Jumaat, 25 April 2014

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pemuda berhenti kerja jaga ibu bapa

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
utusanjohor@utusan.com.my

Zulkurnain Kamisan (duduk) melihat Xan Abd. Kader yang dijaga oleh anak bongsunya, Muhammad Hairul Xan (kiri) ketika melawat keluarga itu di Parit Sulong, Batu Pahat, baru-baru ini.

BATU PAHAT 24 April - Anak bongsu daripada sembilan beradik sanggup berhenti kerja di sebuah kilang di sini sejak tiga tahun lalu kerana mahu menjaga ibu bapanya yang terlantar sakit di rumah.

Muhammad Hairul Xan, 35, berbuat demikian kerana bapanya, Xan Abd. Kader, 85, memerlukan penjagaan rapi setiap masa selepas terlantar di katil akibat sakit tua sejak enam tahun lalu.

Sebelum ini, ibu saya, Wardienah Abdul Ralim, 80, yang menjaga bapa, tetapi tidak lama kemudian ibu juga sakit sejak empat tahun lalu menyebabkan semua urusan berkaitan mereka dilakukan oleh saya.

Adik-beradik yang lain sudah berkahwin dan tinggal di luar Johor, tetapi mereka juga ada datang menjenguk ibu dan bapa. Saya tidak boleh meninggalkan mereka terlalu lama kerana bimbang dengan keadaan kesihatan mereka," katanya ketika ditemui di Parit Sulong di sini baru-baru ini.

Muhammad Hairul juga sanggup menangguhkan hasrat berkahwin kerana merasakan tanggungjawab menjaga ibu bapanya perlu diutamakan.

Saya serahkan soal jodoh kepada Allah. Kalau ada, saya akan kahwin tetapi buat masa ini saya masih belum memikirkannya kerana sudah pasti masa untuk menjaga ibu dan bapa agak terhad," katanya yang kini berkebun secara kecil-kecilan di belakang rumah mereka.

Dia mengakui pendapatan hasil tanaman tidak menentu dan kadangkala tidak mampu membeli ubat untuk orang tuanya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan yang melawat keluarga itu berjanji akan merujuk perkara tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membantu mendapatkan bantuan sewajarnya untuk kedua-dua warga emas berkenaan.

Sekiranya mereka masih belum menerima sebarang bantuan, saya akan uruskan kerana dengan bantuan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan beban terutamanya untuk membeli ubat serta keperluan warga emas itu," katanya.

Pantau tahap kesihatan jemaah

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 24 April - Agensi pelancongan yang mengendalikan urusan umrah di negeri ini diminta memantau tahap kesihatan jemaah sebelum dan selepas pulang mengerjakan ibadah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, langkah itu bagi memastikan jemaah khususnya yang baru pulang dari Mekah bebas daripada dijangkiti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV).

Beliau berkata, langkah tersebut mampu mencegah penularan virus yang dipercayai disebar menerusi unta itu daripada menjangkiti orang ramai dan ahli keluarga seandainya jemaah terlibat disahkan dijangkiti MERS-CoV.

Jabatan Kesihatan negeri telah memaklumkan kepada semua 32 agensi pelancongan yang mengendalikan urusan umrah di negeri ini agar sentiasa memantau kesihatan jemaah.

Ini termasuk menasihati jemaah untuk membuat pemeriksaan kesihatan di hospital dan klinik kesihatan berhampiran sama ada sebelum berangkat ke Mekah ataupun sebaik sahaja pulang mengerjakan ibadat tersebut," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Bumi dan melancarkan Program Alam Sekitar peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) negeri 2014 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri, Mokhtar Abdul Majid dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM, Prof. Dr. Azlan Abdul Rahman.

Baru-baru ini, seorang penduduk Kampung Bintang, Batu Pahat, Kamaroz Zaman Jafri, 54, meninggal dunia sebaik pulang mengerjakan umrah akhir bulan lalu akibat dijangkiti MERS-CoV.

Ayub berkata, agensi pelancongan tersebut juga dinasihatkan supaya tidak melibatkan jemaah dengan aktiviti berkaitan unta atau minum susu haiwan peliharaan berkenaan sepanjang menunaikan ibadat di Tanah Suci.

Dalam pada itu beliau memberitahu, jumlah penduduk yang dikenakan pengawasan dalam rumah juga telah berkurangan, hanya lapan orang yang merupakan sanak-saudara kepada Kamaroz Zaman yang masih dipantau tahap kesihatan mereka.

Pihaknya akan terus memantau perkembangan terkini jangkitan MERS-CoV dan meminta orang ramai yang mengalami demam, batuk, selesema dan sakit tekak supaya segera mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berdekatan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Najib lancar portal aduan komuniti 'fortherakyat.com'

Posted: 25 Apr 2014 01:57 AM PDT

KUALA LUMPUR 25 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan portal aduan komuniti 'fortherakyat.com', satu lagi platform untuk orang ramai mengadu dan mengetengahkan permasalahan mereka.

Portal seliaan Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO itu membolehkan masyarakat menyalurkan terus sebarang masalah seumpama itu, dan biro berkenaan akan menghubungi pengadu dan menjelaskan tentang langkah penyelesaian.

Pengerusi biro itu, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A. Rahman berkata, portal berkenaan berfungsi secara interaktif dan pengadu boleh memantau setiap aduan yang dibuat.

"Kelebihan portal ini ialah ia bersifat interaktif dengan setiap aduan akan mempunyai status seperti 'diterima', 'disemak', dan 'diproses.'

Apabila aduan diselesaikan, ini akan dimaklumkan kepada pengadu melalui e-mel," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran portal itu.

Katanya, hampir semua jenis aduan bersandarkan masalah komuniti berkaitan isu seperti kepenggunaan, perkhidmatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, kewangan dan ekonomi boleh diajukan ke portal itu.

Sheikh Ahmad Nafiq berkata, setiap aduan dijangka melalui proses semakan dan penyelesaian antara dua minggu hingga empat bulan, selain bergantung juga kepada proses di peringkat agensi kerajaan terlibat.

Katanya, sejak mula beroperasi sebulan lalu, portal itu menerima 84 aduan orang ramai, 79 daripadanya berjaya diselesaikan. - BERNAMA

SPAD, JPJ perlu berterusan pantau pemandu bas

Posted: 25 Apr 2014 01:50 AM PDT

KUALA LUMPUR 25 April - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mahu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan pemantauan berterusan terhadap perkhidmatan bas ekspres dan persiaran.

Katanya, ia bertujuan mengembalikan semula keyakinan pelancong domestik dan antarabangsa terhadap industri pelancongan negara selepas beberapa insiden membabitkan bas baru-baru ini.

"Walaupun SPAD dan JPJ melaksanakan tugas dengan baik, namun pemantauan dan penguatkuasaan perlu diperketat dan dilakukan secara konsisten.

"Kita (kementerian) harap SPAD dan JPJ tidak hanya bertindak ketika berlaku nahas sahaja. Sebaliknya mereka perlu memainkan peranan sebelum dan selepas pengambilan pemandu bas," katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis pelancaran Promosi Kerja Kahwin 2014, di sini hari ini.

Dalam bulan ini hingga semalam, empat kemalangan melibatkan bas dilaporkan berlaku di Pahang, ada yang menyebabkan penumpang maut. - BERNAMA

Air mentah dari bekas lombong selamat digunakan - MB Selangor

Posted: 25 Apr 2014 01:32 AM PDT

KLANG 25 April - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menepis dakwaan yang mengatakan bahawa langkah kerajaan negeri menggunakan air mentah dari bekas lombong untuk menampung keperluan air di Lembah Klang boleh menimbulkan masalah kesihatan kerana terdapat kandungan logam berat di dalamnya.

Beliau berkata, kandungan air dari bekas lombong selamat digunakan berdasarkan kaedah pensampelan yang dibuat oleh Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan.

"Kita ada pakar lain yang mengatakan air dari bekas lombong selamat digunakan dan ujian yang dijalankan oleh ahli kimia turut mendapati perkara sama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program khas bersama rakyat di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekeliling Malaysia, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang yang juga Naib Canselor serta Profesor Pelestarian Air di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dilaporkan berkata langkah kerajaan Selangor mendapatkan bekalan air mentah dari bekas lombong tidak sesuai kerana ia mungkin boleh menyebabkan penyakit kulit.

Dr. Zaini dilaporkan berkata kajian yang dilakukannya sebelum ini mendapati air bekas lombong tidak bermasalah jika diambil pada bahagian permukaan tetapi jika disedut hingga ke dasar, bahan logam berat akan turut disedut sekali.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, kerja-kerja mengepam air dari kolam-kolam bekas lombong telahpun dimulakan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air ketika ini dengan lapan pam air berkeupayaan tinggi yang setiap satunya mampu mengepam jumlah air sebanyak 50 juta liter sehari. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Mangsa kebakaran syukur, terharu

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

Oleh NORLIA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

Abdul Azeez Abdul Rahim (kanan) mendengar sesuatu yang diperkatakan Zulkifli Saad (tiga dari kanan) ketika melawat rumah mangsa yang terbakar di Kampung Pekan Lama Pulai, Baling, baru-baru ini.

BALING 24 April - Mangsa kebakaran yang tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian di Kampung Pekan Lama, Pulai dekat sini Jumaat lalu melahirkan rasa syukur apabila bakal mendapat sebuah rumah baharu.

Zulkifli Saad, 56, berkata, dia terharu apabila mendapat bantuan segera untuk membina rumah baharu menggantikan rumah mereka yang musnah dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi itu.

Saya bersyukur kepada Allah kerana akan dapat rumah baharu tidak lama lagi, jika tidak, tidak tahulah di mana kami sekeluarga akan tinggal kerana mustahil dalam masa singkat dapat mengumpul wang untuk membina rumah baharu.

Kami kini hanya tinggal sehelai sepinggang, menumpang di rumah saudara, tiada apa lagi yang ada," katanya di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, bantuan tersebut diluluskan oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang melawat mereka sekeluarga baru-baru ini.

Dalam pada itu, menurut Abdul Azeez, mangsa tergolong dalam golongan yang tidak bernasib baik dan wajar mendapat bantuan sebuah rumah baharu memandangkan mereka mempunyai tujuh orang anak.

Beliau berkata, melalui peruntukan pejabatnya keluarga berkenaan mendapat sebuah rumah baharu bernilai RM33,000 lengkap dengan tiga bilik tidur dan bilik air.

Saya juga meminta UMNO Baling menyumbangkan kelengkapan termasuk peti ais, televisyen, pakaian sekolah dan juga netbook kepada seorang anak mangsa, Nor Syafiqah,19, yang belajar di Kolej Islam Sains Teknologi, Bachok, Kelantan.

Saya berharap dengan bantuan itu dapat meringankan beban keluarga berkenaan yang hilang segalanya," kata Abdul Azeez.

Dalam kejadian tersebut, tiga anak perempuan Zulkifli dan isterinya, Kamariah Yusof, 52, iaitu Nor Syafiqah, 19, Khairul Nadihah, 14, dan Alia Falida, 12, dikatakan sedang tidur di tingkat bawah rumah papan dua tingkat apabila api muncul di penjuru sebuah bilik.

Ketika itu, suami isteri tersebut keluar bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumah mereka.

IPG Perlis juara Pidato 1Malaysia

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

Oleh Sholina Osman
utusanperlis@utusan.com.my

KANGAR 24 April - Pelajar Tahun Kedua Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis muncul sebagai juara Pertandingan Pidato 1Malaysia sekali gus akan mewakili Perlis ke peringkat kebangsaan di Miri, Sarawak pada Jun nanti.

Zakhary Farouk Chai, 20, pelajar bidang pengajian bahasa Inggeris ini yang memilih tajuk Transformasi Membentuk Negara Sejahtera berjaya menewaskan tujuh peserta lain.

Beliau menerima hadiah wang tunai RM1,500 dan sijil yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, Khaw Hock Kong yang merasmikan majlis itu di Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP), Padang Behor di sini hari ini.

Tempat kedua disandang oleh M. Ragini, 21, yang menerima wang tunai RM1,000 dan sijil manakala tempat ketiga oleh S. Shermala, 21, menerima wang tunai RM500 dan sijil di mana masing-masing pelajar IPG Perlis.

Pemenang saguhati pula menerima hadiah wang tunai RM300 dan sijil.

Yang turut hadir Pengarah Penerangan Negeri, Mohammad Lokman Mahmud.

Zakhary yang pertama kali menyertai pertandingan pidato di peringkat negeri anjuran Jabatan Pe-nerangan Negeri ini mengakui tidak menyangka akan berjaya dinobatkan sebagai juara.

Anak ketiga dari empat adik-beradik ini bersyukur kerana usahanya selama seminggu termasuk membincangkan isi kandungan pidato dengan pensyarah telah membuahkan kejayaan.

Saya juga berlatih berpidato selama dua jam sehari di hadapan rakan-rakan supaya lancar bercakap sambil dinilai oleh mereka," katanya yang berasal dari Tawau, Sabah.

Beliau berjanji akan memperbaiki beberapa kelemahan dalam kelancarannya bertutur supaya dapat membawa pulang kemenangan di peringkat kebangsaan nanti.

Zakhary yang meminati bidang pidato sejak zaman persekolahan percaya minatnya dalam bidang ini akan membantunya untuk menjadi guru yang berjaya di masa depan.

50 Orang Asli ikuti latihan perguruan

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

SUNGAI SIPUT 24 April - Dalam memastikan pendidikan untuk anak Orang Asli terus terbela, seramai 50 orang dari masyarakat itu kini giat mengikuti latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.

Timbalan Rektor IPG Malaysia, Dr. Lee Boon Hua berkata, mereka kini memasuki fasa ketiga latihan di kampus berkenaan dan mereka diharap dapat menjadi kumpulan perintis pertama guru untuk ditugaskan di sekolah Orang Asli.

Menurutnya, prestasi mereka berada pada tahap yang baik, bertepatan dengan hasrat IPG yang mengutamakan guru berkualiti dan berkelayakan bagi memperkasakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Pengambilan khas guru pelatih dalam kalangan masyarakat Orang Asli bermula pada tahun 2010. Ini merupakan satu transformasi pendidikan masyarakat Orang Asli supaya mereka mempunyai semangat daya juang untuk meningkatkan pendidikan.

Dalam memastikan kemajuan guru, IPG telah menghantar guru pelatih di sekolah Orang Asli di seluruh negara untuk mengenali cara hidup dan budaya masyarakat ini.

Setakat ini kita mempunyai 50 pelatih Orang Asli dan kita berharap jumlah itu akan bertambah pada masa akan datang," katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Jalinan Mesra Peribumi 2014 di Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang, dekat sini hari ini.

Tambah Boon Hua, melalui strategi didik hibur, IPG berharap guru berupaya menyerap tekanan serta berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran sekiranya mereka ditempatkan di kawasan pedalaman seperti perkampungan Orang Asli.

Pendidikan ketika ini tidak lagi berkisar kepada pengetahuan asas sahaja tetapi pendidik mesti mampu melahirkan pelajar kreatif yang boleh menyelesaikan masalah serta boleh berfikir secara kritis dan analitis.

Bagi mencapai hasrat itu, pendidikan perlu bersifat dinamik dan menyeluruh yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Kompaun penanda aras kesedaran alam sekitar

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

Mohd. Azhar Abd. Hamid (tengah) ketika melakukan lawatan Zon Sifar Sampah di Pantai Saujana, Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

TELOK KEMANG 24 April - Kejayaan mendidik masyarakat untuk peka berhubung aspek menjaga alam sekitar serta kebersihan boleh diukur melalui jumlah kompaun yang dikeluarkan.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) negeri, Mohd. Azhar Abd. Hamid berkata, apabila jumlah kompaun yang dikeluarkan meningkat ini bermakna kesedaran itu masih menipis.

Kita mahu sampai tahap sukar mencari pesalah yang membuang sampah merata-rata serta mengeluarkan jumlah kompuan yang sedikit sahaja barulah kita berjaya dari segi mendidik masyarakat yang mencintai alam sekitar.

Untuk itu pihak kami sentiasa berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menjayakan misi ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mohd. Azhar berkata, masyarakat wajib mengutamakan kebersihan dan mengamalkan sistem kitar semula selain mengelak daripada melakukan pembaziran terutama pembaziran makanan.

Apabila ini berjaya dilakukan ia secara tidak langsung membantu mengurangkan kutipan dan mempermudahkan sistem pelupusan sampah.

Dalam menuju status negara maju kita seharusnya mempunyai pemikiran bersama untuk mencintai alam sekitar dengan semaian menjaga kebersihan dan bukan hanya meletakkan peranan tersebut di bahu sesebuah organisasi mahu pun jabatan sahaja," tegasnya.

Tambah beliau, apabila budaya itu berjaya diterap dalam setiap diri ahli masyarakat, beliau yakin tidak akan wujud lagi masalah pembuangan sampah malah mereka yang ingin melakukan kesalahan juga berasa segan dan menyedari akibat perbuatan mereka itu.

19 GRO warga China, tiga lelaki tempatan ditahan polis

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

MELAKA 24 April - Seramai 19 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga China ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dalam serbuan Ops. Noda di sebuah premis hiburan di Jalan Merdeka, Banda Hilir di sini awal pagi semalam.

Dalam operasi pukul 1.30 pagi itu, kesemua GRO berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan ketika sedang asyik melayan pelanggan sambil menari dan menyanyi.

Pegawai Turus, Asisten Superintendan Azhar Abdul Rahim berkata, turut ditahan ialah tiga lelaki tempatan berusia antara 23 hingga 50 tahun.

Menurutnya, mereka yang ditahan itu adalah seorang penjaga premis yang menggaji pekerja tanpa permit manakala dua lagi ialah pelanggan, turut didapati positif dadah jenis syabu.

Ketika serbuan, kesemua GRO yang ditahan gagal melarikan diri melalui pintu belakang kerana dikepung sepasukan empat pegawai dan 12 anggota D7 yang dibantu Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC).

Daripada siasatan awal, mana-mana pelanggan yang berkunjung di pusat hiburan ibu diberi pilihan untuk memilih pelbagai jenis tiara dan jubah yang dijual sehingga harga mencecah ribuan ringgit untuk diberikan kepada GRO yang disukai.

Kesemua GRO yang ditahan didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada permit dan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya ketika ditemui selepas operasi itu.

Menurut Azhar, pihak polis akan turut menyiasat berhubung dakwaan premis berkenaan mempunyai lesen bagi menjalankan penerbitan dan penggambaran filem.

Beliau menambah, premis tersebut mendakwa mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ekoran 25 nama yang dibenarkan membuat penggambaran di situ.

Lelaki maut, seorang parah kereta bertembung

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

TELOK KEMANG 24 April - Seorang lelaki maut apabila Perodua Myvi yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 5.6, Tanah Merah Site C, Port Dickson, dekat sini malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 11.50 malam tersebut, mangsa, S. Thibanraj, 24, yang tersepit di bahagian pemandu, maut di tempat kejadian.

Ayah mangsa, P. Sivan, 51, berkata, sebelum nahas, anaknya itu telah meminta kebenaran untuk keluar ke pekan Lukut kerana mahu berjumpa anak saudara dan rakannya.

Bagaimanapun sebaik ingin melelapkan mata, saya menerima panggilan telefon daripada seorang rakan yang memaklumkan anak saya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya serta saya diberitahu dia cedera parah.

Saya segera ke lokasi kejadian dan mendapati anak sudah tidak sedarkan diri manakala kereta milik kakaknya itu rosak teruk dan remuk di bahagian depan," katanya ketika di temui malam tadi.

Jelas Sivan, selepas kemalangan berlaku, mangsa dikatakan masih mampu menghubungi abang iparnya yang tinggal di Lukut untuk memberitahu dia terlibat dalam kemalangan.

Thibanraj adalah anak bongsu dan masih bujang," jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan dan Penyelamat Port Dickson, Abdul Rahim Atan berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11.52 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba di lokasi tersebut kami mendapati Perodua Myvi yang dipandu mangsa remuk setelah bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Wira.

Kedua-dua kereta rosak teruk dan kedua-dua pemandu kereta terbabit tersepit di tempat duduk pemandu," katanya.

Tambah beliau, ketika sampai, Thibanraj didapati sudah tidak bergerak lagi dan disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Pemandu kereta Proton Wira pula patah kaki kiri dan dibawa ke Hospital Port Dickson untuk dirawat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Kerajaan tidak tolak hudud

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Majikan Malaysia rugi lebih RM1 bilion

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Jeff Ooi mahu Khalid dipecat

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Si cilik gegarkan litar

Posted: 24 Apr 2014 06:05 AM PDT

SEBAHAGIAN ibu bapa dan anak-anak yang hadir untuk sesi latihan pocket bike di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor, baru-baru ini.

UMPAMA penunggang motosikal profesional apabila melihat lagak kanak-kanak yang berusia lima hingga 13 tahun ini beraksi di tengah litar. Mereka tidak teragak-agak untuk menyengetkan motor sehingga lutut mencecah jalan tatkala di selekoh dan memecut laju di laluan lurus.

Lengkap berpakaian seperti seorang pelumba dan memakai topi keledar serta pelindung-pelindung keselamatan lain di lutut dan siku, deruman dan ngauman bingit pocket bike (motosikal mini) dengan kelajuan yang mencecah 50 hingga 100 kilometer sejam itu tidak pernah menakutkan mereka.

Ketika mereka sedang beraksi, ibu bapa pula berada di tepi litar memberikan sokongan padu dan semangat kepada anak-anak yang tetap utuh dengan gaya.

Paling penting, mereka semua ini menyimpan cita-cita sendiri agar satu hari nanti bergelar pelumba nasional dan ke pentas antarabangsa dalam meniti kejayaan dalam dunia sukan permotoran.

Sukan ini diakui merupakan aktiviti lasak yang memerlukan kecekalan dan kecekapan serta semangat yang kuat dalam diri seseorang selain berbekalkan minat.

Ternyata, sebaik ditanya kepada ibu bapa kanak-kanak yang terlibat dalam sukan pocket bike ini apakah perasaan mereka melihat ketangkasan dan aksi anak ketika berlumba atau menjalani latihan, bagi mereka perasaan resah dan khuatir kiranya anak-anak mereka tercedera, kini sudah semakin berkurangan.

"Pada mulanya, saya khuatir juga dan tidak mahu beri dia galakan dalam sukan ini takut tercedera. Namun, memikirkan minatnya yang mendalam dalam bidang ini saya membiarkan sahaja dan kini saya semakin yakin dengan anak saya, Mohd. Zaki Ahmad Zamri, 11, yang semakin cekap menunggang pocket bike.

"Sudah dua tahun dia berkecimpung dalam bidang ini. Minatnya terhadap sukan ini timbul apabila melihat dua orang sepupunya yang turut terlibat dalam sukan ini.

"Apa yang membanggakan setakat ini dia telah membawa pulang banyak pingat kemenangan," kata Norziana Saad, 43, anak jati Klang, Selangor, yang sentiasa memastikan anaknya memakai pakaian keselamatan yang diperlukan sebelum berlumba.

Norziana yang baru-baru ini ditemui di Litar Lumba Sepang, bersama ibu bapa lain bagi sesi latihan sebelum ke pertandingan yang akan diadakan di Johor tidak lama lagi, mengakui anaknya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Meru Dua, Klang itu pernah mengalami kecederaan.

Kemalangan itu berlaku ketika berlumba dalam satu pertandingan di Kulai, Johor, tahun lepas sehingga Mohd. Zaki dimasukkan ke hospital memandangkan organ-organ dalamannya membengkak.

Namun, kecederaan itu sedikit pun tidak mematahkan semangat anak bongsunya itu untuk terus menceburi dunia sukan permotoran, malah semakin membara apabila setiap hujung minggu dia akan menantikan saat untuk berlatih atau terpilih untuk berlumba.

Menurut Norziana, selain Litar Antarabangsa Sepang (SIC), anaknya turut berlatih di Stadium Kuala Selangor.

Rata-rata katanya, umur kanak-kanak yang menjadikan sukan pocket bike sebagai hobi sukan mereka adalah dari lima tahun dan ke atas, malah ada juga orang dewasa yang menunggang motosikal mini ini.

Sementara itu apabila ditanya kepada Mohd. Zaki mengenai minatnya itu, dia menyatakan rasa seronok apabila dapat menunggang pocket bike di litar secara profesional.

Dia juga menjadikan pelumba motosikal negara, Zamri Baba sebagai idolanya.

"Pernahlah jatuh tetapi sakitnya cuma sekejap, selepas itu saya cuba lagi yang terbaik," katanya bersemangat tinggi.

Mohd. Zaki bertuah, kerana abangnya, Mohd. Zaidi, 23, sentiasa memberi sokongan moral kepadanya dalam bidang itu.

Mohd. Zaidi, yang ketika seusia adiknya dahulu, turut berjinak-jinak dalam sukan itu. Kini sudah tentu dia memberi galakan yang serupa kepada adiknya untuk meneruskan kesinambungan minatnya.

Bekerja dengan membuka sebuah bengkel kereta, Mohd. Zaidi mengakui, dia banyak melakukan ubai suai pada kenderaan pocket bike adiknya agar lebih berkuasa tinggi dan motosikal mini itu lebih senang untuk dikawal.

"Sebenarnya seronok menunggang motosikal mini ini, selain rupanya yang comel, ia juga dibekalkan dengan kapasiti enjin 40cc dan 50cc. Enjin tersebut boleh dipertingkatkan kuasanya berdasarkan keupayaan motosikal berkenaan," jelasnya yang sentiasa mengiringi adiknya ketika berlatih mahupun dalam mana-mana pertandingan di seluruh negeri.

Modal besar

Sementara itu seorang ahli perniagaan, Fairuz Baim, 38, berharap dua orang anak lelakinya, Mohd. Haziq,13, dan Mohd. Hazim, 10, akan menjadi seorang pelumba litar profesional satu hari nanti.

Bekas pelumba Cub Prix ini memberitahu, berbekalkan pengalaman lalu, dia cuba menyalurkan kepada anak-anaknya itu agar mereka boleh lakukan yang terbaik.

"Hendak ceburi bidang ini memang perlukan modal yang bukan sedikit. Ini termasuklah membeli pocket bike, yang jika dari Itali atau Eropah, harganya mencecah daripada RM15,000 sehingga RM18,000, berbanding dari China yang berharga RM5,000.

"Setelah dibeli, motosikal ini juga perlukan penjagaan, penyelenggaraan, membetulkan kerosakan termasuk enjin, serta kos pengangkutan pergi dan balik ke tempat pertandingan atau latihan dan minyak," kata Fairuz.

Namun katanya, setiap yang dilakukan ini adalah bagi memberi pendedahan kepada anaknya dari usia masih muda dalam dunia permotoran.

Bakat mereka perlu digilap di lapangan yang betul dengan diawasi oleh orang dewasa daripada merempit tidak tentu hala sehingga boleh membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.

Katanya sukan lasak berkenaan sudah lama bertapak di negara luar dan di negara ini ia berkembang sejak tahun 1995 sehingga ada yang menubuhkan persatuan pocket bike masing-masing.

Begitupun setakat ini dia dan anak-anaknya, tidak bernaung di bawah mana-mana persatuan kerana lebih senang bergerak sendiri.

Apa itu pocket bike

Menunggang pocket bike adalah menyeronokkan kerana ia direka dengan kelas dan gaya yang tersendiri bagi motosikal mini.

Motosikal ini dibina dengan aluminium dengan kerangka besi. Ia mungkin tidak mempunyai kelajuan yang keterlaluan, namun masih boleh digunakan untuk memanjat bukit.

Motosikal mini ini juga bergantung kepada saiz dan berat orang yang menunggangnya dengan perasaan yang sama sebagaimana menunggang motosikal biasa, cuma bezanya saiznya yang lebih kecil.

Kenderaan ini juga boleh menggunakan sama ada elektrik atau diesel untuk menjalankannya. - ROSMAH DAIN

Kredit: www.utusan.com.my

Khamis, 24 April 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Anggota polis parah dilanggar lari

Posted: 24 Apr 2014 08:02 PM PDT

KUALA LUMPUR 25 April - Seorang anggota polis cedera parah selepas dilanggar lari sebuah kereta di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Loke Yew, di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi ini, anggota berpangkat Lans Koperal dari Balai Tun H.S Lee sedang menunggang motosikal jenis Yamaha 125z mengalami kecederaan di muka dan pecah kepala lutut. - UTUSAN ONLINE

Sindiket Black Money tumpas

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

Oleh ZULKIFLI SAINUDDIN
pengarang@utusan.com.my

Mohd. Shukri Dahlan (tiga kanan) bersama pegawainya menunjukan wang palsu yang dirampas daripada sendikit black money sewaktu sidang akhbar di IPK Selangor di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 24 April - Polis berjaya menumpaskan sindiket Black Money terbesar di Selangor yang melibatkan penghasilan mata wang asing palsu bernilai RM30 juta dengan tertangkapnya seorang warga Iran selepas menyerbu sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Sentul, Kuala Lumpur semalam.

Selain penahanan lelaki itu yang berusia 54 tahun dan dipercayai dalang utama sindiket tersebut, turut dirampas dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang itu ialah wang palsu dolar Amerika Syarikat, pound sterling dan dolar Singapura yang bernilai RM30 juta.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, serbuan ke atas kediaman itu dibuat ekoran aduan seorang wanita tempatan berumur 51 tahun yang merupakan kakitangan bank pada bulan lalu yang kerugian RM400,00 selepas ditipu oleh sindiket Black Money.

"Bertindak daripada maklumat itu, polis telah menyerbu kondominium tersebut semalam dan menahan suspek serta menemui wang-wang palsu berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut turut menemui beberapa peralatan elektronik yang dipercayai digunakan untuk memproses wang palsu seperti mesin memproses wang, peti keselamatan dan telefon bimbit," katanya pada sidang akhbar di di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini hari ini.

Mohd. Shukri berkata, kondominium tersebut telah dijadikan sebagai tempat memproses wang palsu dan digunakan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran wang palsu.

"Sindiket ini mencari mangsa melalui laman sosial dan cuba memperdayakan mangsa terutamanya wanita, supaya membantu mereka dalam perniagaan dengan dijanjikan pulangan yang berlipat ganda.

"Ini adalah sindiket besar yang mempunyai ramai ejen dan kami percaya dengan penahanan ini, ia dapat membongkar kes-kes lain melibatkan penipuan Black Money," ujarnya.

Mohd. Shukri berkata, suspek kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved