Ahad, 6 November 2011

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


DiGi perkenal stor BlackBerry

Posted:

DiGi perkenal stor BlackBerry

DiGi perkenal stor BlackBerry

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my


STOR DiGi 360 Center di SoHo, Bukit Kiara bakal menyediakan operasi sokongan BlackBerry menyeluruh kepada para pengguna.


SEGALA-GALANYA BlackBerry. Itu yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi terkenal negara DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) menerusi stor konsep pertama mereka, DiGi BlackBerry.

Bermatlamat menyediakan pengguna talian mereka dengan pengalaman operasi BlackBerry terbaik, stor tersebut menawarkan perkhidmatan sokongan dan aksesori bagi telefon pintar berkenaan.

Stor tersebut yang diberi nama DiGi 360 Center, terletak di tingkat Mezzanine, pusat perniagaan SoHo, Bukit Kiara mempunyai keluasan kawasan 1,100 kaki persegi

Menerusi stor itu, DiGi bekerjasama dengan syarikat teknologi Research In Motion (RIM) menyediakan pusat sokongan BlackBerry setempat berfungsi membantu para pengguna telefon pintar BlackBerry serta tablet BlackBerry PlayBook.

Menurut Ketua Peruncitan DiGi, Patrick Er, DiGi akan sentiasa berusaha menyokong komuniti pengguna BlackBerry di negara ini daripada segi perkongsian pengalaman dan pengetahuan.

''Terdapat seramai 1.5 juta pengguna BlackBerry di Malaysia dan DiGi akan terus mengukuhkan pasaran produk ini untuk para pengguna talian kami.

''Untuk itu, kita turut menganjurkan pertemuan di kalangan pengguna secara bulanan untuk menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan,'' katanya.

Er memberitahu lagi, menerusi stor itu, DiGi turut memperkenalkan inisiatif tambah nilai produk untuk memberi lebih kepuasan kepada pengguna memperolehi segala perkhidmatan di bawah satu bumbung,'' jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

AIM lancar Strategi Inovasi Nasional

Posted:

AIM lancar Strategi Inovasi Nasional

AIM lancar Strategi Inovasi Nasional

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my


Kemahiran dan pengetahuan luas disamping tenaga kerja yang mencukupi juga dapat menjamin pengembangan budaya inovasi selaras dengan kemajuan negara. - Gambar hiasan


BAGI mencapai cita-cita menjadi negara maju pada tahun 2020 pastinya sektor pembangunan dan pengembangan teknologi perlu dititikberatkan.

Seiring dengan kemajuan yang semakin berkembang pesat di negara maju, Malaysia juga tidak seharusnya ketinggalan malah perlu bergerak dengan lebih pantas.

Justeru itu, kerajaan di bawah Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah mewujudkan pelan khas bagi mempromosikan inovasi sebagai komponen penting dalam memacu Malaysia ke arah Wawasan 2020.

Dikenali sebagai Strategi Inovasi Nasional (NIS), ia akan dijana oleh AIM, sebuah badan berkanun yang ditubuhkan oleh Parlimen untuk menguatkan ekosistem inovasi negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AIM, Datuk Dr. Kamal Jit Singh, pelan tersebut dapat memastikan agar negara dapat menjana pendapatan dan kekayaan dalam pelbagai aliran melalui inovasi.

"Untuk mencapai matlamat ini, AIM akan melaksanakan NIS melalui tiga teras utama di mana setiap teras dibahagikan kepada tiga mekanisma," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman NIS kepada media di Cyberjaya, Selangor baru-baru ini.

Jelas Kamal, tiga teras utama tersebut bermula daripada usaha untuk memperkukuhkan asas inovasi melalui pembinaan Kemahiran Masa Hadapan Hari Ini.

"Untuk membina tenaga kerja masa hadapan yang mempunyai kemahiran , kualiti dan kebolehan untuk menghasilkan inovasi ia perlu dimulakan hari ini," katanya.

'Futureskills' ini membolehkan rakyat menjadi lebih kritikal, analitikal, konstruktif dan kreatif apabila mereka memasuki pasaran kerjaya.

Seterusnya berusaha memupuk dan membangunkan modal intelek baru seperti mentransformasikan pengurusan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

NIS akan mengenalpasti penyelidikan yang mempunyai potensi nilai komersial dan menghasilkan kekayaan melalui komersialisasi.

Ia dapat dijalankan melalui Model Quadruple Helix yang melibatkan empat pihak iaitu para akademik, industri, kerajaan, dan rakyat dalam projek-projek inovasi.

Selain itu, NIS juga akan mewujudkan saluran pelaburan yang berpanjangan untuk inovasi bertujuan memastikan hanya inovasi dan aplikasi yang terbaik dan meyakinkan akan diberi pembiayaan awam.

"Ini adalah satu amalan normal di negara-negara yang mempunyai inovasi yang berjaya, di mana sumber wang hanya akan dibelanjakan untuk aplikasi yang bermanfaat.

"AIM akan menyelaraskan operasi agensi-agensi pembahagian pembiayaan ini," kata Kamal Jit.

Teras kedua adalah untuk mengerakkan pemangkin menggunakan platform teknologi dan ICT dalam meningkatkan sistem penyampaian.

Di bawah teras kedua ini ia turut melibatkan rakyat melalui teknologi informasi sekali gus untuk menghubungkan pihak industri dan pusat penyelidikan.

Ia bertujuan agar pihak industri sentiasa mendapat maklumat terkini berkenaan sebarang penyelidikan di universiti dan pusat penyelidikan awam (PRI) agar ia dapat dikomersialkan dengan pantas.

Terakhir adalah teras ketiga iaitu memupuk semangat cemerlang melalui penubuhan PRI dan Pusat Kecemerlangan Bertaraf Dunia (COE) di dalam bidang yang lebih khusus.

"NIS mensasarkan 33 buah PRI yang menyelesaikan apa jua isu pentadbiran untuk membolehkan mereka menjadi lebih relevan kepada semua yang mempunyai kepentingan dalam bidang inovasi," ujar Kamal Jit.

NIS juga akan menggalakkan firma agar lebih fokus ke atas bidang di mana mereka mempunyai kelebihan kompetitif dan mampu bersaing dipasaran terbuka biarpun tanpa bantuan kerajaan.

"Syarikat-syarikat 'middle tier' akan digalakkan untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan jika inovasi diterapkan didalam 'value chain' mereka," katanya.

AIM akan menjadi fasilitator atau pemangkin namun syarikat-syarikat ini harus menjana sumber pendapatan daripada inovasi yang dihasilkan melalui kebolehan mereka sendiri.

Terakhir adalah untuk merangsang rakyat agar berusaha sebaik mungkin dalam bidang inovasi melalui pemberian ganjaran.

Di bawah NIS, cabaran di peringkat kebangsaan, sektor khusus dan khas akan diadakan bagi merangsang budaya inovasi di kalangan rakyat negara ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Selangor didakwa tidak bantu

Posted:

Selangor didakwa tidak bantu

Selangor didakwa tidak bantu

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
kota@utusan.com.my


Chor Chee Heung (dua dari kiri) berbincang dengan wakil pembeli dan pegawai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa melawat ke projek terbengkalai Ukay Bistari di Hulu Klang, baru-baru ini.


AMPANG 6 Nov. - Persatuan Pemilik Bangunan Terbengkalai Malaysia (Victim) melahirkan rasa kecewa terhadap Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang mereka dakwa enggan bekerjasama dengan persatuan itu bagi menyelesaikan isu projek rumah terbengkalai di negeri berkenaan.

Presidennya, Dr. Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman berkata, terdapat lebih 60 peratus projek terbengkalai di negeri itu yang belum mendapat perhatian kerajaan negeri walaupun Victim telah mengemukakan setiap isu kepada pihak tersebut.

Ekoran itu, katanya, Victim terpaksa meminta Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk campur tangan membantu termasuk dalam projek terbengkalai di Ukay Bistari, Hulu Kelang di sini.

"Bagi projek di Ukay Bistari, sudah lebih dua tahun Victim cuba mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi tiada satu pun jawapan positif sebaliknya sering ditolak dari satu jabatan ke jabatan yang lain.

"Seharusnya kerajaan negeri membantu kami iaitu para pembeli yang sengsara. Apatah lagi kami mewakili pembeli seluruh negara. Oleh itu kami masih menaruh harapan supaya kerajaan negeri dapat tampil bagi menggalas tanggungjawab mereka membantu rakyat," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Terdahulu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung melawat tapak projek Pangsapuri Ukay Bistari di Hulu Klang yang terbengkalai itu.

Menurut Chee Heung, pihaknya yang telah dimaklumkan oleh Victim tentang isu berkenaan akan melihat perkara tersebut supaya ia dapat menyelesaikan kerumitan yang ditanggung oleh para pembeli.

"Setakat ini, tiga blok iaitu A, D dan E telah siap dan hanya menunggu Sijil Layak Menduduki (CFO) manakala blok-blok lain termasuk rumah kos rendah dijangka siap menjelang hujung tahun ini.

"Saya berharap pembeli dapat bersabar dan sekiranya ada yang ingin membuat tuntutan kerugian lambat siap, diharap dapat melakukannya selepas kunci rumah diedarkan supaya segala urusan dapat berjalan lancar," jelasnya.

Projek Ukay Bistari yang dibina pada 2003 itu meliputi pembinaan 1,172 unit rumah pangsapuri dan 1,428 rumah kos rendah, merupakan projek pertama Damai Bistari Sdn. Bhd. dan sepatutnya siap sepenuhnya pada 2006.

Ketua Pegawai Eksekutif Damai Bestari, Lai Mei Kwan mendakwa, projek berkenaan gagal disiapkan mengikut jadual berikutan berlakunya kejadian tanah runtuh di kawasan berhampiran pada tahun tersebut sehingga menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan kerja pembinaan selama lebih setahun.

Full content generated by Get Full RSS.

Rayu DBKL segera baiki tembok runtuh di Desa Tasik

Posted:

Rayu DBKL segera baiki tembok runtuh di Desa Tasik

Rayu DBKL segera baiki tembok runtuh di Desa Tasik


SISA runtuhan tembok dan gerai berhampiran Perumahan Polis Desa Tasik di Sungai Besi, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 6 Nov. - Para peniaga di hadapan Perumahan Polis Desa Tasik, Sungai Besi di sini merayu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membaiki segera tembok yang runtuh baru-baru ini supaya mereka dapat meneruskan perniagaan.

Runtuhan itu telah menyebabkan lima buah gerai rosak dan dua peniaga mengalami kecederaan.

Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Amylia, 31, berkata, hujan yang turun hampir setiap hari dipercayai punca kejadian itu.

"Saya tidak menyangka bunyi kuat yang saya dengar datang daripada runtuhan tersebut. Selepas mendengar orang meminta tolong barulah saya sedar yang sebahagian daripada deretan gerai di sini telah dihempap tembok itu.

"Saya terkejut dengan kejadian itu tetapi bersyukur kerana tiada yang cedera teruk. Kini semua peniaga bimbang untuk berniaga," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, seorang mangsa yang hanya dikenali sebagai Lina, 35, pula berkata, kejadian tembok runtuh seperti itu pernah berlaku empat tahun lalu tetapi hanya melibatkan satu gerai sahaja.

Katanya, dia yang berniaga sate mengalami kerugian yang agak kecil jika dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain seperti peniaga nasi ayam dan tom yam.

"Kerosakan pada gerai mereka amat teruk dan kami berharap DBKL dapat membaik pulih tempat ini dengan segera supaya peniaga-peniaga dapat meneruskan perniagaan seperti biasa," jelasnya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Hasnah Halim, 40, berharap pihak berkuasa dapat membantu peniaga yang ditimpa musibah itu termasuk menyumbangkan bantuan modal.

"Kejadian itu juga diharap dapat membuka mata semua pihak supaya dapat mencari satu kawasan yang lebih selamat untuk dijadikan sebagai medan selera di kawasan ini," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Noh tidak perlu jawab - FAMA Selangor

Posted:

Noh tidak perlu jawab - FAMA Selangor

Noh tidak perlu jawab - FAMA Selangor

SHAH ALAM 6 Nov.- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar tidak perlu menjawab cabaran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie berhubung isu penggantungan peniaga pasar tani.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor, Mansor Omar berkata, isu tersebut berada di bawah bidang kuasa beliau dan pihak menteri tidak terlibat langsung.

Menurutnya, walaupun Noh hadir pada program itu tetapi beliau hanya menyempurnakan upacara penutup dan tidak sewajarnya dikaitkan dengan isu penggantungan peniaga terbabit.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar harian yang menyiarkan keluhan seorang peniaga kepada Shuhaimi dengan mendakwa dia kerugian RM2,000 akibat penggantungan itu.

Peniaga itu adalah antara 400 peniaga pasar tani yang digantung kerana tidak menghadiri program penerangan FAMA negeri di sini pada 19 September lalu.

Mansor berkata, peniaga berkenaan tidak sepatutnya mengadukan perkara itu kepada ADUN terbabit, sebaliknya melihat kembali akujanji yang dilafazkan dahulu.

"Mereka sepatutnya akur kepada akujanji untuk mengikuti peraturan dan program yang ditetapkan oleh FAMA, selain mendapatkan penjelasan dari pihak saya berhubung isu penggantungan itu," katanya pada sidang akbar di sini baru-baru ini.

Katanya, tindakan penggantungan itu diambil kerana ia adalah keputusan Mesyuarat Pengurusan FAMA tetapi peniaga terbabit boleh membuat rayuan untuk berniaga semula.

Malah, kata Mansor, sesi rayuan dan penjelasan oleh peniaga yang tidak hadir tersebut telah dibuat pada 3, 10, 24 dan 31 Oktober lalu dan 380 peniaga sudah dibenarkan berniaga semula.

"Baki 20 peniaga masih tidak berjumpa kami (FAMA) hingga kini dan kami menganggap mereka menggantung diri sendiri," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


PPSMI: Bukan keputusan 'flip flop'

Posted:

PPSMI: Bukan keputusan 'flip flop'

PPSMI: Bukan keputusan 'flip flop'


MUHYIDDIN Yassin beramah mesra dengan penerima bantuan pada Majlis Penyampaian Cek Bantuan Kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Negeri Johor di SMA Shamsuddiniah, Parit Medan, Ledang, Johor, semalam.


PAGOH 5 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukan keputusan yang bersifat 'flip flop'.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan dibuat setelah kerajaan mengambil kira hasil kajian yang dijalankan bahawa sebahagian besar sekolah tidak melaksanakan PPSMI, sebaliknya menggunakan dwi bahasa dalam proses pembelajaran dua subjek itu.

"Keputusan kerajaan ini bukan 'flip flop.' Sewaktu saya membuat penggulungan di Dewan Rakyat mengenai PPSMI pada 2009 bahawa kita tidak akan teruskan dasar ini dan akan menggunakan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI), semua pihak bersetuju termasuk pemimpin pembangkang," ujarnya ketika mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bahawa keputusan itu bersifat 'flip flop.'

Muhyiddin ditemui selepas dialog tertutup dengan ahli 91 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penyerahan 98 ekor lembu korban bagi kawasan Parlimen Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemansuhan PPSMI dibuat supaya ia tidak mengganggu proses pembelajaran pelajar apabila didapati antara lima hingga tujuh peratus sahaja kelas yang menggunakan sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Muhyiddin menegaskan, pemansuhan PPSMI kekal tetapi pelajar tahun dua hingga tingkatan lima yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya sebelum ini boleh meneruskannya sehingga tingkatan lima.

Beliau berkata, menerusi dasar MBMMBI, kini sekolah kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, masing-masing menggunakan bahasa ibunda mereka.

Mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua baru-baru ini bahawa kerajaan DAP akan mengurangkan bilangan kakitangan kerajaan jika berkuasa, Muhyiddin berkata, pakatan pembangkang tidak faham betapa besarnya sumbangan kakitangan awam dalam memajukan negara.

"Jumlah pegawai dan kakitangan kerajaan yang besar ini adalah berdasarkan keadaan dan keperluan serta beban tugas dalam memastikan proses penyampaian berjalan dengan licin. Tiada siapa boleh menafikan sumbangan pegawai kerajaan. Pembangkang tidak faham itu. Kalau mereka mahu, mereka boleh mulakan di negeri-negeri pakatan seperti Pulau Pinang dan Selangor," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

PM sumbang 402 ekor lembu sempena Aidiladha

Posted:

PM sumbang 402 ekor lembu sempena Aidiladha

PM sumbang 402 ekor lembu sempena Aidiladha

PEKAN 5 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyumbangkan 402 ekor lembu untuk dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha esok.

Seramai 280 penerima terdiri daripada masjid, surau dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam kawasan Parlimen Pekan menerima sumbangan lembu tersebut.

Majlis penyerahan wakalah dan watikah korban untuk Parlimen tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ishak Mohamed di Bangunan UMNO Pekan di sini hari ini.

"Seharusnya umat Islam perlu bersyukur kerana sambutan Aidiladha dapat diraikan dengan penuh keamanan tanpa sebarang kesulitan.

"Rezeki yang dilimpahi berupa haiwan ternakan yang hendak dikorbankan boleh diperoleh dengan begitu mudah tanpa sebarang masalah," katanya.

Katanya, sumbangan itu merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya dan memastikan daging korban tersebut diagih secara adil di kawasan masing-masing terutama kepada golongan memerlukan.

Full content generated by Get Full RSS.

Gandakan pembekal, logistik hadapi banjir

Posted:

Gandakan pembekal, logistik hadapi banjir

Gandakan pembekal, logistik hadapi banjir

PAGOH 5 Nov. - Kerajaan akan menggandakan jumlah rangkaian pembekal untuk memastikan bantuan makanan dan keperluan dapat disampaikan kepada mangsa banjir di kawasan yang terputus hubungan akibat bencana alam itu dengan segera.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, persiapan yang lebih baik perlu bagi menghadapi banjir pada tahun ini kerana Jabatan Meteorologi meramalkan jumlah taburan hujan meningkat antara 20 hingga 40 peratus berbanding tahun lalu.

Menurutnya, dengan beberapa kawasan dijangka mengalami masalah terputus hubungan jalan raya kerana ditenggelami banjir, aspek logistik perlu diberi keutamaan untuk menangani bencana tersebut.

"Untuk mengelakkan bekalan makanan tidak sampai ke tempat mangsa banjir, maka harus dikenal pasti pembekal yang lebih daripada sekarang.

"Sebagai contoh, sekiranya banjir itu berlaku di tanah rancangan Felda, pembekal itu boleh datang dari tanah rancangan itu sendiri," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan dialog tertutup dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penyerahan lembu korban bagi kawasan Parlimen Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini hari ini.

Menerusi majlis Qurban Perdana 2011 itu, sebanyak 98 lembu korban akan diagihkan kepada enam zon di kawasan Parlimen Pagoh sempena Hari Raya Aidiladha esok.

Terdahulu, pada majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Temenggung Ahmad, Kundang Hulu, Muhyiddin turut menyerahkan bot keselamatan, enjin dan jaket keselamatan bernilai kira-kira RM100,000 kepada penduduk di kawasan Mukim Kundang Hulu sebagai persediaan menghadapi banjir.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat pada 15 November ini untuk membincangkan persiapan terperinci menghadapi bencana banjir serta persediaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat.

"Stok makanan tidak menjadi masalah kerana bekalan itu memang ada, cuma dari segi logistik untuk ia sampai ke destinasi, itu yang paling utama dan perlu diambil kira bagi mengatasi masalah terputus hubungan," katanya.

Katanya, persediaan juga akan dibuat untuk menambahkan lagi pusat pemindahan sementara yang kini ada sebanyak 700 buah selain menambah bilangan bot bagi memudahkan kerja-kerja menyelamatkan mangsa banjir.

Muhyiddin berkata, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) juga perlu menyediakan slot berkala untuk menghebahkan mengenai laporan terkini kepada orang ramai tentang peningkatan paras sungai serta kawasan-kawasan yang terdedah bencana banjir.

"Kita juga boleh mengemas kini situasi keadaan tertentu dan sungai mana yang terlibat, apa juga ramalan cuaca, laporan terperinci akan dihebahkan supaya rakyat dapat mengetahui situasi terkini dan membuat persiapan," katanya..

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Penduduk ugut buat demonstrasi

Posted:

Penduduk ugut buat demonstrasi

Penduduk ugut buat demonstrasi

Oleh LEE HOOI BOON
utusanpenang@utusan.com.my


KADIR Mohd. Pitchay menunjukkan kotak fiber bekas air digunakan sebagai tong sampah bagi kegunaaan harian penghuni flat untuk membuang sampah di Taman Teluk Kumbar, Pulau Pinang, kelmarin. - UTUSAN/ISMAIL KAMADIN


PULAU PINANG 5 Nov. - Penghuni Taman Teluk Kumbar mengugut mengadakan demonstrasi jika masalah yang mereka hadapi sejak 16 tahun lalu gagal diselesaikan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dalam tempoh dua minggu.

Mereka berhasrat untuk berarak ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), iaitu bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri.

Pengerusi persatuan penduduk taman itu, Kadir Mohd. Pitchay, 62, tindakan tersebut diambil berikutan terlalu kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang seolah-olah tidak memandang serius masalah yang mereka hadapi.

"Kami sudah tidak tahan lagi dengan sikap endah tak endah kerajaan negeri termasuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Pesuruhjaya Bangunan (COB) yang hanya mengatakan tindakan akan diambil tetapi tiada apa-apa dilakukan sampai sekarang," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, kelmarin.

Masalah yang dihadapi oleh penduduk di situ adalah penyelenggaraan tidak sempurna seperti ketiadaan tong sampah, jeriji penghadang patah, litar elektrik rosak, dewan serbaguna kotor dan alat pemadam api tidak berfungsi.

Dalam pada itu, Kadir juga memberitahu, pihak pemaju juga sanggup menjadikan tadika yang disediakan di situ sebagai rumah sewa semata-mata mahukan keuntungan.

"Saya kini cuma berharap pihak pemaju menyelenggara semula kerosakan atau menunaikan segala janji yang dibuat dalam mesyuarat pada 24 Ogos lalu," ujarnya.

Sementara itu, seorang penduduk, Lily Yap, 40, mendakwa pihak pemaju terbabit tidak bertanggungjawab kerana hanya tahu mengutip caj penyelenggaraan daripada penduduk sedangkan kerja- kerja tidak dijalankan dengan sempurna.

"Contohnya, saya pernah mengadu air paip di kedai saya telah bocor dan meminta mereka untuk membaikinya tetapi tidak pernah datang. Akibatnya, saya terpaksa keluar duit sendiri untuk membaiki," ujarnya.

N. Karthigasu, 39, pula memberitahu, masalah yang dihadapi penduduk menyebabkan mereka terpaksa hidup dalam persekitaran yang kotor dan tiada jaminan keselamatan.

"Saya harap pihak berkuasa jangan bercakap kosong sahaja, tetapi mula buat kerja sekarang. Jika tidak, saya akan menyertai perarakan bagi meluahkan perasaan tidak puas hati kepada kerajaan negeri," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Sedia hadapi banjir - Raja Muda Perlis

Posted:

Sedia hadapi banjir - Raja Muda Perlis

Sedia hadapi banjir - Raja Muda Perlis

KANGAR 5 Nov. - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meminta rakyat di negeri ini supaya mula bersedia untuk menghadapi kemungkinan banjir dengan mengambil beberapa langkah tertentu.

Titah baginda, langkah perlu diambil bukan sahaja sebagai perancangan peribadi atau melibatkan keluarga dan sebagainya malah secara penyertaan lebih menyeluruh menerusi kerja-kerja kesukarelaan.

"Antara langkah harus diambil ialah membersihkan saluran parit daripada sampah-sarap termasuk di sekitar rumah dan tempat kerja," titah baginda yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis di sini, semalam.

"Rakyat juga jangan membina struktur atau binaan yang boleh menghalang atau menyekat aliran air terutama di parit, alur dan sungai," saran baginda.

Selain itu, titah baginda, orang ramai digalakkan menakung air hujan supaya ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan yang secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan jumlah isipadu air hujan mengalir ke parit dan sungai.

Raja Muda bertitah, orang ramai juga seharusnya membuat laporan kepada agensi berkaitan seperti Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) atau Majlis Perbandaran Kangar (MPK) jika terdapat sebarang aktiviti atau halangan yang boleh menyekat atau menghalang aliran air di parit atau sungai.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Jalan pintas Pulau Sebang dibuka

Posted:

Jalan pintas Pulau Sebang dibuka

Jalan pintas Pulau Sebang dibuka

Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my


JALAN pintas menghubungkan Melaka ke Pekan Pulau Sebang, Tampin dan dari Tampin ke Melaka telah dibuka kepada orang awam di Pulau Sebang Alor Gajah Melaka, semalam.


ALOR GAJAH 5 Nov. - Kesesakan yang kerap berlaku berdekatan Stesen Kereta Api Pulau Sebang berhampiran Tampin berjaya diatasi apabila jalan pintas di pekan Pulau Sebang dekat sini mula dibuka untuk semua lalu lintas mulai semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pembukaan jalan pintas empat lorong sepanjang 300 meter itu turut membolehkan Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) dari Seremban ke Gemas yang kini rancak dalam pembinaan di stesen Pulau Sebang dapat diteruskan.

Menurutnya, sebelum ini projek pembinaan PLBE terganggu apabila jalan utama dari pekan Pulau Sebang ke Tampin tidak dapat ditutup kepada pengguna jalan raya kerana ketiadaan jalan pintas.

Beliau berkata, projek PLBE di stesen Pulau Sebang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM5.95 juta dijangka siap pada Ogos 2012.

''Apabila jalan pintas ini siap dan boleh digunakan, jalan lama akan ditutup untuk semua kenderaan bagi membolehkan kerja-kerja PLBE berjalan lancar.

''Orang ramai yang ingin ke pekan Tampin dari Pulau Sebang dan begitu juga dari Tampin hendak ke Melaka, kini boleh menggunakan jalan pintas yang sudah boleh digunakan," katanya berucap merasmikan jalan pintas Pulau Sebang di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam, Datuk Ab. Karim Sulaiman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Abdul Ghafaar Atan.

Jalan pintas itu kata Mohd. Ali, secara tidak langsung akan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan kelancaran aliran trafik di pekan Pulau Sebang dan Tampin khususnya pada setiap hujung minggu, cuti umum dan musim perayaan.

Ketua Menteri bagaimanapun menegur kelewatan kontraktor menyiapkan jalan pintas itu yang sepatutnya siap pada 30 Oktober lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

Remaja lelaki ditahan terima upah hantar dadah

Posted:

Remaja lelaki ditahan terima upah hantar dadah

Remaja lelaki ditahan terima upah hantar dadah

JEMPOL 5 Nov. - Demi untuk mendapatkan wang secara mudah, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun sanggup menerima upah untuk menghantar dadah kepada pelanggan.

Tindakan remaja yang tidak bersekolah itu namun memakan diri apabila dia ditahan polis dalam serbuan di sebuah kebun kelapa sawit Felda Palong 1, pukul 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, polis percaya semasa ditahan, suspek menunggu pelanggan seperti diarahkan individu yang mengupah remaja tersebut.

"Suspek yang baru pertama kali melakukan perbuatan itu terkejut dengan kehadiran polis. Hasil pemeriksaan menjumpai 36 peket dadah jenis heroin di bungkus di dalam plastik lutsinar putih dan diletakkan di dalam topi keledar miliknya.

"Kesemua dadah itu dianggarkan seberat 60.50 gram. Siasatan mendapati suspek menggunakan motosikal Yamaha LC disyaki dicuri, yang diterima daripada individu yang mengupah remaja itu," ujarnya.

Mohd. Sabri berkata, siasatan lanjut terhadap suspek yang berasal dari Kluang, Johor, didapati negatif dadah.

"Suspek tidak mengambil dadah tetapi sanggup menjualnya hanya kerana mahukan wang lebih.

"Remaja itu tidak bersekolah dan berasal dari keluarga yang memiliki sebuah kedai menjual emas di Johor. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Seksualiti Merdeka dihentikan

Posted:

Seksualiti Merdeka dihentikan

Seksualiti Merdeka dihentikan

Oleh ABD. HALIM HADI TALIB
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Penganjur Seksualiti Merdeka 2011 hari ini menghentikan acara awam program mempromosi seks bebas itu berikutan kecaman dan bantahan meluas pelbagai pihak termasuk wakil-wakil agama.

Menurut kenyataan akhbar yang disiarkan dalam laman web program itu, ia dilakukan demi menjaga keselamatan semua yang bakal hadir selain akan cuba bertemu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk menerangkan tujuan sebenar Seksualiti Merdeka.

Bagaimanapun penganjur yang terdiri daripada 20 pertubuhan bukan kerajaan dan individu tetap mempertahankan tindakan mereka untuk memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini yang dianggap hak manusia sejagat.

"Kami tetap bertekad untuk mewujudkan lingkungan kondusif yang akan membantu mengurangi kebencian tak berasas seperti hasutan ketakutan dan paranoia, yang disebabkan oleh kurangnya pemahaman bahawa isu-isu seksualiti sebenarnya adalah isu hak asasi manusia," menurut kenyataan itu di www.seksualitimerdeka.org.

Khamis lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengharamkan penganjuran Seksualiti Merdeka yang bermula pada 1 hingga 13 November kerana bertentangan dengan agama dan moral kemanusiaan.

Menurut kenyataan itu lagi, penganjur turut menyelar kerajaan berhubung pengharaman program yang dikatakan sebagai menafikan hak golongan LGBT di negara ini.

"Kerajaan Malaysia seharusnya menyelar apa jua bentuk diskriminasi, stigma dan ancaman keganasan atau bunuh atas nama agama atau sistem kepercayaan; dan menghormati hak asasi golongan LGBT sebagai hak asasi manusia sejagat.

"Kerajaan juga harus menghormati hak kami untuk menganjurkan forum, bengkel dan pertunjukan secara aman," menurut kenyataan itu.

Penganjur mendakwa, tindakan pengharaman itu sebaliknya akan meminggirkan lagi golongan warga Malaysia (LGBT) yang telah sedia menderita akibat dipinggir masyarakat.

Menurut kenyataan itu, golongan LGBT harus dihormati sebagai manusia dan perbezaan mereka tidak wajar digunakan sebagai alasan untuk melanggar hak-hak mereka.

"Hak-hak seksual adalah hak asasi manusia sejagat berdasarkan kebebasan, maruah dan kesamarataan semua manusia," katanya.

Sementara itu, penganjur mendakwa program Seksualiti Merdeka yang telah dilaksanakan sejak beberapa tahun selama ini tidak pernah dihalang oleh mana-mana pihak.

Full content generated by Get Full RSS.

Lucut kerakyatan Ambiga - Gagasan

Posted:

Lucut kerakyatan Ambiga - Gagasan

Lucut kerakyatan Ambiga - Gagasan

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga wajar dikenakan hukuman berat seperti dilucutkan kerakyatan kerana tindakan beliau yang dilihat semakin 'menggila' dan boleh menghuru-harakan masyarakat di negara ini.

Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, Ambiga sudah 'naik lemak' dengan sikapnya yang semakin melampau dan perkara itu perlu dipandang serius oleh kerajaan.

"Orang seperti Ambiga ini tidak layak digelar manusia kerana dia sendiri telah melanggar norma-norma manusia apabila dengan lantang mahu menyuarakan hak-hak yang sepatutnya tidak perlu ditimbulkan.

"Jadi, beliau perlu dikenakan hukuman yang sewajarnya seperti dibuang negara atau apa jua jenis hukuman yang berat yang mampu membuatkan Ambiga menyedari kesilapannya," ujarnya ketika dihubungi Mingguan Malaysia semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Ambiga yang menyokong program mempromosi seks bebas Seksualiti Merdeka iaitu membela nasib pengamal seks songsang seperti lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT) di negara ini.

Malah, tambah Syed Anuar, bukan sahaja kerajaan, tetapi Majlis Raja-Raja juga berhak untuk memutuskan hukuman yang patut dikenakan memandangkan Ambiga telah menyentuh isu keagamaan apabila mahu menyebarkan isu moraliti yang dilarang oleh Islam.

"Walaupun Malaysia sebuah negara demokrasi, tetapi itu tidak bermakna ia memberi kebebasan kepada Ambiga untuk bermaharajalela dengan ideologi songsangnya yang kian melampau," katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, Ambiga disifatkan sebagai seorang individu yang mencari populariti murahan dengan mengetengahkan isu-isu yang tidak pernah diduga akal.

"Justeru, beliau tidak perlu dihormati oleh sesiapa pun malah patut dipinggirkan atau dibuang negeri.

"Jika Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) masih wujud, beliau wajar ditahan di bawah akta tersebut," ujar Mohamed Maliki.

Menurut beliau, kerajaan perlu memikirkan mekanisme tepat untuk mendakwa Ambiga yang dilihat semakin meliar.

Full content generated by Get Full RSS.

Pertahan kesatuan ummah

Posted:

Pertahan kesatuan ummah

Pertahan kesatuan ummah


NAJIB Tun Razak dan Rosmah Mansor meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah haji di Restoran D'Saji di Mekah, Jumaat lalu. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 5 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, umat Islam perlu terus mempertahankan kesatuan ummah yang merupakan tunjang kepada kekuatan Islam.

Perdana Menteri berkata, banyak perkara dapat dilakukan apabila kesatuan dapat diwujudkan dalam kehidupan umat Islam, selain kekuatan yang ada boleh dipertahankan jika kesatuan ummah berdiri kukuh sama ada di dalam mahupun di luar negara.

"Walaupun terdiri dari pelbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan negara, umat Islam adalah umat yang satu di mana sahaja mereka berada," katanya dalam perutusan Hari Raya Aidiladha esok dalam blognya www.1Malaysia.com.my.

Menyifatkan kesatuan ummah merupakan pengajaran terpenting yang terkandung dalam sambutan Aidiladha, Najib berkata, perintah Allah S.W.T yang mewajibkan semua umat Islam yang melakukan ibadat haji agar berkumpul di satu tempat dengan niat yang satu dan mengucapkan ucapan talbiah, tahmid dan zikir yang sama, jelas menunjukkan bahawa umat Islam adalah umat yang bersatu.

"Ia adalah umat yang bersatu dengan menghadap satu kiblat dan sujud kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T, maka sudah sewajarnya kita melahirkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan kepada kita perayaan Aidiladha dengan syariatnya yang jelas membawa mesej kesatuan umat adalah tunjang kepada kekuatan Islam," katanya.

Perdana Menteri berkata, konsep kesatuan dan kesamaan sememangnya amat penting dalam Islam untuk membina kasih sayang dan silaturahim sesama umat, seperti mana yang telah diingatkan oleh Rasulullah S.A.W. ketika Baginda menyampaikan khutbah wada' (perpisahan) di bumi Arafah 1,400 tahun yang lalu, di mana Baginda bersabda bahawa semua manusia adalah sama disisiNya, melainkan dengan taqwa.

Najib berkata, dengan ekonomi negara yang semakin berkembang dan kehidupan boleh dijalani dalam suasana aman damai, masyarakat seharusnya bersyukur dan bersama-sama mengagungkan Allah.

Perdana Menteri turut mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di Malaysia dan di mana jua berada.

Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang kini mengerjakan haji di tanah suci turut menyarankan agar sambutan Aidiladha esok diraikan melalui semangat 1Malaysia yang turut memperlihatkan kepentingan nilai-nilai pengorbanan untuk agama, bangsa dan negara. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


280 keluarga terima sumbangan

Posted:

280 keluarga terima sumbangan

280 keluarga terima sumbangan

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@yahoo.com


WAN Zainab Wan Ahmad (enam dari kiri) menyampaikan sumbangan daging dan beras kepada Imam Masjid Lundang, Wan Ibrahim Wan Mohamad (lima dari kanan) di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 5 Nov. – Kedatangan Hari Raya Aidiladha kali ini menjadi lebih bermakna kepada 280 keluarga miskin di sini apabila menerima sumbangan daging dan beras daripada pergerakan Wanita Inovatif Jaya Diri (Wijadi).

Sumbangan terbabit melibatkan 280 kampit beras setiap satu seberat lima kilogram dan 280 kilogram daging hasil sumbangan pelbagai pihak.

Pengasas Wijadi, Datin Wan Zainab Wan Ahmad berkata, sumbangan tersebut diharap dapat menggembirakan keluarga terbabit menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok.

Beliau berkata, program tersebut merupakan aktiviti tahunan Wijadi yang ditubuhkan bagi menjalankan kerja khidmat masyarakat terutama membantu golongan ibu tunggal dan anak yatim dalam kalangan keluarga miskin.

"Kami berpuas hati kerana dapat membantu golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi menjelang sambutan hari raya Aidiladha," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan itu di kediamannya di Jalan Yaacobiah di sini hari ini.

Beliau yang juga ahli veteran UMNO Kelantan berkata, selain ibu tunggal dan anak yatim miskin, pihaknya turut memberikan tumpuan kepada golongan penarik beca yang rata-rata di kalangan warga emas.

Sementara itu, seorang ahli Wijadi, Nur Zihan Mohd. Nor , 38, berkata, dia diperuntukkan sebanyak lapan kampit beras dan lapan kilogram daging untuk diagihkan kepada keluarga miskin di Kampung Telaga Nibong, Wakaf Mek Zainab.

Full content generated by Get Full RSS.

Empower di setiap daerah Terengganu mulai 2012

Posted:

Empower di setiap daerah Terengganu mulai 2012

Empower di setiap daerah Terengganu mulai 2012

KEMAMAN 5 Nov. – Program Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur ke setiap daerah di negeri ini akan diadakan mulai tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said Berkata, usaha itu akan dilakukan setelah sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat selepas mula diperkenalkan di Bentong, Pahang.

"Jika dapat sambutan menggalakkan di sini, kita akan perluaskan program ini ke setiap daerah yang dijangka bermula tahun depan," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan Program Empower Pembangunan Modal Insan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi, Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John.

Kemaman dipilih menjadi lokasi pertama Empower, yang akan memberi peluang kepada belia untuk meningkatkan pendapatan dan kebolehpasaran mereka melalui latihan kemahiran yang mereka peroleh di samping meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Antara kursus kemahiran yang disediakan di program Empower Kemaman termasuk mekap dan tatarias, pembuatan roti, jahitan dan rekaan fesyen, mendandan rambut dan pendawaian serta kerja-kerja pemasangan paip.

Program itu telah berjaya dilaksanakan sejak pelaksanaan projek perintis di Bentong April 2010 yang kemudiannya diperluaskan ke Temerloh dan Lipis dan seterusnya di Jeli, Kelantan Julai lalu.

Daripada jumlah 921 penduduk yang terlibat dalam program Empower Kemaman, seramai 421 peserta telah mendaftar bagi kursus-kursus Latihan Kemahiran Akademik yang membantu memperbaiki prestasi dalam semua peringkat peperiksaan awam.

Ahmad selanjutnya berkata, program ECERDC itu membantu Terengganu membuat persediaan rapi membangunkan modal insan demi masa depan pembangunan di negeri itu.

Jelasnya, program tersebut memberi banyak manfaat kepada segenap lapisan masyarakat khususnya di Kemaman dalam menyediakan kursus teknikal dan kemahiran kepada penduduk setempat.

Beliau berkata, untuk akan datang, lebih banyak kursus akan disediakan bagi menjayakan program serupa di negeri ini.

"Kita dimaklumkan, program yang sama bermula di Bentong, Pahang menampakkan hasil dan sebanyak 62 peratus peluang pekerjaan ditawarkan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved