Khamis, 20 Oktober 2011

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Siapa senggara jalan ini?

Posted:

Siapa senggara jalan ini?

Siapa senggara jalan ini?

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


Lee Lam Thye menunjukkan antara kawasan jalan yang menghubungkan Taman Maluri dengan Pandan Jaya yang mengalami kerosakan teruk, semalam. – utusan/MOHD. NOOR AMIN


KUALA LUMPUR 20 Okt. – Jarak jalan yang menghubungkan Taman Maluri ke Pandan Jaya di sini hanya kira-kira satu kilometer tetapi pengguna yang melaluinya merasakan jaraknya sangat jauh.

Ini kerana banyak bahagian jalan tersebut rosak teruk, berlubang, tidak rata, berlopak serta beralun dan ia bukan masalah baru tetapi sudah berlarutan sejak dua tahun lalu.

Ia tidak pernah diturap semula dan lebih malang, tidak ada pihak berkuasa tempatan yang mahu bertanggungjawab terhadap masalah tersebut sama ada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahu pun Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Ini kerana kawasan jalan tersebut terletak di sempadan antara Kuala Lumpur dan Selangor.

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pengguna sering datang berjumpanya dan merungut mengenai keadaan jalan yang teruk itu.

Katanya, menyedari kesengsaraan yang dilalui pengguna itu, beliau telah berjumpa DBKL dan juga MPAJ untuk meminta jasa baik mereka menyelesaikan masalah tersebut.

Ujarnya, apabila berjumpa DBKL, pihak tersebut menyatakan jalan itu bukan di bawah tanggungjawab mereka dan jawapan yang sama turut diberikan oleh pihak MPAJ.

"Kedua-dua pihak terbabit masing-masing menuding jari, akibatnya pengguna yang terpaksa menempuh jalan yang teruk itu saban hari.

"Perkara ini melibatkan orang ramai, jadi tidak salah jikalau kedua- dua pihak berbincang, seterusnya bertindak menurap jalan tersebut bersama- sama demi keselesaan dan keselamatan pengguna," katanya.

Selain itu, katanya, sudah banyak kemalangan berlaku di jalan tersebut dan tindakan menurap semula jalan itu harus segera dilaksanakan bagi mengelak lebih banyak kemalangan.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan sembunyi jenayah pelajar

Posted:

Jangan sembunyi jenayah pelajar

Jangan sembunyi jenayah pelajar

Oleh AZIAN AZIZ
kota@utusan.com.my

SHAH ALAM 20 Okt. – Usaha membanteras jenayah di kalangan pelajar tidak akan berjaya jika pihak sekolah dan ibu bapa menyembunyikannya dengan tidak membuat laporan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya mengetahui perkara tersebut masih berlaku dan kebiasaannya ia dilakukan untuk menjaga nama baik sekolah atau ibu bapa pelajar terlibat.

"Berdasarkan statistik, sehingga September lalu, sebanyak 461 pelajar sekolah di negeri ini ditahan kerana terlibat dalam 257 kes jenayah.

"Namun kita tahu angka yang dicatatkan tidak mewakili semua kejadian jenayah melibatkan pelajar kerana masih ada kes-kes yang disembunyikan atau tidak dilaporkan kepada polis," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kelab Pencegahan Jenayah Peringkat Negeri Selangor 2011 di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Majlis yang diadakan dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Selangor, Jabatan Pendidikan negeri dan polis itu dihadiri seramai 260 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari sekolah menengah di sekitar negeri ini.

Justeru, Tun Hisan mengingatkan pihak sekolah dan ibu bapa agar tidak menyembunyikan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh para pelajar kerana ia menyalahi undang-undang.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan agar pihak sekolah dan guru-guru mengadakan lebih banyak aktiviti yang memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai pencegahan jenayah tanpa melibatkan wang atau perbelanjaan yang besar.

Jelas beliau, antara langkah yang boleh dilakukan adalah menggalakkan pelajar membuat tanda nama pada semua barangan milik mereka bagi mengelak daripada hilang atau dicuri selain mengadakan aktiviti rondaan cegah jenayah di sekolah.

"Mereka juga boleh bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk mendapatkan golongan profesional seperti peguam, pakar psikologi dan sebagainya bagi mengadakan sesi soal jawab atau kaunseling bersama pelajar secara percuma," kata beliau.

Full content generated by Get Full RSS.

Polis bimbang pelacur Vietnam meningkat

Posted:

Polis bimbang pelacur Vietnam meningkat

Polis bimbang pelacur Vietnam meningkat

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Polis bimbang dengan peningkatan jumlah pelacur asing terutama warga Vietnam sejak kebelakangan ini dan ia ada kaitan dengan kewujudan semakin banyak pusat urut berkonsepkan spa di negara ini.

Sumber Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman memberitahu, aktiviti pelacuran di pusat urut itu sukar dikesan dikesan oleh pihak berkuasa kerana kebanyakannya mempunyai lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Kita mengesan banyak pusat urut berlesen menawarkan khidmat seks dan ia terbukti apabila setiap kali membuat serbuan, kita menemui kondom dan cecair pelincir dalam bilik-bilik urut yang diperiksa.

"Paling membimbangkan apabila pusat-pusat urut baru dibuka, ia menyebabkan berlaku permintaan tinggi terhadap pelacur asing bagi memenuhi keperluan pelanggan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, meskipun wanita China masih lagi mendominasi aktiviti pelacuran di negara ini tetapi terdapat perubahan 'selera' apabila pelanggan mula berminat kepada gadis-gadis dari Vietnam.

Menurutnya, meskipun statistik tangkapan wanita warga asing disyaki pelacur dari Januari hingga Julai lalu menunjukkan penurunan ketara tetapi bagi gadis Vietnam, penurunannya hanya 4.5 peratus.

Katanya, tangkapan tertinggi adalah wanita China iaitu 3,357 orang, diikuti Vietnam (1,252), Thailand (1,025), Indonesia (752) dan Filipina (152).

"Walaupun statistik menunjukkan tangkapan wanita China adalah tertinggi tetapi ia menurun 89.9 peratus berbanding 6,378 orang ditangkap dalam tempoh sama tahun lalu.

"Jumlah tersebut jauh berbeza dengan pelacur Vietnam yang mencatatkan tangkapan 1,252 orang iaitu turun 4.5 peratus atau 410 orang daripada 1,308 tangkapan sebelum ini," katanya.

Menurutnya, sejak Januari hingga Julai lalu, pihaknya melalui 'Ops Noda' telah melakukan 13,835 serbuan bagi memberkas wanita disyaki pelacur di seluruh negara termasuk 2,136 serbuan di ibu negara dan Selangor (999).

"Meskipun banyak kali diserbu, kita dapati ada yang kembali beroperasi dan menambahkan lagi masalah, pertumbuhan rumah urut tidak berlesen menggunakan papan tanda perniagaan lain bagi mengaburi pihak berkuasa," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Landskap menarik hutan bandar

Posted:

Landskap menarik hutan bandar

Landskap menarik hutan bandar

Oleh Maznah Mohd. Arsad
editor.johor@utusan.com.my


Hutan Bandar Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru.


JOHOR BAHRU 19 Okt. - Hutan Bandar Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) yang terletak di Taman Mutiara Rini, di sini merupakan projek pembangunan landskap bertujuan menjadikan hutan bandar sebagai tempat beriadah serta tarikan pelancong.

Terletak di kawasan seluas kira-kira 25 hektar, pelbagai aktiviti riadah sambil menikmati pemandangan alam semulajadi boleh diadakan di hutan bandar itu.

Yang Dipertua MPJBT, Md. Fuzi Ahmad Shahimi berkata, bagi mencapai tujuan tersebut, pelbagai komponen landskap dibangunkan berkonsepkan koleksi pepohon hutan tropika (arboretum).

Menurutnya, Hutan Bandar MPJBT yang dibangunkan sejak 2008 dan mula digunakan pada 2009 kini mempunyai 200 spesies tanaman berbeza dengan 3,200 pokok yang telah membesar.

Beliau berkata, pengunjung bukan sahaja boleh beriadah tetapi mengenali jenis pokok menerusi tanda nama tempatan dan nama botani yang diletakkan di pokok tersebut.

"Antara pokok yang ada adalah asam gelugur, keranji, tampoi, tongkat ali, jelutong, kempas, keruing bulu, bachang, johor, gelam, giam jantan, ipoh dan gaharu.

"Komponen lain yang ada di situ seperti bangunan serbaguna, tempat letak kereta, wakaf, menara pandang, taman bunga dan taman herba," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Katanya, hutan tersebut yang kini menjadi tumpuan orang ramai akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman Sabtu ini.

"Bagi memenuhi konsep hutan bandar seperti yang diharapkan warga kota, antara kemudahan yang disediakan termasuk taman permainan kanak-kanak berskala besar dengan keluasan 0.4 hektar dan mampu menampung 100 kanak-kanak dalam satu-satu masa.

"Kita turut menyediakan tasik untuk aktiviti memancing dan bagi memenuhi minat golongan remaja, MPJBT kini sedang menyiapkan tiga gelanggang futsal dan satu kawasan sukan lasak," katanya.

Selain itu, tempat riadah berkenaan turut mempunyai Dataran Sekapur Sirih yang dibina dengan kos RM24 juta untuk kegunaan acara rasmi dan keramaian termasuk sambutan Hari Kemerdekaan.

Md. Fuzi berkata, pembangunan landskap yang diterapkan di dataran itu mengenengahkan konsep gambir dan tepak sirih yang merupakan elemen penting dalam adat Melayu ketika meraikan sesuatu upacara keramaian seperti meminang, adat ketika bertandang dan sebagainya.

Menurutnya, kewujudan 24 rumah limas yang mewakili 24 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini bakal menyerikan lagi hutan tersebut dan ia boleh digunakan untuk ruangan seminar, kursus, bengkel dan keramaian.

Full content generated by Get Full RSS.

Cabaran wujudkan kawasan rekreasi skala besar

Posted:

Cabaran wujudkan kawasan rekreasi skala besar

Cabaran wujudkan kawasan rekreasi skala besar

JOHOR BAHRU 19 Okt. - Tugas membina landskap di sebuah hutan bandar berskala besar bukan semudah seperti disangkakan kerana ia memerlukan kesungguhan dan tumpuan bagi memastikan ia dapat memenuhi kehendak orang ramai.

Itulah cabaran yang perlu digalas Arkitek Landskap Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Shahrulizam Abdul Rashid setelah diberi kepercayaan membina Hutan Bandar MPJBT di Taman Mutiara Rini, dekat sini.

Menurutnya, bermula pada 2008, pihaknya memulakan pembinaan hutan bandar itu berdasarkan satu pelan induk yang dirangka bagi membolehkan pembangunannya dalam keadaan terancang dan memenuhi keperluan semasa.

"Maknanya, kita bina hutan dan landskap tersebut berdasarkan keperluan semasa, merangkumi kehendak golongan dewasa, belia, remaja dan kanak-kanak," katanya.

Shahrulizam, 35, yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memberitahu, tugas yang digalas untuk membangunkan kawasan seluas kira-kira 25 hektar itu mendapat kerjasama baik daripada semua pihak khususunya Jabatan Landskap Negara, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), MPJBT dan Mutiara Rini Sdn. Bhd.

"Matlamat kami mewujudkan hutan bandar itu adalah sebagai kawasan rekreasi unggul, khasnya di kawasan pentadbiran MPJBT dan menjadikan ia sebagai pusat tumpuan orang ramai beriadah.

"Ia juga bertujuan menaik taraf landskap sedia ada untuk memberi lebih kesan estetika bagi menarik pelancong dan masyarakat setempat," katanya.

Mengenai cabaran untuk mewujudkan hutan tersebut, Shahrulizam berkata, masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak tahu menghargai sumber alam semula jadi dan kemudahan yang disediakan.

"Kesan perbuatan vandalisme, banyak kerosakan dan kecurian alat-alat serta kemudahan di situ.

"Jadi, kami terpaksa menanggung kerugian yang tinggi untuk menyelenggara dan memperbaiki kemudahan dan menggantikan barangan yang dicuri," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Warisan pesawah di Muzium Padi

Posted:

Warisan pesawah di Muzium Padi

Warisan pesawah di Muzium Padi

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Muzium Padi yang terletak di Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah.


ALOR SETAR 19 Okt. - Perkembangan teknologi dan perubahan zaman mungkin menyebabkan generasi sekarang tidak mengenali alat-alat tradisional untuk membajak sawah dan menuai padi yang digunakan oleh petani pada zaman dahulu.

Kewujudan jentera membajak dan menuai telah mengambil alih peranan peralatan mengerjakan bendang tradisional seperti tenggala, sisir, cangkul, tajak serta tenggiling.

Justeru, sebuah muzium dikenali Muzium Padi diilhamkan di negeri ini, sekali gus menjadi satu lagi mercu tanda dan daya tarikan pelancong ke Kedah.

Pembinaannya bertujuan mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.

Kewujudan muzium yang terletak di Gunung Keriang, kira-kira lapan kilometer dari bandar raya ini memberi manfaat besar bagi membolehkan orang ramai mengenali warisan sejarah dan mengetahui betapa kegigihan generasi nenek moyang petani mengusahakan sawah dengan tenaga sendiri.

Dalam kalangan petani sendiri, kewujudan muzium itu sudah pasti menggamit memori dalam mengingati pengorbanan dan kegigihan generasi pesawah dalam meneruskan kehidupan serta mengeluarkan makanan negara.

Pengarah Perbadanan Muzium negeri, Suhaidi Shukri berkata, pembinaan Muzium Padi adalah bertepatan dengan kedudukan negeri ini sebagai Jelapang Padi negara supaya dapat diabadikan sebagai imej sejarah untuk ditonton oleh generasi masa kini dan akan datang.

"Muzium ini bukan sekadar mempamerkan barang-barang lama, tetapi juga sebuah gedung ilmu untuk melahirkan generasi berpengetahuan yang menghargai warisan nenek moyang mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Dibuka secara rasmi oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 12 Oktober 2004, bangunan Muzium Padi dibina berbentuk gemai padi dengan mempunyai sebuah bangunan induk dan enam bangunan sampingan.

Sebaik melangkah ke pekarangan muzium itu, pengunjung dapat menyaksikan beberapa ukiran haiwan yang menarik seperti kerbau membawa pembajak, singa dan burung manakala dalamannya pula turut dihiasi dengan lukisan dan mural yang menggambarkan sejarah, geografi serta teknologi penanaman padi.

Keluasan keseluruhan Muzium Padi adalah 12,000 meter dan mempunyai tiga aras. Aras satu, pengunjung berpeluang mengetahui sejarah penanaman padi di negeri ini, meninjau koleksi pelbagai jenis padi dan melihat peralatan sawah tradisional seperti anak, renggam, kepok serta tenggiling.

Di aras itu, pengunjung boleh mencuba pengalaman membanting dan menumbuk padi selain dapat melihat alat-alat penangkapan ikan yang hampir pupus seperti sepila, tuar, bubu dan tangkul.

Memasuki aras dua, pengunjung boleh memberi peluang kepada pengunjung melihat galeri yang memuatkan pelbagai lukisan yang berkaitan aktiviti pertanian bermula dari zaman purba hingga sekarang.

Pihak muzium turut menyediakan tayangan dokumentari mengenai kaedah penanaman padi, selain dapat melihat aktiviti harian pesawah seperti mencabut semai, menyulam, membaja dan menuai.

Dengan mendaki 59 anak tangga ke aras tiga yang menggambarkan seolah-olah mendaki Gunung Keriang hingga ke puncaknya, pengunjung menikmati ruang panorama menarik perkampungan padi tradisional.

Aras terakhir itu turut menempatkan platform berputar yang membolehkan pengunjung menghayati keindahan jelapang padi pada satu musim dalam bentuk mural dan landskap.

Sebagai tanda kenang-kenangan, pengunjung boleh mendapatkan buah tangan seperti kraf tangan berkaitan padi atau membeli makanan tradisional yang berasaskan beras di kedai cenderamata untuk dibawa pulang.

Suhaidi berkata, dalam usaha menyegarkan dan menambah keunikan muzium itu, pihak muzium merangka pelbagai rancangan bagi memastikan ia sentiasa menggamit kehadiran pengunjung.

Katanya, ia termasuk mewujudkan Galeri Alatan Pertanian Padi Kemboja sejak penghujung 2009 bagi mendedahkan pengunjung mengenai peralatan tradisional berkaitan penanaman padi di negara tersebut.

"Pihak muzium merancang untuk menaik taraf pameran dari semasa ke semasa selain mengambil pendekatan baru dengan menganjurkan program melibatkan masyarakat, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan agar mereka berasa dekat dengan Muzium Padi," katanya.

Muzium Padi dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dengan bayaran masuk RM3 seorang untuk dewasa dan RM1 (kanak-kanak serta rombongan sekolah), manakala mereka yang ingin membawa masuk kamera atau telefon bimbit berkamera akan dikenakan bayaran RM2 seunit.

Full content generated by Get Full RSS.

Karnival Jom Pi Muzium Padi mulai hari ini

Posted:

Karnival Jom Pi Muzium Padi mulai hari ini

Karnival Jom Pi Muzium Padi mulai hari ini

ALOR SETAR 19 Okt. - Orang ramai dijemput beramai-ramai memeriahkan Karnival Jom Pi Muzium Padi yang akan berlangsung selama 10 hari di pekarangan Muzium Padi, Gunung Keriang di sini, bermula esok.

Pengarah Perbadanan Muzium negeri, Suhaidi Shukri berkata, penganjuran karnival berkenaan antara lain bertujuan mempromosikan Muzium Padi dan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenalinya dengan lebih dekat.

"Ia juga bagi memberi peluang perniagaan kepada usahawan-usahawan tempatan menjual dan mempromosikan produk masing-masing," katanya di sini, baru-baru ini.

Suhaidi memberitahu, pelbagai aktiviti menarik disusun sepanjang karnival itu berlangsung untuk disaksikan dan disertai oleh orang ramai.

Katanya, antara aktiviti diadakan ialah demonstrasi masakan, pertandingan bola sepak bendang, memancing di tali air, serkap ikan, pertandingan wau, memasak dan gubahan selain gerai jualan dan pameran oleh pelbagai agensi kerajaan serta swasta.

"Pertunjukan pentas dan hiburan oleh artis jemputan seperti persembahan nasyid oleh Kumpulan Zahran dan Rabbani serta persembahan Wayang Kulit Seri Asun turut disediakan bagi memeriahkan karnival ini.

"Setiap malam akan menampilkan artis yang berbeza. Forum Perdana turut diadakan pada 27 Oktober ini," katanya.

Menurut Suhaidi, pengunjung yang hadir bukan sahaja akan terhibur bahkan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti seekor lembu, kambing dan barangan elektrik dalam acara cabutan bertuah.

Katanya, syarat yang melayakkan pengunjung merebut hadiah cabutan bertuah ialah dengan membuat pembelian minimum sebanyak RM10 di karnival tersebut.

"Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke karnival ini dan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang diatur sebagai pengisian program," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Mayat hampir reput dijumpai

Posted:

Mayat hampir reput dijumpai

Mayat hampir reput dijumpai

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
pengarang@utusan.com.my

PULAU PINANG 19Okt. - Sekumpulan pekerja binaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki terapung dengan kaki serta tangannya diikat dengan tali nilon, tidak jauh dari jeti jambatan tersebut di Batu Maung di sini.

Mayat yang hampir reput itu ditemui pukul 7.30 pagi ini sebelum dimaklumkan kepada anggota penyelamat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Ketua Polis Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zin berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 20-an mati akibat dibunuh lebih seminggu lalu.

Menurut beliau, pihaknya percaya mangsa yang berkulit cerah merupakan warga asing berikutan tiada tanda suntikan cacar dilengannya.

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan diikat kaki dan tangan menggunakan tali nilon manakala mukanya hampir reput dan kembung seluruh anggota badan.

"Kita masih menyiasat identiti sebenar mangsa termasuk punca kematian selepas keputusan bedah siasat diterima," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302Kanun Keseksaan.

Tambahnya, mereka yang kehilangan ahli keluarga atau pekerja boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Percepat luluskan projek

Posted:

Percepat luluskan projek

Percepat luluskan projek

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


MD. Yunos Husin (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada petugas yang telah berkhidmat lebih 20 tahun dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di Melaka, kelmarin.


MELAKA 19 Okt. - Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini digesa mempercepatkan kelulusan projek-projek hartanah di kawasan masing-masing yang akan memberi kesan terhadap 150 aktiviti hiliran seterusnya membantu merangsang ekonomi negara.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, PBT juga perlu gigih membantu mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) melalui projek-projek kecil di kawasan pentadbiran masing-masing.

Projek-projek tersebut menurut beliau, adalah seperti membina perhentian bas, program pencahayaan, bandar selamat, pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di samping memberi keutamaan kepada projek-projek bersifat 'pusat masyarakat'.

"Sebagai barisan hadapan kerajaan, PBT juga perlu sentiasa berusaha menambah baik sistem penyampaian kerajaan untuk memastikan setiap maklumat dapat disampaikan kepada rakyat keseluruhannya.

"Program-program yang mendekati rakyat sehingga ke peringkat akar umbi juga perlu diperbanyakkan lagi," katanya dalam ucapan sebelum merasmikan Sambutan Hari Inovasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) 2011 di Dewan Taming Sari MBMB di sini semalam.

Turut hadir Datuk Bandar MBMB, Zainal Abu dan Setiausaha MBMB, Azmi Hussain.

Mengulas lanjut Md. Yunos berkata, setiap PBT perlu peka kepada persekitaran dan keperluan rakyat di kawasan mereka.

"Aduan-aduan remeh seperti longkang tersumbat, jalan berlubang, pokok yang tidak dicantas dengan sempurna dan pelbagai lagi isu-isu kecil perlu dikurangkan.

"Tiada gunanya jika kita asyik bermegah dengan pelbagai anugerah yang dicapai di peringkat negeri tetapi masih gagal menangani masalah tersebut yang akan memberi kepuasan kepada penduduk," katanya.

Pada majlis itu juga, dua kakitangan MBMB yang telah berkhidmat lebih 20 tahun menerima cenderamata selain Anugerah Khidmat Cemerlang 2010 kepada 82 individu.

Full content generated by Get Full RSS.

NS mahu perangi pusat perjudian siber habis-habisan

Posted:

NS mahu perangi pusat perjudian siber habis-habisan

NS mahu perangi pusat perjudian siber habis-habisan

SEREMBAN 19 Okt. – Kerajaan negeri akan membawa cadangan kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya mana-mana individu yang berada di pusat perjudian siber haram di negeri akan dikenakan tindakan tegas.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, cadangan itu bakal dikemukan selepas pihaknya mendapati kewujudan pusat perjudian siber di beberapa buah kawasan termasuk di kawasan perumahan di negeri ini semakin berleluasa dan memerlukan pembanterasan secara berterusan.

Malah, katanya, kerajaan negeri juga telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bertindak bagi menangani masalah perjudian siber haram yang mana ia akan dianggotai oleh semua agensi penguatkuasaan meliputi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

''Dalam jawatankuasa itu juga, kita akan libatkan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang mana mereka akan menguatkuasakan undang-undang di bawah enakmen syariah kepada mereka yang beragama Islam.

''Kepada mereka yang bukan beragama Islam pula merka turut dikenakan dibawah Akta Rumah Judi Terbuka seperti yang termaktub dalam undang-undang sedia ada dan ia akan bergerak secara serentak. Sekiranya mereka berada dipremis itu mereka boleh dikenakan tindakan ," katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, melihat situasi berkenaan, pihaknya memandang serius gejala berkenaan kerana ia jelas menjadi barah yang mampu memusnahkan masyarakat sekiranya ia tidak dibendung secara berterusan.

Malah, Mohamad sendiri mendedahkan, ada dalam kalangan kaki judi siber ini yang hingga terpaksa berhutang kepada ah long ribuan ringgit kerana ketagihan berjudi menyebabkan kediaman dan kenderaan mereka di rampas serta dilelong selepas gagal menjelaskannya.

''Ada yang sampai berhutang dengan ah long mencecah RM 16,000 hingga RM 20,000 semata-mata untuk berjudi. Selepas itu ada pula yang datang berjumpa dengan pihak kerajaan negeri supaya mereka ini dapat diberikan bantuan.

''Kita mempunyai dasar untuk mensejahterakan rakyat di negeri ini yang mana ia bertujuan untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Tetapi dalam soal ini, kita tidak akan berkompromi kepada mereka yang memanipulasi dasar ini untuk membayar hutang mereka," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

12 rumah dilanda ribut dapat bantuan

Posted:

12 rumah dilanda ribut dapat bantuan

12 rumah dilanda ribut dapat bantuan


Zainal Abidin Ahmad (dua dari kanan) melihat keadaan salah sebuah rumah yang dilanda ribut sambil diperhatikan oleh beberapa penduduk di DUN Sungai Lui, Jempol, semalam.


JEMPOL 19 Okt. - Sebanyak 12 buah rumah di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Lui di sini rosak selepas dilanda ribut baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 4 petang itu menyebabkan beberapa atap rumah tercabut dan diterbangkan angin.

Seorang mangsa, Hamdan Md. Daud, 56, berkata, ia merupakan kejadian pertama sejak menetap hampir 30 tahun di Felda Lui Selatan Dua.

"Ketika kejadian, saya berada di dalam rumah bersama isteri dan anak-anak. Pada mulanya saya sangka ia hanya hujan lebat dan tidak mungkin akan berlaku sesuatu yang berbahaya.

"Keadaan mula panik apabila kami mendengar bunyi angin yang kuat dari arah luar. Bimbang dengan keselamatan, kami segera berkumpul di ruang dapur rumah," katanya.

Ujarnya, selang beberapa minit berada di dapur, bumbung di bahagian ruang tamu tercabut dan diterbangkan angin.

"Hujan bertambah lebat dan semua barang di ruang tamu basah. Tiba-tiba satu atap zink jatuh dan terkena kepala dan lengan sebelah kanan saya. Mujurlah saya hanya cedera ringan sahaja," katanya.

Seorang lagi mangsa, Rahima Dagang, 58, hanya mampu berserah kepada takdir apabila mendengar angin yang kuat.

"Ketika itu, saya seorang diri di rumah, suami pula di Hospital Jempol mendapatkan rawatan.

"Ketika itu, saya sangat takut jika berlaku sesuatu yang buruk. Akhirnya angin yang kuat itu menerbangkan atap dapur rumah saya," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya telah mengenal pasti rumah yang terjejas akibat kejadian itu.

Beliau berkata, pasukan sukarelawan Barisan Nasional DUN Lui akan segera membantu membaik pulih rumah yang rosak.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Belanjawan 2012 semarakkan program transformasi

Posted:

Belanjawan 2012 semarakkan program transformasi

Belanjawan 2012 semarakkan program transformasi

KUALA LUMPUR 19 Okt – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Belanjawan 2012 yang dibentangnya 7 Oktober lepas akan menyemarakkan lagi program transformasi negara yang merangkumi kerajaan, ekonomi dan politik untuk memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

Perdana Menteri berkata, pembentangan belanjawan itu juga diharap dapat memenuhi sebahagian janjinya kepada rakyat seperti yang terangkum dalam prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

"Transformasi yang kita sedang alami ini perlu memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat Malaysia dan bukan hanya segelintir kumpulan sahaja.

"Transformasi ini berpaksikan janji saya kepada anda dan semua Rakyat Malaysia yang disebut pertama kalinya pada April 2009 lalu.

"Pembentangan Belanjawan adalah sebahagian daripada janji ini dan pada Jumaat 7 Oktober lepas, saya harap sebahagian daripada janji ini telah dipenuhi.

"Saya telah nyatakan sebelum ini, ianya bukanlah satu penyelesaian yang muktamad tetapi ianya akan menyemarakkan lagi perjalanan transformasi kita dan ianya terangkum dalam prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya dalam entri terkini blog www.1Malaysia.com.my hari ini.

Menghargai reaksi positif rakyat terhadap Belanjawan 2012, sama ada yang disampaikan melalui blog, Facebook, Twitter (juga secara bersemuka), atau dalam penerbitan dan laman web lain, Najib berkata, kerajaan seperti juga rakyat, mahu memastikan negara terus mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan berterusan yang dapat dinikmati dalam suasana harmoni.

"Saya juga maklum tentang keraguan yang dinyatakan oleh sebahagian dari anda," katanya.

Justeru, kata Perdana Menteri, di dalam Belanjawan itu, kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah yang bertujuan membantu meringankan beban kewangan rakyat dalam keadaan ekonomi yang mencabar kini.

Ini termasuk bayaran RM500 untuk semua isi rumah di Malaysia dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3,000 atau ke bawah; pembiayaan baru bagi program anti-kemiskinan 1Malaysia KAR1SMA, dengan bantuan kepada warga tua miskin sebanyak RM300 sebulan dan RM100 sebulan kepada kanak-kanak miskin serta membantu golongan OKU.

Yang lain termasuk rangsangan terhadap pembangunan perumahan awam dan swasta bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mampu memiliki rumah; pemansuhan yuran tahunan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah serta baucer buku RM200 untuk semua rakyat Malaysia yang sedang menuntut dalam Tingkatan 6 dan di institusi pengajian tinggi seluruh negara, katanya. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

PM ajak peminat tonton perlawanan United dengan City di Seri Perdana

Posted:

PM ajak peminat tonton perlawanan United dengan City di Seri Perdana

PM ajak peminat tonton perlawanan United dengan City di Seri Perdana

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak mempelawa peminat bola sepak untuk bersama-sama beliau menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris, Manchester United menentang Manchester City di kediamannya, di Seri Perdana, Putrajaya pada pukul 8 hingga 11 malam, Ahad ini.

Kata Perdana Menteri, mereka yang berminat boleh mendaftar di laman web 1Malaysia di http://www.1malaysia.com.my/sunday-night-football/ dan berpeluang menonton perlawanan itu bersama seorang rakan.

Beliau yang juga peminat setia Manchester United menambah, pendaftaran itu akan dibuka bermula esok (20 Oktober) sehingga pukul 5 petang Jumaat ini.

''Selepas dua kali menonton perlawanan bola sepak bersama-sama peminat bola di kawasan terbuka iaitu di Bukit Bintang dan Putrajaya, saya berpandangan sudah tiba masanya untuk saya pula menjadi 'tuan rumah' dengan menganjurkannya di Seri Perdana pada malam Ahad, 23 Oktober ini.

''Jemputan ini juga bagi membolehkan saya meluangkan masa secara santai (lepak) dengan rakan-rakan Facebook dan Twitter saya," katanya dalam entri terbaru bertajuk Mari Berjumpa Mari Berhubung: Sunday Nite Football @ Seri Perdana di blognya hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Laporan awal sistem pedidikan siap akhir tahun

Posted:

Laporan awal sistem pedidikan siap akhir tahun

Laporan awal sistem pedidikan siap akhir tahun

PUTRAJAYA 19 Okt. - Laporan awal kajian mengenai sistem pendidikan negara dijangka siap menjelang akhir tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, laporan tersebut seterusnya dibawa ke Kabinet yang akan membuat keputusan mengenai penubuhan pasukan khas bagi menilai sistem pelajaran secara lebih menyeluruh.

''Pasukan ini antaranya akan berperanan melihat apa yang perlu ada dalam sistem pendidikan negara dalam 10 hingga 20 tahun akan datang.

''Kita secara rasminya telah mengumumkan bahawa Malaysia perlu melihat semula sistem pelajaran sedia ada untuk memastikan ia menyemai pemikiran kreatif di kalangan pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) Koridor Raya Multimedia (MSC) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Mesyuarat tersebut yang dihadiri pakar-pakar antarabangsa dalam bidang digital mengutarakan mengenai keperluan untuk menyemai budaya inovasi dan pemikiran kreatif bermula dari sekolah.

Seorang ahli IAP, Cordelia Chung yang juga merupakan Pengurus Besar Serantau IBM berkata, ahli-ahli panel telah mengutarakan beberapa perkara utama mengenai perubahan yang diperlukan dalam sistem pendidikan.

Beliau berkata, perkara pertama yang dibincangkan ialah keperluan untuk mengubah pendekatan pengajaran dan minda pelajar.

''Selain itu, jumlah graduan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menurun dan Malaysia perlu meningkatkan minat terhadap bidang ini bagi memastikan bakat yang berterusan.

''Malaysia juga perlu meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam pelbagai disiplin sebelum diadunkan untuk membekalkan inovasi yang berterusan kepada negara," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Kumpul keris bukan sekadar hobi

Posted:

Kumpul keris bukan sekadar hobi

Kumpul keris bukan sekadar hobi

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my


Mohd. Noordin Abdul Hamid bersama isterinya, Noor Ainy Mohd. Nawi menunjukkan koleksi keris ketika ditemubual dikediamannya di Kubang Kerian, Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 19 Okt. - Tidak ramai yang berminat mengumpul barang lama terutama senjata seperti keris sebagai hobi mereka. Selain rumit, ia juga dikhuatiri boleh mengundang masalah termasuk kejadian-kejadian pelik.

Bagaimanapun bagi seorang pesara guru, Mohd. Noordin Abdul Hamid, 61, dari Kubang Kerian dekat sini, kejadian pelik seperti senjata lama berdiri sendiri dan mengeluarkan cecair seperti darah merupakan antara faktor yang mendorongnya 'berkecimpung' dengan hobi berkenaan.

Minat tersebut turut didorong oleh kemahirannya membentuk dan membuat keris sejak lebih 40 tahun lalu yang sebenarnya diwarisi daripada arwah datuknya. Akibat minat mendalam ke atas senjata lama, Mohd. Noordin sehingga kini memiliki 300 pelbagai artifak lama dalam simpanannya.

Antara senjata lama yang menjadi koleksinya ialah tombak, keris, badik, pisau, pedang, parang, golok dan kelawang yang diperoleh dari seluruh nusantara termasuk Indonesia, Selatan Thailand dan Semenanjung Malaysia.

Katanya, yang lebih mesra dengan panggilan 'Cikgu Din', beliau pada mulanya hanya mewarisi 'dua berkas' tombak iaitu sebanyak 20 batang sebagai pusaka keluarganya.

Menurutnya, arwah datuknya iaitu Allahyarham Haji Salleh merupakan seorang penggawa bertauliah dan disegani penduduk, mempunyai senjata berkenaan kerana ia ada kaitan dengan bidang tugasnya pada waktu itu.

"Bermula dari situ, saya berazam menjadi pengumpul setia pelbagai senjata Melayu lama seterusnya menyimpan dan menjaganya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kubang Kerian di sini baru-baru ini.

Mohd. Noordin memberitahu, disebabkan minat yang mendalam mengenai senjata lama juga telah mendorongnya untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda dalam bidang seni halus di Universiti Sains Malaysia (USM) tidak lama dahulu.

Katanya, keputusan melanjutkan pelajaran itu membolehkannya membuat kajian secara lebih terperinci mengenai asal-usul pelbagai senjata lama, pembuatannya, jenis besi digunakan dan tempoh masa yang diambil bagi membuat sesuatu senjata.

"Saya sayang dengan senjata zaman silam yang melambangkan pelbagai kecemerlangan bangsa Melayu yang juga melibatkan kesetiaan terhadap raja dan negeri.

"Keris sebagai contoh, merupakan sebahagian kelengkapan pakaian raja-raja Melayu terutama dalam majlis kebesaran. Kelengkapan senjata bagi golongan pahlawan daripada kalangan bangsawan pula melambangkan kehebatan, kekuatan serta kegagahan," jelasnya.

Menurutnya, sifat kepahlawanan rakyat suatu ketika dahulu dalam menjunjung kedaulatan raja dapat dilihat dengan penggunaan pelbagai jenis senjata.

Mohd. Noordin yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Seni Purba dan Kraftangan Kelantan, memberitahu, koleksi senjata lama miliknya pernah menarik perhatian peminat senjata yang meminta ia dipamerkan di Indonesia.

"Tetapi berikutan tidak dapat membawa senjata itu ke sana, saya hanya mampu mengirimkan lima gambar keris yang diperlukan," katanya.

Beliau bagaimanapun berbangga kerana gambar keris kepunyaannya itu telah dimasukkan ke dalam buku Kris For The World yang dikeluarkan pihak penganjur berkenaan kerana memperakui keris sebagai antara warisan budaya dunia.

Penerbitan buku itu katanya, merupakan satu pengiktirafan dunia terhadap keris sebagai senjata masyarakat Melayu.

Selain itu, pengetahuan mendalam Mohd. Noordin mengenai senjata lama turut membolehkannya menyunting buku berkenaan senjata Melayu bertajuk Rahsia

Keris dan Senjata Warisan Melayu tulisan Zakaria Abdullah.

Mengenai koleksi senjatanya, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak memandang negatif terhadap hobi menyimpan senjata lama.

"Tempat penyimpanan barangan lama ini juga perlu sesuai seperti dalam almari dan bukan di bawah katil atau tangga," nasihatnya.

Beliau turut berhasrat melakukan kajian lanjut untuk menunjukkan bahawa keris dan barangan senjata lama orang Melayu lainnya bukanlah setakat senjata tetapi turut memiliki 'kuasa mistik' seperti pemakaian gelang magnet dalam kalangan lelaki muda zaman sekarang.

Justeru beliau mengalu-alukan mereka yang ingin berkongsi minat dan pengetahuan mengenai keris dan pelbagai artifak lama dengan menghubunginya di talian 0139340569.

Full content generated by Get Full RSS.

Cheshire Selangor sumbang 200 kerusi roda

Posted:

Cheshire Selangor sumbang 200 kerusi roda

Cheshire Selangor sumbang 200 kerusi roda

KOTA BHARU 19 Okt. - Rumah Amal Cheshire Selangor prihatin dengan nasib warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di negeri ini apabila menyumbangkan sebanyak 200 kerusi roda sejak tiga tahun lalu.

Presidennya, Datuk Khatijah Sulaiman berkata, program pembahagian kerusi roda secara percuma itu adalah sumbangan Latter-Day Saint Charities, sebuah pertubuhan sukarela yang beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS).

Katanya, Rumah Amal Cheshire telah disenaraikan untuk menerima sumbangan kerusi roda itu dan mengagihkan kepada mereka yang memerlukan termasuk di negeri ini.

"Wanita dan Inovatif Jaya Diri (Wijadi) sebuah pertubuhan sukarela, telah dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan kerusi roda itu di Kelantan. Tahun ini, sebanyak 88 buah kerusi roda disampaikan di negeri ini," katanya ditemui selepas Majlis Penyampaian Kerusi Roda itu di sini hari ini.

Seramai 38 orang termasuk warga emas yang lumpuh serta kanak-kanak OKU sekitar Kota Bharu, Pasir Puteh, Pasir Mas, Rantau Panjang, Tumpat dan Pengkalan Chepa menerima bantuan kerusi roda berkenaan.

Hadir sama, wakil Latter-Day Saint Charities, Barry D. Johnson dan Linda S. Johnson.

Menurut Khatijah, selain Kelantan, Rumah Amal Cheshire turut menyumbangkan kerusi roda berkenaan di Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Sementara itu, seorang ibu, Rohani Saat, 32, melahirkan penghargaan di atas sumbangan kerusi roda kepada anaknya, Mohd. Shamil Sohipun Zamri, 5, yang menghidap sawan sejak kecil.

"Anak saya menghidap sawan sejak kecil menyebabkannya pembesarannya terbantut serta tidak boleh berjalan. Bantuan kerusi roda ini memudahkan saya untuk membawanya mendapat rawatan ke klinik dan urusan harian lain," katanya.

Warga emas, Bidah Mahmood, 67, dari Pasir Puteh pula berkata, dia menghidap lemah di bahagian kaki menyebabkan sukar untuk berjalan.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak kerana membolehkan saya menerima kerusi roda itu kerana ia banyak membantu saya bergerak," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

10 pasukan rentap Debat Pendeta

Posted:

10 pasukan rentap Debat Pendeta

10 pasukan rentap Debat Pendeta

KOTA BHARU 19 Okt. - Pertandingan Debat Institusi Pengajian Tinggi (Pendeta) negeri Kelantan 2011 sempena Bulan Bahasa Kebangsaan akan berlangsung bermula Jumaat ini di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM), Machang.

Pengarah program, Mohd. Roslan Abdul Rahman berkata, debat anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur dan Persatuan Belia Asal Kelantan (PBAK) tersebut akan melibatkan 10 pasukan debat termasuk pasukan jemputan dari luar.

Mohd. Roslan berkata, pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 dan piala pusingan serta iringan kepada juara, RM700 dan piala iringan (naib juara) dan RM 500 dan piala iringan (tempat ketiga).

Katanya, antara institusi yang mengambil bahagian adalah UiTM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

"Kami jangkakan pertandingan debat ala Parlimen kali ini akan menjadi lebih sengit dan meriah dengan kemunculan 10 pasukan bertanding berbanding lima sahaja pada tahun lalu.

"Pihak kami mengalu-alukan kedatangan semua ke kampus UiTM Machang untuk melihat aksi pasukan pendebat terbaik ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada tahun lalu, wakil pelajar dari Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian menjadi johan kali pertama Pendeta setelah mengalahkan lawan mereka dari UniRazak Kota Bharu di peringkat akhir.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Himpun diteruskan tanpa Pas

Posted:

Himpun diteruskan tanpa Pas

Himpun diteruskan tanpa Pas

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan SOFIAN BAHAROM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) akan meneruskan perhimpunan mempertahankan akidah umat Islam di Shah Alam, Sabtu ini walaupun Pas membuat keputusan untuk tidak menyertai program tersebut.

Pengerusi Bersama Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, pihak sekretariat akan mengumpulkan seberapa ramai masyarakat Islam daripada pelbagai latar belakang atas semangat persaudaraan demi mempertahankan akidah yang satu.

Sesungguhnya beliau berkata, dorongan perhimpunan itu bertitik-tolak daripada keprihatinan terhadap amanah dan tanggungjawab kepada Allah atas kepentingan akidah tauhid yang satu dan bukan menyentuh untuk kepentingan mana-mana parti politik.

''Namun begitu, ingin saya jelaskan di sini bahawa kehadiran parti-parti politik termasuk seluruh kepimpinan dan ahlinya adalah amat dialu-alukan. Oleh itu, kami terus membuka undangan kepada semua kepimpinan Islam dari semua parti politik supaya turut serta dalam perhimpunan ini.

''Kami benar-benar mengharapkan semua pihak memahami bahawa isu yang hendak ditampilkan oleh Himpun ini berkaitan dengan persoalan mempertahankan akidah umat Islam daripada tergugat, pada masa sama mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama di negara ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini bagi mengulas keputusan Pas untuk tidak terlibat di dalam program Himpun Sabtu ini.

Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pihaknya telah dimaklumkan bahawa program itu tidak melibatkan parti-parti politik dan oleh itu, Pas mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

Mengulas lanjut Azmi berkata, di dalam perhimpunan itu pihaknya mahu menyampaikan mesej bahawa akidah umat Islam mesti dipelihara dan diperkukuhkan dalam sebuah negara berbilang agama.

Satu lagi mesej jelas beliau, ialah mengenai penegasan berhubung larangan menyebarkan dan mengembangkan agama selain Islam kepada umat Islam yang sepatutnya dihormati dan tidak dicabar.

''Melalui perhimpunan ini kita juga mahu menyampaikan mesej supaya semangat perhubungan yang harmonis antara semua penganut agama perlu dipertahankan berdasarkan hak dan kebebasan beragama seperti yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan,,'' ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, keengganan Pas menyertai perhimpunan itu membuktikan parti tersebut berkiblatkan kuasa semata-mata.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai talam dua muka, beliau turut mendesak Pas supaya membuat pertimbangan untuk kembali ke pangkal jalan semula dengan menyertai perhimpunan ini.

"Tindakan Pas seolah-olah menolak realiti wujudnya cabaran keruntuhan akidah umat Islam yang berleluasa di negara ini.

"Kenapa Pas menggadai prinsip asas agama ini? Adakah mereka (Pas) melihat kuasa politik itu lebih besar daripada perjuangan mendaulatkan agama? Adakah menjaga hati rakan-rakan pembangkangnya lagi penting?'' soalnya.

Tambah Ahmad Zaki, sepatutnya Pas dengan imej Islamnya berada di barisan paling hadapan bagi menangkis gejala murtad dan bukannya bertindak mengecewakan masyarakat Islam kerana enggan terlibat.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zaharuddin Abdul Rahman yakin perhimpunan itu akan menerbitkan nilai-nilai positif di kalangan penganut agama lain terhadap Islam.

''Melalui perhimpunan ini kita akan mengingatkan mereka supaya menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan dan bukannya bertindak mencetuskan ketegangan agama,'' katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Enam IPTS ditarik balik kelulusan

Posted:

Enam IPTS ditarik balik kelulusan

Enam IPTS ditarik balik kelulusan

KUALA LUMPUR 19 Okt . - Sebanyak enam buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) telah ditarik balik kelulusan pengambilan pelajar antarabangsa bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) atas pelbagai kesalahan.

Menurut kenyataan yang dikeluar oleh Kementerian Pengajian Tinggi, penarikan itu dibuat berdasarkan kegagalan IPTS terbabit menguruskan pelajar antarabangsanya dengan berkesan.

"Selain itu, kementerian juga telah mengenakan syarat tambahan bagi pengambilan pelajar antarabangsa dari negara Sub Sahara dan menguatkuasakan pemakaian No Objection Certificate (NOC) kepada semua pelajar yang menggunakannya sebagai kelayakan kemasukan ke IPTS di negara ini.

"Perakuan ini diberikan melalui permohonan dalam sistem e-Student yang ditadbir urus oleh Jabatan Imigresen. Kelulusan pas pelajar dan tapisan keselamatan juga di bawah bidang kuasa imigresen berdasarkan perakuan kementerian," tambah kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu , bagi tindakan penguatkuasaan pula, pihaknya telah membuat pemantauan ke atas pelajar antarabangsa dengan mewajibkan IPTS mengemukakan laporan berkala setiap suku tahun mengenai status pelajar dan peratus rekod kehadiran mereka ke kelas.

"Operasi bersama Jabatan Imigresen ke atas IPTS dan pelajar antarabangsa sering dilakukan dari semasa ke semasa dan sekiranya ada institusi yang melakukan kesalahan, tindakan undang-undang akan diambil.

"Sehingga bulan ini, terdapat 189 IPTS berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan mempunyai kelulusan KDN dalam pengambilan pelajar.

"Bagi mengekang persepsi kurang sihat terhadap pelajar antarabangsa, usaha secara lebih bersepadu melibatkan pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pelajaran akan diadakan," menurut kenyataan itu.

Selain itu, kementerian juga dalam usaha meminda akta dan peraturan berkaitan IPTS (Akta 555) serta mempertimbangkan untuk mengenakan tindakan tegas serta denda lebih tinggi terhadap IPTS yang disabitkan kesalahan.

Full content generated by Get Full RSS.

Pelengkap transformasi negara

Posted:

Pelengkap transformasi negara

Pelengkap transformasi negara

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak pada sesi bergambar bersama beberapa anggota Kabinet sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia Ke-23 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut hadir Muhyiddin Yassin (enam, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali (lima, kanan). – BERNAMA


PUTRAJAYA 19 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program transformasi digital yang dikenali sebagai Digital Malaysia akan menjadi pelengkap kepada dasar transformasi negara.

Menurut Perdana Menteri, ia sejajar dengan hasrat membawa Malaysia ke arah negara berpengetahuan dan berpendapatan tinggi memandangkan ia komponen utama ke arah pencapaian negara maju menjelang 2020.

''Digital Malaysia akan memberi penekanan kepada dua tonggak iaitu kreatif dan inovatif serta produktiviti, MDeC akan meneraju usaha untuk mencapai perkara ini.

''Salah satu inspirasi kita ialah meningkatkan sumbangan ICT kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI) daripada 9.8 peratus kepada 17 peratus menjelang 2020," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Antarabangsa (IAP) Koridor Raya Multimedia (MSC) ke-14, di sini hari ini.

Hadir sama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili.

Dasar transformasi negara bermula dengan Dasar Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi (MBE), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Politik, Program Transformasi Luar Bandar, Inisiatif Reformasi Strategik dan terbaru Digital Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, dari segi kedudukan digital ekonomi, Malaysia berada pada tangga ke-36 daripada 70 buah negara dan menyasarkan kedudukan 20 teratas menjelang 2020.

Dari segi IMD World Competetive Scoreboard pula, kata Najib, Malaysia berada pada tangga ke-16 daripada 59 buah negara dan menyasarkan kedudukan 10 teratas menjelang 2020.

''Dari segi GNI, Digital Malaysia menyasarkan RM75 bilion menjelang 2020, diikuti RM93 bilion daripada inisiatif ICT sedia ada dan RM126 bilion yang dijangka dalam ETP dan GTP yang akan membawa sumbangan GNI daripada Digital Malaysia kepada RM294 bilion menjelang 2020," katanya.

Beliau turut menyifatkan mesyuarat IAP hari ini amat berhasil kerana dapat berbincang mengenai keperluan mengembangkan potensi keusahawanan setiap individu selain membolehkan kerajaan menyediakan budaya dan ekosistem potensi sebenar usahawan,

Najib optimis untuk Malaysia mencapai sasaran yang menjurus ke arah keperluan menukar syarikat ke dalam perniagaan e-perdagangan dan perniagaan dalam talian pada sesi perbincangan bersama pakar-pakar dalam bidang digital.

''Kita berbincang tentang keperluan untuk memastikan inovasi dan cara pemikiran kreatif yang bermula dari bangku sekolah kerana kita pada masa ini sedang menilai semula sistem pendidikan untuk membolehkan ia menyuntik pemikiran kreatif dalam sistem pendidikan negara.

''Kita juga berbincang tentang keperluan untuk menggalakkan mereka yang gagal supaya tidak putus asa tetapi kegagalan itu sebagai permulaan kepada kejayaan," katanya.

Bagi golongan muda pula, Perdana Menteri menambah, mereka akan digalakkan memiliki semangat keusahawanan, berfikir dan bertindak secara inovatif dan kreatif untuk menjadikan mereka lebih efektif serta terbuka kepada masyarakat global.

Katanya, kerajaan juga sedang mengkaji untuk mengkomersialkan 300 hak harta intelek yang dibangunkan oleh universiti supaya ia boleh dipasarkan secara berperingkat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved