Jumaat, 29 Mac 2013

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Tahun mencabar Jabatan KDNKA

Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

PASUKAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak penubuhannya pada tahun 1806 sudah mengharungi pelbagai cabaran, namun berkat ketabahan dan komitmen diberikan mereka mampu menghadapi rintangan itu biarpun dalam keadaan serba kekurangan sehingga ke hari ini.

Ia termasuk pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi pegawai dan anggota Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) yang menyaksikan kejadian terbaharu, insiden pencerobohan pengganas Kiram di Sabah sehingga mengorbankan lapan anggota PDRM.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Jabatan KDNKA memainkan peranan dalam menghadapi pencerobohan tersebut dalam pelbagai aspek baik melalui laut, darat dan udara memandangkan ia merupakan jabatan terbesar dalam PDRM.

Untuk rekod, Jabatan KDNKA mempunyai kekuatan seramai 2,305 pegawai kanan dan 35,636 anggota di seluruh negara.

Ia meliputi Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Khas (PGK) yang merangkumi VAT69 dan Unit Tindakan Khas (UTK), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan pasukan berkuda, Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Polis Marin (PPM), Cawangan Trafik serta kereta peronda polis (MPV).

Dalam menjayakan Ops Daulat, semua elemen di bawah Jabatan KDNKA diselaras operasinya bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memainkan tanggungjawab memberi bantuan dan logistik di barisan hadapan.

Anggota VAT 69, UTK dan PGA diletakkan di barisan hadapan untuk mengepung, mencari, menangkap dan menumpaskan musuh manakala PPM membuat rondaan di sepanjang pantai dan PGU pula membuat peninjauan udara selain memberikan perkhidmatan lain termasuk pemindahan anggota yang cedera.

Kereta peronda dan trafik turut membantu mengawal orang ramai serta lalu lintas selain menjalankan program Komuniti Kepolisan.

Bagi Pengarah Jabatan KDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid, kehadiran 2013 merupakan tahun yang amat mencabar dan getir bagi jabatannya kerana tidak pernah terlintas di fikiran bahawa insiden pencerobohan seperti berlaku di Sabah mampu tercetus pada masa ini.

Katanya, tragedi itu adalah di luar jangkaan kerana berlaku dalam era serba canggih dan moden yang dipelopori oleh dunia teknologi, komunikasi dan informasi (ICT), sekali gus memerlukan PDRM mempersiapkan pegawai dan anggota dengan kepakaran untuk memerangi persepsi serta maklumat tidak tepat yang dilaporkan menerusi Internet.

Sehubungan itu bersempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-206, Salleh melahirkan harapan tinggi supaya jabatan berkenaan akan terus memainkan peranan sebagai barisan hadapan yang cemerlang, relevan dan penting dalam PDRM.

"Jabatan KDNKA yang meliputi keanggotaan di udara, laut dan darat diharap terus kekal relevan dalam proses mengekalkan keamanan, kestabilan dan ketenteraman dalam negara seperti yang termaktub dalam Seksyen 3(3) Akta Polis 1967.

"Jadi, jika ada mana-mana pihak mahu terus menghina, memperlekeh dan mempertikai apa dilakukan polis, biarlah. Yang penting kami tetap pikul amanah diberi demi keselamatan dan kedaulatan negara," katanya kepada Utusan Malaysia dalam wawancara khas sempena Peringatan Hari Polis Ke-206 baru-baru ini.

Beliau dengan nada tegas turut mengingatkan semua pihak bahawa polis tidak akan sesekali berkompromi dengan keselamatan negara dan sentiasa mengambil kira pandangan serta kritikan membina untuk mengukuhkan lagi pasukan tersebut.

Salleh sedar persepsi rakyat terhadap PDRM terutama melibatkan elemen di bawah Jabatan KDNKA yang sering dikritik, namun ujarnya, orang ramai harus ingat bahawa anggota polis juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan sama seperti orang lain.

"Saya berasa amat sedih apabila dapat tahu ada anak buah terkorban dan cedera semasa menjalankan tugas Ops Daulat dan bertambah perit lagi apabila ada pula suara-suara sumbang melabelkan apa yang berlaku sebagai sandiwara.

"Namun, kata-kata itu sikit pun tidak melemahkan semangat semua ahli keluarga PDRM, sebaliknya ia melonjakkan lagi semangat juang untuk mempertahan kedaulatan negara dan menumpaskan kumpulan yang menganggu-gugat negara kita.

"Justeru, kami bertekad mencari musuh negara sehingga ke lubang cacing untuk diheret ke muka pengadilan dan ditewaskan. Keadilan untuk wira yang terkorban dan kedaulatan negara perlu ditegakkan," tegasnya.

Ditanya penglibatan Jabatan KDNKA dalam penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), beliau memberitahu, struktur beberapa elemen di bawah jabatan itu perlu disusun semula termasuk anggota dan logistik agar sesuai dengan tuntutan semasa.

Jelasnya, elemen yang akan diberi tumpuan ialah PGA dan PGK yang perlu dilihat sebagai barisan hadapan pertahanan dalam menjamin, mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam bagi meningkatkan keyakinan rakyat.

Tambahnya, bagi mengukuhkan pasukan itu, Jabatan KDNKA mencadangkan supaya setiap briged mempunyai empat batalion yang dilengkapi empat kompeni dengan setiap batalion perlu ada skuadron perisai dan platun mortar iaitu sama seperti semasa penubuhan Pasukan Polis Hutan (PPH) sebelum ini.

"Mereka yang terlibat itu perlu dilengkapi dengan aset serba canggih, moden dan perlu menjalani latihan seperti tentera bagi melengkapkan kompetensi para pegawai dan anggota PGA dan PGK semasa menjalankan tugas," katanya.

Selain itu, katanya, penekanan juga perlu diberi dalam aspek keselamatan seperti dilengkapkan dengan baju kalis peluru, 'armoured personnel carrier' (APC) dan senjata yang moden.

Menurut Salleh, elemen lain yang masih mempunyai ruang penambahbaikan bagi menjadi lebih efektif ialah PGU dengan memperhebat lagi aset supaya dapat membantu kelancaran pasukan seperti pengangkutan anggota, logistik dan peninjauan udara.

Beliau berkata, selain melaksanakan Ops Daulat, PDRM khususnya Jabatan KDNKA mempunyai satu lagi tanggungjawab besar dan mencabar yang perlu dihadapi tahun ini iaitu Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Katanya, pelaksanaan PRU-13 bukan masalah kerana Jabatan KDNKA akan memastikan Ops Daulat dan proses pilihan raya dapat berjalan lancar dengan memastikan pegawai serta anggota berada pada tahap kesiapsiagaan yang paling maksimum.

"Kita akan menjalankan tugas bagi memastikan PRU-13 berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang boleh menggugat ketenteraman awam termasuk semasa proses pembubaran parlimen, penamaan calon, waktu kempen, hari mengundi dan selepas itu.

"Pihak polis sedar akan cabaran yang bakal ditempuhi sepanjang proses pilihan raya umum dijalankan kelak tetapi kita sudah bersiap sedia dengan segala kemungkinan dan menjalankan tugas seperti diamanahkan," jelasnya.

Kesimpulannya, Salleh berkata, masih terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan terhadap elemen di bawah Jabatan KDNKA bersesuaian dengan peredaran masa yang memerlukan penggunaan peralatan canggih dan latihan terbaik.

Beliau yang berpengalaman berkhidmat dalam PPH dan PGA mahu sebarang kekangan dihapuskan, manakala kekurangan melibatkan Jabatan KDNKA dapat dipertingkatkan terutama dalam menghadapi pelbagai cabaran yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

"Semua penstrukturan dan kelengkapan itu adalah untuk menjamin keselamatan serta kepentingan rakyat negara ini sejajar slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'," katanya.

Faktor pembangkang gelisah apabila Parlimen belum dibubarkan

Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT

Oleh Zulkiflee Bakar

SALAH satu penyakit yang ada dalam kalangan pakatan pembangkang dan penyokong mereka ialah terlalu mudah untuk membuat tafsiran.

Pelbagai andaian mereka lakukan bagi memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.

Begitu juga dalam isu pembubaran Parlimen, mereka membuat pelbagai tafsiran termasuklah hujah dangkal dengan mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Suatu ketika dulu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata dalam satu pertemuan dengan anak-anak Kelantan, Najib semak perut hendak bubar Parlimen kerana banyak masalah dalam UMNO.

Mereka sengaja melupakan tempoh tamat mandat kerajaan BN di peringkat Pusat ialah 30 April. Oleh itu Perdana Menteri tidak terikat dengan sebarang desakan supaya Parlimen dibubarkan lebih awal daripada tarikh itu.

Sebenarnya, penulis difahamkan yang resah gelisah kerana Parlimen belum dibubarkan ialah pembangkang.

Menurut satu sumber, pakatan pembangkang sudah merancang jika BN membubarkan Parlimen dan diikuti oleh negeri-negeri di bawah penguasaan parti itu sebelum tarikh tamat tempoh memerintah, pakatan pembangkang tidak akan berbuat demikian di negeri-negeri yang mereka kuasai.

Sebaliknya jentera pilihan raya di empat negeri yang mereka kuasai iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah akan dihantar untuk membantu jentera di Perlis, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Mereka begitu yakin melalui cara demikian ia akan membantu pakatan pembangkang menguasai negeri-negeri tersebut.

Kalau pakatan pembangkang menganggap mereka sudah cukup kuat dan mampu mempertahankan negeri-negeri yang mereka kuasai sekarang, maka bubarlah sebelum tarikh tamat tempoh memerintah.

Untuk rekod tarikh tamat tempoh memerintah Selangor ialah 22 April, Kelantan (28 April), Pulau Pinang (2 Mei) dan Kedah (5 Mei). Kalau mereka mempertikaikan kenapa Perdana Menteri tidak membubarkan Parlimen sekarang sedangkan tamat tempoh mandat ialah 30 April, kenapa mereka tidak bubar lebih awal di negeri-negeri yang mereka kuasai?

Tetapi kita percaya pembangkang tidak akan berbuat demikian kerana mereka sememangnya bersikap seperti tin kosong, bunyi sahaja kuat, tetapi isinya tiada.

Tambahan pula, pakatan pembangkang memahami kekuatan mereka di negeri-negeri berkenaan semakin luntur.

Di Selangor, penolakan rakyat terhadap kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin ketara, apabila banyak janji yang dibuat dalam manifesto pada pilihan raya umum lalu tidak ditunaikan kerana Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menganggap manifesto bukan satu perjanjian.

Di Pulau Pinang, pentadbiran kerajaan DAP berhadapan dengan pelbagai bantahan termasuk projek-projek mega yang ditentang oleh rakyat.

Di Kedah, kerajaan Pas bukan sahaja menghadapi masalah kepincangan menguruskan negeri malahan diancam masalah dalaman antara pemimpin-pemimpin Pas. Difahamkan Pas Kedah berpecah kepada empat kelompok.

Di Kelantan, isu tanah dan air terus menghantui kerajaan Pas. Malahan di negeri itu sudah ada gelombang yang cukup ketara mahupun perubahan kerana rakyat sudah bosan dengan kerajaan negeri yang lebih kaya dengan slogan dan retorik berbanding program bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Berdasarkan kepada hujah-hujah itu, maka tidak payahlah puak-puak pembangkang hendak menyibuk mempertikaikan kenapa Perdana Menteri belum membubarkan Parlimen.

Tunggu sahajalah detiknya kalau betul-betul pembangkang yakin bila pun pilihan raya diadakan mereka boleh mencapai kejayaan besar.

Janganlah beri alasan dangkal kononnya terpaksa membuat kutipan derma kerana Perdana Menteri terlalu lambat membubarkan Parlimen.

Pilihan raya bukan medan menguji kekuatan sesiapa atau gelanggang untuk merebut kekuasaan sahaja, sebaliknya ia adalah penentu masa depan rakyat dan negara.

Kerajaan BN bukan seperti pakatan pembangkang asyik hendak berpolitik sepanjang masa dan terlalu kemaruk kuasa. Kerajaan BN hendak memastikan segala urusan negara dan perancangan untuk rakyat sudah diselesaikan barulah mandat diserahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Sepatutnya pembangkang bersyukur kerana apabila Parlimen lambat dibubarkan, maknanya mereka masih mempunyai masa untuk menunaikan segala janji-janji yang belum ditunaikan.

Tetapi pembangkang tahu mereka tidak ada kemampuan untuk menunaikan janji-janji yang dibuat, oleh itu mereka berharap apabila Parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan rakyat akan melupakan janji-janji yang pernah mereka buat dalam pilihan raya lalu.

Inilah perangai pakatan pembangkang, mereka berpolitik semata-mata untuk kuasa sebab itulah mereka sanggup bergabung dalam satu pakatan biar pun berbeza ideologi dan hala tuju perjuangan.

Seperkara lagi, pembangkang juga risau semakin lambat Parlimen dibubarkan, semakin terdedah janji-janji palsu yang disenaraikan dalam manifesto pilihan raya mereka dan Buku Jingga.

Ia memandangkan apa yang mereka janjikan itu hanyalah omong kosong dan tidak berpijak di bumi nyata, segalanya mereka lakukan hanya semata-mata untuk menarik perhatian rakyat untuk menyokong mereka dalam pilihan raya umum nanti.

Ini belum lagi mengambil kira bagaimana dari semasa ke semasa, semakin banyak terdedah perangai pemimpin-pemimpin mereka termasuk dari segi moral.

Justeru mahu tidak mahu, pembangkang terpaksa membuat pelbagai andaian berhubung isu pembubaran Parlimen bagi menutup kelemahan mereka.

Dalam bahasa mudahnya lagi lambat pilihan raya diadakan, maka semakin banyak wajah-wajah buruk pembangkang akan terdedah kerana bak kata seorang pemimpin BN di Pulau Pinang, kertas tidak boleh membalut api.

Begitu juga sandiwara dan lakonan politik pembangkang, ia sudah pasti tidak akan bertahan lama sebab itulah mereka tidur tak lena, resah gelisah dan gundah gulana apabila Perdana Menteri belum membubarkan Parlimen.

Sementara mereka menuding jari mengatakan Perdana Menteri dan BN dalam ketakutan serta semak perut untuk mengadakan pilihan raya , hakikatnya pembangkanglah yang sebenarnya berada dalam kedudukan tidak tentu hala.

Segala-galanya kerana pembangkang sudah tidak sabar lagi untuk menawan Putrajaya dan menumbangkan BN kerana pilihan raya kali ini dianggap penentu hidup mati perjuangan politik mereka.

Namun kita percaya, tidak kira bila pun Parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan, yang pasti rakyat sudah semakin mengetahui siapa yang sepatutnya mereka pilih sebagai kerajaan.

Tidak apalah kalau pembangkang hendak meneruskan perasaan gelisah tidak tentu hala mereka kerana Parlimen belum dibubarkan, yang pasti BN tidak akan mengikut jejak amalan politik dangkal mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Penduduk terima manfaat

Posted: 28 Mar 2013 12:56 PM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusan.com.my

YAP Pian Hon melihat lakaran projek pembinaan klinik kesihatan di Persiaran Suadamai, Bandar Hussien Onn, Cheras, Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR 28 Mac - Kira-kira 200,000 penduduk kawasan sekitar Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dan Balakong di sini bakal menerima manfaat apabila sebuah klinik kesihatan bakal dibina di Persiaran Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn.

Penyelaras Kawasan Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon berkata, kemudahan yang bakal direalisasikan itu merupakan usaha para pemimpin Barisan Nasional di kawasan itu sejak beberapa tahun lalu, selain permintaan penduduk sendiri.

"Klinik kesihatan itu bakal dibina di tanah seluas 2.89 ekar di Persiaran Suadamai selepas permohonan diluluskan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan," katanya dalam sidang akhbar bagi mengumunkan mengenai pembinaan klinik kesihatan itu di sini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Cawangan Bandar Tun Hussein Onn; Datuk Che Ab. Ghani Che Lah, Ahli Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia; Datuk Dr. Lai Kwong Choy dan Pengerusi Rukun Tetangga Bandar Tun Hussein Onn, Roslan Hassan.

Menurut Pian Hon, projek itu dijangka akan dimulakan secepat mungkin selepas urusan pemilihan tender selesai.

Bagaimanapun katanya, kos pembinaan klinik kesihatan itu belum dapat dipastikan kerana beberapa perkara termasuk pelan reka bentuk masih diperingkat rancangan.

"Kerajaan amat prihatin dan memahami kehendak penduduk di sini dan ia bukan janji pilihanraya semata-mata," katanya.

Tambah Pian Hon, selain klinik kesihatan, pusat sosio ekonomi di kawasan Balakong turut dicadangkan, selain Klinik 1Malaysia yang telah dibina.

Dalam perkembangan lain, Pian Hon turut mengumumkan cadangan projek pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat bakal direalisasikan di tapak seluas 1.53 ekar di Jalan Suakasih.

"Saya telah menerima surat daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat pada November tahun lalu yang memaklumkan cadangan pembinaan tersebut telah diberi keutamaan dalam senarai permohonan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

"Pelaksanaannya akan dilakukan dengan kadar segera selepas peruntukan dari Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri diluluskan," ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai yang ingin mengetahui perkembangan projek tersebut boleh menghadiri Majlis Pengesahan Tapak Klinik Kesihatan (Jenis 3) di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras , Sabtu ini.

Majlis akan dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Program yang bermula dari pukul 9.30 pagi itu akan diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk senamrobik, cabutan bertuah dan pameran kesihatan.

Mangsa tanah runtuh pindah semula Ahad ini

Posted: 28 Mar 2013 12:56 PM PDT

Abdullah Marjunid (kanan) menerangkan mengenai status terkini tebing runtuh di Blok B, Pangsapuri Beringin, Batu 13, Puchong, Selangor kepada Abdul Razak Elias (kiri) dalam lawatannya ke pangsapuri berkenaan, semalam. - UTUSAN/WAHIDAH ZAINAL

PUCHONG 28 Mac - Seramai 228 penghuni Blok B, Pangsapuri Seri Beringin, Pusat Bandar Puchong di sini yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh kelmarin dijangka berpindah semula ke kediaman masing-masing, Ahad ini.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Abdullah Marjunid berkata, pihak kontraktor Indah Water Konsortium (IWK) telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan paip pembentungan dan pengukuhan tebing.

Menurutnya, Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) juga telah dilantik untuk menjalankan penyiasatan tapak bagi menilai tahap kestabilan struktur bangunan di lokasi kejadian.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Utamakan pengangkutan awam

Posted: 28 Mar 2013 12:56 PM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
editor.johor@utusan.com.my

SEBAHAGIAN peserta yang menyertai pertandingan mencari harta karun sempena Minggu Pengangkutan Awam 2013 anjuran Perbadanan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM) di perkarangan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 28 Mac - Perkembangan pesat dalam industri automotif sejak sedekad kebelakangan ini bukan sahaja banyak mencorak kehidupan masyarakat malah mengubah senario pengangkutan awam.

Kemampuan penduduk memiliki kenderaan sendiri juga memberi impak besar terhadap pengangkutan awam terutamanya bas yang suatu ketika dahulu antara yang menjadi medium utama perhubungan masyarakat.

Walaupun mendapat saingan 'sengit' namun hingga kini perkhidmatan bas tetap mendapat sambutan dan usaha sentiasa ditingkatkan bagi memberikan kesedaran dan kepuasan kepada pelanggan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Koleksi kasual Izuria

Posted: 26 Mar 2013 09:23 AM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar JEFFRI IRAN

SETIAP wanita suka berpakaian cantik dan nampak cantik. Menggayakan fesyen-fesyen terbaru memang menjadi idaman mereka terutama yang suka berfesyen.

Izuria menampilkan koleksi fesyen terkini pada harga yang mampu dimiliki. Koleksi fesyen yang diperolehi dari luar negara ini mempunyai potongan yang ringkas, selesa namun memastikan gaya elegan si pemakai.

Sesuai untuk digayakan ke pejabat, kasual atau ke majlis minum petang, koleksi Izuria mudah disuai-padan untuk dipelbagaikan gaya pemakaiannya dengan tempat yang hendak dituju.

Contohnya jika ke pejabat, baju Izuria boleh dipakai bersama skirt labuh atau seluar panjang, manakala padanan bersama kain sarung bercorak atau kain sutera jika hendak menghadiri majlis malam yang lebih formal.

Selain baju atau top, Izuria turut mempunyai koleksi blazer atau jaket untuk gaya ke pejabat atau jika menghadiri mesyuarat di pejabat atau bertemu pelanggan di luar.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Demonstrasi maritim pukau penonton

Posted: 28 Mar 2013 12:56 PM PDT

Oleh SOFIAN BAHAROM
sofian.baharom@utusan.com.my

PASUKAN jet Sukhoi Su-27 melakukan aksi yang seakan berlanggar antara satu sama lain semasa persembahan aerobatik pada LIMA 2013, kelmarin.

LANGKAWI 28 Mac - Penduduk pulau legenda ini teruja melihat Demonstrasi Khas Maritim yang dimulakan dengan tiga letupan kuat dari kawasan pesisiran pantai Chenang semalam.

Sejurus letupan itu, muncul sekumpulan anggota penggempur daripada Pasukan Khas Tentera Laut (Paskal) yang bergerak ke lokasi berkenaan menggunakan aset udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), selaras konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Turut digerakkan ialah aset-aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk helikopter Fennec, bot kombat CB90 dan pesawat Super Lynx manakala Maritim Malaysia menggunakan helikopter Agusta Westland AW139, pesawat Bombardier dan bot laju kelas petir.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


54 terima surat hak milik tanah

Posted: 28 Mar 2013 12:56 PM PDT

Oleh NOOR HANIS HARUN
utusann9@utusan.com.my

Mohamad Hasan beramah mesra dengan penduduk Kampung Pasir Tengah dan Kampung Pasir Siliau yang menerima surat hak milik tanah di Kampung Pasir Siliau, Rantau dekat Seremban, semalam.

SEREMBAN 28 Mac - Kerajaan Barisan Nasional (BN) meneruskan amalan mensejahterakan rakyat melalui pemberian surat hak milik tanah kepada sebanyak 54 penduduk yang mendiami tapak lombong di Kampung Pasir Tengah dan Kampung Pasir Siliau, Rantau dekat sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemberian itu merupakan tanggungjawab kerajaan negeri selepas rakyat memberi kepercayaan terhadap kecekapan urus tadbir dan keprihatinan kerajaan negeri.

"Penduduk di situ telah menunggu lama untuk mendapatkan geran ini dan kerajaan BN telah memutuskan pemberian hak milik itu hanya kepada mereka yang mempunyai rumah dan duduk di kampung terbabit," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan surat hak milik di Kampung Pasir Linsum, Rantau, dekat sini hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


KDR1M libatkan lebih 5,000 premis perniagaan, 74 jenis perkhidmatan

Posted: 29 Mar 2013 03:02 AM PDT

Oleh MD. AZRIN ROSLY

KUALA LUMPUR 29 Mac - Orang ramai berpeluang mendapat diskaun di lebih 5,000 premis perniagaan membabitkan sebanyak 74 jenis perkhidmatan menerusi Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M) yang dilancarkan hari ini.

Pengerusi Informasi Malaysia (Info-Malaysia), Datuk Abd. Rahman Manan berkata, kad itu boleh diperoleh dengan yuran tahunan sebanyak RM30 di kios yang dibuka di KL Sentral bermula hari ini hingga 4 April ini serta di stesen minyak Shell dan Petronas hujung April ini.

Menurut beliau, KDR1M diperkenalkan bagi membantu kerajaan memberikan kemudahan dan meringankan beban rakyat menerusi potongan harga antara lima hingga 40 peratus bagi barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan.

"Menerusi kad ini, orang ramai boleh mendapat diskaun rawatan kesihatan di 1,100 klinik panel, rebat teksi di Lembah Klang sebanyak 10 peratus, pakej umrah berharga RM3,999 dan diskaun saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang kini sedang menunggu kelulusan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pendaftaran KDR1M kepada orang ramai yang disempurnakan Penaung Kehormatnya, Tan Sri Abd. Mutalib di sini hari ini.

Info-Malaysia merupakan syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan KDR1M dengan sasaran lebih 150,000 pengguna mendaftar kad itu tahun ini.

Sementara itu, Abdul Mutalib berkata, kad tersebut dapat membantu orang ramai mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat terutamanya mereka yang tinggal di bandar.

"KDR1M juga didatangkan dengan kemudahan Touch 'n Go dan kemudahan serta perkhidmatannya akan diperluaskan lagi dari semasa ke semasa," katanya.

Menurut beliau, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan senarai premis perniagaan yang terlibat boleh melayari laman web http://www.informasimalaysia.com.my atau menghubungi talian 03-7785 7839 dan 03-7772 4711. - UTUSAN

Ketua Pemuda Gerakan tidak gentar disaman

Posted: 29 Mar 2013 02:55 AM PDT

Oleh SAFINA RAMLI

ALOR SETAR 29 Mac - Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang tidak gentar dengan ancaman untuk disaman oleh Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (Seri Temin) berikutan isu kegagalan kerajaan Pas Kedah menyiapkan rumah kos rendah dan mampu milik Projek Bandar Sejahtera Pokok Sena.

Keng Liang berkata, pihaknya mendapat tahu mengenai saman tersebut melalui berita yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini.

"Apa yang mereka buat adalah percubaan untuk mendiamkan Pemuda Gerakan Kedah, jadi kami ingin tegaskan bahawa saya ada tanggungjawab untuk bercakap mengenai isu-isu rakyat di Kedah.

"Apa yang tidak betul saya akan kata. Ini adalah satu pembunuhan politik yang mereka cuba kenakan kepada saya, mereka nak buat imej saya seperti tidak boleh dipercayai," katanya kepada pemberita di sini.

Keng Liang menegaskan, beliau tidak takut dengan ancaman saman itu sebaliknya sentiasa bersedia untuk bertemu di mahkamah.

Mengulas lanjut, katanya, rakyat negeri ini harus mengambil iktibar dengan perkara tersebut kerana walaupun pakatan pembangkang menghebahkan mereka adalah sebuah parti yang berpegang kepada prinsip demokrasi dan rakyat mempunyai hak untuk bersuara, namun hakikat sebenar adalah sebaliknya.

"Bila ada pihak persoalkan mereka, mereka terus guna taktik untuk mendiamkan pihak tersebut sama ada saman atau dikenakan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Sebenarnya mereka ini yang pantang dikritik dan saya harap rakyat buat satu keputusan yang tepat untuk memilih pemimpin dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti," jelasnya.

Keng Liang dalam sidang akhbar 6 Jun 2012 mendedahkan janji pakatan pembangkang dalam Buku Jingga untuk menyediakan rumah mampu milik hanya tinggal janji apabila kerajaan Pas Kedah didapati gagal menyiapkan projek perumahan kos rendah di bandar raya ini.

Ini kerana dakwanya, projek perumahan bercampur berasaskan rumah mampu milik di Pokok Sena bernilai RM230 juta masih gagal disiapkan sekali gus menganiaya para pembeli.

Projek yang dinamakan Bandar Sejahtera Pokok Sena oleh Seri Temin iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) itu telah dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Januari 2010. - UTUSAN

Pesara BBDS mahu disenarai penerima tetap pencen

Posted: 29 Mar 2013 02:31 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Mac - Persatuan Pesara Tujuh Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan (BBDS) menuntut agar kerajaan menyenaraikan kumpulan itu sebagai penerima tetap pencen.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, perkara itu bagi membolehkan kumpulan pesara hampir 5,000 orang tersebut menerima pencen dan pampasan yang tertunggak selepas tempoh persaraan mereka. - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved