kawasan tanah terbiar di Kampung Mandah yang disewa daripada pemiliknya.

Zulkarnain berkata, beliau banyak mendapat bantuan dan khidmat nasihat daripada pejabat pertanian seperti membenih dan teknik-teknik menjaga bagi memajukan ladangnya.

Di samping itu, kerjasama daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Senggang, Manong turut membantunya untuk terus maju.

Menurut ayah kepada empat anak itu, 50 peratus daripada sayurnya dijual melalui FAMA dan baki dijual di pasar Kuala Kangsar, Sungai Siput, Selayang, Kuala Lumpur, Parit dan pasar harian.

''Sehingga ini masalah pasaran tidak timbul kerana telah membuat perjanjian bersama FAMA dan permintaan daripada peniaga harian juga menggalakkan.

''Selalunya peraih datang sendiri ke ladang mendapatkan bekalan sayur," katanya.

Zulkarnain berkata, beliau pernah mengalami kerugian hampir RM50,000 akibat serangan penyakit pokok.

Menurutnya, beliau sedia memberi nasihat kepada golongan belia dan lepasan institut pengajian tinggi (IPT) untuk menceburi bidang itu kerana rezeki berada di mana-mana asalkan sanggup berusaha dengan gigih.

Sementara itu, Zulkarnain turut meminta pihak berkuasa membina jalan tar sejauh empat kilometer menghubungkan ladangnya ke jalan utama serta mendalamkan anak sungai berhampiran ladangnya itu.

Mereka yang ingin berkongsi maklumat atau melihat sendiri ladang sayur boleh menghubungi Zulkarnain di talian 014-9402498.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lima beranak hidup daif

Posted:

Lima beranak hidup daif

Lima beranak hidup daif

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


Mohd. Syukri Yusof bersama Norlalila Aysikin Mohd. Noor dan dua daripada anak mereka yang hidup dalam keadaan daif di Kampung Terat Batu, Padang Serai, Kedah, semalam.


PADANG SERAI 13 Julai - Setiap insan sering mengimpikan untuk tinggal di rumah besar bak mahligai. Namun, tidak semua dilahirkan ke dunia ini mampu mencapai apa yang diimpikan itu.

Malah, ada yang terpaksa tinggal dalam rumah hampir roboh hanya layak dipanggil bangsal. Bagi insan yang masih hidup dalam serba kemiskinan, hakikat itu terpaksa diterima.

Begitulah kehidupan keluarga Mohd. Syukri Yusof, 30, terpaksa berteduh daripada hujan dan panas dalam sebuah bangsal bekas tempat sarang burung walit, di Kampung Terat Batu, Mukim Sidam Kanan, dekat sini.

Mohd. Syukri berkata, dia dan isteri, Norlalila Aysikin Mohd. Noor, 28, bersama tiga anak berusia antara tiga hingga tujuh tahun tinggal di situ sejak empat tahun lalu.

"Rumah ini milik seorang taukeh Cina dan dia bermurah hati memberikan kami sekeluarga tumpang sejak 2007. Pada asalnya, ia dijadikan tempat sarang burung walit. Namun, selepas berpindah ke premis lain, mereka masih benarkan kami tinggal di sini," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Mohd. Syukri yang bekerja sebagai pembantu kedai makan berkata, dengan pendapatan antara RM10 hingga RM15 sehari, dia tidak mampu membina atau menyewa rumah di tempat lain.

"Saya terpaksa tinggal di sini kerana tiada pilihan. Tambahan pula dekat dengan sekolah anak sulung saya belajar iaitu di Sekolah Kebangsaan Guar Lobak," katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, bangsal didiami lima beranak itu bukan hanya sempit malah tidak mempunyai bilik serta bekalan air bersih.

Lebih menyedihkan, kesemua mereka tidur di atas lantai simen tanpa beralaskan sehelai tikar atau tilam.

Pembantu kedai itu memberitahu, ada kalanya dia dan keluarga terpaksa bergantung hidup kepada belas kasihan jiran-jiran untuk mendapatkan makanan atau barang keperluan lain.

"Selain bekerja di kedai makan, saya juga ambil upah dengan membuat kerja-kerja seperti menebas rumput atau membersihkan kawasan seperti diminta penduduk kampung," katanya.

Sementara itu, Setiausaha UMNO Bahagian Padang Serai, Ahmad Zubib Saad ketika mengunjungi rumah keluarga itu berkata, pihaknya akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka.

"Selain itu, saya juga akan memajukan permohonan keluarga ini untuk mendapatkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pegawai Pembangunan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) daerah Kulim, Ahmad Maidin memberitahu, pihaknya sedang menimbang untuk memindahkan keluarga terbabit ke penempatan Keda bersesuaian sekiranya ada kekosongan.

"Keluarga ini perlu dipindahkan ke kawasan lain agar mereka boleh menikmati kehidupan lebih baik," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk mula terasa kesan jerebu

Posted:

Penduduk mula terasa kesan jerebu

Penduduk mula terasa kesan jerebu

IPOH 13 Julai - Keadaan berjerebu yang melanda beberapa kawasan di negeri ini masih belum mencapai tahap menjejaskan aktiviti penduduk.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kawasan termasuk di Jalan Tasek yang mencatat indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat mendapati, orang ramai tetap bebas melakukan aktiviti seharian dan masih belum mengambil langkah pencegahan seperti menggunakan topeng muka.

Bagaimanapun, beberapa penduduk yang ditemui mengakui keadaan berjerebu berterusan selama dua hari ini menyebabkan mereka mengalami sesak nafas, sakit tekak dan pedih mata.

Seorang pesara, Razali Othman, 56 berkata, keadaan jerebu di Jalan Tasek berlarutan sejak dua hari lalu, namun semakin buruk awal pagi ini.

Katanya, keadaan itu menyebabkan penglihatannya pedih dan kabur setiap kali menunggang motosikal.

"Saya menyangka masalah jerebu ini sudah selesai semalam, tetapi apabila bangun pagi hari ini, saya melihat jerebu masih lagi ada," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu seorang peniaga makanan, Kamisah Yunus, 39, memberitahu, dia mengalami sesak nafas selain tekaknya terasa perit kerana menghidu udara kotor akibat jerebu.

"Sekarang ini saya memang kerap minum air kosong sebab selalu sahaja dahaga dan tekak berasa perit.

"Saya berharap pihak berwajib dapat membantu mengatasi masalah jerebu ini secepat mungkin kerana ia akan menjejaskan kehidupan penduduk yang terpaksa menghidu udara tercemar," katanya.

Seorang penduduk, Rohani Mohd. Taufik, 50, pula berkata, walaupun keadaan jerebu tidak terlalu teruk, namun, ia tetap menjejaskan kesihatan penduduk sekitar daerah itu.

"Sejak dua hari lalu, kawasan di sini memang berjerebu ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang panas menyebabkan tekak terasa perit dan sukar bernafas.

"Saya ada menyediakan topeng muka serta menasihatkan anak-anak untuk minum lebih banyak air, namun, langkah penyelesaian sepenuhnya masalah jerebu ini patut juga dilaksanakan oleh pihak kerajaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Maidam edar 5,000 buku hayati Ramadan

Posted:

Maidam edar 5,000 buku hayati Ramadan

Maidam edar 5,000 buku hayati Ramadan


Wan Harujan Sulaiman menunjukkan buku terbaru keluaran Maidam di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 13 Julai - Sempena ketibaan Ramadan, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menerbitkan buku Fadilat Ramadan bagi meluaskan kefahaman dan kesedaran kepada orang ramai tentang keistimewaan bulan mulia itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Harujan Sulaiman berkata, sebanyak 5,000 naskhah akan diagihkan kepada surau, masjid, sekolah, institusi pengajian tinggi dan perpustakaan awam di seluruh negeri sebelum 1 Ogos ini.

Katanya, buku tulisan Prof. Madya Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Abdul Manan Mohammad Al-Merbawi itu bakal menjadi panduan umum bagi menghayati bulan Ramadan.

"Buku-buku ini akan diedarkan secara percuma bagi membolehkan orang ramai merujuk sekiranya mempunyai persoalan tentang kelebihan bulan Ramadan.

"Saya berharap orang ramai dapat menelaah buku ini sebagai persiapan untuk kita menyambut ketibaan Ramadan agar kedatangannya dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, hari ini.

Buku setebal 87 muka surat memuatkan penerangan mengenai amalan-amalan sunat, kelebihan, perkara-perkara yang dilarang serta dalil-dalil tentang kewajipan berpuasa.

Dalam pada itu, Wan Harujan berkata, sejak 2008 sehingga kini, sebanyak 109,000 naskhah buku telah dicetak merangkumi 71 tajuk berkaitan pelbagai permasalahan dalam agama Islam.

Jelasnya, Maidam berperanan menyediakan bahan-bahan ilmiah kepada masyarakat dalam usaha meningkatkan ilmu pengetahuan mereka terhadap agama Islam dari semasa ke semasa.

"Penerbitan buku yang bersesuaian merupakan salah satu tanggungjawab Maidam yang perlu dilaksanakan untuk menyebarkan agama Islam kepada orang ramai tidak kira waktu dan tempat.

"Selain itu, kita juga memberi peluang kepada penulis-penulis di luar sana untuk berkongsi ilmu yang mereka miliki bagi membentuk budaya menulis dan membaca dalam kalangan masyarakat tanpa mengira peringkat umur," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bau sampah ganggu penduduk

Posted:

Bau sampah ganggu penduduk

Bau sampah ganggu penduduk

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
utusankelantan@utusan.com.my


Timbunan sampah sarap yang mencetuskan bau busuk di Tapak Pasar Tani Ayer Lanas, Jeli, Kelantan, semalam.


JELI 13 Julai - Penduduk Kampung Ayer Lanas di sini mendakwa terpaksa menghidu bau busuk sejak dua bulan lalu ekoran longgokan sampah yang dibuang di kawasan berhampiran tapak pasar tani di situ tidak diuruskan pihak berwajib.

Menurut penduduk, beberapa tong sampah dahulunya disediakan di tapak pasar itu telah dipindahkan ke satu kawasan yang jauh menyebabkan tapak pasar tani tersebut tidak mempunyai tong sampah.

Seorang penduduk, Mahadi Mohamad, 36, berkata, bau busuk itu mengganggu kehidupan seharian mereka dan ia menjadi lebih teruk pada waktu malam ekoran bau yang ditiup angin.

"Dulu memang ada tong sampah di tapak pasar tetapi telah dipindahkan. Orang ramai pula masih membuang sampah di tapak pasar tani sehingga ia berlonggok dan mengeluarkan bau busuk.

"Lebih teruk lagi sampah-sampah itu pula tidak dikutip oleh pihak berwajib meskipun jumlahnya sudah terlalu banyak," ujar beliau ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Ayub Yaacob, 27, pula berkata, keadaan itu bukan setakat mengganggu kehidupan seharian mereka, malah turut memberi kesan kepada peniaga di pasar tani berkenaan.

"Siapa yang mahu datang ke sini kalau terpaksa menghidu bau busuk. Setiap hari Jumaat kalau ada pasar, pengunjung pasti mengeluh kerana keadaan tersebut.

"Sebagai orang Islam, kita diajar untuk menjaga kebersihan justeru saya berharap orang ramai dan pihak berkuasa dapat bekerjasama menyelesaikan masalah ini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kembara Ramadan bermula 2 Ogos

Posted:

Kembara Ramadan bermula 2 Ogos

Kembara Ramadan bermula 2 Ogos

KOTA BHARU 13 Julai - Skuad Kembara Ramadan sempena Program Semarak Merdeka 2011 akan menjelajah ke seluruh daerah di negeri ini sepanjang berlangsungnya sambutan kemerdekaan negara yang jatuh dalam bulan puasa.

Program bertema Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera anjuran Jabatan Penerangan Malaysia negeri Kelantan itu merupakan aktiviti julung kalinya diadakan.

Ia bagi menggantikan program Semarak Merdeka 1Malaysia (SM1M) yang telah diadakan sejak 2008.

Pengarahnya, Ramly Yusoff berkata, program yang akan bermula pada 2 hingga 20 Ogos depan dan mendapat kerjasama kira-kira 12 agensi termasuk polis, badan korporat dan media tempatan.

Katanya, lebih 54 kenderaan termasuk 30 motosikal dari Kelab Motor Honda Klasik yang dihiasi dengan Jalur Gemilang akan singgah ke 10 daerah bagi menyemarakkan lagi sambutan Ramadan dan bulan kemerdekaan.

Beliau berkata, program itu akan dilancarkan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Makhtar Mustapha di lokasi pertama program di Masjid Ikhsaniah Lubuk Jambu, Mulong, Kota Bharu pada 2 Ogos ini.

"Sepanjang program, Skuad Kembara Ramadan akan bergerak ke setiap daerah bagi mengedarkan Jalur Gemilang dan surah Yasin kepada orang ramai.

"Mereka juga akan ke masjid dan surau terpilih untuk berhimpun dan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik,'' katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Program Semarak Merdeka 2011 di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Berkampung di Hutan Belum

Posted:

Berkampung di Hutan Belum

Berkampung di Hutan Belum

Oleh ABD. HALIM HADI
halim.hadi@utusan.com.my


Ahmad Azam Shah Abd. Majid (kanan) mengarahkan sesuatu kepada para peserta Cabaran Pengakap Hutan Hujan Malaysia 2011 sewaktu perhimpunan pagi di Kem Tanjung Satu Pulau Banding, Gerik, Perak.


PENDIDIKAN yang baik tidak semestinya dilakukan secara formal seperti yang ditimba dari bilik darjah. Asuhan dan pembelajaran melalui aktiviti luar kadangkala mampu memberi kesan yang lebih mendalam.

Pergerakan pengakap sebagai persatuan beruniform misalnya antara organisasi terawal yang membuktikan keberkesanan pembentukan peribadi melalui bimbingan tidak formal.

Kokurikulum itu terbukti berkesan dalam melengkapkan diri seseorang untuk menjalani kehidupan dengan lebih berkeyakinan, berdaya saing, semangat setiakawan dan bertolak ansur.

Itulah sebahagian daripada nilai-nilai murni yang masih dijunjung dan dipamerkan anggota pengakap yang menyertai Cabaran Hutan Tropika Pengakap Malaysia (MRSC) di Hutan Belum-Temengor, baru-baru ini.

Perhimpunan anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak dengan kerjasama Kumpulan Emkay pada Mei lalu disertai oleh 162 ahli Persatuan Pengakap Malaysia dari seluruh negara termasuk perwakilan Pramuka (pengakap) Indonesia.

Program di hutan hujan tertua dunia itu merupakan sebahagian daripada matlamat pergerakan dalam memupuk kesedaran generasi muda pada pemuliharaan alam semula jadi.

MRSC yang disertai ahli pelbagai pangkat berusia antara 18 hingga 25 tahun itu bermula dengan gema bacaan Deklamasi Belum-Temengor yang mengikat janji dengan alam sekelilingnya.

Selepas laungan ikrar mula lenyap, hutan dara berusia 130 juta tahun itu 'diserahkan' kepada ahli persatuan yang cukup sinonim dengan lilitan sapu tangan di leher itu. Selama seminggu, Hutan Belum itu adalah perkampungan baru yang harus dikenali dan dijaga sebaik-baiknya.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Ahmad Azam Shah Abd. Majid berkata, bertemakan Hijaukan Dunia Menerusi Pengakap program melestarikan alam semula jadi itu dibahagikan kepada beberapa bahagian melalui pendedahan yang berbeza.

"Peserta dibahagikan kepada empat 'perkampungan' iaitu Kem Sungai Enam, Kem Sungai Kejar, Kem Tanjung Satu dan Kem Pulau Pendidikan.

"Sepanjang tujuh hari setiap kumpulan akan berpindah dari satu kem ke kem yang lain untuk mengikuti pengisian program yang disediakan,'' katanya.

Menurut Ahmad Azam, pembelajaran dilakukan melalui pendekatan pengalaman sendiri melibatkan deria dengar dan peka, lihat dan pantau, analisis dan siasat.

Pembelajaran di antara setiap kem pula disatukan di atas konsep keakraban hubungan alam dan manusia yang seharusnya sentiasa dijaga.

Pengalaman di Taman Negeri Royal Belum (TNRB) yang terbentang seluas 117,500 hektar itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah, permainan perang, membina rakit buluh, anyaman dan kursus fotografi.

Pengisian ilmu alam diperkayakan lagi dengan penglibatan mereka yang pakar mengenai kandungan dan eko-sistem alam antaranya Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pulau Banding, Dr. Daniel Baskaran dan Prof. Mashor Mansor dari Universiti Sains Malaysia.

Terpisah jauh daripada keluarga dan dunia moden, peluang yang ada juga tidak dilepaskan untuk menyemarakkan rukun dan kemahiran pengakap yang mungkin sudah lama tidak dipraktikkan.

Namun begitu, penempatan yang disediakan oleh Emkay tetap menyediakan mereka kemudahan seperti penginapan yang selesa, dapur, dewan makan dan tandas.

Pesuruhjaya Daerah Persatuan Pengakap Malaysia, Batang Padang Perak, Amiruddin Baki Hashim berkata, selain mengenal alam sekitar program itu juga memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari kemahiran hidup dan berkenalan dengan rakan pengakap dari seluruh negara.

"Melalui perkhemahan ini diharapkan peserta dapat membina sahsiah diri, meningkatkan disiplin serta membina ketahanan diri sebagai rakyat yang berkualiti," katanya.

Bagi Foon Seng Leong, 25, pengisian yang diadun dengan baik sepanjang program bersesuaian dengan semua peringkat umur, membuatkan pengalaman seminggu di hutan itu berlalu dengan pantas.

"Selain aktiviti lasak seperti meredah hutan, aktiviti waktu malam pula dipenuhi dengan kuiz dan ceramah yang ilmiah," kata anggota pengakap dari Ipoh, Perak itu.

Abdullah Yaacob, 20, pula berkata, selain peluang berinteraksi dengan rakan pengakap dari pelbagai kaum, program itu pada masa yang sama membawa mereka lebih dekat dengan haiwan dan alam semula jadi.

"Pengalaman paling berharga di sini adalah peluang melihat gajah di habitat asal dan serangga lantern bug yang merupakan ikon Hutan Belum.

"Sebelum ini saya tidak pernah berminat untuk mengambil tahu mengenai apa yang ada di dalam hutan kita dan apa pula petunjuk bagi setiap spesies," kata pengakap laut yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Lumut.

Selepas perkhemahan di Hutan Belum, peserta dibawa melawat ke Pulau Orang Utan di Bukit Merah Laketown Resort iaitu pusat kajian dan pembiakan orang utan yang diuruskan oleh Yayasan Emkay.

MRSC yang julung kali diadakan itu mendapat sokongan dan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan Kementerian Pelancongan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved