Rabu, 4 Jun 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


W. Persekutuan Raja Sukma

Posted: 03 Jun 2014 12:51 PM PDT

Nor Azita Ibrahim muncul atlet terbanyak meraih emas dengan tujuh pingat, sekali gus mendahului senarai calon Olahragawati.

KANGAR - Selepas Kuala Lumpur dinobat sebagai juara edisi sulung Sukan Malaysia (Sukma) pada 1986, Wilayah Persekutuan mengulangi pencapaian 28 tahun lalu dengan merampas gelaran Raja Sukma selaku juara keseluruhan Temasya XVII di Perlis.

Nama Wilayah Persekutuan mula digunakan pada 2006 selepas Kuala Lumpur bergabung dengan Labuan dan Putrajaya.

Namun, kejayaan muncul juara keseluruhan pada Sukma XVII yang ditutup secara rasmi hari ini, mengimbau kembali kejayaan yang pernah dipahat Kuala Lumpur, 28 tahun lalu.

Pungutan 55 pingat emas, 37 perak dan 49 gangsa pada Sukma membolehkan Wilayah Persekutuan diangkat sebagai juara, menewaskan gergasi sukan tanah air, Terengganu yang berada di kedudukan kedua dengan 51 emas, 56 perak dan 30 gangsa.

Malah pencapaian Wilayah Persekutuan itu adalah lebih baik berbanding Temasya 2012 di Kuantan, yang menyaksikan kontinjen mereka sekadar mengumpul 37 emas, 41 perak dan 45 gangsa untuk berada di kedudukan kelima.

Dalam 24 sukan yang dipertandingkan pada Sukma Perlis, renang adalah penyumbang utama emas buat Wilayah Persekutuan.

Insiden bumbung koyak di Pusat Akuatik, Kompleks Renang, Kangar tidak langsung menjejaskan pemburuan pingat Wilayah Persekutuan apabila meraih 10 pingat emas daripada 38 yang ditawarkan.

Wilayah Persekutuan turut menguasai gimrama dan taekwondo selepas masing-masing menyumbang sembilan dan lima emas.

Atlet gimrama, Tai Qing Tong menyumbang lima emas buat Wilayah Persekutuan, sekali gus meletakkan namanya sebagai calon Olahragawati bersama rakan sepasukan, Ong Ming Fen yang memenangi tiga emas renang.

Bagaimanapun atlet kanu Pahang, Nor Azita Ibrahim mendahului calon utama Olahragawati dengan mempamer pencapaian sensasi, menggondol tujuh pingat emas.

Nor Azita muncul pemenang pingat emas terbanyak pada temasya kali ini, baik dalam saingan lelaki dan wanita.

Bagi persaingan gelaran Olahragawan, lima atlet berkongsi kutipan empat pingat emas.

Mengetuai senarai perenang Selangor, Chan Jie; jaguh menembak Pahang, Low Wei Chern; atlet memanah Terengganu, Muhammad Shaiffuddin Kamro serta dua atlet kanu, Mohd. Khirulniza Salleh (Wilayah Persekutuan) dan Ahmad Shafiq dari Terengganu.

Namun, cabaran daripada pemecah-pemecah rekod kebangsaan juga tidak boleh diketepikan.

Atlet Johor, Iskandar Alwi menjuarai acara lompat bergalah lelaki bersama rekod kebangsaan, 5.15 meter.

Pemenang pingat emas Sukan SEA, Muhammad Irfan Shamsuddin dari Negeri Sembilan meraih emas lempar cakera bersama rekod kebangsaan, 54.26m.

Turut mencatat nama sebagai pencipta rekod kebangsaan, atlet angkat berat Sabah, Constantine Clement.

Terengganu yang mendominasi acara kanu, menyaksikan pendayung mereka, Akmal Idayu Mat Razik dan Fatin Ajeerah Wahab memahat rekod kebangsaan dalam kategori K2 1,000m wanita.

Perak pemilik ibu segala pingat

Posted: 03 Jun 2014 12:51 PM PDT

Pemain-pemain Perak meraikan kejayaan merangkul pingat emas bola sepak Sukma XVII bersama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir selepas menewaskan Johor 3-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Tuanku Syed Putra, malam tadi.

KANGAR - 'Ibu segala pingat emas' menjadi milik Perak selepas menundukkan Johor 3-1 pada saingan akhir bola sepak Sukma XVII, semalam.

Aksi akhir yang berlangsung di Stadium Tuanku Syed Putra, menyaksikan Perak berada di hadapan menerusi Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi seawal minit ketujuh selepas dia merembat masuk bola muntah yang gagal ditangkap kemas Md. Syafizullah Abd. Wahab.

Kesilapan penjaga gol Johor sekali lagi gagal menangkap kemas percubaan pemain perak mengundang padah pada minit ke-17 apabila Khairul Asyraf Sahizah mudah menolak masuk gol kedua perak yang juga merupakan gol kelimanya dalam Sukma kali ini.

Perak hampir menambah gol ketiga pada minit ke-40 apabila Muhammad Fikri Sudin melakukan hantaran silang dan berjaya disambar Khairul Asyraf namun percubaan itu sedikit tersasar dan penguasaan pasukan utara tanah air itu berterusan sehingga tamat separuh masa pertama.

Muhammad Shahrel gagal memanfaatkan peluang yang terhidang pada minit ke-58 apabila percubaannya hasil hantaran Muhammad Fikri sekadar terkena tiang ketika Md. Syafizullah sudah tertewas.

Johor memiliki peluang untuk merapatkan jurang pada minit ke-72 apabila dihadiahkan sepakan percuma namun percubaan Muhd. Asyraf Abd. Talib berjaya ditepis keluar penjaga gol Muhammad Hafizul Hakim.

Harimau Selatan berjaya merapatkan kedudukan empat minit kemudian selepas Shafiq Shaharudin berjaya menyempurnakan sepakan penalti selepas Naim Nazmi Zainuddin dijatuhkan pemain pertahanan Perak.

Tidak cukup dengan itu, Perak menjaringkan gol ketiga mereka pada minit ke-90 selepas Muhammad Shahrel merembat hantaran lintang pemain gantian Mohammad Adzem Mansor bagi memastikan kemenangan pasukan itu.

Sementara itu pengendali Perak, Syamsol Saad nyata gembira dengan kejayaan yang diperoleh sekali gus mengubat kekecewaan mereka pada Sukma 2012 apabila mereka tewas 3-0 kepada Sabah di pentas akhir.

Katanya, anak-anak buahnya berjaya beraksi dengan baik dan mengikut segala arahan yang diberikan meskipun mereka kepenatan.

"Separuh daripada pasukan hari ini adalah daripada skuad Sukma 2012 dan dengan kejayaan ini mereka berjaya membuktikan bahawa pasukan ini masih relevan.

"Kemenangan ini juga ditujukan kepada semua rakyat Perak dan diharap ia dapat memberikan sedikit keceriaan kepada mereka," katanya.

Kali terakhir Perak muncul juara ialah di Sukma Sabah pada 2002 apabila menewaskan Pulau Pinang 3-1.

Kredit: www.utusan.com.my

Selasa, 3 Jun 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Mayat dengan kesan tetakan di kepala ditemui di Klang

Posted: 03 Jun 2014 09:28 PM PDT

KLANG 4 Jun- Seorang lelaki india ditemui mati di belakang Sekolah Convent Klang dengan kesan tetakan di belakang kepalanya.

Mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 20-an tidak mempunyai pengenalan diri serta punca dan motif kejadian masih tidak diketahui. - UTUSAN ONLINE

Dadah RM2.93 juta dirampas

Posted: 03 Jun 2014 12:51 PM PDT

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusa.com.my

CHIK Omar Chik Lim (dua dari kiri) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas di KLIA semasa sidang akhbar di Sepang, Selangor, semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF

SEPANG 3 Jun - Cubaan dua keldai dadah antarabangsa menyeludup 15.44 kilogram (kg) syabu bernilai RM2.93 juta gagal apabila diberkas dalam dua kes berasingan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada 30 dan 31 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, cubaan menyeludup dadah jenis syabu itu dilakukan dua lelaki iaitu warganegara Uzbekistan dan Nigeria.

"Kes pertama dikesan pada pukul 11.45 pagi, 30 Mei lalu, apabila pegawai bertugas mengesan seorang lelaki mencurigakan yang baru tiba dari Tashkent, Uzbekistan. Bagasi yang dibawa lelaki berkenaan telah diimbas dan didapati terdapat objek yang mencurigakan.

"Hasil imbasan dan pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati terdapat tujuh bungkusan serbuk kopi pelbagai jenis. Namun apabila dibuka mengandungi 14.4 kg syabu bernilai RM2.73 juta," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Chik Omar, siasatan mendapati suspek yang merupakan warganegara Uzbekistan berusia 50 tahun dan bekerja sebagai tukang masak itu memasuki negara ini menggunakan visa pelancong.

Katanya, kes kedua pula dikesan pada pukul 4.20 petang keesokannya, apabila pegawai bertugas menahan seorang lelaki warganegara Nigeria berusia 36 tahun yang baru tiba dari Doha, Qatar.

"Hasil pemerhatian dan imbasan ke atas bagasi dibawa suspek terdapat imej mencurigakan. Pemeriksaan lanjut menemukan ruang rahsia yang diisi dengan 1.42 kg serbuk putih disyaki syabu bernilai RM197,980.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai buruh binaan di negaranya dan telah dua kali memasuki negara ini menggunakan visa pelancong," katanya.

Sementara itu kata Chik Omar, kedua-dua suspek berkenaan direman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Dalam pada itu katanya, bagi tempoh Januari sehingga Mei lalu, JKDM KLIA menggagalkan 12 percubaan menyeludup masuk pelbagai jenis dadah di KLIA dengan melibatkan rampasan sebanyak 248.7 kg dadah bernilai RM43.38 juta.

"Kita juga menahan tujuh suspek," katanya yang memberitahu, sehingga kini tiada kes penyeludupan dadah dilaporkan di KLIA 2.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


'Doktor Ika' dipenjara tiga tahun

Posted: 03 Jun 2014 12:51 PM PDT

HASDI Jamal Aripin dibawa ke mahkamah sebelum dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan menyamar sebagai doktor di Mahkamah Majistret Melaka, semalam.

MELAKA 3 Jun - Seorang lelaki berperwatakan lembut yang menyamar sebagai doktor wanita berwajah ayu dengan gelaran 'Dr. Ika', memakai tudung dan gemar memakai baju kurung, akhirnya dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Hasdi Jamal Aripin, 27, yang beralamat di Ampang, Selangor dijatuhi hukuman tersebut oleh Majistret Nurul Ezwaney Husin setelah menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan menipu Norman Mohd. Norawai, 42, dengan menyamar sebagai Doktor Norzulaikha Jamaluddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Sabah didakwa menyerahkan dokumen sijil Perakuan Amalan Tahunan yang diketahuinya sebagai palsu dan perbuatan itu telah mendorong Norman menyerahkan wang RM8,280 sebagai gaji kepadanya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Klinik Doktor Norman Sdn. Bhd., di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam di sini antara 15 Januari dan 11 April tahun lalu.

Dakwaan terhadap Hasdi Jamal dikemukakan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan termasuk mengenakan denda terhadapnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Ashraf Abd. Hamid yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh.

Menurut Mohd. Ashraf, perbuatan tertuduh yang menyamar sebagai doktor telah menjejaskan profesion kedoktoran.

"Dalam tempoh itu juga tertuduh telah merawat banyak pesakit," kata Mohd. Ashraf.

Nurul Ezwaney memerintahkan tempoh pemenjaraan tertuduh berkuat kuasa hari ini.

Mengikut fakta kes, tembelang tertuduh yang menyamar sebagai 'Doktor Norzulaikha Jamaluddin' terbongkar selepas Norman menerima satu panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa tertuduh telah mengganggu suaminya.

Mangsa yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena kemudian telah membuat semakan di Internet melalui laman web Majlis Perubatan Malaysia (MMC) untuk mengetahui kesahihan kelayakan sijil yang dimiliki tertuduh.

Selepas membuka laman web itu, mangsa mendapati nama yang tertera adalah Dr. Zulaika Nordin dan bukannya Norzulaikha Jamaluddin yang diguna tertuduh.

Ekoran itu mangsa kemudian telah membuat laporan polis di Balai Polis Batu Berendam pada 8 April tahun lalu dan tertuduh kemudian ditangkap pada 11 April ketika sedang menunggu pesakit.

Sepanjang menjadi doktor sambilan selama tiga bulan, mangsa telah membayar gaji hampir RM10,000 kepada tertuduh.

Pengarah tekstil warga Bangladesh didakwa pecah amanah

Posted: 03 Jun 2014 03:29 AM PDT

SHAH ALAM 3 Jun - Seorang pengarah syarikat tekstil warga Bangladesh hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan cek bernilai RM160,000 milik syarikatnya untuk kegunaan sendiri, empat tahun lalu.

Md Mokbul Hossain, 52, yang menetap di Aman Perdana, Klang mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim G.Ramesh.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di syarikat M.N.T Global Sdn Bhd yang dia merupakan pengarahnya, di Lorong Tiara 1B, Klang antara 2 September 2010 dan 5 Mei 2011.

Md Mokbul didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman minimum penjara dua tahun maksimum 20 tahun, dan dengan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Zainal Omar meminta mahkamah mengenakan jaminan yang munasabah kepada anak guamnya yang mempunyai isteri warga tempatan dan enam anak, memandangkan tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah.

Mahkamah membenarkan Md Mokbul diikat jamin RM25,000 dengan dua penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 1 Julai sebagai sebutan kes. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kempen keselamatan di Bentong

Posted: 03 Jun 2014 12:51 PM PDT

Oleh Zamzurina Ahmad
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

Kakitangan Allianz Malaysia dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya mengedarkan pelekat keselamatan kepada pengguna jalan raya semasa Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya peringkat daerah di Dataran Tras, Bentong, baru-baru ini. - IHSAN/JKJR

BENTONG 3 Jun - Sebanyak 600 pelekat keselamatan untuk penunggang motosikal diedarkan pada Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya peringkat daerah yang berlangsung di Dataran Tras, di sini baru-baru ini.

Kempen dengan kerjasama syarikat insurans, Allianz Malaysia dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) itu turut mengedarkan 50 topi keledar kepada penunggang motosikal terpilih.

Pengurus Allianz Malaysia Temerloh, Nazaruddin Ab. Majid berkata, kempen terbaharu ini sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk memberi kesedaran keselamatan jalan raya terutama kepada penunggang motosikal.

"Pengedaran 600 pelekat reflektif ini diharapkan dapat membantu meningkatkan tahap keselamatan penunggang motosikal terutama pada waktu malam.

"Selain itu, 50 penunggang motosikal yang menggunakan topi keledar tidak selamat sama ada lama atau tidak diluluskan pihak berkuasa juga menerima topi keledar baharu," katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.

Menurut Nazaruddin, dalam kempen berkenaan, 20 buah kerusi khas untuk keselamatan kanak-kanak di dalam kereta turut diedarkan.

"Di samping itu, 10 pengguna kenderaan bermotor pertama tiba di kempen itu turut diberikan pelan 'Enhanced Road Warrior' selama setahun secara percuma, produk yang menggabungkan bantuan termasuk menunda sehingga 600 kilometer sekiranya berlaku kerosakan kenderaan dan juga perlindungan insurans.

"Keselamatan adalah keutamaan dan kami percaya adalah penting untuk mendidik orang ramai mengenai keselamatan jalan raya dan memainkan peranan dalam mewujudkan kesedaran terhadap keselamatan," jelasnya.

Katanya, Allianz Malaysia secara aktif telah mempromosikan keselamatan jalan raya melalui kerjasama dengan pihak JKJR dan sebanyak 88 kempen advokasi telah diadakan di seluruh negara dengan 400 kakitangan Allianz terlibat dalam kempen ini.

Lebih 600 sertai Larian Amal Universiti Malaysia Pahang untuk bantu anak yatim

Posted: 03 Jun 2014 12:51 PM PDT

Lebih 600 peserta dalam kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersama anak-anak yatim mengambil bahagian dalam program Larian Amal Penyayang di sekitar kampus UMP Pekan, baru-baru ini.

KUANTAN 3 Jun - Lebih 600 peserta dalam kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersama-sama dengan anak-anak yatim mengambil bahagian dalam program Larian Amal Penyayang di sekitar kampus UMP Pekan, baru-baru ini.

Program anjuran Kelab Penyayang dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMP itu bertujuan mengumpul dana, selain menjalinkan hubungan erat antara warga universiti dengan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Permata Camar, Permata Insyirah dan Rumah Amal Hembusan Kasih Sayang.

Pengarah program, Fatin Nabila Sazali berkata, untuk menceriakan lagi anak-anak yatim itu, pelakon, Fauzi Nawawi dan Betty Benafe turut memeriahkan Bicara Santai Bersama Selebriti.

Katanya, antara yang dikongsikan dua artis berkenaan adalah amalan budaya hidup sihat iaitu sentiasa bijak meluangkan masa untuk tampil sihat, cergas dan merencana masa depan untuk berjaya dalam kehidupan.

"Penganjuran program ini merupakan sebahagian usaha menyemai budaya prihatin dalam kalangan mahasiswa UMP untuk mendekatkan diri dengan masyarakat dan golongan kurang bernasib baik.

"Mereka memerlukan kasih sayang dan dorongan menuju ke arah kehidupan yang lebih baik dan sebagai mahasiswa, kami terpanggil memberikan harapan dan semangat kepada mereka untuk menjadi cemerlang," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, sebanyak RM3,500 berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai termasuk warga UMP yang disampaikan Pengarah Pusat Kokurikulum UMP, Ramle Abid untuk diserahkan kepada ketiga-tiga rumah anak yatim tersebut.

Kuantan 160 dapat sambutan

Posted: 03 Jun 2014 12:51 PM PDT

Shafik Fauzan Sharif (dua dari kanan) diiringi Idros Yahya (kanan) beramah mesra bersama peserta Kuantan Century Ride di Padang MPK 1, Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 3 Jun - Sejak mula diperkenalkan pada 2012, penyertaan peserta dalam acara kayuhan basikal yang terbesar di Pantai Timur, Kuantan Century Ride (Kuantan 160) sentiasa meningkat setiap tahun.

Pengarah Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Idros Yahya berkata, jumlah peserta yang menyertai acara itu pada tahun ini adalah 2,147 berbanding 1,911 (2013) dan 780 (2012).

"Jumlah negara yang menyertai acara ini juga meningkat pada setiap tahun iaitu 13 pada 2012, 23 (2013) dan 25 (2014).

"Jadi, kita berharap Kuantan 160 ini akan terus mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pengayuh-pengayuh tegar bukan sahaja di dalam negara ini, malah di luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penutupan Kuantan 160 yang diadakan sempena memeriahkan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1, di sini kelmarin.

Pada sebelah pagi, pelepasan peserta disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif.

Sementara itu, Idros berkata, Kuantan 160 bukan acara lumba basikal tetapi diadakan bagi menggalakkan sukan berbasikal, mempromosi gaya hidup sihat, memperkenal destinasi serta meningkatkan sosioekonomi di negeri ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Lelaki cuba seludup 66 ekor burung dalam seluar

Posted: 03 Jun 2014 11:15 AM PDT

CAMAGUAY, Cuba 3 Jun - Seorang lelaki ditangkap selepas cuba menyeludup 66 ekor burung kelicap di dalam seluar panjangnya keluar ke Amerika Syarikat dari Cuba semalam.

Lelaki itu ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Ignacio Agramonte di pusat bandar Cuba dan dikesan selepas terdapat beberapa benjolan yang kelihatan mencurigakan pada seluarnya.

Selepas ditahan oleh Kastam, suspek mendakwa dia hanya menyembunyikan seekor burung merpati sebagai satu hadiah kepada cucu lelakinya. - Agensi

3,000 banduan dibebaskan di Uzbekistan

Posted: 03 Jun 2014 10:37 AM PDT

TASHKENT, 4 Jun - Kira-kira seramai 3,000 banduan dibebaskan pemerintah Uzbekistan di bawah satu pengampunan beramai-ramai yang dianugerahkan kepada hampir 70,000 orang, kata Ketua Pendakwa Uzbekistan semalam.

Pengampunan beramai-ramai tahunan itu diberikan kepada 69,497 orang, kata pejabat ketua pendakwa dalam satu kenyataan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 43,082 telah disabitkan jenayah mereka dan hukuman ditarik kembali, termasuk 3,237 orang yang dibebaskan dari beberapa penjara dan pusat tahanan, tambahnya lagi.

Mereka yang kekal ialah individu-individu yang masih menunggu perbicaraan.

- Agensi

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Cinta direstui keluarga

Posted: 02 Jun 2014 08:14 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Tiada pembedahan kosmetik

Posted: 02 Jun 2014 08:14 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

1 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Antara halal dan 'umum al-balwa'

Posted: 03 Jun 2014 12:51 PM PDT

Oleh Salleh Buang

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapa menunjukkan dua laporan analisis makmal Jabatan Kimia terhadap sampel Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Cadbury Dairy Milk Hazelnut yang disahkan tiada Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi di Putrajaya, kelmarin. - BERNAMA

MINGGU lalu apabila media tempatan menyiarkan berita mengenai dua produk coklat jenama Cadbury dikatakan mengandungi DNA babi (porcine), masyarakat Muslim negara ini gempar, terkejut campur marah. Reaksi ini boleh kita faham kerana apa sahaja produk makanan yang mengandungi daging babi atau bahan yang ada kaitan dengan babi bukan sahaja tidak halal (haram), bahkan najis.

Beberapa NGO Islam segera mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bersedia membantu sesiapa sahaja anggota masyarakat yang telah tertipu membeli dan memakan barang tidak halal dan najis itu untuk mengambil tindakan terhadap syarikat pembuat coklat tersebut.

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Sukaguam menyatakan mereka bersedia memberi khidmat guaman percuma kepada sesiapa sahaja yang mahu mengambil tindakan menuntut ganti rugi sehingga RM100 juta terhadap syarikat tersebut.

Perlu ditegaskan di sini bahawa bukan semua orang berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pembuat coklat itu.

Untuk memastikan seorang itu ada locus standi memfailkan tuntutan di mahkamah, orang itu mestilah ada bukti bahawa dia sememangnya telah membeli produk buatan syarikat itu daripada pengedarnya yang sah (dan ada menyimpan resit untuk membuktikan transaksi pembelian itu) dan selepas itu produk itu telah pun diserahkan kepada pihak lain yang diiktiraf ada kepakaran menjalankan ujian, dan hasil kajian itu sah membuktikan barang itu ada mengandungi DNA babi seperti yang dilaporkan oleh media.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah memaklumkan dalam sidang akhbar di pejabatnya minggu lalu bahawa menjual produk mengandungi DNA babi tanpa memaklumkan masyarakat Muslim di negara ini adalah satu 'penipuan jahat dan harus dibendung'. Perbuatan syarikat itu merupakan satu 'penghinaan yang amat dahsyat', tambahnya lagi.

Beliau menambah; "Setakat ini kami telah menerima 700 emel dan pesanan ringkas daripada rakyat Malaysia yang mahu kami mewakili mereka menyaman Cadbury. Kami akan memfailkan saman ini dan menganggarkan jumlah tuntutan sebanyak RM100 juta."

Kenyataan JMM itu dibuat ekoran pendedahan Kementerian Kesihatan dan Jakim sebelumnya yang mengesahkan bahawa dua produk berjenama Cadbury (iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam) mengandungi DNA babi. Jakim telah juga menarik balik sijil halalnya mengenai produk berkenaan. Syarikat Cadbury telah kemudian menarik kedua-dua produk tersebut dari semua premis perniagaan yang menjual produk tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Sukaguam Kebangsaan, Ahmad Zuhairi Ahmad Pu'aat berkata bahawa tindakan undang-undang yang mungkin diambil terhadap syarikat pembuat coklat itu adalah tuntutan gantirugi di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599).

Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof. Hamdan Adnan pula menyeru agar tindakan lebih tegas diambil terhadap syarikat berkenaan agar peristiwa buruk seperti ini tidak berulang.

Tidak cukup dengan kejutan pendedahan kewujudan DNA babi dalam produk makanan kegemaran kanak-kanak ini, keadaan menjadi lebih keliru dan kelam-kabut lagi apabila media memetik pandangan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin, yang khabarnya menyatakan bahawa produk buatan Cadbury itu 'yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi DNA babi adalah seperti hukum asalnya, iaitu halal dimakan' (sila lihat http://www.astroawani.com/news/show/coklat-cadbury-halal-majlis-fatwa-kebangsaan-36793?cp)

Abdul Shukor berkata, perkara ini termasuk dalam kategori keadaan 'umum al-balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

Dalam kenyataan penuhnya yang dikeluarkan minggu lalu, Abdul Shukor menjelaskan; "Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, muzakarah memutuskan bahawa ia dikategorikan sebagai 'umum al-balwa'.

Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan.

Kenyataan Abdul Shukor ini mengingatkan perbualan saya dengan arwah ayah sewaktu saya masih muda dulu. Dalam bahasa mudah yang kita fahami, ayah menyatakan kepada saya bahawa istilah 'umum al-balwa' boleh diertikan sebagai 'bala atau musibah yang tidak boleh dielakkan' atau 'sukar dielakkan'.

Yang menggusarkan banyak pihak (termasuklah beberapa sahabat saya di kalangan warga peguam) adalah kemungkinan besar kes melibatkan coklat Cadbury ini akan dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat. Tindakan undang-undang ini boleh berupa guaman sivil (tuntutan ganti rugi pihak-pihak berkenaan di bawah Akta tertentu atau di bawah common law), dan juga boleh berupa prosiding jenayah (oleh pihak berkuasa tertentu di bawah undang-undang negara tertentu berkaitan produk halal).

Jadi, kalau kita sudah menjangkakan guaman sivil dan prosiding jenayah ini akan diambil oleh pihak-pihak berkenaan, kenapakah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan merasa perlu (seolah terburu-buru) membuat kenyataan tentang perihal pencemaran atau kontaminasi yang berlaku 'adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan'?

Tidakkah perbuatan Jawatankuasa Fatwa mengeluarkan pendapat sedemikian itu seperti mendahului kerja dan peranan mahkamah?

Kita langsung tidak berniat menafikan kepakaran dan ketokohan Jawatankuasa Fatwa dalam aspek pentafsiran 'umum al-balwa' ini dari segi hukum syarak. Pun begitu, perlu ditegaskan bahawa apa yang rakyat kita hadapi sekarang adalah dua isu perundangan yang amat serius, iaitu:

Pertama, ia membabitkan isu product liability oleh syarikat pembuat (sebahagian daripada undang-undang kecuaian) berasaskan common law dan statut; Kedua, ia membabitkan aspek jenayah, iaitu pelanggaran peraturan negara kita sendiri, antaranya Trade Descriptions (Definition Of Halal) Order 2011.

Di bawah Peraturan 2011 itu, apabila suatu barang makanan atau barang lain dinyatakan sebagai halal dan boleh dimakan oleh seorang Muslim, barang itu mestilah, antara lain, 'tidak mengandungi bahan daripada apa-apa haiwan yang dilarang oleh hukum syarak ke atas seorang Muslim untuk memakannya.'

Sekiranya seorang itu disabitkan kesalahan melanggar Peraturan 2011 itu, dia boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Jika yang bersalah itu adalah satu syarikat, denda boleh dikenakan ke atasnya tidak melebihi RM5 juta.

Rakyat negara ini berhak bertanya dan mahkamah nanti berhak memeriksa keterangan untuk memutuskan sendiri (membuat penghakimannya), apakah syarikat berkenaan telah bertindak dengan penuh berhati-hati dan bertanggungjawab memastikan barang buatan mereka sentiasa halal - bukan hanya di peringkat pembuatan, bahkan di peringkat selepas itu sehinggalah barang buatan mereka itu dibeli dan dimakan oleh pelanggan mereka (rakyat jelata yang membelinya).

Mahkamah perlu memutuskan sendiri apakah pencemaran atau kontaminasi barang makanan coklat itu 'di luar kawalan dan amat sukar dielakkan'.

Sementara semua ini masih lagi menjadi tanda tanya, selagi ia tidak dibicarakan dan diputuskan oleh mahkamah, rakyat jelata juga perlu diperingatkan bahawa status satu fatwa' itu wujud dari sudut undang-undang dan mengikat semua umat Islam di sebuah negeri itu hanya setelah apa yang dikatakan 'fatwa' itu telah disetujui oleh Majlis Fatwa Negeri dan selepas itu telah disiarkan dalam Warta Kerajaan negeri berkenaan.

Berkorban perangi isu seleweng diesel

Posted: 03 Jun 2014 12:51 PM PDT

Oleh Abu Kassim Mohamed

Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK memeriksa pam yang digunakan oleh sindiket mencuri minyak diesel dalam serbuan di sebuah premis yang terletak di Taman Angsamas, Mambau, Negeri Sembilan, baru-baru ini. - BERNAMA

"MAHU pendapatan lumayan dengan mudah, jual diesel bersubsidi". Ini antara jenaka yang kita dengar kebelakangan ini.

Ada yang bergurau aktiviti menyeleweng bahan api bersubsidi sebagai satu 'kerjaya' yang sangat mudah tanpa modal besar. Mampu memperoleh antara RM200 hingga RM300 sehari dengan mudah.

Pokoknya, ia perbuatan yang tidak wajar. Kita tidak mahu lihat perbuatan tidak bermoral ini berterusan.

Kita perlu mengakui penyelewengan diesel dan petrol bersubsidi satu 'kanser jenayah'.

Di sebalik gurauan tidak membina ini, ramai bertanya apa yang kita perlu lakukan bagi mengatasi isu penyelewengan diesel dan petrol bersubsidi.

Jawapan saya: Kita perlu ambil tindakan segera. Tetapi ini memerlukan pengorbanan semua.

Pihak berkuasa perlu mengkaji semula mekanisme pengagihan bahan api bersubsidi ini. Ini antara opsyen diberikan kepada kerajaan.

Pada masa sama, ada juga yang bertanya apa yang dilakukan oleh pasukan penguat kuasa dalam mengatasi masalah ini. Bukankah ini kerja penguat kuasa? Tanya mereka.

Benar! Saya juga bersetuju kita perlu memperkasa pasukan penguat kuasa dan pada masa sama, kita perlu mengkaji semula mekanisme pengagihan subsidi bahan api.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melihat penyelewengan bahan api bersubsidi ini sebagai satu isu yang serius khususnya sejak skim subsidi diperkenalkan. Sudah tiba masa masalah ini diselesaikan dengan mengadakan satu pendekatan baharu yang lebih efisien dan bersepadu.

Disebabkan keseriusan ini, SPRM meminta kerajaan mengkaji semula kaedah pemberian subsidi diesel kerana berlaku banyak ketirisan yang merugikan negara.

SPRM, sebagai agensi pencegahan rasuah, mahu bantuan kewangan dalam bentuk subsidi sampai kepada kumpulan sasaran. Ia hanya perlu dinikmati oleh golongan kurang berada. Bukannya digunakan untuk mengaut keuntungan ataupun disalurkan kepada warga asing.

Dalam kenyataan media sebelum ini, saya telah menekankan bahawa saranan mengkaji semula mekanisme ini sebahagian daripada usaha untuk mencegah kegiatan penyeludupan diesel yang mengakibatkan kerugian di pihak kerajaan.

Jika ketirisan ini dapat dikurangkan, lebihan peruntukan itu boleh disalurkan kepada perkara membabitkan kepentingan rakyat.

Jadi, SPRM mengalu-alukan pendekatan terbaharu yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan yang diumumkan pada Ahad lalu.

Mengikut laporan media, kerajaan sudah memutuskan untuk memperkenalkan satu sistem baharu penjualan diesel dan petrol bersubsidi kepada kenderaan komersial yang layak mulai 1 September ini. Sistem yang sama bagi kenderaan persendirian juga akan dilaksanakan pada Oktober atau November.

Bermakna kenderaan komersial dan persendirian tertakluk kepada peraturan terbaharu ini. Kita tunggu butiran mekanisme yang hendak diperkenalkan.

Kerajaan dilaporkan menyasarkan penjimatan sebanyak RM9.8 bilion melalui pelaksanaan sistem baharu yang dijamin lebih efektif.

Seperti ditekankan oleh kerajaan, SPRM juga yakin sistem baharu itu diyakini mampu memastikan bahan api bersubsidi itu dinikmati oleh hanya rakyat yang benar-benar layak dan ia juga mampu mengurangkan salah guna dan mengelak berlakunya ketirisan dan pembaziran.

Tidak dapat dinafikan bahawa penyelewengan bahan api bersubsidi ini meliputi pihak berkuasa dan kumpulan tidak bertanggungjawab. Hasil siasatan mendapati mereka yang terbabit begitu mudah cuba merasuah pihak berkuasa.

Pihak berkuasa dan orang ramai perlu tampil mengemukakan aduan bagi membantu SPRM membendung penyelewengan diesel dan memberi jaminan mereka dilindungi mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Sementara kerajaan mengambil langkah segera ini, saya merasakan agensi-agensi penguat kuasa perlu mencari langkah jangka panjang.

Isu penyelewengan ini, seperti saya katakan awal tadi, merupakan satu jenayah bersindiket - ada elemen rasuah dan juga ada elemen bukan rasuah. Kita mengharapkan pengorbanan semua pihak jika mahu mengelakkan kerugian dan ketirisan.

SPRM beri jaminan dan komited untuk menangani isu ini dari sudut rasuah dan salah guna kuasa. SPRM tidak akan lari daripada tanggungjawab mengesan pihak yang terlibat dalam gejala rasuah di sebalik penyelewengan bahan api bersubsidi.

Tetapi usaha ini sebenarnya merentasi elemen rasuah. Justeru, ia memerlukan pendekatan bersepadu.

Pendekatan penyelesaian diumumkan kerajaan kemungkinan akan membebankan rakyat. SPRM berpandangan bahawa rakyat perlu membuat sedikit pengorbanan. Rakyat perlu menerima pendekatan terbaharu kerajaan bagi menangani penyelewengan diesel dan petrol bersubsidi dengan terbuka.

Saya berharap anggota penguat kuasa juga akan melakukan pengorbanan dengan menjalankan tugas dengan berkesan. Negara masih ada pegawai penguat kuasa yang berintegriti dan beramanah. Jadi, setiap anggota perlu memainkan peranan. Jika setiap anggota mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, kita boleh berjaya.

Saya selalu berpegang kepada pendirian bahawa kita boleh menyelesaikan separuh daripada masalah rasuah jika setiap rakyat ada nilai integriti. Isu penyelewengan bahan api bersubsidi merupakan satu lagi contoh kita boleh menyelesaikan masalah rasuah jika setiap daripada kita memainkan peranan masing-masing.

Kita perlu berikrar atau berjanji: Jangan beli diesel jika tidak perlu. Jangan jual diesel atau petrol kepada warga asing. Lapor jika ada pihak yang menjual diesel atau petrol kepada rakyat atau pengguna dari negara jiran. Ambil tindakan tegas jika ada yang menjual 'secara tidak sah' atau cuba menyogok pihak berkuasa.

Kita tidak ada pilihan kecuali berkorban dan beramanah. Hargai harta dan kekayaan negara.

TAN Sri Abu Kassim Mohamed ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved