Ahad, 6 November 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Di puncak dunia!

Posted:

Di puncak dunia!

Di puncak dunia!

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my


NICOL David mencipta rekod menjuarai gelaran dunia kali keenam selepas mudah menewaskan pemain No. 2 dunia, Jenny Duncalf 11-2, 11-5, 11-0 di Rotterdam, Belanda semalam.


KUALA LUMPUR - Semalam merupakan hari gemilang buat sukan tanah air, apabila jaguh skuasy, Datuk Nicol David memahat rekod muncul juara dunia buat kali keenam di Rotterdam, hanya beberapa jam selepas Zulfadli Zulkifli dan Nelson Heg-Teo Ee Yi merangkul kejuaraan berganda perseorangan lelaki dan beregu lelaki Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan.

Pemain No. 1 dunia, Nicol membuktikan mengapa dia layak diiktiraf dalam Dewan Kemasyuran (Hall of Fame) Persatuan Skuasy Dunia (WSF) apabila mudah membenam pemain No. 2 dunia, Jenny Duncalf dari England 11-2, 11-5, 11-0 untuk ditabal sebagai juara.

Nicol, 28, mengesahkan statusnya selaku pemain terbaik sepanjang zaman dalam sejarah skuasy wanita dunia apabila melakar rekod baru dengan memintas rekod lama milik mentornya, Sarah Fitz Gerald dari Australia yang muncul juara lima kali.

Malah semalam, Nicol hanya memerlukan 29 minit untuk menumpaskan Duncalf, biarpun jaguh England itu antara pemain terbaik dunia.

"Fikiran saya kosong sekarang, saya tidak memikirkan apa-apa...saya hilang kata-kata.

"Memenangi gelaran dunia ialah sesuatu yang besar dan penuh bermakna untuk dirisaya. Saya gembira untuk menujukan kejayaan ini kepada seluruh rakyat Malaysia,"kata Nicol yang beraksi di depan kedua-dua ibu-bapanya, Desmond David dan Ann Marie.

Tewas tiga kali tahun ini, dua kepada Laura Massaro dan sekali di tangan Kasey Brown, Nicol dilihat mungkin sudah mula menunjukkan tanda kemerosotan, namun persembahan garang yang dipamerkannya semalam langsung tidak menunjukkan dirinya berada penghujung karier.

Tidak dapat dipastikan apakah faktor yang mempengaruhi Jenny sehingga tewas sebegitu mudah, namun jika statistik lampau diambil kira, Jenny mungkin dibelenggu dengan fakta bahawa dia cuma menang dua kali dalam 28 pertemuan antara kedua-dua mereka.

Nicol turut memberi sokongan agar skuasy dapat menjadi acara Sukan Olimpik, menerusi komen ringkas: "Saya sanggup menggadaikan enam gelaran dunia yang dimiliki untuk satu pingat emas Olimpik."

Terdahulu, anak muda berusia 18 tahun, Zulfadli melakar sejarah dengan menghadiahkan gelaran sulung Malaysia dalam perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia selepas menumpaskan Viktor Axelsen dari Denmark 21-18, 9-21, 21-19.

Nelson-Ee Yi memberi kejuaraan berganda dengan menewaskan pasangan tuan rumah Po Jui Huang dan Chia Yu Lin 21-17, 21-17.

Full content generated by Get Full RSS.

Tonggak 2009 sandaran 'langgar' Singa

Posted:

Tonggak 2009 sandaran 'langgar' Singa

Tonggak 2009 sandaran 'langgar' Singa

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my


PEMAIN negara memberikan kata-kata semangat kepada satu sama lain selepas menamatkan sesi latihan terakhir di Jakarta semalam, sehari menjelang pertemuan pembukaan Kumpulan A Sukan SEA menentang Singapura, hari ini.


KUALA LUMPUR - Lima daripada enam tonggak juara 2009 bakal kembali dipertaruhkan jurulatih Ong Kim Swee dalam kesebelasan utama Malaysia menghadapi Singapura pada aksi pembukaan Kumpulan A Sukan SEA XXVI Indonesia, hari ini.

Kapten, Baddrol Bakhtiar mengetuai tonggak yang membantu skuad Datuk K. Rajagobal muncul di Laos, dua tahun lalu bersama Ahmad Fakri Saarani, Mahalli Jasuli, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad, tetapi K. Gurusamy Govandar mungkin terpaksa direhatkan seketika.

Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta juga kian pasti menyaksikan Khairul Fahmi Che Mat selaku benteng terakhir skuad bawah 23 tahun negara yang pastinya masih 'berdendam' dengan kekalahan agregat Harimau Malaya kepada Singapura dalam Kelayakan Piala Dunia, Julai lalu.

Tanpa Gurusamy, malah Irfan Fazail di bahagian tengah gara-gara kecederaan, Kim Swee cuba mengubah suai kehadiran beberapa calon lain seperti Syahrul Azwari Ibrahim, Yong Kuong Yong, Shukor Jusoh dan Nazmi Faiz Mansor yang baru kembali daripada Kelayakan Bawah 19 Tahun Asia di Ho Chi Minh, Vietnam.

"Tahap kecergasan dan kedudukan Irfan dan Gurusamy hanya dapat dipastikan dalam kesebelasan utama menjelang ujian pagi esok (hari ini)," kata jurulatih itu.

Aksi sulung dengan Young Lions yang dibimbing Robin Chitrakar, rnyata tidak boleh dipandang mudah memandangkan tiga lagi lawan - Thailand (10 November), Kemboja (15 November) dan tuan rumah (17 November) bakal turut mengidam membenam penyandang juara.

"Menentang Singapura bakal jadi titik tolak untuk kami mencapai sasaran awal iaitu mara ke separuh akhir (sebagai dua pasukan teratas Kumpulan A)," katanya.

Malah kejayaan Singapura mengejutkan juara Sukan SEA 13 kali, Thailand 3-2 dalam aksi persahabatan baru-baru ini juga mampu memberi bayangan awal kekuatan anak-anak buah Chitrakar itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Anak tiri wakil rakyat direman

Posted:

Anak tiri wakil rakyat direman

Anak tiri wakil rakyat direman

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


SUSPEK kes samun kedai serbaneka dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk mendapatkan perintah tahanan reman, semalam.


KOTA BHARU 6 Nov. - Seorang pemuda dipercayai anak tiri kepada wakil rakyat di negeri ini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini kerana dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun kedai serbaneka di sekitar bandar ini.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Asri Abdul Rahman Sidik di Mahkamah Majistret di sini pagi ini.

Pemuda berusia 20-an itu disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana merompak dengan menggunakan senjata serta mencuba menyebabkan kematian atau cedera parah.

Ketika dibawa ke mahkamah, lelaki yang bertubuh gempal, berambut kerinting dan memakai baju lokap berwarna ungu itu kelihatan tenang.

Suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis di rumahnya di Jalan Telipot, pukul 11.30 malam tadi, selepas pihak berkuasa itu menemui beberapa petunjuk.

Berdasarkan modus operandi, suspek disyaki menyamun sekurang-kurangnya lima buah kedai serbaneka di sekitar bandar ini iaitu di Jalan Parit Dalam, Jalan Seri Cemerlang, Jalan Kebun Sultan, Jalan Merbau dan bersebelahan pasar raya KB Mall baru-baru ini.

Sebelum menyamun, pemuda itu dikatakan berpura-pura untuk membeli kad tambah nilai pra-bayar sebelum mengeluarkan pisau dan melarikan wang.

Malah dia juga dikatakan tidak memakai topi keledar atau topeng untuk menutup muka setiap kali melakukan rompakan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bomba Pahang sedia hadapi banjir

Posted:

Bomba Pahang sedia hadapi banjir

Bomba Pahang sedia hadapi banjir

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOFutusanktn@gmail.com


Pasukan Bomba dan Penyelamat membuat latihan simulasi menyelamatkan mangsa sebagai persediaan menghadapi banjir di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 6 Nov. - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang melakukan persiapan dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir serta tanah runtuh menjelang musim tengkujuh tidak lama lagi.

Timbalan Pengarahnya, Nazili Mahmood berkata, persiapan itu bukan sahaja di kalangan pegawai dan anggotanya, tetapi meliputi kelengkapan menyelamat serta kemudahan logistik.

Menurutnya, seramai 762 anggota dan pegawai bomba di seluruh negeri ini bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai bencana yang akan berlaku pada musim itu.

"Kemungkinan cuti mereka dibekukan sekiranya perlu dan segala kelengkapan menyelamat serta logistik berada dalam keadaan baik untuk digerakkan pada waktu kecemasan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi latihan menghadapi banjir di Taman Esplanade, Tanjung Api di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nazili memberitahu, pihaknya telah membuat kajian dan mengenalpasti lokasi berisiko tinggi dalam usaha menyelamatkan mangsa.

Jelasnya, bagi lokasi banjir, beberapa kawasan dilihat berkemungkinan dinaiki air adalah di Indera Mahkota, Kuantan; Muadzam Shah, Rompin dan Lipis.

"Manakala risiko tanah runtuh mungkin berlaku di Cameron Highlands, Genting Highlands, Karak, Jerantut dan Raub. Bagi jalan terputus pula adalah di Bera, Temerloh, Rompin, Pekan, Maran dan Kuantan," katanya.

Oleh itu, beliau meminta orang ramai lebih berwaspada dengan amaran bencana yang dikeluarkan kerajaan dan memantau pergerakan ahli keluarga masing-masing terutama anak kecil bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Mengenai latihan menghadapi banjir yang diadakan di Taman Esplande, beliau berkata, pihaknya mengadakan pada waktu malam kerana ia merupakan waktu paling berisiko dalam menyelamatkan mangsa.

Tambahnya, seramai 85 anggota dan pegawai bersama tiga bot aluminium serta sebuah bot kevlar digunakan dalam latihan ini.

Katanya, latihan seperti ini diharap dapat membiasakan para anggota dalam mengukur kecekapan mereka memberi bantuan kepada mangsa.

Full content generated by Get Full RSS.

Masyarakat Felda korban 200 lembu sempena Aidiladha

Posted:

Masyarakat Felda korban 200 lembu sempena Aidiladha

Masyarakat Felda korban 200 lembu sempena Aidiladha


PENGURUS Tanah Rancangan Felda Jengka 13, Zulkifli Mustaffa (berdiri tiga dari kanan) meninjau proses pengagihan daging lembu korban di pekarangan Masjid Felda Jengka 13 di Maran, semalam.


KUALA KRAU 6 Nov. - Sebanyak 200 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan hari raya Aidiladha hari ini yang diusahakan oleh masyarakat Felda Wilayah Jengka di sini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Rancangan (JKKR) Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar berkata, setiap tanah rancangan melaksanakan purata lima ekor lembu, tetapi ada juga yang melakukannya sebanyak 20 ekor.

Menurutnya, Felda Wilayah Jengka mengandungi 37 tanah rancangan termasuk di bawah Parlimen Kuala Krau, Maran dan Jerantut yang mana warganya komited melaksanakan ibadah itu.

''Hukum ibadah korban itu adalah sunat mu'akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut malah adalah sunat bagi orang yang mampu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bagi Timbalan Naib Pengerusi JKKR Felda Jengka 21, Aziz Bakar, ibadah itu sudah menjadi amalan penduduk di sini sejak dahulu lagi dan tahun ini sebanyak 10 ekor lembu dikorban sebagai tanda kesyukuran.

Ini kerana katanya, pendapatan peneroka Felda agak baik berikutan harga komoditi yang stabil sekali gus memberi peluang kepada mereka melaksanakan ibadah berkenaan.

Timbalan Pengerusi JKKR Felda Jengka 16, Ismail Abdul Rahman berkata, ibadah itu adalah membuktikan warga Felda berkemampuan melaksanakannya.

Katanya, 10 ekor lembu dikorbankan termasuk sumbangan daripada Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said yang peka dengan aktiviti berkaitan dengan tuntutan agama.

Ketua Peneroka Felda Jengka 4, Wan Mustaffa Roni Wan Hayat berkata, ia membuktikan masyarakat peneroka tidak mengabaikan tuntutan agama untuk berkorban pada musim haji.

Full content generated by Get Full RSS.

Tradisi pemimpin turun padang

Posted:

Tradisi pemimpin turun padang

Tradisi pemimpin turun padang

MARAN 6 Nov. - Tradisi pemimpin turun padang bersama rakyat akan diteruskan demi mencapai matlamat masyarakat sejahtera dan maju.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, jaminan itu dibuat kerana ia adalah prinsip kerajaan untuk memastikan setiap perancangan dan peruntukan yang disediakan dapat dibelanjakan demi kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, pemimpin akan dapat melihat sendiri kemajuan projek yang dilaksanakan serta mendengar sendiri masalah dihadapi rakyat disemua peringkat.

''Ia sejajar pendekatan strategik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengamalkan pengurusan secara teratur dan turun ke padang bersama rakyat.

''Sebagai contoh dalam Bajet 2012 pada bulan lalu menyasarkan pembangunan luar bandar yang maju, menarik dan menguntungkan dengan masyarakatnya progresif, sejahtera serta cemerlang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan program ziarah prihatin di Kampung Lubuk Paku di sini baru-baru ini.

Ismail yang juga Setiausaha Kelab Penyokong Wakil Rakyat Barisan Nasional (BNBCC) menegaskan, semua program yang dirancang kerajaan memerlukan sokongan dan komitmen rakyat supaya mampu membawa perubahan dalam sosioekonomi serta sosial.

Katanya, ia menjurus kepada pembentukan sebuah masyarakat desa yang memiliki jati diri melalui peningkatan kemahiran, sikap positif dan meminimumkan gejala sosial.

Beliau turut mengingatkan kestabilan politik dan keamanan sebagai asas penting pertumbuhan ekonomi bagi menarik minat pelaburan luar negara ke negara ini.

Justeru, beliau meminta masyarakat supaya mengelak daripada terbabit dengan aktiviti yang boleh mengeruhkan keamanan negara.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Thai: Korban banjir meningkat

Posted:

Thai: Korban banjir meningkat

Thai: Korban banjir meningkat


Beberapa orang penduduk berdiri di atas guni pasir yang dijadikan benteng bagi menghalang banjir dekat satu landasan kereta api di kota Bangkok, kelmarin. - REUTERS


BANGKOK 6 Nov. - Jumlah korban banjir terburuk di Thailand meningkat kepada 506 orang dengan limpahan air kini mula menghampiri pusat bandar Bangkok yang menjadi nadi ekonomi negara ini.

Menurut kerajaan, jumlah korban meningkat 60 orang berbanding yang dicatatkan semalam.

Sekurang-kurang 20 peratus bandar Bangkok kini ditenggelami air yang dicemari sampah sarap dan sisa buangan industri.

Keadaan tersebut mencetuskan kebimbangan terhadap penularan wabak penyakit berjangkit di ibu negara ini, yang dihuni 12 juta penduduk.

Dengan limpahan air yang dijangka 'menenggelamkan' pusat bandar Bangkok, pihak berkuasa berusaha sedaya upaya untuk mengalihkan aliran air dari timur dan barat Bangkok ke laut.

Sementara itu, Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra yakin dengan segala usaha yang dilakukan pusat bandar Bangkok tidak akan ditenggelami banjir besar.

''Usaha itu termasuk membina benteng banjir sepanjang enam kilometer di utara Bangkok termasuk memasang pam air bagi memastikan banjir besar tidak melanda pusat bandar tersebut,'' katanya.

Banjir kini mula melimpah di persimpangan Lat Phrao di pinggir pusat bandar Bangkok dan memaksa pusat membeli belah Central Plaza ditutup.

Penjual di pasar minggu Chatuchak yang terletak berhampiran juga diarah berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan banjir. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Arab Saudi guna peralatan moden sempena musim haji

Posted:

Arab Saudi guna peralatan moden sempena musim haji

Arab Saudi guna peralatan moden sempena musim haji


Sebahagian daripada kira-kira tiga juta jemaah haji menuju ke Mina untuk melakukan ibadah melontar jamrah, semalam. - REUTERS


RIYADH 6 Nov. - Pihak berkuasa Arab Saudi menggunakan peralatan elektronik terkini dan moden bagi mengawal kebanjiran dan pergerakan berjuta-juta jemaah haji dari seluruh dunia sempena musim haji kali ini.

Pegawai Kementerian Hubungan Agama, Sheikh Talal al-Uqail berkata, kementerian itu menghantar 3.25 juta khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada telefon bimbit jemaah bagi memaklumkan prosedur betul dalam mengerjakan haji bagi membendung 'perkara yang berbahaya'.

''Mesej itu yang bertujuan membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh jemaah dan ia diselia oleh lebih 3,000 guru agama, penterjemah dan pentadbir,'' katanya yang dipetik oleh agensi berita rasmi SPA.

Pada masa sama, Menteri Haji Arab Saudi, Fuad al-Farsi berkata, pihak berkuasa negara ini juga mengikuti dan menguruskan pergerakan setiap jemaah dengan menggunakan alat pemantauan elektronik.

Polis agama pula menerbitkan video dan dokumen bimbingan kepada jemaah di laman web YouTube melalui alamat http://www.youtube.com/user/movieshajj.

Buat pertama kali pada tahun ini, pergerakan haji dapat disaksikan secara langsung di YouTube melalui youtube.com/hajjlive.

Setakat ini tiada kemalangan buruk dilaporkan sepanjang musim haji kali ini. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Mizz Nina pilihan artis antarabangsa

Posted:

Mizz Nina pilihan artis antarabangsa

Mizz Nina pilihan artis antarabangsa

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar FAUZI BAHARUDIN


WAKIL-wakil pihak penganjur dan penaja bergambar bersama Mizz Nina dan finalis Ratu Cantik Malaysia 2011 yang bakal memeriahkan konsert Pitbull di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor pada 1 Disember ini.


BIASANYA kebanyakan penyanyi antarabangsa yang mengadakan konsert di negara ini akan menjemput penyanyi tempatan sebagai artis undangan bagi mengadakan persembahan pembuka tirai konsert mereka.

Di kalangan penyanyi tempatan, Mizz Nina merupakan salah seorang penyanyi yang sering menjadi pilihan ramai artis dari luar negara dalam kebanyakan konsert yang mereka adakan di sini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebagai contohnya, pada April lalu, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman telah diundang sebagai artis pembuka tirai konsert Justin Bieber dan Bruno Mars yang pertama kalinya diadakan di Kuala Lumpur.

Pada Julai tahun lalu, penyanyi berusia 31 tahun ini juga pernah memeriahkan konsert penyanyi R&B terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Usher di mana dia turut menjadi pilihan pihak penganjur sebagai artis undangan pada konsert tersebut.

Tidak berhenti setakat itu, pada 1 Disember ini, Mizz Nina sekali lagi menjadi pilihan penyanyi pop, R&B dan tekno dari AS iaitu Pitbull yang menjemputnya sebagai artis jemputan pada konsert pertamanya di negara ini.

Sewaktu diajukan pertanyaan tentang kecenderungan artis-artis Barat memilihnya sebagai penyanyi undangan mereka, isteri kepada penyanyi kumpulan Hujan, Noh ini tidak menafikan dia menyedari hakikat itu.

Malah, Mizz Nina juga tidak berasa kecil hati atau melatah apabila secara tidak langsung, dia turut dilabelkan sebagai hanya bertaraf artis pembuka tirai dalam konsert artis-artis popular dari Barat di negara ini dari dulu sehingga kini.

"Saya tidak kisah apa orang hendak kata tentang perkara itu. Ini kerana, bagi saya yang penting ialah kepercayaan artis terbabit dan pihak penganjur kepada saya walaupun hanya sebagai artis undangan.

"Bagi saya, itu adalah suatu penghargaan buat saya," katanya sewaktu ditemui selepas sidang akhbar mengumumankannya sebagai artis pembuka tirai konsert Pitbull di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada konsert Pitbull yang akan diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor nanti, Mizz Nina akan menyanyikan tiga buah lagu antaranya berjudul What You Waiting For.

Jelas bekas penyanyi kumpulan Teh Tarik Crew ini, dia tidak menafikan pemilihannya sebagai artis undangan dalam kebanyakan konsert artis Barat di negara ini adalah kerana gaya persembahan dan muziknya yang bersesuaian dengan artis terbabit.

"Mungkin lagu-lagu dan persembahan saya tidak jauh beza dengan muzik artis-artis Barat. Mereka ada kriteria tersendiri dalam memilih penyanyi yang sesuai untuk persembahan pembuka tirai pada konsert mereka di sini.

"Selain itu, pihak penganjur juga sudah melihat rekod saya sebelum ini di mana saya sudah ada pengalaman dalam menarik perhatian para penonton bagi menghangatkan sesebuah konsert sebelum seseorang artis Barat itu muncul di pentas," ujarnya.

Pada konsert Pitbull yang dianjurkan oleh JS Concert Productions dengan mengenakan tiket-tiket berharga RM138, RM198, RM298 dan RM398 itu turut ditampilkan ialah dua lagi artis undangan iaitu Joe Maz dan Big Syphe.

Dalam pada itu, anak tokoh koporat terkenal tanah air, Tan Sri Azman Hashim ini berkata, dia tidak menafikan mempunyai impian untuk mengadakan konsert solonya sendiri selepas hampir 10 tahun terbabit dalam bidang nyanyian.

"Saya memang teringin mahu mengadakan konsert solo atau pun setidak-tidaknya showcase selama 40 minit hingga satu jam. Saya merancang mengadakan konsert sendiri pada tahun depan dan ia adalah masa yang sesuai.

"Ini kerana, pada tahun ini saya sibuk dengan pelbagai perkara termasuklah menguruskan perkahwinan saya pada 1 Julai lalu dan juga perniagaan jenama pakaian Mizz Demeanor yang telah dilancarkan pada bulan lepas," jelasnya.

Tambah Mizz Nina, dia berasa puas dan seronok dengan perniagaan yang dijalankannya itu di mana ia secara tidak langsung turut membuktikan bakat, minat serta kecenderungannya dalam bidang tersebut.

"Buat masa ini saya tumpang menjual jenama pakaian Mizz DeMeanor itu di kedai Retro 80?s di Sunway Pyramid dan Liberty di Amcorp Mall, Petaling Jaya. Selain dijual di dua kedai itu, produk saya juga boleh dibeli menerusi online.

"Antara produk yang saya hasilkan ketika ini termasuklah kemeja-T, beg dan seluar di mana kesemuanya adalah pakaian untuk wanita yang harganya antara RM50 hingga RM150," katanya.

Jelas Mizz Nina, kini, dia juga sedang dalam proses menghasilkan album solo keduanya yang akan diterbitkan melalui syarikat rakamannya, Mizz Nina Productions yang bakal menampilkan Ella sebagai artis undangan dalam album tersebut.

Buat masa ini katanya, 50 peratus rakaman album solo keduanya itu yang akan mengandungi 10 buah lagu sudahpun siap di mana banyak tenaga yang terbabit dalam menghasilkan album tersebut termasuklah sentuhan daripada Noh, suaminya sendiri.

"Saya pilih untuk berduet dengan Ella dalam album ini kerana beliau merupakan ikon rock di negara ini. Malah, Noh juga sudah lama kenal Ella. Saya bercadang untuk berduet dengan Ella dalam sebuah lagu yang akan ditentukan kemudian.

"Selain itu, saya juga merancang untuk merakamkan sekurang-kurangnya sebuah lagu dalam bahasa Mandarin untuk pasaran di luar negara. Sebelum impian itu dilaksanakan saya akan masuk kelas bahasa Mandarin terlebih dahulu," tuturnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan JS Concert Productions, Susan Tan berkata, bakat dan kredibiliti Mizz Nina cukup terserlah biarpun dia hanya sekadar muncul sebagai artis pembuka tirai banyak konsert artis Barat sebelum ini.

"Kami bukan sengaja meletakkan nama Mizz Nina sebagai artis undangan untuk konsert Pitbull ini, sebaliknya pihak pengurusan artis itu yang

bersetuju dan memilihnya sendiri. Ini suatu penghargaan buat Mizz Nina," komennya.

Full content generated by Get Full RSS.

Teruja kembali ke teater

Posted:

Teruja kembali ke teater

Teruja kembali ke teater

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ihsan PINOGRAPHY (www.pinography.blogspot.com)


EMPAT pelakon wanita yang mewarnai teater Badai Semalam iaitu (dari kiri) Jasmin Hamid, Umie Aida, Erra Fazira dan Ziela Jalil.


SEWAKTU menghadiri latihan pementasan teater Badai Semalam di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, baru-baru ini, mata ini dengan pantas ternampak kelibat pelakon ini di salah satu tempat duduk di dalam panggung itu.

Pada sangkaan penulis, barangkali kehadiran Jasmin Hamid ketika itu adalah untuk memberi sokongan kepada dua sahabatnya, Datin Umie Aida dan Erra Fazira pada sesi latihan itu.

Namun apabila diberitahu oleh pihak IB bahawa Jasmin merupakan salah seorang pelakon yang membintangi Badai Semalam, ia adalah sesuatu yang agak mengejutkan.

Barangkali ia adalah strategi IB untuk memberikan kejutan kepada audiens apabila Badai Semalam dipentaskan mulai 11 November nanti.

Tidak melepaskan peluang itu, penulis terus menghampiri Jasmin lalu bertanyakan kepadanya tentang tawaran membintangi Badai Semalam.

Sambil melemparkan senyuman manis dan ramah menjawab setiap soalan yang diajukan, Jasmin mengakui tawaran yang diterimanya adalah disaat-saat akhir.

"Salah satu sebab mengapa saya menerimanya adalah kerana Umie yang mahukan saya membawakan watak Dora selepas pelakon asalnya tidak dapat berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu.

"Memikirkan persahabatan saya dengan Umie yang terjalin sejak sekian lama, jadi adalah menjadi satu keberatan buat saya untuk menolak peluang ini.

"Apatah lagi, saya sendiri sudah lama tidak membintangi teater. Jadi, Badai Semalam ini boleh dikatakan sebagai lepas gian saya untuk teater," katanya sambil ketawa kecil.

Kali terakhir, Jasmin membintangi pementasan teater Anugerah sekitar lima tahun lalu arahan Siti Rohayah Attan.

Selain Jasmin, teater yang diangkat daripada novel Khadijah Hashim itu dibintangi oleh Erra Fazira sebagai Mazni, Aaron Aziz (Karim), Umie Aida (Rohana) dan Fizz Fairuz (Zaki).

Turut membintangi Badai Semalam termasuklah Iqbal Taufik sebagai Haris dan Emelda Rosmila (Mahani).

Dalam pementasan yang diarahkan oleh Khairunazwan Rodzi itu, aktres berusia 37 tahun itu membawakan watak Dora, seorang wanita yang bekerja di sebuah kelab malam dan menjadi teman di kala Karim mahu mencari keseronokan.

Menyambung bicara, Jasmin yang pernah membintangi filem Boss dan Kanta Serigala ini memberitahu, dia tidak dapat menolak tekanan yang diterimanya untuk Badai Semalam.

Manakan tidak kata Jasmin, sementelah mendapat tawaran disaat-saat akhir, dia perlu fokus kepada nyanyian, tarian dan lakonan serentak.

"Walaupun watak Dora bersifat antagonis dan watak yang saya sifatkan cukup sinonim dengan saya, tetapi saya perlu memastikan ia berjalan dengan lancar.

"Meskipun kemunculan saya hanyalah sekadar untuk tiga adegan, tetapi saya mahu watak Dora itu mampu meninggalkan impak kepada audiens kelak.

"Lalu, saya perlu mengikuti latihan intensif dan bekerja keras untuk menghidupkan watak Dora ini. Maklumlah, yang lain semuanya sudah ke depan tetapi saya baru hendak bermula," jelas Jasmin berseloroh sambil memberitahu kali terakhir membintangi teater muzikal Si Tanggang pada tahun 2000.

Dalam masa yang sama, pelakon versatil ini turut melahirkan rasa bertuah dan terharu apabila dapat beraksi di IB .

Teater yang diterbitkan dengan kerjasama Frensis Sdn. Bhd., ini juga telah memilih Kumpulan Utusan sebagai media rasmi serta stesen radio nombor satu negara, Sinar FM sebagai stesen rasmi dalam mempromosikan Badai Semalam.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Janggal miliki dua dasar bahasa

Posted:

Janggal miliki dua dasar bahasa

Janggal miliki dua dasar bahasa


AKHIR-AKHIR ini, banyak isu tentang pendidikan negara dibangkitkan terutama yang berkaitan dengan program Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Terdapat pelbagai pandangan dikemukakan termasuk daripada kalangan yang menentang pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Dalam wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia, NIZAM YATIM baru-baru ini, Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, PROF. DATUK DR. SIDEK BABA (gambar) mengemukakan pandangannya tentang langkah memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris. Pandangan beliau memang wajar diberi perhatian berikutan latar belakangnya yang telah begitu lama terlibat dalam bidang pendidikan dan sudah mengkaji dasar pendidikan negara secara mendalam.

UTUSAN: Kenapa desakan supaya diteruskan PPSMI masih berbangkit sedangkan kerajaan sudah memutuskan untuk menggantikannya dengan MBMMBI?

SIDEK: PPSMI memang menjadi satu isu yang kontroversi. Di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut memimpin Kementerian Pelajaran, telah memutuskan harus diperkenalkan balik penggunaan bahasa Melayu bagi mengajar subjek Matematik dan Sains.

Keputusan itu dicapai setelah tinjauan kembali secara serius dibuat berhubung keberkesanan pelaksanaan PPSMI dari segi pro dan kontra. Ia diputuskan selepas diadakan perbincangan yang melibatkan banyak pihak. Keputusan itu mengembalikan semula wibawa perundangan seperti yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 mengenai penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.

Bagi saya langkah beralih kepada MBMMBI adalah sesuatu yang bijaksana dan berpandangan jauh. Pertamanya, bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan adalah bahasa rasmi dan terungkap dalam Akta Pendidikan 1996 sebagai bahasa pengantar tidak sahaja di sekolah rendah dan menengah, tetapi juga di institusi pengajian tinggi (IPT).

Penekanan untuk memperkasakan bahasa Inggeris pula adalah satu langkah wajar. Kita kini menghadapi cabaran globalisasi. Dari satu sudut ilmu pengetahuan banyak yang berkembang dalam bahasa Inggeris, jadi munasabah untuk memperkasakan pengajaran bahasa ini di segenap peringkat untuk membolehkan anak-anak kita menerima ilmu-ilmu terkini dalam bahasa Inggeris.

Apakah rasionalnya kita memartabatkan kembali bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris?

Kalau kita lihat sejak 30 tahun lalu, perkembangan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kita amat memberangsangkan. Statistik menunjukkan dengan menggunakan bahasa ibunda, pencapaian anak-anak Melayu dalam subjek Sains dan Matematik amat baik sekali.

Pada 2001, statistik menunjukkan pencapaian subjek Fizik anak-anak kita ini melampaui peratusan yang dicapai oleh anak-anak bukan Melayu. Ini menunjukkan bahawa dengan menggunakan bahasa ibunda, ia tidak menjadi halangan untuk anak-anak kita menguasai Sains dan Matematik.

Usaha untuk memperkasakan bahasa Inggeris pula dibuat kerana ia bahasa antarabangsa. Sebahagian besar anak-anak kita yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kesarjanaan dan kedoktoran contohnya, banyak belajar di universiti-universiti di Barat yang menggunakan bahasa itu.

Oleh itu, kurikulum bahasa Inggeris yang diajar harus disusun semula supaya ia sesuai dengan etos Malaysia. Guru-guru terlatih dan berkualiti juga harus dibekalkan tidak saja di bandar tetapi juga di luar bandar. Bahasa Inggeris yang bersifat komunikatif harus diajarkan secara berkesan.

Pengajaran bahasa Inggeris perlu dibuat dengan komprehensif seperti menambah masa belajar untuk subjek itu, dibantu oleh makmal bahasa, penyusunan kembali kurikulum dan buku teks yang menggunakan etos Malaysia supaya belajar bahasa Inggeris bukan untuk menjadi Englishman tetapi belajar bahasa Inggeris sebagai media bahasa untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang sifatnya pantas berkembang.

Mengapa terdapat di kalangan penentang MBMMBI ini terdiri daripada kelompok Melayu dalam organisasi tertentu?

Mereka mungkin mengaitkan bahawa untuk maju bahasa Inggeris adalah penting. Atau mungkin sikap elitis yang ada menyebabkan pendewaan kepada bahasa itu. Sesetengah menghubungkan korelasi atau hubung kait pemodenan adalah menerusi bahasa Inggeris. Tanggapan ini adalah tidak betul. Perancis dan Jerman maju menggunakan bahasa ibunda mereka. Mereka juga tidak menolak kepentingan bahasa Inggeris. Filipina sejak merdeka menggunakan bahasa Inggeris. Apakah Filipina boleh dijadikan contoh negara maju.

Hakikatnya sistem kita tidak menolak usaha memperkasa bahasa Inggeris. Malaysia tidak saja memberi fokus kepada pembangunan lokal tetapi sedang menjangkau kepada pemain global. Keperluan mempelajari bahasa negara maju adalah sesuatu yang sifatnya menyumbang.

Orang Melayu harus ada perasaan sayangkan kepada bahasanya. Kalau orang Melayu tidak sayangkan kepada bahasanya – orang lain lebih-lebih lagi.

Ada juga yang memberi alasan bahawa mengutamakan bahasa Melayu peluang mendapat pekerjaan adalah susah. Kalau kita sama-sama jayakan MBMMBI dengan baik, tidak timbul isu ini kerana para pelajar dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik dan secara komunikatifnya boleh berbahasa Inggeris. Ini boleh menjadikan yang dikendung dapat dan yang dikejar tidak berciciran.

Mengapa pentingnya bahasa Melayu ini menjadi bahasa dasar pendidikan negara?

Adalah sesuatu yang menjanggalkan dalam sistem pendidikan negara apabila kita memiliki dua arah dalam dasar berbahasa. Sebab itu, bahasa Melayu mesti menjadi bahasa yang patut dimartabatkan.

Ia sama seperti Korea Selatan, Jepun dan China yang tetap menggunakan bahasa ibunda masing-masing walaupun ketika dalam proses mengejar kemajuan. Dalam masa sama, negara terbabit tidak menolak keperluan generasi mudanya untuk belajar bahasa-bahasa lain yang terkandung kekuatan ilmu di dalamnya.

Oleh itu, langkah Malaysia memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa pengucapan dan bahasa antarabangsa adalah satu langkah yang cukup wajar.

Apa rasional cadangan Menteri Pengajian Tinggi supaya diperkasakan bahasa Melayu di IPT?

Langkah kementerian untuk memperkasakan kembali bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa penyelidikan, bahasa pengkaryaan dan bahasa antarabangsa adalah satu keputusan yang berpandangan jauh.

Logiknya, apabila MBMMBI dilaksanakan maka dengan sendirinya langkah memartabatkan dan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah akan menuju ke pengajian tinggi.

Ia satu petanda baik bagi IPT di Malaysia kerana ia selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan semangat yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 yang memberikan isyarat bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Apa kaitan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kelapan baru-baru ini dengan usaha memartabat bahasa Melayu?

Penganjuran kongres ini adalah satu petanda baik untuk menimbulkan kesedaran di kalangan pejuang bahasa, ahli-ahli akademik dan pihak-pihak pelaksana tentang aplikasi bahasa kebangsaan berkenaan.

Aplikasi ini bukan sahaja sebagai bahasa dalam bidang pentadbiran dan bahasa pengurusan, tetapi juga sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa. Ia menuntut tekad keinsafan yang tinggi bahawa tanpa diterjemahkan martabat bahasa dalam pelaksanaan sistem, kajian dan penyelidikan, menghasilkan karya asli dan berwibawa bahasa Melayu tidak akan mengalami perganjakan yang bermakna. Bahasa Melayu harus memiliki daya saing yang tinggi supaya kualiti berbahasa dirasakan dan dilihat aplikasinya.

Sudah sampai masanya, resolusi kongres ini dilihat dengan lebih terperinci. Resolusi berkenaan perlu diambil kira dalam perancangan di setiap kementerian dan syarikat perniagaan supaya langkah memartabatkan bahasa Melayu itu tidak hanya menjadi slogan dan seruan tetapi diaplikasikan dalam sistem.

Full content generated by Get Full RSS.

Petunjuk usaha perangi jenayah

Posted:

Petunjuk usaha perangi jenayah

Petunjuk usaha perangi jenayah

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my


KESUNGGUHAN polis membolehkan indeks jenayah jalanan berjaya diturunkan.


BIDANG Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) merupakan antara bidang keberhasilan yang menjadi tumpuan utama rakyat Malaysia yang bimbang dengan kadar jenayah di sekeliling mereka.

Walaupun sebahagian besar rakyat negara ini mengakui Malaysia adalah antara tempat paling selamat untuk membina keluarga dan kerjaya, peningkatan kadar jenayah terutamanya jenayah keganasan dan kebanjiran warga asing tetap menimbulkan kegusaran anggota masyarakat.

Menurut kenyataan terkini KDN, Indeks Keamanan Global (GPI) oleh Institut Ekonomi dan Keamanan di Sydney dan New York menunjukkan Malaysia kini berada pada prestasi membanggakan untuk berada di tangga ke-19 antara 153 negara paling selamat tahun ini berbanding tangga ke-22 tahun lalu dan ke-26 pada 2009.

GPI dinilai dari segi kebolehpercayaan terhadap perkhidmatan polis, kesan jenayah terancang terhadap perniagaan, kesan jenayah dan keganasan terhadap perniagaan.

Projek Keadilan Sejagat (WJP) pula melaporkan bahawa Malaysia merupakan negara paling selamat di kalangan 19 negara berpendapatan pertengahan serta di kedudukan ke 12 negara paling selamat di dunia mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.

Sementara itu, kaji selidik Indeks Kebimbangan Jenayah (Fear of Crime Index) melaporkan berlaku penurunan sebanyak 9.6 peratus dari segi perasaan takut terhadap jenayah, daripada 58.5 peratus pada Disember 2009 kepada 48.9 peratus pada Mei tahun ini.

Pada masa sama, kaji selidik yang dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menunjukkan bahawa kebimbangan orang ramai terhadap jenayah berkurangan sebanyak 12 peratus iaitu daripada 33 peratus pada tahun lalu kepada 21 peratus pada tahun ini.

Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) pula melaporkan berlaku penurunan 9.4 peratus terhadap tuntutan kes berkaitan kenderaan antara tahun 2010 berbanding 2009.

Secara keseluruhannya, kadar indeks jenayah antara Januari hingga September tahun ini mencatatkan penurunan sebanyak 9.8 peratus, daripada 132,355 kes antara Januari hingga September 2010 berbanding 119,376 kes dalam tempoh sama tahun ini.

Kadar jenayah jalanan pula mencatatkan penurunan sebanyak 40.6 peratus, dengan 29,596 kes jenayah jalanan dicatatkan antara Januari hingga September 2010 berbanding 17,591 kes dalam tempoh sama tahun ini.

Ini hasil usaha gigih dan kesepaduan daripada semua pihak terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), agensi-agensi lain di bawah kementerian, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), syarikat milik kerajaan (GLC), pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan anggota masyarakat setempat.

Antara pendekatan bersama yang dilaksanakan termasuk meningkatkan kehadiran polis di kawasan-kawasan 'panas'; meningkatkan penyertaan anggota dan pegawai polis dalam aktiviti rondaan serta melatih ahli-ahli Rela dan anggota JPAM sebagai Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) untuk ditugaskan bersama pihak polis di kawasan panas.

Selain itu, bilangan balai polis bergerak dan motosikal polis di kawasan panas turut ditambah; memperbanyakkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan panas serta memperhebatkan penyertaan dan penglibatan anggota masyarakat dalam aktiviti mencegah jenayah melalui RakanCop, Kepolisan Komuniti, Skim Rondaan Sukarela (SRS), Program Bandar Selamat dan sebagainya.

NKRA ini juga bukan hanya melibatkan usaha pencegahan dan penguatkuasaan semata-mata malahan merangkumi usaha memperkukuh sistem keadilan dan kehakiman.

Ini termasuk yang melibatkan elemen pendakwaan (mahkamah malam dan J-Code untuk jenayah jalanan); hukuman di peringkat mahkamah dijalankan dengan pantas serta usaha menjayakan inisiatif pemulihan dalam penjara.

Untuk 2012, sejumlah RM11.311 bilion diperuntukkan kerajaan kepada KDN untuk pembangunan dan pengurusan di samping peruntukan khas berjumlah RM200 juta untuk PDRM bagi penyediaan kelengkapan dan peralatan yang lebih moden.

Sebanyak RM249.85 juta juga disediakan untuk pembangunan bandar selamat, pengasingan laluan pejalan kaki dan laluan bermotor, sistem penggera, cermin keselamatan, pembersihan semak samun dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk pemetaan berasaskan kejadian jenayah.

Selain itu, sebanyak RM7.56 juta lagi diperuntukkan oleh kerajaan bagi memperkasakan operasi Unit Khas Bergerak (UKB) di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menangani masalah pemprosesan pendaftaran dan permohonan penduduk khususnya dari kawasan pedalaman dan pesisir pantai sekali gus memudahkan penduduk pedalaman mendapatkan dokumen pengenalan diri.

Dengan segala usaha, inisiatif dan pendekatan yang dilakukan KDN dan pihak-pihak yang berkenaan ini, diharapkan NKRA Mengurangkan Jenayah mampu mencapai sasaran penurunan indeks jenayah sehingga lima peratus dan jenayah jalanan sehingga 20 peratus menjelang penghujung tahun ini.

Lebih penting lagi, usaha tersebut diharap dapat memastikan rakyat di negara ini sentiasa berasa dan berada dalam keadaan selamat dan tenteram dalam menjalani kehidupan harian mereka.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


ARTS menoreh getah dengan satu sentuhan

Posted:

ARTS menoreh getah dengan satu sentuhan

ARTS menoreh getah dengan satu sentuhan

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my
Gambar MOHD. NOOR AMIN dan MOHD. AZIM ABDUL RAHMAN


Dr. Salmiah berbincang dengan kumpulan E-Team mengenai mesin ARTS yang bakal digunakan oleh pekebun kecil getah.


SETIAP pagi Pak Mat bangun seawal pukul 4 pagi untuk menoreh getah. Kenapa seawal pukul 4 pagi? Sebabnya ketika itu tekanan tinggi dan susu getah mengalir lebih banyak.

Biasanya Pak Mat menoreh selang sehari dan kadang kala terpaksa menanggung risiko susu getah hilang atau tercemar dengan benda asing semasa pengumpulan.

Ada ketikanya apabila musim tengkujuh Pak Mat tidak dapat keluar melakukan kerja-kerja menoreh.

Beginilah senario kehidupan pekebun kecil getah yang terpaksa mengerah kudrat bangun seawal pagi untuk menoreh.

Selain itu para penoreh diibaratkan terpaksa 'menyembah' dari satu pokok lain untuk menoreh. Masa yang diambil untuk selesaikan kerja tersebut bergantung kepada keluasa kebun yang dimiliki.

Keadaan itu bagaimanapun bakal berubah tidak lama lagi. Penoreh tidak perlu lagi bangun awal pagi untuk menoreh. Ini ekoran kejayaan inovasi dalam penghasilan alat menoreh getah secara automatik. Ia tidak lagi memerlukan penoreh menyembah dari satu pokok ke pokok yang lain. Alat ini boleh diibaratkan seperti robot yang bertenggek di pokok getah. Dengan hanya menekan satu butang, ia melaksanakan semua tugas termasuk menoreh dan mengumpulkan susu.

Hasil penyelidikan dan pembangunan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) bersama syarikat inovasi terkemuka Zull Design Autotronic (ZDA) maka terhasil Sistem Menoreh Getah Automatik atau dalam bahasa Inggerisnya Automatic Rubber Tapping System dan ringkasnya ARTS.

Tidak sama seperti mesin toreh getah lain yang pernah dihasilkan sebelum ini, penyelenggaraan ARTS cukup minimum.

Ketua Pengarah LGM, Datuk Dr. Salmiah Ahmad berkata, alat itu terhasil daripada pemerhatian terhadap susah payah pekebun kecil getah.

"Biasanya ladang getah diusahakan oleh pekebun-pekebun kecil yang rata-ratanya warga emas yang tidak larat lagi bangun awal pagi untuk menoreh. Jika mereka tidak menoreh ia akan menyebabkan bekalan susu getah tidak menentu di pasaran," katanya semasa ditemui di Pameran dan Persidangan Antarabangsa Komoditi Malaysia (MICCOS) 2011 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor baru-baru ini.

Justeru ARTS adalah penyelesaiaannya. Pekebun kecil boleh mengatur masa untuk menoreh dan susu getah akan terus mengalir ke pusat pengumpulan sebelum dibawa ke kilang.

Apa yang lebih menarik, ARTS akan menoreh secara serentak. Pekebun hanya perlu menentukan masanya sahaja. Dalam masa lima jam segalanya selesai dan susu getah sudah berada di kilang untuk diproses.

Dengan teknologi itu juga, pokok getah boleh ditoreh walaupun pada musim hujan.

"Sistem ARTS yang tertutup memberikan kelebihan kepada pengilang mendapatkan susu getah tulen tanpa benda asing selain bekalan yang berterusan," katanya.

Beliau menambah, dengan ARTS juga pekebun kecil tidak perlu ke ladang untuk menoreh tetapi hanya untuk meracun rumpai.

"Jadi penggantungan kepada tenaga buruh asing dapat dikurangkan sehingga lebih 50 peratus. Bagi pekebun kecil, mereka boleh menggunakan masa terluang untuk menjana pendapatan sampingan lain," katanya.

ARTS hanya perlu diselenggarakan setiap enam bulan sekali bagi menukar pisau toreh dan menukar atau mengecas bateri. Ia boleh digunakan oleh sesiapa saja dan tidak memerlukan kemahiran.

"Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos," kata Dr. Salmiah.

Biasanya menoreh perlu kemahiran kerana jika pokok ditoreh terlalu dalam akan menyebabkan kecederaan pada pokok dan produktiviti berkurangan.

ARTS akan hanya menoreh pada kedalaman yang ditetapkan dan tidak merosakkan lapisan dalam, memelihara pokok dan secara tidak langsung dapat memanjangkan lagi hayat pokok sehingga 20 tahun.

Dari segi ekonomi, Dr. Salmiah berkata, pengumpulan getah secara sistematik dan berterusan akan menjamin industri berasaskan getah di negara ini.

Pengilang akan lebih yakin dengan bekalan bahan mentah yang berterusan.

"Malahan industri kecil dan sederhana (IKS) akan tumbuh bagi mengeluarkan komponen bagi menghasilkan ARTS.

"Ini secara tidak langsung dapat menjana ekonomi IKS dan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar kebun kecil getah," kata Dr. Salmiah.

Menyentuh mengenai harga bagi satu unit ARTS, Dr. Salmiah berkata, pihaknya yakin dengan pengeluaran secara besar-besaran, kosnya boleh dikurangkan.

"Pihak kami percaya jika harga ARTS rendah kurang daripada RM150, ramai pekebun kecil berminat menggunakannya.

"Pengilang juga boleh mengambil bahagian dengan memberikan subsidi kerana susu getah yang dihasilkan bersih tanpa pencemaran," katanya.

Selain itu katanya, ARTS boleh dipecahkan kepada tiga komponen yang boleh dipilih oleh para pekebun.

Katanya, mereka boleh memilih bahagian toreh saja, bahagian toreh dan mangkuk atau kesemua pakej lengkap sehingga pengumpulan di bagi seluruh ladang.

Setakat ini hanya Malaysia satu-satu negara yang menghasilkan alat torehan automatik itu dan ia mempunyai potensi untuk di eksport ke negara-negara pengeluar getah lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Sri Lanka, India, China, Vietnam dan Cameroon.

Full content generated by Get Full RSS.

Dorper sumber rezeki baru

Posted:

Dorper sumber rezeki baru

Dorper sumber rezeki baru

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Gambar MOHD ZULKARNAIN SAIDIN


MOhd. Nasir menternak pelbagai jenis kambing dan biri-biri untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan.


PERTANIAN bagaikan sudah menjadi darah daging Mohd. Nasir Samat. Bermula dengan ladang sayur yang terletak di Astana Raja, Negeri Sembilan ia kemudian berkembang kepada ladang ternakan dan sayuran di Kota Rembau dan ladang ternakan biri-biri di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Hasil kerja keras kini ladangnya di Kota, Rembau mempunyai 200 ekor induk biri-biri, 30 ekor induk kambing, 80 ekor induk lembu, lebih 20,000 ekor ikan keli dalam enam buah kolam tanah dan 25 ekar ladang sayuran.

Apa yang menarik ladang yang diusahakan Mohd. Nasir Samat itu melaksanakan sistem integrasi sepenuhnya segala bahan yang terdapat di dalam ladang.

Semua sisa pertanian digunakan semula melalui amalan kitar semula dengan sasaran sisa sifar. Misalnya, sisa ternakan diproses menjadi baja sebelum diletakkan di kebun sayur-sayuran di ladangnya.

Ini bagi mengurangkan penggunaan baja kimia selain ternakan kambing dapat mengawal rumpai dan mengurangkan penggunaan racun.

Apa yang menarik, bekas kontraktor itu kini berjaya mengisi ladangnya dengan pelbagai jenis biri-biri.

Malah, dia sedang mencongak untuk mengubah ternakan biri-biri tersebut kepada baka Dorper.

Amat mementingkan kepuasan pelanggan, Mohd. Nasir sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk ternakan terutama dalam makanan yang bermutu dan berkhasiat bagi mendapatkan karkas yang terbaik bagi pelanggan.

Untuk tujuan itu, dia menanam jagung sebagai makanan biri-biri selain memproses makanan sendiri sebagai satu kaedah mengurangkan kos makanan

Dia bertekad menghasilkan makanan ternakan sendiri selepas belajar daripada pengalaman awal dahulu ketika memulakan projek ternakan.

Ketika itu, terdapat ternakannya mati akibat makanan yang tercemar.

Kajian ke atas bangkai ternakan yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mendapati palet yang digunakan telah berkulat mungkin terlalu lama disimpan.

Kes tersebut mendorong Mohd. Nasir menggunakan formula sendiri bagi menghasilkan makanan ternakan menggunakan campuran palet hancur, soya, molases, bawang putih, halia, kunyit dan mas cotek.

"Ini merupakan makanan utama selain rumput Napier sebagai makanan sampingan dan rumput di sekitar kawasan ladang," katanya.

Makanan biri-biri daripada rumusan sendiri dan rumput Napier sebanyak empat kilogram (kg) seekor sehari dapat meningkatkan berat badan biri-biri sehingga 300 gram sehari seekor.

Sementara itu bagi meningkatkan pembiakbakaan, Mohd. Nasir mendapatkan khidmat nasihat dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang mana anak biri-biri jantan berusia dua hingga empat bulan yang telah bercerai susu dihantar ke ladang penggemuk dan diberi makan palet (creep feed) 100 gram seekor sehari.

Pada mulanya, Mohd. Nasir memelihara 42 ekor biri-biri pada peringkat pertama yang hampir matang dengan formulasi makanan menghasilkan peningkatan berat badan antara 150 hingga 200 gram seekor sehari.

"Kebanyakan Dorper betina yang saya pelihara ketika itu telah bunting dan hanya menunggu masa untuk beranak.

"Kebiasaannya ibu biri-biri bunting akan dibiarkan meragut sebagai satu senaman," katanya.

Anak-anak yang dilahirkan mempunyai berat badan purata lima kg dengan peningkatan berat badan 250 gram sehari seekor.

Mohd. Nasir berkata, biri-biri Dorper menjadi pilihan kerana karkasnya meliputi 48 hingga 50 peratus berat badannya.

Bagi melicinkan operasi ladangnya di tanah seluas 51 ekar dengan 80 peratus merupakan padang ragut, dia menggajikan enam orang pekerja iaitu empat pekerja asing dan dua orang rakyat tempatan yang bekerja sepenuh masa serta tiga orang separuh masa.

Di atas tanah tersebut terdapat sebuah kandang transit seluas 20 kaki x 30 kaki bagi tujuan kuarantin atau biosekuriti sebelum biri-biri yang baru sampai dilepaskan ke ladang ternakan umum.

Kapasiti penuh ladang boleh memuatkan sehingga 7,000 ekor biri-biri dengan lebih 400 ekor satu kandang.

Anak baru lahir akan berada dengan ibu sekurang-kurangnya selama 72 jam bagi mendapatkan susu awal atau kolostrum manakala pembiakan boleh dijalankan sebanyak tiga kali setahun.

Selepas itu anak biri-biri akan diberikan makanan khas (creep feed) dengan 20 peratus lebih protein.

Biasanya biri-biri berusia enam bulan telah mula dijual untuk sembelihan kerana kandungan kolestrol dan lemak yang rendah serta tinggi kandungan protein.

Manakala harga yang berpatutan memberikan peluang kepada masyarakat kelas menengah dan tinggi menikmatinya.

Kini ladang ternakan milik Mohd.Nasir berupaya mengeluarkan sehingga 60 ekor biri-biri sembelihan sebulan.

Memandangkan sambutan terhadap biri-biri Dorper semakin menggalakkan, beliau merancang membuat pusat latihan untuk orang kampung dalam kumpulan kecil.

Nasir meminati biri-biri kepada Dorper kerana saiz karkas lebih besar, peningkatan berat badan lebih tinggi boleh dijual pada usia enam bulan, pengurusan ternakan mudah dan jimat daging yang lunak dan lembut

Bagi tujuan pemasaran Nasir mempunyai kedai konsep yang menjual makanan berasaskan daging di Senawang, Negeri Sembilan dan beliau sedang merancang membina sebuah lagi kedai konsep di kawasan Damansara, Selangor.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved