Khamis, 16 Januari 2014

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Terapi senu pulihkan tekanan

Posted: 15 Jan 2014 09:55 PM PST

Remaja yang berdepan dengan gejala mengandung luar nikah meluahkan perasaan mereka melalui lukisan yang merupakan Terapi Seni.

KETIDAKUPAYAAN meluahkan permasalahan dalam diri pesakit atau mangsa yang datang daripada pelbagai latar belakang disebabkan oleh permasalahan-permasalahan yang dialami terlalu berat, rumit dan kompleks untuk dilafazkan secara lisan apatah lagi untuk dikongsi dengan orang lain walaupun pada kaunselor atau terapis bertauliah.

Salah satu kaedah yang boleh digunakan adalah melalui pendekatan Art Therapy atau Terapi Seni. Pendekatan Terapi Seni ini merupakan kaedah yang diterimapakai dengan meluas di Barat dalam profesion bantuan kaunseling, psikoterapi, kerja sosial, kejururawatan dan perubatan psikiatri untuk membantu mereka meluahkan pergolakan dalam diri yang membebankan.

Kesedaran keperluan penggunaan kaedah Terapi Seni di Malaysia telah bermula pada tahun 1980-an, tetapi pendekatan ini tidak digunakan dengan meluaskan. Ia lebih kepada kesedaran untuk menggunakan pendekatan Terapi Seni dalam bidang perubatan psikiatri.

Titik tolak kepada penggunaan Terapi Seni di Malaysia bermula apabila berlakunya bencana alam tsunami hampir sepuluh tahun yang lalu.

Pendekatan Terapi Seni digunakan dengan begitu meluas di Barat yang tidak hanya dalam bidang kaunseling, psikoterapi dan perubatan psikiatrik.

Keluasan pendekatan Terapi Seni turut digunakan antaranya kepada pesakit kanser dan pembawa HIV disamping pesakit melarat dihospital dan klinik, pusat pemulihan remaja juvana, mangsa penderaan, mangsa pergolakan politik sepeti di zon peperangan, penagihan dadah, krisis perkahwinan, kanak-kanak, pendidikan khas pelajar di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi (IPT) serta penjara.

Menurut Profesor Madya Mohd. Mahzan Musa dari Program Psikologi dan Kaunseling, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia, Kedah, pendekatan Terapi Seni mula digunapakai oleh Naumberg pada tahun 1940-an di Amerika Syarikat. Naumberg kerap dirujuk sebagai pelopor Terapi Seni hingga beliau digelar The Mother of Art Therapy atau Ibu Terapi Seni yang terkenal di peringkat dunia.

Mohd. Makzan kini merupakan pengiat utama Terapi Seni di Malaysia di mana beliau telah banyak menjalankan kajian menggunakan pendekatan Terapi Seni terutamanya dalam kalangan remaja dan gadis mengandung luar nikah.

Beliau juga merupakan sukarelawan yang menerapkan kaedah Terapi Seni di rumah perlindungan Raudhatus Sakinah, kelolaan Jemaah Islah Malaysia. Di samping itu beliau turut mengaplikasikan pendekatan Terapi Seni dalam kalangan remaja histeria, remaja berisiko tinggi, penagih dadah, pembawa HIV, mangsa penderaan seksual serta mangsa histeria.

Hasil daripada kerja-kerja kesukarelaan berkenaan Mohd. Makzan menghimpun lukisan kelompok-kelompok yang bermasalah ini sebagai data kajian dalam bentuk data visual bagi memahami pergolakan dalam diri yang menjadi beban psikologikal yang sukar dirungkai dengan pendekatan konvensional.

Di atas minat yang mendalam beliau telah mengasaskan Persatuan Art Therapy Malaysia atau Malaysian Art Therapy Association (MATA) dan Facebook Malaysian Art Therapy Malaysia (MATA).

Menurut Mohd. Makzan kesedaran penggunaan Terapi Seni di Malaysia amat dirasai dan keperluan terhadap pendekatan kreatif ini semakin meningkat.

"Saya mula mendapat data visual dalam bentuk lukisan-lukisan dalam kalangan mangsa bencana tsunami Aceh dari dua rakan sekerja yang pergi ke Aceh sebulan selepas gelombang besar tsunami memusnahkan sebahagian daripada struktur landskap Acheh.

"Melalui sejumlah lukisan trauma kanak-kanak mangsa tsunami Aceh, apa yang saya lihat adalah trauma psikologikal yang menakutkan. Menerusi lukisan-lukisan tersebut saya hasilkan kertas kerja seminar dan kemudian membentangkannya di Seminar Persatuan Kaunseling Malaysia atau PERKAMA di Universiti Malaysia Sarawak.

"Sambutan yang diberikan amat sangat memberangsangkan. Lantaran saya mula mendekatkan diri dengan mendalami bidang Terapi Seni," kata Mohd. Makzan.

Pada waktu itu isu gejala pembuangan bayi sedang berleluasa yang mana setiap hari dipaparkan di media massa, jadi beliau mengambil keputusan untuk bereksperimen pula dengan kaedah yang sama di rumah-rumah perlindungan remaja dan gadis mengandung luar nikah khusususnya di Raudhatus Sakinah.

Hasil eksperimen kreatif berkenaan, pihaknya mendapat data visual yang amat berharga dalam usaha untuk memahami masalah-masalah dalam kalangan remaja dan gadis yang mengandung luar nikah.

Kini beliau telah menjalankan sesi Terapi Seni di dua rumah perlindungan remaja dan gadis mengandung luar nikah Raudhatus Sakinah sejak lapan tahun lalu.

Berdasarkan data-data visual dalam bentuk lukisan dan lakaran yang amat berharga yang dihimpun sekian lama, beliau kini tahu mengapa gejala pembuangan bayi berlaku dan masih menjadi fenomena sosial di Malaysia.

"Teknik Terapi Seni pada asasnya adalah kaedah untuk mengingati kembali pengalaman hidup yang menghantui mereka dengan menggunakan warna dan kertas lukisan. Caranya bukan sewenang-wenangnya kerana melibatkan teknik dan etika yang harus dipatuhi. Dalam Terapi Seni interpretasi harus datang daripada klien bukan pengamalnya. Sebarang andaian harus juga diketepikan.

"Ini kerana di dalam lukisan-lukisan dari sesi Terapi Seni mengandungi pelbagai macam simbol terutamanya simbol kolektif, simbol universal dan simbol peribadi yang boleh menjelma dengan pelbagai bentuk, cara, warna dan saiz di atas kertas lukisan.

"Simbol-simbol ini harus diamati, difahami dan kita akan memahami dunia dalam diri mereka yang ditimpa masalah mahu pun musibah. Daripada lakaran, lukisan pelbagai simbol dalam lukisan dari sesi Terapi Seni ia memerihalkan intrakonflik dalam diri," jelas Mohd. Makzan.

Benci akibatkan pembuangan bayi

Gejala dan isu pembuangan bayi bukan satu perkara yang baru kerana setiap hari ada saja kes-kes kejadian pembuangan bayi dipaparkan. oleh media biarpun pelbagai cara digunakan oleh pelbagai pihak untuk mengekang gejala ini namun kes tetap berterusan.

Jelas Mohd. Makzan lagi hasil daripada kajian beliau yang menggunakan pendekatan Terapi Seni ini punca utama pembuangan bayi disebabkan oleh kebencian yang keterlaluan di dalam diri terhadap bayi.

"Mereka benci kepada janin yang dikandung, benci kepada perubahan fizikal tubuh badan sewaktu mengandung, benci pada bayi yang merubah keseluruhan hidup yang menyusahkan ketika itu, kebencian kepada kesakitan yang ditanggung dan kebencian kepada lelaki yang menyebabkan dia hamil, kebencian kepada bayi yang menyebabkan ibu yang mengandung tanpa suami terpaksa menanggung aib dan malu disepanjang hidup mereka, dan yang paling dibenci adalah stigma masyarakat pada remaja dan gadis yang mengandung dan melahirkan anak tidak sah taraf," kata Mohd. Makzan.

Hasil analisa daripada lukisan-lukisan yang terhasil daripada sesi Terapi Seni, ramai remaja dan gadis yang mengandung luar nikah ada pernah terlintas untuk membunuh diri, melakukan percubaan untuk mengugurkan kandungan dan ada yang mahu membalas perbuatan lelaki yang yang menghamilkan mereka. Kejadian mengandung luar nikah ini pada asasnya adalah akibat pergaulan bebas ketika sedang asyik mabuk cinta berahi yang melampau dan ditipu kepada janji lelaki.

"Remaja dan gadis perempuan ini terdesak akibat malu dengan apa yang bakal menimpa mereka serta stigma terhadap diri sendiri, juga masyarakat yang memandang hina kepada mereka," jelasnya yang boleh

dihubungi ditalian

017 - 533 4152.

Hati-hati pilih produk bayi

Posted: 15 Jan 2014 09:55 PM PST

Gambar Abdul Nazir Mohamed">

BAGI sebahagian ibu bapa yang memandang enteng terhadap barangan penjagaan bayi dan kanak-kanak, mereka kini sepatutnya lebih prihatin pada perubahan struktur kulit dan kesihatan bayi apabila membeli produk mandian dan penjagaan bayi.

Pemilihan sabun mandian dan losyen untuk kanak-kanak tidak boleh diambil ringan oleh ibu bapa kerana struktur kulit bayi yang lembut dan gebu memerlukan penjaagaan rapi dan penggunaan produk yang sesuai dengan kulit.

Ini kerana tidak semestinya apa yang dirasakan baik untuk anda juga baik untuk permata hati anda.

Menggunakan produk kesihatan yang tidak bersesuaian dengan kulit bayi akan menimbulkan masalah kesihatan seperti kegatalan pada bahagian kulit, keradangan dan ruam-ruam pada badan.

Bayi yang mengalami masalah kesan daripada penggunaan produk yang tidak sesuai akan menjejaskan kualiti hidup dan keselesaan mereka sepanjang hari.

Paediatrik Dermatologi, Hospital Kuala Lumpur, Dr. Leong Kin Fon berkata, ibu bapa perlu lebih prihatin ketika membuat keputusan membeli produk mandian yang betul kepada bayi mereka kerana produk yang tidak sesuai akan memberi kesan kepada kulit bayi.

"Kulit bayi mempunyai sel yang sangat kecil berbanding dengan sel kulit orang dewasa. Kulit mereka juga lebih nipis sebanyak 30 peratus berbanding kulit orang dewasa.

"Fungsi lipid dan tahap lembapan semulajadi juga berbeza dengan kulit orang dewasa menyebabkan cepat berlaku kehilangan air pada kulit mereka. Bayi yang baru lahir mengambil masa satu hingga enam tahun untuk menjadi matang bergantung kepada kulit dan persekitaran bayi.

"Ukuran kadar ph normal yang sesuai untuk kulit bayi adalah daripada 5 hingga 6. Jika produk yang digunakan tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan berlaku keradangan dan alahan pada bahagian-bahagian yang sensitif pada badan," jelasnya.

Tambahnya lagi, pemilihan produk mandian yang sesuai bukan sahaja berkesan untuk menghilangkan segala kotoran dan bakteria yang melekat pada bahagian bayi, malah penggunaannya yang konsisten membantu mencegah sebarang jangkitan yang berbahaya.

"Produk mandian yang bagus bukan sahaja membantu membunuh sebanyak 99.9 peratus kuman dan bakteria, malah membaiki persekitaran untuk menggalakkan pertumbuhan bakteria yanga baik kepada sistem ketahanan badan bayi.

"Hanya menggunakan air untuk membersihkan segala kotoran dan minyak yang melekit pada permukaan kulit tidak akan berkesan. Ph normal air 7 hingga 7.3 tidak akan memberi kesan pada kulit kerana ph kulit adalah 5.5 dan berkesan hanya dalam tempoh 10 hingga 15 minit sahaja selepas dicuci.

"Untuk membunuh kuman yang melekit pada permukaan kulit adalah menggunakan bahan aktif dan pencuci," jelasnya.

Ujar Dr. Kin Fon lagi, sebelum membeli produk mandian bayi, ibu bapa digalakkan melihat kepada beberapa perkara yang berkaitan dan bersesuaian dengan bahagian kulit bayi iaitu aspek keselamatan penggunaan produk, lembut dan tidak memedihkan bahagian mata, serta efektif.

"Produk yang baik berfungsi membuang kotoran serta memastikan kulit tidak kering dan berlaku iritasi yang menyebabkan ruam atau keradangan.

"Pilih produk yang sesuai dan melembutkan permukaan kulit bayi. Sebelum membeli seeloknya buat perbandingan dan kaji latar belakang sesuatu jenama.

"Untuk melihat kesan produk berkenaan pada bayi, cuba sapukan dahulu pada bahagian tertentu pada kulit seperti bawah perut, dan paha sama ada berlaku kekeringan mahupun iritasi pada kulit. Baca juga label untuk mengetahui kandungan bahan-bahan yang digunakan bagi memastikan kulit bayi selamat dan sihat," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kumpulan Penjenamaan Johnson Baby, Irene Cheah berkata, pihaknya sentiasa memahami bahawa keadaan kulit, rambut dan mata bayi berbeza dari kulit orang dewasa, yang memerlukan penjagaan rapi.

"Kami percaya bahawa sentuhan dan komunikasi melalui mata adalah langkah awal untuk ibu dan bayi berkongsi kasih sayang. Oleh sebab itu kami sangat berusaha untuk mengeluarkan produk penjagaan bayi untuk kulit dan mata sebaik mungkin," jelasnya.

Produk mandian terbaru ini sangat sesuai kepada bayi yang telah diuji oleh pakar iaitu Johnson Baby Bath, Johnson Baby Peach Bath, Johnson Baby Bedtime Bath, Johnson Baby Cooling Bath dan Johnson baby Milk Rice +Rice Bath.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Mahu sungai diselenggara

Posted: 16 Jan 2014 10:14 AM PST

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

Walaupun kejadian banjir kilat hampir sebulan berlalu, runtuhan tebing sungai di Batu 23, Jalan Batu Arang-Rawang, Selangor masih belum diperbaiki sehingga kini.

RAWANG 16 Jan. - Penduduk dan pengusaha ternakan di Batu 23, Jalan Batu Arang-Rawang di sini membantah cadangan pembinaan sebuah kolam tadahan bagi mengatasi banjir kilat di kawasan itu.

Menurut penduduk, lokasi yang dicadangkan itu bukan sahaja tidak sesuai kerana berada di kawasan tanah tinggi, tetapi juga bukan kawasan yang menjadi punca kepada berlakunya kejadian banjir kilat itu.

Sehubungan itu mereka meminta Pejabat Tanah dan Galian Gombak dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mempertimbangkan semula cadangan itu dan melihat beberapa lokasi lain yang lebih sesuai dan strategik.

Mereka juga mahu pihak bertanggungjawab mencari punca berlakunya banjir kilat di Kampung Sungai Bakau sehingga menenggelamkan jalan utama Jalan Batu Arang-Rawang, baru-baru ini dengan segera.

Dakwa penduduk banjir kilat di kawasan itu berpunca daripada tekanan air tinggi setiap kali hujan sehingga menyebabkan limpahan air kesan daripada pertembungan dua anak sungai di Batu 24, Jalan Batu Arang-Rawang berdekatan Bandar Country Homes.

Seorang penduduk, Chong Kim Loy, 60, berkata kegagalan pihak bertangggungjawab menyelenggara dua batang anak sungai di belakang kawasan lot kedai dan perniagaan di Bandar Country Homes di situ menjadi punca air sungai naik melimpah setiap kali hujan lebat.

Menurutnya, turut menyumbang kepada punca banjir kilat di situ kerja-kerja pembangunan projek perumahan di kawasan berhampiran.

"Kami percaya masalah pertembungan dua aliran anak sungai di sini dapat diatasi sekiranya kolam tadahan dibina di kawasan berhampiran.

"Malah di kawasan ini terdapat dua buah kolam yang mampu berfungsi sebagai tebatan banjir dan ia juga mudah bagi air keluar dan masuk," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Kim Loy berkata, kawasan yang dicadangkan itu juga tidak melibatkan mana-mana pemilik tanah kerana ia merupakan rezab sungai.

"Selain tekanan hasil pertembungan dari dua batang sungai, aliran air ke Sungai Gong menjadi lebih teruk lagi apabila ia terpaksa melalui sebuah kilang yang aliran airnya perlahan dan tercemar," katanya.

Tambahnya, sehingga ke hari ini pihaknya tidak pernah didatangi oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan bagi cadangan pelebaran atau baik pulih tebing sungai berhampiran premisnya itu.

"Kami sedia memberikan laluan bagi tujuan penyelenggaraan mahupun penglebaran sungai di sini bagi tujuan melancarkan aliran air sungai.

"Masalah banjir kilat tetap berulang jika punca sebenarnya tidak dicari dan diperbaiki terlebih dahulu," katanya.

Menurutnya, setiap kali hujan lebat dan banjir kilat kilangnya benar-benar terjejas.

"Kami terpaksa membersihkan bertan-tan sampah yang tersangkut di sungai yang mengalir di tengah-tengah kilang kami ini.

"Kami terpaksa membersihkan sendiri terutamanya batang-batang kelapa sawit yang dibawa oleh air sungai deras setiap hujan lebat dari kawasan projek perumahan tersebut," katanya.

Seorang lagi penduduk, Datuk A. Balakrisnan, 40-an melahirkan rasa kesal dengan sikap pemaju yang tidak membina perangkap lumpur sebelum memulakan projek.

Menurutnya, jika perangkap itu dibina ia sudah tentu banjir yang disertai lumpur dapat dicegah.

"Mereka sepatutnya bertanggungjawab atas kejadian lalu kerana yang menanggung akibatnya penduduk serta pengusaha di sini," katanya.

Keputusan SMA Selangor meningkat

Posted: 16 Jan 2014 10:14 AM PST

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
pengarang@utusan.com.my

Pelajar Cemerlang SMA 2013, Zulhilmi dan bapanya, Shalehuddin menunjukkan sijil dan hadiah iringan yang diterima daripada pihak JAIS di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 16 Jan. - Keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) bagi negeri ini pada tahun lepas berada di tahap cemerlang iaitu meningkat 0.3 peratus daripada 92.1 peratus kepada 92.4 peratus berbanding 2012.

Bagi peperiksaan SMA untuk sekolah menengah Islam persendirian dan di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut meningkat iaitu 69.8 peratus berbanding 66.1 peratus pada 2012.

Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaki Arshad berkata, walaupun keputusan keseluruhan meningkat, bilangan pelajar yang mendapat Mumtaz (Cemerlang) menurun sebanyak 1.1 peratus daripada 13.2 peratus pada 2012 kepada 12.1 peratus, tahun lalu.

"Pencapaian dalam mata pelajaran seperti Bahasa Arab 1 meningkat sebanyak 6.2 peratus daripada 79.5 peratus pada tahun 2012 kepada 85.7 peratus, tahun lalu.

"Selain mata pelajaran tersebut, mata pelajaran Fekah dan Tauhid turut meningkat sebanyak 5.3 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa mengumumkan keputusan peperiksaan SMA, Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan SMA Tahfiz al-Quran (SMATQ) di sini hari ini.

Ahmad Zaki berkata, bagi keputusan UPKK dan SMATQ, pencapaian lulus adalah 100 peratus.

"Bagi keputusan peperiksaan UPKK, secara keseluruhan pada 2013, sebanyak 2,688 calon mendapat agregat 8A berbanding 2012 hanya 2,613 calon.

"Daerah terbaik mencapai peratus tertinggi peperiksaan tersebut berdasarkan calon teramai yang mendapat pangkat A dan gred purata nasional (GPN) adalah Kuala Selangor, kedua Kuala Langat dan ketiga Sepang," katanya.

PPZ-MAIWP kutip zakat harta RM484 juta tahun lepas

Posted: 16 Jan 2014 10:14 AM PST

Jamil Khir Baharom (tiga dari kiri), Che Mat Che Ali (kiri) dan Othman Mustapha (dua dari kiri) bersama anggota Skuad Mesra Pembayar Zakat Pusat Pungutan Zakat (PPZ) pada majlis pelancaran Skuad Mesra Pembayar Zakat serta Perasmian Kaunter ke-2 PPZ-MAIWP di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

PUTRAJAYA 16 Jan. - Pusat Pungutan Zakat (PPZ)-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berjaya mengutip zakat harta sebanyak RM484 juta pada tahun lalu iaitu pertambahan sebanyak 20 peratus berbanding kutipan tahun sebelumnya sebanyak RM402 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ekoran hasil kutipan yang memberangsangkan itu pihaknya menyasarkan kutipan sebanyak RM565 juta pada tahun ini.

''Hasil kutipan PPZ-MAIWP bagi tahun 2013 telah melibatkan 128,061 pembayar berbanding 114,442 orang pada tahun 2012 dan daripada jumlah tersebut 56 peratus disumbangkan menerusi zakat pendapatan.

''Untuk kutipan zakat fitrah bagi tahun 2013 di Wilayah Persekutuan pula jumlah yang berjaya dikutip sebanyak RM7.3 juta," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skuad Mesra Pembayar Zakat serta Perasmian Kaunter ke-2 PPZ-MAIWP Putrajaya di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha; Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Mohd. Rais Alias.

Terdahulu di dalam ucapannya, Jamil Khir berkata, sejak ditubuhkan pada tahun 1991 sehingga 2013, PPZ-MAIWP berjaya mengutip zakat sebanyak RM3.08 bilion.

Dalam pada itu beliau berkata, PPZ-MAIWP sepanjang tahun 2013 giat menjalankan kempen memperkenalkan saluran bayaran zakat bagi memudahkan umat Islam menunaikan Rukun Islam ketiga itu.

Antara saluran yang menjadi sambutan umat Islam ialah bayaran zakat melalui potongan gaji atau dikenali dengan Skim Thohir.

Selain itu beliau turut menghargai sumbangan media cetak serta elektronik apabila turut bersama-sama menyebar luaskan dakwah kewajipan membayar zakat hingga berlaku peningkatan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan bagi tahun 2013.

Sementara itu beliau berkata, sebanyak 17,000 penduduk Islam di Wilayah Persekutuan menerima bantuan bulanan daripada Baitulmal hasil daripada kutipan zakat oleh PPZ-MAIWP.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Sambutan Maulidur Rasul Pontian meriah

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada peserta perarakan dalam sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Pontian bermula dari Pusat Perdagangan Pontian ke Masjid Jamek Bandar Pontian, kelmarin.

PONTIAN 15 Jan. - Kira-kira 5,000 umat Islam menghadiri sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Pontian yang diadakan di Masjid Jamek Bandar Pontian serta dihadiri Tunku Temenggung Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Terdahulu, sebanyak 49 kontinjen yang mewakili jabatan dan agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mukim dan sekolah menyertai perarakan sejauh satu kilometer dari Pusat Perdagangan Pontian ke Masjid Jamek Bandar Pontian.

Syarahan bertajuk 'Keperibadian Mulia Nabi Muhammad SAW' disampaikan oleh Kadi Daerah Pontian, Mohd. Taufik Shamsuddin, diikuti beberapa pertandingan seperti sepanduk terbaik, kontinjen terbaik bagi sekolah, jabatan kerajaan dan swasta, NGO dan mukim serta kontinjen teramai.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Suhaimi Salleh; Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang Syarak merangkap Kadi Besar Johor, Nooh Kadri.

Tempat pertama kategori sepanduk terbaik dimenangi Pejabat Pendidikan Agama; kedua, Mukim Rimba Terjun dan ketiga, Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Mahmood Iskandar 1 manakala kategori kontinjen terbaik jabatan kerajaan pula dimenangi Majlis Daerah Pontian, diikuti Jabatan Kerja Raya Pontian dan Jabatan Pengairan dan Saliran Pontian.

SMK Dato' Penggawa Barat muncul tempat pertama kategori sekolah manakala tempat kedua dimenangi Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahaad dan ketiga, SK Tengku Mahmood Iskandar 1.

Kategori NGO/Swasta dan Mukim memperlihatkan Mukim Rimba Terjun berada di tempat pertama diikuti Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pontian dan ketiga, Akademi Bola Sepak Pontian sementara SMK Dato' Penggawa Barat pula memenangi hadiah bagi kategori teramai iaitu dengan penyertaan 350 orang.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Tunku Idris Iskandar.

Segera baiki jalan pintas

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

PERMUKAAN jalan yang berlubang-lubang menyukar dan membahayakan pengguna yang melalui jalan pintas dari Bukit Kepong ke Felda Moakil, Pagoh, Johor.

PAGOH 15 Jan. - Kira-kira 2,000 pengguna jalan pintas dari Bukit Kepong ke Felda Moakil, dekat sini merayu pihak bertanggungjawab supaya segera membaiki laluan itu kerana sudah rosak teruk dan juga tidak selamat untuk digunakan.

Menurut mereka, jalan itu yang jaraknya 20 kilometer siap dibina pada 2011 dengan kos RM20 juta amat berbahaya kerana terdapat banyak lopak air, lubang, permukaan jalan tidak rata dan terdapat kesan jalan ditampal berlapis-lapis.

Tinjauan Utusan Malaysia di jalan itu yang dibina untuk memendekkan tempoh perjalanan dari Bukit Kepong ke Moakil daripada sejam kepada setengah jam sahaja mendapati, laluan tersebut yang dipenuhi belukar di bahagian kiri dan kanannya adalah kawasan risiko terutama pada waktu malam.

Seorang pengguna hanya mahu dikenali sebagai Fauzi, 37, berkata, dia sering menggunakan jalan tersebut yang menjadi laluannya setiap hari ke tempat kerja di sebuah ladang di Felda Moakil dari rumahnya di Bukit Kepong.

Dia yang menunggang motosikal merasai kesukaran melalui jalan itu apabila berselisih dengan kenderaan lain seperti lori dan kereta yang secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan kerana cuba mengelak lubang.

"Kejadian itu menyebabkan saya hampir kemalangan apabila terpaksa melalui jalan berlopak teruk dan kerana mahu elak daripada bergesel dengan kereta terbabit. Ia lebih bahaya pada waktu malam dan hujan lebat dan kerosakan ini adalah disebabkan ia menjadi laluan utama kenderaan berat.

"Jalan yang rosak tidak perlu lagi di tampal sebaliknya dibina baharu supaya permukaan menjadi licin untuk keselamatan kepada pengguna. Sebelum ini jumlah lubang yang terdapat di jalan itu adalah kira-kira 100 lubang," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Azrin Wahab, 45, pula berkata, tampalan berlapis-lapis sehingga membuatkan laluan itu berbonggol dan dapat dirasakan motosikal atau kereta yang dipandu melambung- lambung kerana keadaan jalan berombak.

Selain sunyi dan tidak mempunyai lampu jalan sehingga menyukarkan pandangan pemandu pada waktu malam, katanya, pihak berkuasa harus bertindak segera kerana rungutan daripada penduduk beranggapan tiada sebarang tindakan diambil langsung.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Ismail Mohamed berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk menaik taraf jalan tersebut yang diumumkan ketika lawatan kerjanya di Bukit Kepong, tahun lalu.

"Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang membuat penilaian untuk kerja-kerja awalan dan saya berharap projek ini dapat dilakukan pada tahun ini. JKR juga turut memberikan peruntukan RM200,000 untuk menampung kerosakan menampal jalan rosak bermula dari Kampung Sawah Laku, Bukit Kepong hingga pertengahan jalan Felda Moakil," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri berkata, peruntukan besar tersebut diperlukan kerana laluan itu perlu dinaik taraf ke Gred A untuk menjadikan jalan yang lebih baik dan berkualiti.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


KJ tidak bela anggota Pemuda UMNO tumbuk Kamalanathan

Posted: 16 Jan 2014 12:48 AM PST

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Pemudo UMNO tidak boleh mempertahan tindakan seorang anggotanya menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan baru-baru ini, kata Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, apa jua sebab atau tekanan yang dihadapi anggota berkenaan iaitu Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Hulu Selangor, Muhammad Rizuan Suhaimi, tindakan agresif seperti itu tidak boleh diambil terhadap Kamalanathan atau sesiapa sahaja.

"Dia ada berjumpa dengan saya dan menjelaskan faktor-faktor berlakunya insiden itu. Saya terima penjelasan itu namun apapun sebabnya, kita tidak boleh bertindak secara fizikal," katanya kepada pemberita selepas meninjau harga di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Khairy berkata, surat tunjuk sebab yang diminta Pengurusan UMNO ialah bagi membolehkan Muhammad Rizuan menyatakan versi beliau berhubung insiden itu dan menyerahkan kepada proses disiplin parti untuk meneliti kes berkenaan.

Pada 12 Januari lepas, Kamalanathan ditumbuk seorang lelaki di pejabat wakil rakyat itu selepas satu program di kawasan Hulu Selangor. - BERNAMA

Banjir di Kelantan pulih

Posted: 16 Jan 2014 12:19 AM PST

KOTA BHARU 16 Jan. - Banjir gelombang kedua yang melanda Kelantan sejak Sabtu lalu pulih sepenuhnya apabila semua pusat pemindahan di jajahan Pasir Mas ditutup hari ini.

Sehingga pukul 3 petang tadi, semua paras air di beberapa sungai utama iaitu Sungai Kelantan, Sungai Galas, Sungai Lebir dan Sungai Semerak kembali normal kecuali Sungai Golok yang masih berada di tahap amaran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Azmi Osman berkata, bilik operasi jabatan berkenaan telah ditutup sepenuhnya selepas paras air sungai kembali normal.

Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya sentiasa berada dalam keadaan bersiap-sedia untuk menghadapi banjir memandangkan musim tengkujuh di negeri ini belum berakhir. - UTUSAN ONLINE

PAC teliti peningkatan kos KLIA2

Posted: 16 Jan 2014 12:02 AM PST

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan meneliti penjelasan yang diberi oleh Kementerian Pengangkutan berhubung peningkatan kos pembinaan KLIA2 sehingga mencecah RM4 bilion.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Kementerian Pengangkutan memaklumkan pertambahan kos itu disebabkan berlaku perubahan dari segi perancangan khususnya saiz terminal.

"Kita akan teliti maklumat yang diberi oleh kementerian supaya kita dapat satu rumusan kenapa perkara ini boleh berlaku," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat PAC di bangunan Parlimen hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Keistimewaan makanan Lenggong

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

Shamsul Anuar Nasarah (berdiri, dua dari kanan) turut sama dalam aktiviti gotong-royong bersama penduduk kampung sempena Pesta Makanan Tradisional Lenggong. baru-baru ini.

LENGGONG 15 Jan. - Siapa sangka Lembah Lenggong yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) tahun lalu sebenarnya bukan sahaja mempunyai tapak arkeologi prasejarah, malah turut memiliki warisan masakannya yang tersendiri.

Lenggong yang terletak di Hulu Perak begitu sinonim dengan topografi Sungai Perak yang membawa kepada pembentukan tasik seperti Tasik Raban.

Maka, tidak hairanlah sekiranya ikan air tawar seperti loma, tilan, baung, keli, kaloi, lampam, sepat, tengalan, puyu, belida, temoleh, kelah dan sebarau mudah didapati di sini.

Bahan aslinya seperti pucuk paku, keladi, ulam-ulaman serta pucuk-pucuk kayu seperti salang dan cemperai pula boleh dipetik pucuknya untuk dijadikan sayur.

Pada asasnya, warisan masakan Lenggong banyak dipengaruhi oleh penggunaan bahan-bahan tempatan daripada tumbuh-tumbuhan, hasil sungai serta hutan seperti rebung dan umbut rotan, yang boleh didapati di sekitar kampung.

Difahamkan, terdapat 25 jenis masakan asli warisan Lenggong yang diwarisi dan begitu dikenali dalam kalangan masyarakat di sini.

Antaranya termasuklah masak lemak pekasam loma, gulai daging Patani, gulai umbut pisang hutan, ikan pindang, pais ikan keramat, belotak, ikan sungai bakar cicah air kerabu, kerabu umbut rotan bakar, kerabu umbut tepus gajah dan rendang daging masak hitam.

Penulis berpeluang menghadiri Pesta Makanan Lenggong yang masuk kali kedua penganjurannya Pesta itu telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz .

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ahli Parlimen Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Kesempatan mengunjungi pesta itu orang ramai berpeluang mengenali dua jenis masakan warisan di sini yang dikenali sebagai kebebe dan cara memasak nasi di dalam buluh.

Nama kebebe cukup janggal sekali didengar, namun sebenarnya, menu berkenaan merupakan makanan tradisi masyarakat Patani di Lenggong atau mungkin lebih sesuai dikenali sebagai 'rojak'.

Seorang penduduk, Tayibah Ismail, 59, dari Kampung Teluk Batu berkata, makanan tradisional itu begitu mudah untuk dihasilkan kerana bahan-bahannya boleh didapati di tepi rumah mahupun kebun di sini.

Menurut Tayibah, bahan-bahan yang digunakan merangkumi cili padi, belacan, garam, gula, jantung pisang, putik nangka, buah nenas, cermai, belimbing, kelempong, cedong, dan jambu batu yang telah dipotong kecil.

"Caranya ialah kita masukkan cili padi, garam dan belacan di dalam lesung kayu dan ditumbuk sehingga lumat. Kemudian, masukkan bahan-bahan lain dan akhir sekali bubuh gula secukup rasa.

"Kebebe boleh dihidang dalam kelopak jantung atau daun pisang. Masukkan dalam polisterin pun tak mengapa kerana boleh dimakan pada bila-bila ketika bersantai," katanya.

Tayibah berkata, kebebe seringkali dibuat ketika terdapatnya majlis kenduri sewaktu penduduk kampung bergotong-royong menumbuk kerisik kerana penghasilannya boleh menghilangkan minyak yang terdapat di dalam lesung.

"Rasa kebebe ini semuanya ada. Ada rasa manis, masin, masam, kelat dan masin. Saya pun tak tahu kenapa dipanggil kebebe, namun, hidangan ini berkhasiat kerana kaya dengan vitamin C," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Kampung Chain di sini, Ahmad Yusof Yahya, 48, pula memperkenalkan cara memasak nasi dalam buluh.

Ahmad Yusof yang juga seorang bekas tentera berkata, stail masakan itu sangat sesuai dipraktikkan sekiranya masuk ke dalam hutan kerana tidak perlu membawa sebarang peralatan memasak seperti periuk.

"Hanya perlukan beras dan mungkin sedikit garam. Setelah beras itu dibasuh dan dimasukkan ke dalam buluh dengan dibungkus daun lerek yang boleh didapati di lembah sungai di hutan. Saiz buluh berbeza-beza tetapi sebatang buluh itu mungkin boleh memuatkan dalam lima ke enam bungkus nasi dan dapat dimakan kira-kira 10 orang.

"Tempoh masaknya adalah dua jam, namun ikut juga kepada ketebalan buluh. Apa pun, yang penting, pastikan tiada kebocoran pada buluh ketika mengisi air," katanya.

Menurut Ahmad Yusof, perbezaan ketara antara nasi yang ditanak di dalam buluh berbanding periuk adalah dari segi keharuman baunya.

"Sebenarnya, masak tom yam pun boleh dibuat dalam buluh kerana sememangnya fungsinya sama seolah-olah sebagai sebuah periuk," katanya.

Cubaan seludup diesel tumpas

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Oleh SHOLINA OSMAN
utusanperlis@utusan.com.my

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Utara berjaya menahan sebuah bot nelayan yang cuba menyeludup kira-kira 900 liter minyak diesel subsidi ke negara Thailand kira-kira 1.2 batu nautika dari pantai Kuala Perlis, semalam. - Ihsan Maritim Malaysia

KANGAR 15 Jan. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuala Perlis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 900 liter minyak diesel subsidi selepas menahan sebuah bot nelayan kira-kira dua kilometer dari pantai Kuala Perlis petang semalam.

Ketua Penguatkuasa Pangkalan Maritim Kuala Perlis, Leftenan Komander Maritim, Shahrizan Raman berkata, bot nelayan itu dikesan ketika pasukan peronda Maritim Malaysia Kuala Perlis melakukan rondaan di lokasi kejadian kira-kira pukul 2.20 petang.

''Kita mendapati terdapat sebuah bot nelayan dalam keadaan mencurigakan sedang menuju ke arah perairan Thailand.

"Hasil pemeriksaan pihaknya mendapati di dalam bot nelayan itu terdapat tiga awak-awak dan seorang tekong rakyat tempatan sedang membawa muatan minyak diesel yang disimpan di bahagian hadapan bot tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shahrizan, bot itu kemudiannya ditunda ke Pangkalan Maritim Kuala Perlis sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985.

Ujarnya lagi, pihak Maritim Malaysia juga akan bertindak tegas terhadap aktiviti-aktiviti pencerobohan nelayan negara jiran dan bot pukat rawai yang menyalahi undang-undang.

''Maritim Malaysia meminta kerjasama orang ramai melaporkan sebarang kes penyeludupan yang berlaku di perairan negeri ini di talian MERS 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Pangkalan Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162," katanya.

R&R Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth 'sepi'

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Premis menjual makanan dan minuman tidak beroperasi menyebabkan pengunjung membuat pilihan enggan singgah di Kawasan R&R, Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth, Pulau Pinang.

BUTTERWORTH 15 Jan. - Dimana silapnya, kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) yang terletak di Jalan Pantai di sini kini kurang mendapat sambutan dalam kalangan pengunjung.

Ini kerana prasarana yang disediakan cukup indah dengan pemandangan ke laut luas, namun disebabkan kurangnya perhatian terhadap keselesaan pengunjung menjadikan kawasan itu mula menjadi malap.

Lebih ketara apabila premis menjual makanan dan minuman yang tidak beroperasi pada waktu pagi hingga tengah hari, selain kawasan persekitaran yang berlubang dan simen merekah merupakan sebab utama ia tidak lagi menjadi pilihan pengunjung.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, masalah utama yang sering membelenggu pengunjung ialah dari segi keselamatan dan kebajikan di situ membuatkan mereka lebih memilih lokasi lain untuk dikunjungi.

Seorang pengunjung dari Kedah, Zainita Murad,39, berkata, kedai makanan dan minuman dikesan tidak beroperasi sepanjang masa menyebabkan pengunjung enggan singgah menjamu selera di situ.

"Puluhan kedai makan yang terdapat di situ, sebuah pun tidak dibuka sehinggalah menjelang petang dan ini mendatangkan masalah untuk pengunjung berehat di situ.

"Seperti mana lokasi rehat lain selain kemudahan tandas yang sempurna, premis makanan memainkan peranan penting menarik orang ramai untuk singgah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Semarak rasa cinta kepada Rasulullah

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Oleh NURSURAYA ZULKIFLI
utusanmelaka@utusan.com.my

Pengunjung melihat al-Quran bersaiz besar di gerai dalam Karnival Muamalah Islam dan Kempen Berzakat di pekarangan Pusat Islam Melaka, Bukit Palah, baru-baru ini.

MELAKA 15 Jan. - Pelbagai aktiviti dan sambutan diadakan di seluruh negara dalam usaha menghayati sirah dan perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan syiar Islam di muka bumi.

Sambutan Maulidur Rasul adalah cara menyatakan kecintaan kepada baginda yang diraikan saban tahun dan sesungguhnya Rasulullah merupakan contoh terbaik kepada setiap umat Islam dalam segala aspek kehidupan.

Ini termasuk kehidupan harian individu sama ada dalam aktiviti sosial, ekonomi, politik dan pemerintahan negara.

Rasulullah bersifat universal yang mana sahsiah, moral serta keperibadian luhur dan sempurna yang ada pada baginda menjadi ikutan manusia dan seluruh umat Islam.

Maulidur Rasul yang disambut setiap tahun sempena kelahiran baginda diraikan supaya masyarakat Islam mengambil iktibar daripada setiap sesuatu yang dilakukan dan diamalkan baginda untuk dijadikan panduan dan pedoman.

Bagi menyemarakkan lagi rasa cinta terhadap Nabi Muhammad SAW, kerajaan negeri dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menganjurkan Karnival Muamalah Islam dan Kempen Berzakat sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah peringkat negeri di pekarangan Pusat Islam Melaka, Bukit Palah di sini.

Karnival berkenaan turut mendapat sokongan dan liputan daripada stesen televisyen AlHijrah dan radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM.fm).

Muamalah atau muamalat menurut pengertian Islam ialah hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia, meliputi kehidupan seseorang seperti jual beli, pinjam-meminjam dan sebagainya serta tatacara atau peraturan hubungan sesama manusia yang berlandaskan syariat Allah SWT.

Penganjuran karnival selama lima hari itu dilihat tepat pada masanya bagi mengajak umat Islam, khususnya di negeri ini bersama-sama meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan Islam menerusi pelbagai pengisian dan program berbentuk dakwah yang diadakan.

Penganjuran program pada kali ini lebih besar berbanding tahun-tahun sebelumnya seperti perarakan Maulidur Rasul, kempen berzakat, program dakwah, forum, selain ekspo perdagangan Islam di Karnival Muamalah Islam yang dirangkum bersama.

Karnival itu membuka tirainya menerusi program Ceramah Perdana bertajuk Integriti dan Produktiviti Asas Kekuatan Ummah melalui penceramah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zainuddin Abd. Rahman.

Pada hari pertama turut diadakan saringan pertandingan lagu-lagu dakwah bertemakan Untukmu Rasulullah dan Seminar Dilema Wanita serta siaran langsung Pentas Dakwah yang bertajuk 'Celik Muamalah Model Rasulullah' menampilkan moderator, Amin Idris dan panel, Pakar Oftalmologi, Prof. Dr. Muhaya Mohamad dan Yang Dipertua Yadim, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Pelbagai pertandingan turut diadakan sempena program berkenaan yang melibatkan semua lapisan masyarakat sama ada lelaki mahupun wanita, dewasa, remaja dan kanak-kanak seperti program hafazan al-Quran, pertandingan kompang, nasyid, marhaban serta berzanji, memasak dan sebagainya.

Turut diadakan Forum Ehwal Islam yang membariskan penceramah iaitu Dr. Mohd. Izhar Mohd. Kashim dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang membincangkan tajuk 'Rasulullah Qudwah Transformasi Ummah'.

Selain program berbentuk pengetahuan, keagamaan dan pertandingan, karnival itu turut menyediakan 92 gerai yang menjual pelbagai produk seperti pakaian, wangian, buku-buku, makanan serta minuman dan pelbagai lagi kepada orang ramai.

Dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat tentang perbankan dan kewangan Islam, juga diadakan Simposium Muamalah Islam yang menekankan soal halal dan haram yang menyentuh kegiatan muamalah seperti urus niaga harian dan pendapatan perolehan.

Simposium itu membicarakan isu semasa dengan memfokuskan kepada empat segmen penting iaitu memahamkan masyarakat berkenaan falsafah dan prinsip perbankan Islam, takaful, pelaburan secara Islam serta cara pengurusan hutang.

Program itu dilihat menjadi platform dalam menyebarkan maklumat berguna bagi meningkatkan imej kewangan Islam, seterusnya Islam itu sendiri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, karnival itu adalah tepat pada masanya yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul, di samping memberi peluang kepada masyarakat menimba pelbagai ilmu daripada program yang disediakan penganjur.

Menurutnya, penganjuran karnival tersebut secara tidak langsung dapat merealisasikan wawasan melahirkan masyarakat berilmu dan berakhlak mulia menerusi pelbagai program yang berunsurkan keagamaan yang disediakan untuk dinikmati rakyat di negeri ini.

"Bagi pihak kerajaan negeri, kita amat berbesar hati menerima kehadiran Yadim, televisyen AlHijrah dan stesen radio IKIM.fm yang turut menganjurkan program di negeri ini.

"Semoga usaha dan amalan mulia ini dikira sebagai suatu ibadah di sisi Allah SWT dan memberi manfaat kepada orang ramai, khususnya rakyat di negeri ini.

"Saya juga berharap kerjasama ini dapat meningkatkan lagi aktiviti dan program kepada kumpulan belia agar dapat membentuk keperibadian dan sahsiah yang unggul," katanya ketika berucap merasmikan karnival berkenaan, Jumaat lalu.

Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri 1435 Hijrah itu dimeriahkan lagi dengan acara perarakan sejauh empat kilometer dari Stadium Kubu menuju ke pekarangan Pusat Islam, melibatkan 13,386 peserta.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob bersama Idris yang turut bersama ribuan peserta.

Mereka yang terlibat mewakili pelbagai agensi dan badan kerajaan, swasta, pertubuhan dan persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi (IPT), pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah dari seluruh negeri.

Selain perarakan, program hari terakhir itu turut diadakan program Bicara Hati 'Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang' menampilkan moderator Ustaz Mohamad Ibrahim dengan dua panel iaitu Shamril Salleh yang lebih dikenali dengan Sham Kamikaze dan Farah Asyikin Zulkifli.

Malam Kesenian Islam IKIM.fm merupakan acara kemuncak karnival tersebut, yang menyaksikan persembahan seperti Rabbani, Far East, Muaz Zulkifli, Ustaz Zul Ramli M. Razali, Jawi Nusantara Ecoustic Band & Art Onbeat Drum Circle serta DJ Pian (Suffian Amrin) dan DJ Syafiq Zulakifli.

Karnival bercorak keilmuan, kekeluargaan dapat sambutan

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

MELAKA 15 Jan. - Karnival Muamalah Islam 2014 dan Kempen Berzakat sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran kerajaan negeri bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mendapat sambutan menggalakkan apabila menarik hampir 80,000 pengunjung sepanjang lima hari berlangsung.

Yang Dipertua Yadim, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, kehadiran pengunjung ke karnival berkenaan melepasi jangkaan awal dan memperlihatkan penerimaan amat positif daripada masyarakat di negeri ini.

Menurutnya, keunikan sambutan Maulidur Rasul di negeri ini yang dilihat lebih meriah, dinamik dan menyeluruh dengan penganjuran karnival pada kali ini turut mengetengahkan dimensi lain seperti keilmuan, kekeluargaan, perniagaan dan hiburan berlandaskan Islam.

"Inilah cuba digambarkan melalui karnival ini menerusi penganjuran program keilmuan dan keagamaan yang diadakan seperti forum perdana, pentas dakwah dan sebagainya yang menarik pelbagai lapisan masyarakat.

"Sambutan agak luar biasa daripada orang ramai yang datang ke gerai yang disediakan, malah pertandingan dan program ilmu yang dianjurkan, khususnya pada waktu malam turut dihadiri lebih 5,000 orang yang datang setiap hari.

"Yang bagusnya mereka datang membawa keluarga dan ini memperlihatkan impak positif untuk kita bersama semaikan nilai kasih sayang dalam kalangan masyarakat yang semakin lama semakin terhakis dan sebab itu kita hasilkan program yang bersifat dinamik yang merangkumi segenap lapisan masyarakat," katanya.

Asyraf Wajdi berkata, sambutan sempena Maulidur Rasul pada kali ini juga dilihat lebih meluas, selain turut mendapat kerjasama daripada siaran televisyen AlHijrah dan stesen radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM.fm).

"Kita akan berusaha menjadikan program usahasama ini di tahun-tahun mendatang lebih meriah dengan penambahbaikan apabila menyaksikan program ini berjaya dan mendapat sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Yaakub Md. Amin berkata, pihaknya bersedia menganjurkan karnival seumpama itu pada tahun akan datang berikutan sambutan amat menggalakkan daripada pengunjung.

Katanya, penganjuran karnival ini dianggap paling meriah dan berjaya mempunyai keunikan tersendiri yang dilihat berbeza dengan program diadakan di tempat lain.

"Program yang dianjurkan ini turut mencapai objektif yang disasarkan bagi menarik golongan muda mendekatkan diri dengan aktiviti berbentuk dakwah menerusi cara lebih santai dan diminati.

"Ini secara tidak langsung dapat memupuk mereka untuk mendekatkan diri dalam program berbentuk keagamaan dan dakwah dari peringkat awal lagi," katanya.

Minyak masak kurang di Port Dickson

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Oleh KHAIRUL NAJIB SARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

Raju menunjukkan tempat simpanan minyak masak yang kehabisan stok di Kedai Runcit Balan Mini Market.

TELOK KEMANG 15 Jan. - Masalah kekurangan minyak masak kembali membelenggu pengguna di sekitar daerah ini apabila mereka mula sukar untuk mendapatkan bekalan tersebut.

Peniaga dan orang ramai merungut sukar memperoleh bekalan minyak masak peket sejak sebulan lalu sehingga terpaksa mengunjungi beberapa kedai di ibu negeri ini untuk mendapatkannya.

Malah tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kedai runcit sekitar kawasan Lukut, Port Dickson dan Bandar Sunggala turut mendapati bekalan bahan masakan itu terutamanya minyak masak peket sekilogram kehabisan stok.

Menurut peruncit, Su Chee Lan, 45, masalah kekurangan bekalan minyak masak mula membelenggu daerah ini pada pertengahan bulan Disember lalu.

''Pemborong juga mengehadkan pembelian disebabkan mereka turut menghadapi masalah yang sama. Kita sememangnya tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan.

''Ada juga pelanggan merungut tetapi kita tidak dapat membantu mereka disebabkan kekurangan bekalan," katanya yang berniaga di pasar raya Port Dickson, Bandar Sunggala dekat sini.

Peniaga, R. Paneerselvam, 58, pula kesal kerana masalah bekalan minyak masak ini sering berlaku setiap tahun.

''Saya bukan sahaja tidak dapat memenuhi permintaan minyak masak peket, malah turut kehabisan bekalan minyak masak botol. Ini disebabkan kuantiti yang kita tempah melalui pemborong tidak dapat dibekalkan secukupnya.

''Kini kedai saya telah dua minggu kehabisan minyak masak dan hanya tinggal minyak jagung serta sayur sahaja," keluhnya yang berniaga di kedai Balan Mini Market, Port Dickson.

Tambah pekerja di Kedai Rakyat 1Malaysia yang enggan dikenali, setiap minggu bekalan minyak akan sampai sebanyak 10 peti yang mengandungi 170 paket.

''Sejak pertengahan bulan lalu pembekal hanya hantar bekalan dua minggu sekali dan itu pun tidak sampai 10 peti. Ini menyebabkan minyak habis dalam tempoh tiga hari sahaja.

''Kita juga mengalami kekurangan minyak masak botol tetapi tidak seteruk minyak paket. Masalah ini akan membebankan pengguna, khususnya golongan berpendapatan rendah," jelasnya.

Bagi pengguna, Jumary Md. Nor, 41, sebagai pengusaha kedai makan, minyak merupakan keperluan baginya.

"Saya hanya dapat membeli dua paket, itu pun kerana saya merupakan pelanggan tetap di sebuah kedai pemborong di pekan ini.

"Jika mereka pelanggan yang jarang datang semestinya akan diberitahu minyak tersebut habis bekalan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Tangani kos sara hidup

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Lima warga Bangladesh terselamat dalam kebakaran

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Semua GiatMara di Selangor ditutup?

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved