Ahad, 28 Julai 2013

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Biar masa menentukan - Elly Mazlein

Posted: 28 Jul 2013 06:13 AM PDT

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my

TOPIK walimatulurus paling digemari buat wanita bujang kerana rata-rata mempunyai impian tersendiri. Begitu juga dengan pelakon dan penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Elly Mazlein, 32. Pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini mempunyai keinginan untuk menjadikan hari bersejarah itu sebagai saat terindah dalam hidupnya.

Malah sejak bertunang dengan pengarah Azmi Hatta, 38, dua tahun lalu, Elly sudah mula merencana sesuatu yang indah untuk meraikan penyatuan dengan belahan hatinya itu.

Pun begitu sebagai manusia biasa Elly pasrah apabila harapannya itu masih belum terlaksana. Lebih malang apabila hasrat tersebut kemudiannya dipertikaikan dan menjadi buah mulut orang.

Semuanya bermula selepas perancangan asal untuk mendirikan rumah tangga dengan Azmi pada penghujung tahun lalu tidak menjadi kenyataan. Ironinya dia dihujani spekulasi demi spekulasi.

Status Elly sama ada masih tunangan Azmi kemudiannya menjadi tanda tanya. Lebih buruk apabila penafian yang dibuat daripada kedua-dua pihak itu dikaburi oleh cakap-cakap orang luar yang seolah-olah mengiyakan cerita Elly sudah putus tunang.

Mengesahkan dirinya masih tunangan kepada Azmi, Elly juga menyatakan rasa kesal apabila kisah pertunangannya itu menjadi bahan perbualan ramai.

"Elly tahu ada segelintir orang yang lebih arif tentang cerita peribadi Elly berbanding diri Elly sendiri. Dan Elly sedar spekulasi membabitkan cerita (pertunangan) Elly ini tidak akan berhenti melainkan Elly naik pelamin.

"Terus terang Elly sendiri tak berani untuk berbicara secara terbuka tentang soal pertunangan ini. Sebab perkara ini di luar bidang kuasa Elly dan sehingga kini masih belum ada kata putus (mengenai urusan perkahwinan).

"Dan Elly minta maaf sebab tak boleh cakap lebih-lebih. Perkara pertunangan ini membabitkan keluarga Elly dan juga pihak Azmi. Elly tak nak mendahului mereka. Takut juga ada perkataan yang menyebabkan mana-mana pihak terasa.

"Biarlah orang nak kata Elly sengaja nak berteka-teki atau nak berdolak-dalih. Sebab Elly hanya akan mengkhabarkan perkara yang sudah ada jawapan pasti," katanya penuh makna pada pertemuan petang Selasa lalu.

Cincin tunangDesas desus keretakan hubungan Elly dengan Azmi mula diperkatakan selepas penyanyi ini tidak memakai cincin pertunangan sewaktu hadir di pelancaran filem Awan Dania The Movie pada Oktober tahun lalu.

Bertitik tolak dari situ, Elly yang mengikat tali pertunangan dengan Azmi pada 29 Mei 2011 kemudiannya dihujani dengan spekulasi putus tunang.

Apatah lagi selepas perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada penghujung tahun lalu terpaksa ditunda atas alasan tuntutan kerja.

Sengaja mengusik tentang tarikh sebenar perkahwinan menyebabkan dia menarik nafas panjang.

Anak kelahiran Slim River, Perak ini kemudiannya mengaku tidak punya tarikh spesifik untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Azmi. Sebaliknya Elly menyerahkan urusan jodoh tersebut kepada takdir dan waktu.

"Elly minta beri sedikit ruang kepada Elly untuk menyelesaikan perkara ini. Pada masa yang sama Elly tak boleh menghalang pihak media untuk tidak memaparkan cerita kurang enak tentang pertunangan Elly.

"Memanglah Elly boleh cakap yang Elly kuat untuk melayan spekulasi sebegitu. Tapi lama kelamaan pasti akan bosan sebab cerita lapuk sebegini tidak ada kesudahan.

"Jadi kesimpulannya tunggu saja. Nanti kalau sudah ada masa yang sesuai pasti Elly akan mengkhabarkan berita gembira," katanya yang mengaku lebih senang berkongsi berita gembira berbanding cerita negatif kepada khalayak.

Berahsia soal hatiElly turut menegaskan sikap semulajadinya yang gemar berahsia terutama berkaitan soal hati. Percayalah dia tidak akan membuka mulut kerana hanya itu 'bahagian' yang tinggal untuk dirinya.

"Elly memilih untuk merahsiakan soal hati. Tak manis seorang wanita sewenang-wenangnya bercerita tentang kisah isi hatinya kepada khalayak. Nanti mengundang spekulasi lagi.

"Jadi lebih baik kalau Elly simpan diam-diam luahan perasaan Elly itu dan hanya luahkan pada lagu saja," kata penyanyi yang semakin popular dengan lagu Sabarlah Hati..

Lagu ciptaan Manusia Putih itu dikatakan berkait rapat dengan keadaan yang sedang dialami Elly apabila menyerlahkan bait-bait yang menyusuk jiwa.

Kata Elly, seperti orang lain dia juga mahu mencintai dan dicintai dan sebagai seorang artis, tiada apa lain yang tinggal selain sekelumit ruang untuk dirinya.

Justeru dia tidak akan berkompromi dengan soal yang satu itu.

Tania Hudson tak berkawan?

Posted: 28 Jul 2013 06:13 AM PDT

SELEPAS daripada kontroversi Tania Hudson yang dikatakan lari dari lokasi pengambaran sebelum ini, ada orang mengadu pada Miss J yang pelakon itu sekarang dah tak ada kawan.

Dengarnya dia sentiasa menyendiri. Tak bergaul dengan orang ramai. Miss J tertanya-tanya juga tentang kebenaran cerita ini sebab takut berlaku kekeliruan yang boleh mencetuskan kontroversi lagi.

Tapi teman yang mengadu pada Miss J tentang perihal Tania itu beria-ia memberitahu dia sendiri kasihan melihat pelakon itu di satu set lokasi pengambaran yang dibintanginya baru-baru ini.

Makan seorang diri dan membawa diri ke sana ke mari tanpa mempedulikan orang sekeliling. Jadi teman Miss J membuat kesimpulan mungkin Tania sedang dilanda masalah.

Sebab melalui raut wajahnya kelihatan seperti sedang berfikir. Mukanya agak cemas dan jarang tersenyum.

Entahlah... Miss J kena tanya kebenaran cerita ini kepada empunya diri dulu. Miss J tak boleh buat kesimpulan dan andaian sendiri. Tak baik menuduh lebih-lebih lagi masa bulan puasa ini!

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Bersama mOHD. HAZLI

Utusan Online - Megabait

Posted:

Utusan Online - MegabaitIkuti berita penuh untuk ruangan Megabait menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Megabait Utusan Online - Megabaithttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Megabait Problem Parsing :
Error #: -1072896760
Description: An invalid character was found in text content.
In file: file:///E:/utusan/html/today/Utusan_Malaysia.Megabait.xml
Source line: me_02.1.jpg500430me_02.small.jpg90100
PENYAMARAN merupakan aspek paling penting spesies mikro yang turut menyukarkan rakaman dilakukan.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Huru-hara tanpa Akta Hasutan?

Posted: 28 Jul 2013 11:05 AM PDT

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

KENYATAAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan Akta Hasutan 1948 ada benarnya. Akta itu sememangnya pertahanan terakhir negara ini untuk mengelakkan huru-hara dalam negara. Inilah sahaja yang kita ada bagi mengekang rakyat yang tidak bertanggungjawab daripada mengacau keharmonian.

Hatta, perlu diingat, Akta Hasutan 1948 tidak bermakna kerajaan sedia ada memerintah secara kuku besi sehinggakan langsung tidak boleh dikritik. Memberi pendapat dan kritikan membina memang dialu-alukan seiring dengan kenyataan Perdana Menteri - era kerajaan tahu semuanya sudah berakhir dan rakyat dialu-alukan memberi pandangan demi pembangunan negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di ibu negara baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Masterplan Consulting Sdn Bhd, Datuk Ahmad Faris Abdul Halim berkata, seperti mana yang termaktub dalam akta itu, pandangan yang mengkritik kerajaan semestinya melalui saluran yang betul dan kritikan mestilah secara bertanggungjawab.

"Apa yang dimaksudkan sebagai bertanggungjawab ialah tidak membuat fitnah. Sekiranya benar kesilapan kerajaan, insya-Allah kerajaan akan memperbaikinya.

"Malangnya, banyak kritikan yang dikeluarkan, hanya berlegar dalam ruang persepsi tanpa asas yang kukuh. Ditambah juga tidak melalui saluran yang betul. Dalam bahasa mudahnya, tidak beradab," kata beliau yang mengetuai firma pembekal peralatan pertahanan, sekuriti dan komunikasi itu.

Kata beliau, Akta Hasutan 1948 sebenarnya tidak terangkum hanya kepada kerajaan memerintah. Akta itu juga melindungi institusi raja dan keharmonian antara kaum dalam masyarakat Malaysia. Oleh hal yang demikian, tidak benar sama sekali dakwaan bahawa Akta Hasutan 1948 sekadar menyekat hak bersuara rakyat mengkritik kerajaan memerintah.

"Dan sekarang, kedengaran suara yang sudah berani mencabar status quo dalam negara ini. Sekiranya dibiarkan melarat, dikhuatiri mengganggu-gugat kestabilan yang kita kecapi selama ini," katanya.

Meneruskan lagi hujahnya, Ahmad Faris, 49, mengingatkan bahawa Akta Hasutan bukan ditujukan kepada rakyat secara keseluruhannya.

Kata beliau: "Ia hanya terhadap segelintir pembuat onar dalam negara yang aman ini. Seseorang itu hanya akan dikenakan tindakan sekiranya individu tersebut melampaui batas hak bersuara yang telah diberikan.

"Kalau tidak berbuat salah, kenapa perlu takut akan akta ini? Siapa-siapa yang suka bermain dengan isu sensitif sahaja yang akan bersungguh-sungguh untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948."

Walaupun sukar untuk diakui oleh pihak tertentu, pertambahan kadar jenayah yang semakin menjadi-jadi ada hubung kaitnya dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Perkara yang tidak diuar-uarkan adalah apabila EO dan ISA dimansuhkan, semua tahanan yang ditahan di bawah undang-undang ini terpaksa dibebaskan.

Ketahuilah bahawa mereka yang dibebaskan ini termasuklah pesalah jenayah berat. Maka, tidak hairanlah kini kadar jenayah semakin meningkat di seluruh negara.

Seperti mana kenyataan Menteri Dalam Negeri baru-baru ini yang mendakwa kajian empirikal menunjukkan peratusan besar jenayah yang berlaku di Selangor melibatkan bekas tahanan EO yang baru dibebaskan. Kemudian polis dipersalahkan kerana gagal menjaga keselamatan penduduk awam.

Dalam konteks ini, Ahmad Faris berpendapat: "Malangnya, nasi sudah menjadi bubur. Persoalannya, ketiadaan ISA yang membenarkan polis untuk menahan mereka yang disyaki merancang untuk melakukan jenayah telah pun dimansuhkan.

"Ini yang dimaksudkan sebagai kekurangan kuasa polis. Kini Akta Hasutan yang memberikan kuasa kepada pihak berkuasa untuk menahan individu yang menyuarakan isu sensitif atau kenyataan yang mencerminkan ketidaksetiaan kepada negara juga mahu dihapuskan oleh sesetengah pihak.

"Kalau Akta Hasutan pun mahu dimansuhkan, undang-undang apa lagi yang tinggal untuk memberi polis kuasa bagi menjaga keharmonian negara."

Satu kenyataan dibuat baru-baru ini oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa satu undang-undang baharu mirip EO perlu segera diwujudkan. Ini kerana perkara yang terkandung dalam EO menjadi elemen penting dalam membantu pihak polis membanteras jenayah berat.

Satu bahagian yang diketengahkan oleh Khalid ialah isu kehadiran saksi ke mahkamah. Tanpa EO, saksi tiada pilihan lain kecuali perlu hadir dalam perbicaraan kes di mahkamah.

Hal ini akan membuatkan banyak orang memilih untuk berdiam diri daripada menjadi saksi di mahkamah terutamanya bagi kes yang melibatkan jenayah berat. Saksi khuatir akan keselamatan dirinya dan keselamatan ahli keluarga yang lain. Tanpa keterangan saksi, sukar untuk mendakwa pesalah atas kesalahan yang dibuat.

Merujuk kepada United Kingdom dan Amerika Syarikat, kata Ahmad Faris lagi, dua negara maju ini sendiri wujud undang-undang menyerupai ISA, EO, dan Akta Hasutan.

"Di United Kingdom, akta ini disebut sebagai Prevention of Terrorism (Temporary Provisions) Act 1974. Amerika Syarikat pula mempunyai satu rang undang-undang yang disebut sebagai Uniting and Strengthening America (by) Providing Appropriate Tools Required (of Intercept and Obstruct Terrorism Act of 2001 atau lebih dikenali sebagai USA PATRIOT Act.

"Maka, tidak hairanlah kerajaan Malaysia juga memerlukan undang-undang seperti ini bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara kita.

Sedar atau tidak, ada empat perkara pokok yang termaktub dalam Perlembagaan dipertahan oleh Akta Hasutan. Pertamanya, hal-hal agama termasuklah agama Islam sebagai agama rasmi.

Perkara kedua, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Seterusnya, akta ini mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu. Terakhir, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Dan sekiranya Akta Hasutan mahu dimansuhkan, perlu digantikan dengan sebuah akta baharu yang akan memastikan keempat-empat perkara ini terpelihara.

Mengambil faktor-faktor tersebut, Ahmad Faris percaya, pemansuhan Akta Hasutan tidak perlu dibantah. Ini sekiranya kerajaan serius untuk menggantikannya dengan akta yang lebih sesuai dengan keadaan semasa.

"Seperti yang dicanang baru-baru ini, terdapat usaha untuk mewujudkan Akta Keharmonian Nasional menggantikan Akta Hasutan 1948.

"Kita tidak menolak usaha ini dengan syarat tujuan utama wujudnya Akta Hasutan 1948 perlu diambil kira dalam Akta Keharmonian Nasional. Akta baru ini juga perlulah diwartakan terlebih dahulu sebelum Akta Hasutan 1948 dimansuhkan.

"Sekiranya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan terlebih dahulu sedangkan Akta Keharmonian Nasional masih dibahaskan dalam Dewan Rakyat, akan berlaku satu keadaan yang mana tiada undang-undang yang dapat mengekang segelintir pembuat onar memalu gendang perkauman, mencabar status quo di Malaysia.

Maka, kata beliau, tepatlah kenyataan Ahmad Zahid bahawa Akta Hasutan 1948 merupakan dinding pertahanan terakhir keharmonian dan kestabilan masyarakat Malaysia buat masa ini. Kalau dimansuhkan sebegitu sahaja, apalah yang tinggal akhirnya.

Barang diingat, dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Hari Malaysia pada tahun 2011 sewaktu mengumumkan pemansuhan ISA, telah menjanjikan dua undang-undang baru menggantikan ISA. Ini bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan awam.

Kerajaan perlu meneliti isu ini sebaik-baiknya dan bukan sekadar memansuhkan suatu akta hanya atas desakan pihak tertentu tanpa mengambil kira kepentingan rakyat keseluruhannya.

Undang-undang pencegahan perlu kembali diwujudkan segera sebelum berlaku perkara yang tidak diingini di negara ini.

Jangan sampai berlaku huru-hara, baru kita mahu menyesal. Pada masa itu, air mata darah sekalipun tidak akan mampu mengubah apa-apa.

Percanggahan Syiah - ajaran Islam

Posted: 28 Jul 2013 11:05 AM PDT

Oleh Ismail Mina Ahmad

DEWASA ini, isu aktiviti penyebaran ajaran Syiah di negara kita, kembali hangat diperkatakan. Pelbagai pihak daripada kalangan pihak berkuasa agama Islam, kementerian-kementerian yang menjaga urusan keselamatan dan agama serta penganut Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah, telah memberi respons. Tidak terkecuali turut memberi respons ialah penganut Syiah sendiri serta para simpatisan mereka, termasuk daripada kalangan golongan Liberalis dan puak yang kononnya memperjuangkan kebebasan dan hak asasi manusia (HAM).

Isu ajaran dan golongan Syiah bukan baharu dalam kalangan umat Islam. Sejak hari pertama wujudnya golongan Syiah ini, seluruh umat Islam yang dipimpin oleh ulama dan pemerintah, telah bangun menentang mereka.

Para ulama Islam telah mengarang ribuan kitab menjawab dan menolak fahaman sesat dan salah ini, sementara pemerintah pula membuat peraturan dan memberi hukuman kepada mereka selaras dengan tuntutan Maqasid Syara iaitu memelihara agama Islam daripada dicemari dan diubah serta dirosakkan daripada ajarannya yang sebenar dan asal, seperti yang di bawa oleh Nabi SAW.

Kemasukan fahaman Syiah ke Malaysia adalah melalui perancangan rapi. Selepas Revolusi Khomeini menumbangkan Shah Iran, dia menubuhkan kerajaan Syiah. Bukan kerajaan Islam. Ini adalah kerana Perlembagaan negara Iran, meletakkan mazhab Jafari sebagai mazhab rasmi negara itu. Tidak seperti yang dilaungkan mereka iaitu: Tidak Barat, tidak Timur tetapi Islam dan Wehdah Islamiyyah. Islam mereka ialah Syiah bukan selainnya.

Berikutan dari itu, Kerajaan Iran menjemput pemimpin-pemimpin politik dan badan-badan dakwah Islam seluruh dunia ke Iran, termasuk Malaysia. Ada organisasi Islam yang terpengaruh dan membawa balik fahaman Syiah ke dalam organisasi mereka seperti dari Malaysia. Ada yang tidak.

Setelah terpengaruh dengan dakyah Syiah, organisasi ini menghantar pula anak-anak yang amat muda ke Iran untuk mempelajari Islam- Islam versi Syiah. Di samping itu, pelbagai buku akidah dan agama Syiah, membanjiri masuk melalui badan-badan politik dan NGO-NGO ini.

Berikutnya, berduyun-duyun ulama Syiah datang atas jemputan organisasi-organisasi ini, memberi ceramah dan membentang kertas kerja dalam wacana-wacana anjuran mereka. Untuk mengukuhkan lagi penyebaran fahaman Syiah, Syiah Iran telah melabur wang yang banyak, menubuhkan institut-institut untuk menerbitkan tulisan-tulisan dan buku-buku serta membiayai kegiatan terjemahan buku-buku agama Syiah.

Antara buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu ialah al-Hukumah al-Islamiyyah, karangan Khumayni yang bercanggah dengan akidah Islam itu. Ia diterjemah oleh seorang pemimpin NGO dakwah Islam!

Seorang Muslim yang serius, sekiranya meneliti literatur berkaitan dengan doktrin dan konsep Usuluddin dan Tauhid serta Syariat Islam, pasti dia akan bertemu ajaran Syiah amat bercanggah bahkan bertentangan sama sekali daripada ajaran agama Islam seperti yang dibawa oleh Nabi SAW, baik dalam perkara yang bersifat Usul mahu pun yang bersifat Furu.

Ini berdasarkan kepada sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Ahmad dan Ibn Madjah, yang menerangkan mengenai golongan yang berjaya atau firqah al-najiyah. Baginda ditanya oleh Sahabat mengenai golongan yang berjaya. Baginda menjawab: Ahli al-Sunnah wal Jamaah. Tanya Sahabat: dan apakah al-Sunnah wal Jamaah? Baginda menjawab: apa yang saya dan Sahabat-sahabat saya berada ( berpegang dan beramal padanya) pada hari ini. Jelas dari Hadis ini, golongan yang berjaya hanyalah golongan yang Iktikad dan Syariat mereka adalah Ahli Sunnah wal Jamaah bukan selainnya.

AKIDAH DAN SYARIAT SYIAH

Tulisan ini akan menerangkan beberapa pokok ajaran Syiah yang menyalahi ajaran kita Ahli Sunnah wal Jamaah. Antaranya ialah:

1. Al-Quran

Agama Syiah menolak al-Quran Mushaf Uthman sebagai Mushaf al-Quran yang lengkap lagi autentik. Mereka mempunyai mushaf sendiri yang bernama Mushaf Fatimah. Bagi orang Islam, al-Quran yang ada di tangan kita hari ini, adalah disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi SAW, tetapi bagi Syiah seperti yang terdapat di dalam Usul al-Kafi iaitu sebuah koleksi Hadis menurut epistemologi mereka, al-Quran mereka itu, adalah disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Sayidah Fatimah binti Rasul SAW, sebab itulah dinamakan Mushaf Fatimah.

Mushaf inilah yang diterima sebagai paling benar lagi autentik. Menurut mereka, Mushaf Uthman hanya mengandungi sekitar satu pertiga sahaja dari mushaf yang lengkap. Dua pertiga lagi berada di dalam Mushaf Fatimah. Khumayni dalam Wasiyat-nya menyebut dengan terang mengenai Mushaf Fatimah ini dan berkata mereka mendapat penghormatan dengannya.

Beliau menyeru supaya Imam Mahdi mereka, iaitu Muhammad bin Hasan al-Askari segera keluar dari lubang penyembunyiannya di Iraq dan membawa keluar bersamanya Quran Mashaf Fatimah ini. Tetapi untuk menjaga maslahah di depan orang Islam, mereka beramal dengan doktrin taqiyyah yakni berpura-pura menerima al-Quran yang ada di tangan kita.

Cuba kita bayangkan, jika ada penganut agama Buddha atau Hindu membuat dakwaan yang al-Quran Mushaf Uthman tidak autentik, apa akan terjadi?

Sementara itu, dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran pula, tafsiran mereka berlainan dengan kita, terutama ayat yang di dalamnya ada perkataan imam. Mereka memaknakannya sebagai Sayyidina 'Ali r.a, seperti dalam Surah al-Sajdah: 24; wajaaln minhum aimmatan yahdna biamrin lamm obar. Dan perkataan nr dalam Surah al-Taghabun:8, famin bill hi wa raslihi wan-nrillaz anzaln, diertikan oleh mereka sebagai imam-imam mereka.

2. Al-Hadis

Dalam epistemologi Ahli Sunnah wal Jamaah, Hadis ialah merangkumi perkataan, perbuatan dan ehwal Rasulullah SAW. Kemudiannya, Hadis-hadis ini disampaikan oleh generasi Sahabat kepada generasi berikutnya secara mantap dan tidak putus sanadnya sehinggalah disusun menjadi koleksi dalam sebuah buku oleh para perawi kemudian seperti perawi yang Enam, Ahmad, Imam Malik, Ibn Sunniy, as-Syafii dan lain-lain.

Akan tetapi bagi Syiah, Hadis dalam epistemologi mereka ialah sesuatu yang diucapkan oleh para Imam mereka sahaja dan sanadnya tidak sampai kepada Rasulullah SAW. Ini adalah kerana dalam ajaran mereka, para imam mereka itu menerima ilmu terus daripada Nabi SAW, walau pun semasa ketiadaan Baginda SAW, dan lagi pun, dalam ajaran mereka, Imam-imam mereka adalah maksum yakni bebas daripada kesalahan.

Dalam epistemologi Sunni, konsep seperti ini tidak boleh dinamakan sebagai Hadis atau kalau mahu juga hendak dikatakan Hadis, ia tergolong sebagai Hadis munkar atau pun Hadis palsu.

Syiah menolak dan tidak menerima Hadis Nabi yang disampaikan oleh para Sahabat dan Ummahatul Mukminin r.a, kerana menurut akidah mereka, semua Sahabat Nabi SAW telah murtad setelah wafatnya Nabi SAW, kecuali beberapa orang sahaja.

3. Mengkafirkan Sahabat Radiyallahu 'Anhum

Dalam agama Syiah, terdapat satu konsep dan doktrin bernama al-baraah atau tabarra. Doktrin ini bermaksud, mengutuk, mencaci bahkan memutus hubungan kasih sayang dengan semua Sahabat. Mereka ini buta sejarah. Bukankah Saidina Ali sendiri mengahwinkan anaknya dengan Saidina Umar r.a?

Menurut mereka semua Sahabat menjadi murtad dan kafir selepas wafat Nabi SAW, kecuali beberapa orang sahaja seperti Ali, Miqdad, Abu Dzar, Salman dan beberapa yang lain. Mereka juga beriman dan percaya yang para Sahabat bersepakat menyembunyikan wahyu dan mengkhianati wasiat Rasulullah SAW dalam hal imamah dan pelantikan Saidina Ali r.a sebagai khalifah.

Dan mereka menuduh Sahabat tidak amanah kerana mengurangkan ayat al-Quran sebanyak dua pertiga daripada wahyu asal, yang demikian hilanglah ayat-ayat yang berkaitan dengan imamah 'Ali ra. Justeru, semua Sahabat itu dalam Iktiqad Syiah telah menjadi kafir. La hawla wala quwata illa billah.

Dalam kaitan dengan doktrin tabarra ini, mereka senantiasa berdoa mengutuk Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Radiyallahu 'Anhuma yang disifatkan mereka sebagai dua berhala Quraisy.

Khumayni telah mengkafirkan Saidina Umar al-Khattab r.a dan mengatakan Saidina Abu Bakar r.a pula, seorang manusia yang jahil agama.

Berdasarkan kepada Hadis di awal tulisan ini, bahawa golongan yang berjaya daripada neraka ialah orang yang mengikuti ajaran Rasul dan Sahabat Baginda. Bagaimana seseorang atau sesuatu golongan boleh berjaya dan selamat daripada api neraka, sedangkan mereka enggan mengikut perjalanan Sahabat tersebut bahkan mengkafirkan mereka.

4. Ummahatul Mukminin

Seperti para Sahabat, Syiah juga langsung tidak menghormati Ummahatul Mukminin pada hal mereka itu semua adalah isteri-isteri Baginda yang tercinta. Syiah melemparkan pelbagai fitnah, tuduhan palsu, jijik dan jahat kepada Ummahatul Mukminin Saidatuna Aishah r.ah, bahkan dalam iktiqad rajah mereka, beliau r.ah akan dihukum oleh para Imam Syiah menjelang kiamat kerana berkhianat dan menganiayai puak Syiah seperti dalam kes Peperangan Jamal. Atas dasar ini juga Syiah bukan daripada golongan Islam.

5. Rajah

Syiah beriktikad bahawa para Imam mereka akan hidup semula di akhir zaman untuk menghukum para Sahabat dan Isteri Nabi SAW yang mereka tuduh bersekongkol merampas hak Saidina Ali sebagai khalifah. Termasuk yang akan dihukum dalam akidah mereka ialah Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Muawiyah, Aishah r.a dan lain-lain. Demikian khurafat mereka.

6.Konsep Imamah

Dalam akidah Syiah, Imamah atau Walayah atau kepimpinan sudah ditentukan oleh Allah SWT. Khumayni berkata dalam buku beliau, al-Hukumah al-Islamiyyah, muka surat 18, bahawa Nabi perlu menentukan seorang pengganti Baginda dan Baginda telah pun berbuat demikian, yakni melantik Ali r.a. Jika Baginda tidak berbuat demikian, bermakna Baginda tidak menyampaikan Risalahnya ( ms 19 ). Oleh sebab itu, Imamah ini termasuk ke dalam Rukun Iman Syiah. Sesiapa yang tidak percaya kepada doktrin dan konsep Imamah ini, menurut Syiah, ia bukanlah seorang Islam dan layak dihumban ke dalam neraka.

Dalam buku al-Hukumah al-Islamiyyah itu lagi, pada muka surat 52, beliau menyifatkan Imam-Imam mereka mempunyai kedudukan yang amat tinggi di sisi Allah SWT, sehingga tidak tercapai oleh para Malaikat muqarrabin dan juga Nabi-Nabi yang diutus. Dalam membincangkan hal kepimpinan selepas Rasulullah SAW pula, dia langsung tidak menyentuh kepimpinan tiga khalifah awal iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman radiyallahu anhum dan terus melompat kepada Sayyidina Ali r.a. Ini adalah kerana dalam akidah Syiah, mereka tidak mengiktiraf kepimpinan tiga khalifah sebelum Ali ra bahkan disifatkan tiga khalifah yang mulia itu, adalah perampas hak khalifah Ali r.a.

Mereka juga beriktikad bahawa semua Imam mereka adalah maksum. Khumayni berkata, bahawa Imam-Imam mereka tidak bersifat lupa dan lalai (ms 91) bahkan ajaran mereka itu, sama seperti ajaran al-Quran yakni wajib dipatuhi hingga Hari Qiamat (ms 113).

7. Ismah

Konsep imamah berkaitan rapat dengan doktrin ismah. 'Ismah bermaksud semua imam mereka adalah manusia maksum yakni tidak melakukan dosa, baik dosa besar mahu pun dosa kecil, bahkan dalam segala perlakuan mereka, imam-imam mereka itu tidak tersalah dan tersilap sedikit pun. Sebab itu imam-imam mereka boleh membuat hukum, yakni boleh menghalal dan mengharamkan sesuatu hukum Syara. Ini bercanggah daengan 'Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah bahawa yang maksum hanya Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul sahaja.

8.Ghaybah dan Menunggu Imam Mahdi

Syiah percaya bahawa Imam mereka yang kedua belas iaitu Muhammad bin Hasan al-'Askari telah ghaib. Dalam akidah Syiah, ia dianggap sebagai ghaybat al-sughra atau kehilangan kecil. Dia ini membawa bersamanya Mushaf Fatimah. Semasa ghaybat al-sughra ini - dalam khurafat mereka - pemimpin semasa Syiah masih boleh berhubung dengannya, bertanya pelbagai masalah dan jawapannya itu akan disebarkan kepada pengikut-pengikut mereka.

Beliau yang dikatakan ghaib kira-kira seribu tahun dahulu itu, masih hidup hingga sekarang dan akan datang semula ke dunia ini di akhir zaman, membawa bersamanya Mushaf Fatimah itu, untuk menyelamatkan dunia ini. Masa antara ghaybat al-sughra dengan kemunculan semula Imam Mahdi mereka itu, disebut sebagai ghaybat al-Kubra atau kehilangan besar. Sebab itu dalam wasiatnya, Khumayni berkata adalah suatu penghormatan kepada mereka kerana mereka mempunyai Mahdi jenis ini dan dia berdoa supaya Mahdi itu segera keluar dari lubang persembunyiannya. Semasa ketiadaan imam, maka yang ada ialah naib imam. Khumayni adalah salah seorang naib imam.

9. Taqiyyah dan Kitman

Taqiyyah dan Kitman dalam akidah Syiah bermakna menyembunyikan kepercayaan dan amalan sebenar mereka sekiranya mereka bersama-sama dengan masyarakat Islam. Ini bermakna mereka juga sedar bahawa ajaran dan amalan mereka itu adalah salah. Menurut ulama mereka, amalan taqiyyah dan kitman merupakan amalan nenek moyang mereka yang terdahulu dan pelakunya mendapat pahala. Atas dasar ini mereka dapat hidup hingga sekarang. Dalam menyebarkan dakyah mereka di Malaysia, mereka bertaqiyyah, menggunakan slogan cintakan Ahli Bayt, pada hal Ahli Bayt dalam konsepsi mereka, hanya beberapa orang sahaja, berbeza dengan konsep kita Ahli Sunnah wal Jamaah.

Perlu difahami, amalan taqiyyah ini dibuat jika mereka berada dalam keadaan tersepit dan dalam jumlah sedikit atau untuk mencapai sesuatu tujuan keagamaan mereka seperti keadaan awal mereka di Malaysia pada tahun-tahun 1980-an dahulu. Tetapi amalan ini akan ditinggalkan apabila mereka merasa keadaan mereka sudah selesa seperti sekarang ini. Sebab itu kita dengar puak Syiah Malaysia sudah berani mengisytiharkan mereka sebagai penganut Syiah. Ini semua sebagai dakyah dan untuk menakut-nakutkan masyarakat Sunni dan supaya kerajaan menunaikan tuntutan mereka. Tetapi dalam dakyah mereka dalam kalangan orang Sunni, amalan taqiyyah ini masih berlaku. Tujuannya ialah untuk mengumpan orang Sunni.

10. Ahl Bayt

Dalam kitab-kitab Tauhid kita, memang kita diwajibkan mencintai Ahli Bayt. Ahli Bayt yang sebenar ialah ahli kelurga Nabi SAW yang memiliki dan hidup di dalam Akidah dan Syariat yang benar seperti yang diajarkan oleh Baginda. Namun terdapat juga keturunan Ahl Bayt yang telah terkeluar dari ajaran Baginda SAW seperti menganut fahaman Marxisme, sekularisme, Liberalisme, Pluralisme agama dan Syiah. Mereka sudah tidak dapat dikategorikan sebagai Ahli Bayt lagi.

Ahl Bayt Rasulullah SAW, tiada kena mengena langsung dengan ajaran dan kumpulan Syiah lebih-lebih lagi Syiah Khumayni. Maulana Abu Hasan Ali an-Nadvi seorang ahli Bayt daripada keturunan Saidina al-Hasan r.a, ada menulis sebuah buku cukup baik yang menyorot kesesatan Syiah. Seorang Quraisy dari keturunan Saidina al-Hasan juga, Sayyid Muhammad al-Maliki dari Hijaz, amat kuat menentang Syiah. Demikian Ahl Bayt di Hadramawt.

11. Rukun Iman

Rukun Iman mereka antara lain ialah beriman kepada semua imam mereka yang dua belas dan beriman kepada imamah dan walayah Ali serta menolak imamah tiga khalifah sebelum 'Ali ra. Khumayni termasuk dalam kelompok ini. Sesiapa yang engkar dalam perkara ini, dikategorikan sebagai kafir.

12. Konsep 'Ibadah

Oleh kerana mereka menolak Hadis yang diriwayatkan oleh para Sahabat dan Ummahatul Mukminin, maka terdapat perbezaan besar dan dasar antara kita orang Islam dengan mereka yang Syiah, dalam semua urusan ibadah. Cara azan, solat, puasa, zakat, nikah kahwin, mengurus jenazah dsb, amat bertentangan dengan kita Ahli Sunnah wal Jamaah. Mereka boleh solat jamak sepanjang waktu, kita tidak boleh, kecuali uzur syarak. Ahli Sunnah mengharamkan nikah mut'ah, mereka mengharuskannya bahkan mendapat pahala yang besar. Ringkasnya, semua ibadat mereka bercanggah dengan Islam dan Sunnah.

BERSAMBUNG ESOK

PENULIS ialah Presiden Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat)

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Saingan sihat galeri seni

Posted: 28 Jul 2013 06:13 AM PDT

Oleh RASDAN AHMAD
rasdan_utusan@yahoo.com

KEMUNCULAN pelbagai galeri lukisan kebelakangan ini merupakan satu perkembangan yang amat membanggakan dari segi pembangunan bidang seni tempatan.

Percambahan galeri di seluruh negara ketika ini secara tidak langsung memeriahkan lagi bidang seni secara amnya dan lukisan khasnya.

RA Fine Art Gallery, Morne Art Gallery, Galeri Candan, Core Design Gallery dan pelbagai lagi galeri swasta muncul dan ini menyaksikan bidang lukisan tanah air berada pada tahap membanggakan.

Apa tidaknya, jika sebelum ini bidang tersebut hanya dianggap sebagai memenuhi minat si pengkaryanya sahaja namun kebelakangan ini bidang seni tampak telah diangkat setaraf dengan bidang-bidang hebat yang lain.

Sebelum ini, kebanyakan karya hebat yang dihasilkan hanya digantung dan disimpan di rumah sahaja kerana kekangan ruang pameran, kalau ada pun hanya di kaki lima Pasar Seni sahaja.

Nampaknya tugas yang dipikul oleh Balai Seni Visual Negara selama ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penggemar seni tempatan apabila mula membuka mata terhadap bidang ini.

Melalui percambahan galeri seni secara mendadak ini juga sekali gus menampakkan bidang seni tempatan mampu bersaing dengan bidang seni luar negara.

Karya-karya selama ini yang hanya dijadikan sebagai perhiasan semakin memenuhi ruang-ruang pameran di setiap galeri-galeri seni tempatan.

Bidang seni tampak secara dasarnya merupakan bidang yang cukup besar dan merupakan satu industri yang boleh menjana pendapatan yang lumayan.

Lihat sahaja pada harga lukisan sekarang, sukar untuk kita mencari lukisan pada harga dalam lingkungan ratusan ringgit. Kesemuanya dijual bermula pada harga seribu sehingga ratusan ribu ringgit.

Sebagai contoh karya karyawan Latiff Mohidin berjudul Mindscape telah dijual sehingga mencecah harga RM400,000 dalam satu majlis lelongan baru-baru ini.

Penglibatan golongan muda terutamanya dalam dunia lukisan semakin dirasai sejak kebelakangan ini menerusi penyertaan dalam pameran yang diadakan.

Kepercayaan yang diberikan oleh galeri-galeri seni bukan sahaja sebagai batu loncatan untuk melangkah lebih jauh tetapi juga satu penghormatan kepada bakat yang ada pada golongan tersebut.

Jika sebelum ini, cabang seni hanya tertumpu kepada bidang pop, filem serta sastera semata-mata kerana bidang ini dilihat mempunyai kelebihan berbanding seni lukis.

Tetapi hakikatnya lukisan merupakan satu karya yang mempunyai nilai yang cukup tinggi. Semakin lama lukisan itu semakin tinggi nilainya di pasaran.

Setiap hasil seni membawa pelbagai mesej dan identiti yang menjadi panduan mereka selama berkarya. Berbekalkan karya berwarna-warni yang dibentuk berdasarkan imaginasi masing-masing, semua artis berjaya menghasilkan karya terbaik untuk tatapan umum.

Pelukis muda tempatan ketika ini dilihat semakin kreatif dan mampu untuk bersaing dengan pelukis mapan tidak kira dari dalam atau luar negara.

Kebangkitan para pelukis muda tempatan telah menampakkan sinar harapan baru dalam dunia lukisan yang sebelum ini seolah-olah ketinggalan jika ingin dibandingkan dengan bidang seni negara-negara jiran sebelum ini.

Kematangan dari segi penghasilan cukup membanggakan kita kerana setiap hasil karya mempunyai nilai yang tersendiri. Pertambahan galeri seni swasta berbanding galeri sedia ada menjadi antara faktor utama terhadap kebangkitan pelukis tempatan ketika ini.

Usaha yang dilakukan oleh kebanyakan galeri seni lukis tempatan bagi memperkenalkan hasil seni anak tempatan juga menampakkan hasil yang setimpal.

Di zaman serba moden ini juga, galeri lukisan tidak hanya tertumpu pada keadaan zahirnya sahaja. Penubuhan galeri-galeri lukisan secara dalam talian juga merupakan satu perkembangan yang amat membanggakan. Dengan perkembangan ini juga, minat serta kemahuan pelukis-pelukis muda untuk menonjolkan diri mereka dalam bidang ini semakin menebal.

Perkembangan seperti ini sepatutnya diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan bidang seni itu menjadi tarikan kepada anak muda pada masa akan datang.

Bidang seni bukan hanya khusus kepada yang berminat semata-mata malah bidang ini mampu menjanakan pendapatan yang cukup lumayan sekiranya dilakukan dengan pemikiran yang tajam serta bersungguh-sungguh.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Seanggun Songket Aidilfitri

Posted: 28 Jul 2013 06:13 AM PDT

Gabungan songket dan fabrik moden.

SONGKET merupakan fabrik tradisional yang sering dikaitkan dengan golongan pembesar dan bangsawan sejak sekian lama.

Namun menjelang hari raya Aidilfitri , songket turut mendapat perhatian orang ramai untuk tampil bergaya dengan samping baru atau dijadikan kebaya dan kurung yang anggun.

Lebih menarik, jika pereka menggabungkan songket dengan fabrik moden dan menghasilkan rekaan terbaharu.

Menurut Kashfi Mohd. Zulkifli, sebagai pereka baharu, dia gemar menghasilkan rekaan kontemporari dengan menggabungkan yang lama dan moden.

Untuk tahun ini saya menghasilkan koleksi yang diberi nama, Seanggun Songket. Koleksi ini adalah hasil gabungan antara tenunan asli songket dan fabrik sifon.

Kedua-dua fabrik ini disatukan untuk memperlihatkan keanggunan mereka yang memakainya," ujarnya.

Bercerita lanjut tentang koleksi Aidilfitri ini, Kashfi yakin tenunan dan sulaman benang emas songket memperlihatkan kemewahan fabrik tersebut yang boleh mengubah persepsi masyarakat bahawa songket pada masa kini sesuai dijadikan salah satu koleksi Aidilfitri serta mampu dimiliki semua golongan.

Rahsia Hera kekal langsing

Posted: 28 Jul 2013 06:13 AM PDT

Untuk maklumat tentang Vene, hubungi 017-6064078 atau layari www.vene.my atau ww.facebook.com/veneofficial

MUSLIMAH ini tampil dengan wajah penuh tarikan. Lirikan mata yang cantik ditambah dengan solekan yang sederhana sesuai dengan penampilan Muslimah di Aidilfitri. Hera Helmi, 28, personaliti minggu ini berkongsi petua penjagaan tubuh badan pada bulan Ramadan.

Sebagai model, Hera mengakui dia turut mengalami masalah turun naik berat badan yang tidak menentu.

Bagi mengatasi masalah itu, Hera melakukan tarian belly sebagai rutin senaman harian.

Tarian belly ini memerlukan kita bergelek. Secara tidak langsung, aktiviti ini membantu kita mendapatkan pinggang yang ramping. Sepanjang Ramadan ini, saya mengurangkan aktiviti ini kepada dua kali seminggu.

Jadi, apa yang saya lakukan ialah memilih Vene Losen Transformasi untuk membuang lemak degil di bahagian pinggang dan paha. Saya paling suka bau dan tekstur losen yang tidak melekit, tidak terlalu panas dan yang paling penting losen pelangsing ini memberi kesan segera kepada pengguna," ujarnya yang merupakan testimoni Vene.

Vene yang berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia berfungsi untuk menegang, menganjal dan melembutkan kulit pada bahagian yang telah mengalami susutan.

Bercerita tentang kerjayanya sebagai model, Hera mengakui keyakinan paling penting untuk menjadi model yang berjaya.

Sebagai model yang tidak tidak tinggi, Hera secara perlahan membina keyakinan diri melalui penampilan dan gaya berjalan.

Lama-kelamaan saya tidak kekok dengan keadaan ini. Malah, saya menjadi seorang yang optimis. Saya juga akan tampil dengan koleksi busana sendiri iaitu Nitty by Hera Helmi," ujarnya yang menjadi model sejak berusia 18 tahun.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Wujudkan sistem nilai - MB

Posted: 27 Jul 2013 10:27 AM PDT

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my

Mohamed Khaled Nordin (tengah) mengacau bubur lambuk bersama penduduk setempat sebagai simbolik pelancaran Program Ihya Ramadan dan Majlis Gotong-Royong Bubur Lambuk di Sierra Perdana, Pasir Gudang, Johor, semalam.

JOHOR BAHRU 27 Julai - Sistem nilai perlu diwujudkan bagi mengelakkan daripada berlaku perpecahan serta polarisasi kaum dalam kalangan masyarakat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerjasama dalam kalangan masyarakat amat penting dalam usaha untuk mengekalkan kestabilan negara.

Beliau berkata, negara akan mengalami kerugian sekiranya setiap kaum berfikiran sempit serta taksub dan hanya mementingkan diri semata-mata.

"Perkara seperti ini perlu diberikan perhatian serius kerana kerjasama antara kaum adalah sesuatu yang sangat penting dalam usaha mewujudkan keharmonian dan kestabilan," katanya selepas menghadiri Program Ihya Ramadan dan Majlis Gotong-Royong Bubur Lambuk anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Komuniti Kepolisan di Sierra Perdana, Taman Rinting, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut meluangkan masa menyampaikan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik selain mengagihkan bubur lambuk kepada masyarakat di kawasan berkenaan.

Beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi menambah baik bilik gerakan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sierra Perdana.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, program yang dilaksanakan itu merupakan antara pendekatan yang baik bagi merapatkan hubungan sesama masyarakat di kawasan itu.

Beliau berharap program kemasyarakatan seperti itu perlu diperbanyakkan bagi membina komuniti yang berkualiti pada masa akan datang.

Puteri UMNO Pulai agih fidyah

Posted: 27 Jul 2013 10:27 AM PDT

Hirul Fahdiyah Ismail (duduk, kiri) menyampaikan kain serta barang keperluan dapur kepada Rupiah Sanipan dalam Program Jelajah Fidyah Ramadan Puteri UMNO Pulai di Kampung Tuah Jaya, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 27 Julai - Puteri UMNO Bahagian Pulai hari ini menziarah kira-kira 60 keluarga fakir miskin yang menetap di sekitar 14 cawangan bahagian itu menerusi program Jelajah Fidyah Ramadan.

Ketuanya, Hirul Fahdiyah Ismail berkata, menerusi lawatan itu pihaknya mengagihkan bantuan kepada golongan tersebut hasil fidyah yang dikumpul daripada individu menjelang Ramadan lalu.

Beliau berkata, program yang dimulakan sejak 2003 itu merupakan antara pendekatan mereka untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat selain membantu golongan yang memerlukan.

"Kami berjaya mengumpul sejumlah wang bayaran fidyah individu dan ia digunakan membeli beras untuk diagihkan kepada golongan yang layak menerimanya selain sumbangan barangan keperluan harian.

"Sumbangan ini disampaikan dari rumah ke rumah bagi memudahkan urusan penerima," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Tuah Jaya, Taman Perling, di sini.

Seorang penerima bantuan, Martini Kasmin, 70, bersyukur dengan bantuan yang diberikan itu selain menyifatkannya sebagai sesuatu yang amat bermakna terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Saya ucapkan terima kasih dengan bantuan yang diberikan ini," katanya yang sudah menetap di Kampung Tuah Jaya sejak 20 tahun lalu.

Seorang lagi penerima bantuan, Rupiah Sanipan, 66, turut gembira dengan bantuan itu kerana sedikit sebanyak dapat membantu meringankan perbelanjaan hariannya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


MITI komited majukan Kedah - Mustapa

Posted: 28 Jul 2013 03:02 AM PDT

ALOR SETAR 28 Julai - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mempunyai komitmen tinggi untuk membantu memajukan sektor perindustrian di Kedah sekali gus menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, justeru pihaknya memandang serius isu yang dibangkitkan seperti masalah bekalan air di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) yang dianggap perlu diatasi segera bagi memastikan ia menepati piawaian.

"Bila ada syarikat-syarikat melabur di KHTP, tapi masalah bekalan air tak selesai, tak boleh la nak panggil taman berteknologi tinggi. Kerajaan pusat akan melihat bagaimana dapat membantu keperluan kerajaan negeri iaitu sebanyak RM50 juta (untuk menambah baik bekalan air).

"Perkara ini akan dikaji dengan serius kerana ia merupakan keperluan yang mendesak dan saya memang menyokong penuh permohonan itu," katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI), di sini hari ini.

Katanya, dengan perkembangan semasa KHTP yang kini di peringkat penyediaan infrastruktur untuk fasa keempat, masalah berkaitan bekalan air perlu diselesaikan segera.

"Keperluan air di KHTP adalah amat besar dan kita cukup faham sebab saya sendiri pernah dikunjungi syarikat-syarikat yang beroperasi di KHTP di mana dua tahun lepas ada gangguan bekalan air dan mereka mengalami kerugian besar dan perkara ini amat serius.

"KeTTHA (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) dan EPU (Unit Perancang Ekonomi) dah beri jaminan akan kaji (masalah air) secara serius dan apabila selesai kerajaan negeri akan dimaklumkan (mengenai tindakan seterusnya)," kata Mustapa.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, peruntukan yang diperlukan untuk menambah baik kualiti bekalan air di KHTP iaitu RM50 juta masih terkawal, namun ia masih dalam peringkat perbincangan dengan KeTTHA.

"Jika diluluskan dalam masa terdekat, dapat tambah baik atau tambah kapasiti pengeluaran atau rawatan air daripada 170 juta liter sehari kepada 200 juta liter sehari.

"Mengenai fasa keempat KHTP, kita rasa boleh dapat jenis industri yang kita sasarkan dan buat masa ini dari segi infrastruktur ia sedang dilaksanakan melibatkan kawasan berkeluasan 406 ekar (162 hektar)," katanya.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri juga optimis dapat menarik lebih banyak pelabur kerana KHTP mempunyai reputasi tersendiri selain terkenal dan telah berjaya menarik industri tersohor seperti Infineon Technologies dan Silterra.

"Itu saja sudah menimbulkan rasa yakin di kalangan pelabur bahawa KHTP antara taman teknologi tinggi terbaik di negara ini dan saya tak rasa bimbang yang kita akan dapat tarik pelaburan yang diharapkan," katanya.

Beliau berkata, fasa keempat KHTP sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Julai 2014.

Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) akan bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan negeri untuk mempromosi Bandar Getah atau Rubber City di Padang Terap kepada pelabur asing dan tempatan.

"Rubber City ini adalah agenda penting Menteri Besar. Antara cadangan kami adalah untuk mengadakan seminar. Mida akan kenal pasti pelabur bertujuan untuk menceritakan visi dan perancangan untuk bangunkan Rubber City," katanya. - BERNAMA

Felda kaji kemampuan bina lebih banyak rumah

Posted: 28 Jul 2013 01:55 AM PDT

PORT DICKSON 28 Julai - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan mengkaji kemampuan membina lebih banyak rumah menerusi projek skim perumahan di setiap tanah rancangannya di seluruh negara.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, setakat ini, Felda merancang menyediakan 20,000 rumah di tanah rancangan dalam masa lima tahun seperti yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ini bermakna kita mesti membina 4,000 unit rumah setiap tahun. Tetapi pada tahun ini, saya yakin kita mampu membina lebih daripada 4,000 unit. Cuma yang jadi masalah ialah kita bina rumah ini di lokasi terpilih seperti kawasan yang tidak banyak kerja tanah, mempunyai kemudahan infrastruktur dan sebagainya.

"Matlamat akhirnya, kita berhasrat mewujudkan projek skim perumahan ini di setiap tanah rancangan Felda. Oleh itu, saya percaya kebimbangan untuk mendapatkan rumah oleh warga Felda tidak perlu timbul.

"Insya-Allah, Felda akan sedaya upayanya menyediakan rumah yang mencukupi," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan UMNO Bahagian Telok Kemang kepada pesakit di Hospital Port Dickson hari ini.

Mohd. Isa, yang juga Ahli Parlimen Jempol berkata, projek skim perumahan itu kini popular dalam memenuhi permintaan anak peneroka untuk memiliki kediaman sendiri.

Projek itu merupakan inisiatif Felda untuk melaksana program perumahan moden untuk generasi baharu dan menyediakan pekerjaan tetap serta memberi pendapatan tambahan melalui pertanian bersepadu selain infrastruktur yang selesa.

Projek itu dibina secara pasang siap menggunakan teknologi sistem binaan industri (IBS) iaitu IRIS KOTO IBS Technology.

Setiap rumah mempunyai tiga bilik dan dua bilik air dengan keluasan lantai 304.80 meter persegi.

Setiap unit dianggar berharga antara RM75,000 dan RM80,000. - BERNAMA

Bomba Pusat siasat punca 4 kebakaran di Sibu

Posted: 28 Jul 2013 01:15 AM PDT

Oleh FARHANA JONI

KOTA SAMARAHAN 28 Julai - Jabatan Bomba dan Penyelamat akan menghantar pasukan khas dari ibu pejabatnya di Putrajaya untuk menyiasat kebakaran yang sering berlaku di Sibu sejak kebelakangan ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, kebakaran yang berlaku tidak akan dibiarkan begitu sahaja sebaliknya pihak jabatan akan mencari punca masalah dengan mengumpul data, pendapat dan pandangan.

"Kita akan melakukan siasatan terperinci. Apa yang penting adalah kita harus mengetahui kenapa kebakaran di Bahagian Sibu sering berlaku," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama kakitangan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri di Balai Bomba dan Penyelamat di sini semalam.

Empat kebakaran berlaku di Sibu dalam tempoh sebulan bermula dengan kebakaran besar yang memusnahkan lebih 60 rumah di Kampung Datu dan Kampung Hilir pada 19 Jun lalu.

Diikuti pada 15 Julai, sebanyak 16 rumah kedai musnah dan keesokannya, sederet rumah kayu di Jalan Tiong Hua pula ranap.

Insiden keempat pula pada 18 Julai, apabila dua rumah kedai dua tingkat di Jalan Channel musnah dalam kebakaran iaitu hanya 100 meter daripada lokasi kebakaran kedua. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved