Selasa, 11 Oktober 2011

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Parit tidak diselenggara ancam nyawa penduduk

Posted:

Parit tidak diselenggara ancam nyawa penduduk

Parit tidak diselenggara ancam nyawa penduduk


Dua kanak-kanak menunjukkan keadaan parit Perumahan Awam Jalan Muar, Labis yang tidak diselenggara hingga boleh menyebabkan kawasan tersebut dinaiki air ketika hujan lebat selain mengancam keselamatan kanak-kanak.


LABIS 10 Okt. - Masalah parit di Perumahan Awam Jalan Muar yang tidak diselenggara sejak sekian lama membimbangkan penduduk di kawasan itu.

Seorang penduduk, Jamaluddin Idrus, 44, berkata, parit tersebut akan bertukar menjadi anak sungai ketika hujan lebat dan boleh mengancam nyawa penduduk yang melalui kawasan berkenaan khususnya kanak-kanak dan pelajar sekolah.

"Pelajar sekolah selalu menggunakan jambatan kayu yang dibuat sendiri oleh penduduk kampung di parit berkenaan untuk ke sekolah agama berhampiran.

"Namun, setiap kali hujan lebat, pasti parit itu dinaiki air dan ia membahayakan nyawa kanak-kanak yang menggunakan jambatan berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurut Jamaluddin, parit berkenaan hanya diselenggara oleh pihak berkuasa beberapa kali sahaja sebelum ini tetapi kerja yang dijalankan ibarat melepas batuk di tangga.

Seorang lagi penduduk, Lim Chong Khui, 61, berkata, ketika musim panas, parit itu menjadi tempat pembiakan nyamuk kerana terdapat air bertakung.

Dia turut mendakwa beberapa rumah jiran termasuk rumahnya yang terletak tidak jauh dari parit berkenaan pernah dimasuki ular.

Bagi Abdul Ghani Abdul Wahab, 55, pihak bertanggungjawab digesa untuk mendalam dan melebarkan parit berkenaan serta membina jambatan yang lebih selamat untuk kegunaan penduduk.

"Kami berharap masalah yang kami hadapi sejak sekian lama ini dapat diselesaikan dengan segera. Kami tidak mahu ada perkara buruk berlaku baru tindakan hendak diambil," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan terpedaya janji pembangkang

Posted:

Jangan terpedaya janji pembangkang

Jangan terpedaya janji pembangkang

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my


Abdul Ghani Othman mendengar keluhan seorang penduduk yang menerima bantuan kerusi roda di Dewan Majlis Perbandaran Johor Bandar Tengah, Taman Damai Jaya, Skudai, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 10 Okt. - Rakyat negeri ini diminta menolak segala janji dan tidak terpengaruh dengan fitnah pihak pembangkang yang kini mencuba pelbagai cara bagi meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, masa depan negeri ini tidak seharusnya digadaikan dan rakyat tidak perlu tertipu dengan taktik serta helah pembangkang yang bersifat mengelirukan.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, pembangkang tidak mempunyai visi dan misi jelas jika ditakdirkan memerintah yang semata-mata mahu merampas kuasa tanpa mendahulukan kepentingan rakyat.

"Pakatan rakyat kata yang penting dapat kuasa dulu, nak perintah macam mana itu cerita kemudian. Kita tak tahu, kalau ada kuasa, apa mereka nak buat. Ini berbahaya.

"Pas dengan keutamaannya, DAP pula dengan perjuangannya dan begitu juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya pada majlis sambutan Deepavali dan penyampaian sumbangan di Dewan Majlis Perbandaran Johor Bandar Tengah, Taman Damai Jaya, Skudai malam tadi.

Sebanyak RM100,000 diberikan kepada 150 penerima India yang terdiri daripada keluarga miskin sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sumbangan peribadi Ahli Parlimen Gelang Patah, Tan Ah Eng.

Abdul Ghani berkata, keadaan itu berbeza dengan BN yang memerintah negara ini lebih 50 tahun dan melayan semua kaum dengan adil.

Beliau berkata, dakwaan pembangkang bahawa masyarakat Cina Johor mula menyokong pakatan rakyat hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian kerana terpedaya dengan tohmahan liar mereka.

"Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang baru-baru ini, Pas kata orang Cina di Johor mendapat 'hidayah' kerana segelintirnya menyokong mereka, orang India dan Melayu dikatakan masih belum terima hidayah," katanya.

Mengenai pertemuannya dengan Ketua Bahagian MIC Gelang Patah, S. Kanan dan 45 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India di Johor sebelum majlis itu, beliau berkata, pelbagai isu dan perkara dibangkitkan.

Menteri Besar itu berkata, kerajaan negeri akan cuba menyelesaikan semua masalah dan tuntutan mereka antaranya sekolah Tamil dan kuil yang memerlukan kerja penambahbaikan dan sebahagiannya memerlukan bangunan baru.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Meningkatkan peranan saintis wanita

Posted:

Meningkatkan peranan saintis wanita

Meningkatkan peranan saintis wanita

Oleh SHOLINA OSMAN
Gambar MOHD FARIZWAN ABDULLAH


Shahrizat Abdul Jalil berramah mesra dengan para ahli panel pada Simposium Antarabangsa Wanita Dalam Sains dan Kejuruteraan 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


SEKIAN lama golongan wanita seluruh dunia turut memain peranan penting dalam perkembangan sains dan teknologi.

Malah sumbangan mereka diiktiraf melalui anugerah-anugerah berprestij seperti Hadiah Nobel yang setakat ini telah diterima empat saintis wanita termasuk Marie Curie dalam bidang kejuruteraan kimia.

Begitupun saintis wanita masih lagi menghadapi beberapa cabaran besar memandangkan terpaksa membahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga.

Seperti kebanyakan wanita dalam bidang lain, saintis wanita turut terpaksa berusaha dua kali ganda berbanding rakan sejawatan lelaki mereka bagi meraih pengiktirafan yang sama.

Ini tidak dinafikan oleh Presiden Persatuan Kimia Amerika (ACS), Dr. Nancy B. Jackson yang mengakui, sekalipun penyertaan wanita dalam sains dan kejuruteraan meningkat tetapi sebenarnya masih kurang dari segi pengiktirafan dalam bidang ini dan juga sebagai peneraju.

Katanya, wanita harus diberi peluang sama adil untuk menjadi peneraju dalam bidang ini dan bukan sekadar peningkatan jumlah penglibatan sahaja.

"Ini memandangkan wanita juga jika diberikan peluang akan mampu menjadi peneraju yang lebih baik berbanding dengan lelaki,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya bertajuk 'Kepimpinan dan Sains' di Simposium Antarabangsa Wanita Dalam Sains dan Kejuruteraan 2011 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dr. Jackson yakin polemik ini boleh ditangani jika sesama wanita menyokong antara satu sama lain.

"Dalam hal ini tidak perlu ada lagi sempadan negara, bangsa mahupun warna kulit. Sebaliknya, wanita perlu bersatu untuk menyokong antara sayu sama lain," katanya.

Simposium Antarabangsa Wanita Dalam Sains dan Kejuruteraan 2011 diadakan khusus bagi membincangkan penglibatan dan masa depan wanita di dalam bidang ini.

Ia dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Institut Kimia Malaysia (IKM) dan Pertubuhan Wanita Dalam Sains Untuk Pembangunan Dunia (OWSDW).

Tujuannya untuk mengenengahkan pencapaian wanita dalam bidang kejuruteraan.

Di samping itu ia juga untuk menggalakkan lebih penyertaan wanita dalam bidang sains dan kejuruteraan.

Antara isu dibincangkan termasuk berkaitan dengan jantina yang berkait rapat dengan penglibatan kaum wanita dalam bidang sains dan teknologi.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Sementara itu dalam ucapan isu jantina bertajuk Peranan Saintis Wanita Dalam Pembangunan Sosio-Ekonomi Dunia Arab: Cabaran dan Masa Depan, Prof. Madya Dr. Amal Al-Aboundi dari Universiti Jordan, Jordan pula mengakui pentingnya sumbangan sains dan teknologi untuk pembangunan negara.

Bagaimanapun sehingga kini pencapaian wanita Arab dalam bidang sains dan teknologi masih lagi rendah.

Sehubungan itu katanya, satu analisis perlu dilakukan supaya dapat menjelaskan punca wanita Arab tidak memilih jurusan sains dan juga masa depannya supaya penglibatan mereka dalam di bidang ini dapat dipertingkatkan.

S.K. Chaundry dan Harjit Kaur dari Jabatan Fizik, Universiti Rohtak, India dalam kertas kerja bertajuk Meningkatkan Penyertaan Kanak-Kanak Perempuan Dalam Sains dan Teknologi di Haryana, India pula menjelaskan pendidikan amat penting bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Sehubungan itu katanya, perlu dipertingkatkan usaha pendidikan dalam menjaga kebersihan, penambahbaikan kesihatan keluarga, kesihatan kanak-kanak dan juga kebajikan setiap ahli keluarga.

"Perkara ini berhubung kait dalam usaha untuk memberikan pendidikan sains kepada kanak-kanak perempuan,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Selami cara hidup warga Felda

Posted:

Selami cara hidup warga Felda

Selami cara hidup warga Felda

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Sebahagian mahasiswa yang menyertai Projek Bakti Murni di Felda Raja Alias, Palong dan Serting Hilir, baru-baru ini.


JEMPOL 10 Okt. - Kehidupan bermasyarakat yang erat di kalangan warga Felda mendapat perhatian ramai pihak apabila kawasan peneroka itu kini menjadi tumpuan mahasiswa universiti dari dalam dan luar negara untuk mendalami aspek kehidupan masyarakat luar bandar.

Ini dibuktikan menerusi penganjuran Projek Bakti Murni yang menyaksikan hampir 450 mahasiswa dari 36 negara menyertai program berkampung dan mendekati warga Felda di sekitar daerah ini.

Program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Felda tersebut membabitkan tiga zon iaitu Raja Alias, Palong serta Serting Hilir Kompleks.

Menurut Pengerusi Urus Setia Program, Zainal Abidin Sebli Hambali, program empat hari itu disertai oleh mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA dan IPTS) tempatan dan antarabangsa.

Katanya, antara yang menarik tentang program itu ialah penuntut IPTA dan IPTS antarabangsa dari Azerbaijan, Bahrain, Botswana, Brunei, Kemboja, Kanada, China, Djibouti, Mesir, Guinea, India, Indonesia, Iran dan Iraq turut menjayakan program tersebut.

''Kita juga menerima penyertaan mahasiswa dari Kazakhstan, Kenya, Kyrgyzstan, Maldives, Mauritius, Mongolia, Maghribi, Myanmar, Nigeria, Pakistan, Rusia, Somalia, Afrika Selatan, Sri Lanka, Sudan, Syria, Tajikistan, Tanzania, Turki, Uzbekistan serta Yemen.

''Pelbagai aktiviti disediakan bagi membolehkan peserta menimba pengalaman baru serta mempelajari aspek kehidupan masyarakat luar bandar," katanya di sini, baru-baru ini.

Jelas Zainal, objektif utama projek tersebut adalah bagi membuka peluang kepada peserta mempelajari adat dan budaya termasuk aspek sosio ekonomi masyarakat di sini.

''Melalui program ini kita berharap ia dapat menggalakkan penuntut tersebut memahami kehidupan sebenar, sekali gus membuka mata terhadap dunia luar dan bukan sekadar terperuk di dalam kampus menelaah pelajaran semata-mata,'' katanya.

Tambah beliau, program tersebut juga menjadi landasan kepada peserta untuk mengeratkan hubungan dengan penduduk menerusi projek berteraskan kemasyarakatan.

''Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang empat hari di sini. Antaranya, program anak angkat, pemeriksaan gigi dan mata, sukan, motivasi, demonstrasi masakan dan persembahan kebudayaan.

''Pada masa sama, kehadiran penuntut dari universiti tempatan juga dijadikan pembakar semangat kepada anak-anak warga Felda sebagai perangsang serta dorongan untuk mereka melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.

''Penuntut akan menerangkan kursus yang ada di pusat pengajian mereka dan secara tidak langsung menarik minat anak peneroka untuk belajar bersungguh-sungguh, sekali gus mempunyai impian untuk ke menara gading," ujarnya.

Zainal memberitahu, program tersebut turut melibatkan kolej termasuk IPTA dan IPTS tempatan seperti kolej komuniti, politeknik, Kolej Universiti Perubatan Cyberjaya, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Kolej Universiti Teknologi dan Inovasi serta Universiti Tun Hussein Onn.

Perasmian program tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Full content generated by Get Full RSS.

'Pengalaman manis yang sukar dilupa'

Posted:

'Pengalaman manis yang sukar dilupa'

'Pengalaman manis yang sukar dilupa'

JEMPOL 10 Okt. - Para peserta yang terlibat dalam Projek Bakti Murni di beberapa penempatan Felda di sini iaitu di Felda Raja Alias, Serting Hilir dan Palong menyifatkan pengalaman tinggal bersama masyarakat di kawasan tersebut sebagai kenangan manis yang sukar dilupakan.

Menurut mereka, sikap ramah dan mesra penduduk tempatan yang dapat menerima mereka dengan baik amat dikagumi walaupun tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ini.

Seorang peserta, Ahmed Abobaky, 22, dari Yemen berkata, dia amat gembira kerana terpilih untuk menyertai program tersebut di perkampungan Felda yang tersusun, bersih dan cantik itu.

''Masyarakatnya pula ramah dan mudah mesra. Pada mulanya saya amat risau apabila mengetahui terpaksa menginap di rumah penduduk di sini menerusi program anak angkat.

''Ini kerana saya bimbang perbezaan budaya dan masalah komunikasi akan berlaku. Rupanya pandangan saya meleset kerana mereka juga pandai berkomunikasi dalam bahasa Inggeris," ujarnya.

Bagi Mena Al-Attraqchi, 21, dari Iraq, program itu telah meninggalkan kesan serta mengeratkan lagi hubungan peserta dengan keluarga angkat.

''Sebelum ini saya tidak mengetahui tentang perkampungan Felda. Tidak sangka ada kampung seperti ini. Saya sangat teruja," katanya.

Babak Rahimi, 31, dari Iran pula berkata, dia amat tertarik dengan makanan di negeri ini yang disifatkannya sedap walaupun sangat pedas.

''Apa yang pasti saya akan merindui makanan penduduk di sini. Ini merupakan kali pertama saya keluar dari Kuala Lumpur setelah dua bulan di Malaysia,'' katanya.

Sementara itu, Alpha Daye Diallo, 19, dari Guinea mengakui dia berasa sedih apabila terpaksa berpisah dengan keluarga angkatnya.

''Ini kali pertama saya merasai pengalaman bersama keluarga angkat. Walaupun baru sahaja mengenali mereka, saya rasa seperti sudah rapat dengan mereka.

''Walaupun kehidupan peneroka di Felda dilihat dalam kelompok mereka sendiri, cara berfikir, berdikari dan sebagainya jauh lebih ke hadapan," katanya.

Seorang peserta dari Brunei, Norajleen Uminatul Hafizan Alimas, 21, berkata, dia gembira apabila berpeluang mendekati pelajar dan penduduk setempat.

''Ketika bertemu mereka, saya dapati masih ada yang berpendapat adalah mustahil untuk mereka melangkah ke pusat pengajian tinggi," ujarnya.

Dalam pada itu, Emmanuel Jahane, 22, dari Botswana pula berkata, dia tertarik dengan 'loghat' masyarakat di negeri ini walaupun tidak memahaminya.

''Ia sesuatu yang unik. Saya tidak pandai meniru kata-kata mereka. Namun saya berjaya menghafal beberapa perkataan seperti, "apo kobar" dan "timo kasih''.

''Rasanya program ini terlalu singkat sehinggakan saya tidak sempat mengenali keluarga angkat dengan lebih dekat.

''Walaupun begitu saya akan pastikan kami akan terus berhubung selepas ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pantau projek guna kren, elak kemalangan

Posted:

Pantau projek guna kren, elak kemalangan

Pantau projek guna kren, elak kemalangan

MELAKA 10 Okt. - Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) negeri diminta menyediakan laporan perkembangan semasa projek-projek pembinaan melibatkan penggunaan peralatan kren dalam kawasan pentadbiran masingmasing.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sebagai permulaan, PBT dan pihak DOSH diminta mengemukakan laporan tersebut pada mesyuarat Exco kerajaan negeri Rabu ini.

Menurutnya, langkah itu diambil untuk memastikan setiap pemaju projek pembangunan mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

''Arahan ini dikhususkan kepada projek yang menggunakan kren menara di tapak projek pembinaan. Kita mahu tahu perkembangan projek ini dari semasa ke semasa," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Usaha itu kata beliau, sebagai langkah mengelakkan kejadian sebuah kren pembinaan sebuah hotel 20 tingkat tumbang dan menyebabkan kematian seorang warga emas serta kecederaan parah tiga yang lain di Pulau Pinang pada 4 Oktober lalu.

''Pemantau perlu diingatkan tentang perkara ini. Kita tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab keselamatan ini pada arkitek, kontraktor dan pemaju walaupun mereka ini profesional tetapi tidak bermakna, mereka ini akan sentiasa mematuhi prosedur keselamatan.

''Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab semua pihak berkuasa dan DOSH untuk memastikan aspek keselamatan ini dipatuhi oleh pemaju projek," kata beliau.

Mohd. Ali berkata, PBT dan DOSH perlu mewujudkan bilik gerakan masing-masing bagi memantau aktiviti harian projek pembinaan termasuk membuat rekod bertulis.

Langkah itu, katanya akan membuktikan pihak berkuasa mengambil perhatian dalam aspek keselamatan di tapak projek pembinaan terutama melibatkan kepentingan orang awam.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Titah bukti ketegasan

Posted:

Titah bukti ketegasan

Titah bukti ketegasan

SHAH ALAM 10 Okt. – Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali menyambut baik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyatakan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan pemeriksaan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu adalah betul serta berlandaskan undang-undang.

Hasan yang merupakan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu berkata, titah Sultan Selangor itu merupakan satu penegasan oleh Ketua Agama Islam Negeri yang mahu aktiviti pemesongan akidah umat Islam tidak berlaku di negeri ini.

"Titah itu adalah satu ketegasan baginda yang mengkehendaki aktiviti pemesongan akidah tidak berlaku di Selangor. Titah itu juga turut menunjukkan komitmen baginda yang tidak berbelah bagi dalam isu membabitkan akidah umat Islam.

"Saya gembira atas titah baginda yang menyatakan bahawa memang wujudnya cubaan memesongkan akidah. Saya juga merasa lega bahawa siasatan JAIS itu telah dilakukan mengikut lunas undang-undang.

"Dengan titah baginda ini, ia jelas dengan sendirinya menyangkal dakwaan bahawa pegawai penguatkuasa JAIS membelakangkan peraturan dan undang-undang dalam menjalankan operasi pemeriksaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, Sultan Sharafuddin mengeluarkan titah dan menyatakan tindakan JAIS mengadakan pemeriksaan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre adalah betul dan berlandaskan lunas undang-undang serta bidang kuasa yang telah diperuntukkan kepada pihak berkuasa agama itu.

Titah baginda, tindakan JAIS itu adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.

Titah itu dikeluarkan setelah baginda menerima laporan penuh daripada JAIS mengenai pemeriksaan ke atas kompleks tersebut yang dilaporkan terdapat unsur-unsur penyebaran agama lain ke atas sekumpulan penganut Islam.

Dalam pada itu, Hasan turut memberitahu bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan JAIS bagi meneliti titah Sultan Selangor itu, selain menentukan setiap tindakan penguatkuasaan akan dilakukan menggunakan sistem berprestasi tinggi selepas ini.

Sistem penguatkuasaan itu katanya, akan membabitkan penggunaan peralatan yang canggih supaya kes membabitkan kesalahan jenayah syariah dapat dipertahankan ke muka pengadilan.

Full content generated by Get Full RSS.

Hormati titah Sultan Selangor

Posted:

Hormati titah Sultan Selangor

Hormati titah Sultan Selangor

SHAH ALAM 10 Okt. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini meminta semua pihak khususnya pertubuhan agama bukan Islam supaya tidak sesekali menyebar atau memesongkan akidah umat Islam dengan ajaran agama mereka seperti yang dititahkan Sultan Selangor.

Mereka juga menjunjung titah baginda yang menegaskan bahawa tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan pemeriksaan ke atas Kompleks Dream Centre, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, adalah betul dan tidak menyalahi undang-undang negeri.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, Abdullah Mansor berkata, titah Sultan Sharafuddin Idris Shah itu jelas menunjukkan ketegasan baginda selaku Ketua Agama Islam Negeri dalam menjaga kedudukan agama itu di Selangor.

Ini kerana katanya, titah baginda itu dibuat selaras dengan peruntukan perundangan di bawah Perkara XLVII, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan juga Fasal (1) Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negeri dan Persekutuan.

Malah jelasnya, titah itu juga dibuat berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada JAIS di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam)Selangor, 1988.

"Justeru, kita menjunjung kasih dengan titah baginda mengenai perkara ini yang mahu semua pihak tidak mengira agama supaya menghormati kedudukan agama Islam dan peranan JAIS dalam menguatkuasakan undang-undang membabitkan agama dan penganut Islam di negeri ini.

"Ini kerana, sebarang penyebaran agama lain ke atas umat Islam baik di Selangor atau mana-mana negeri adalah tindakan yang bertentangan undang-undang selain menggugat keharmonian masyarakat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Selangor yang menyatakan tindakan JAIS mengadakan pemeriksaan ke atas kompleks berkenaan adalah betul dan berlandaskan lunas undang-undang serta bidang kuasa yang telah diperuntukkan kepada pihak berkuasa agama itu.

Sementara itu, Setiausaha Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh turut menyatakan pertubuhan-pertubuhan bukan Islam sepatutnya mengambil iktibar dan perhatian penuh terhadap titah Sultan Selangor yang juga merupakan Ketua Agama Islam Negeri.

Ini kerana katanya, umat Islam tidak pernah menghalang mana-mana penganut agama lain untuk menjalankan aktiviti keagamaan mereka di negeri ini.

"Maka pihak bukan Islam haruslah menghormati dan menjaga hal ehwal agama mereka sendiri bukannya mencabuli hak umat Islam di negeri ini," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Geran Anugerah Merdeka golongan muda

Posted:

Geran Anugerah Merdeka golongan muda

Geran Anugerah Merdeka golongan muda

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR dan SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak bersama penerima Anugerah Merdeka 2011 Kategori Alam Sekitar, Datuk Dr. Kenneath Yeang (mengangkat tangan), Prof. Mak Joon Wah (lima dari kiri), Dr. Goh Khean Lee (empat dari kiri} serta penerima-penerima anugerah tahun sebelumnya pada majlis penganugerahan di Dewan Filharmonik Petronas KLCC, Kuala Lumpur, malam tadi. Turut hadir Shamsul Azhar Abbas. - Utusan/Mohd Naim Aziz


KUALA LUMPUR 10 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian Geran Anugerah Merdeka untuk Lampiran Antarabangsa bagi mengenal pasti dan menghargai golongan muda berusia 22 hingga 35 tahun yang cemerlang dalam disiplin ilmu masing-masing bermula tahun depan.

Perdana Menteri berkata, geran itu menyasarkan para penuntut cemerlang pasca siswazah dalam bidang pendidikan, seni, sukan, kerja sosial dan komuniti, alam sekitar, kesihatan serta sains dan teknologi.

Katanya, para penerima berkenaan akan terlibat dalam projek usahasama jangka pendek di beberapa institusi hos yang diiktiraf antarabangsa.

"Golongan belia adalah masa depan kita, maka adalah penting untuk kita menyediakan peluang dan kemudahan bagi mereka meneruskan minat masing-masing di institusi terbaik seluruh dunia.

"Ini adalah bagi membolehkan golongan belia meneruskan kecemerlangan dalam bidang pilihan mereka dan memacu negara ke platform berpendapatan tinggi," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Merdeka 2011 di sini, malam ini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka, Datuk Shamsul Azhar Abbas.

Pada majlis itu, Najib selaku Penaung Anugerah Merdeka turut menyampaikan anugerah tersebut kepada penerima utama tahun ini dalam kategori Alam Sekitar iaitu tokoh senibina bangunan hijau, Datuk Dr. Kenneth Yeang.

Perdana Menteri turut menyampaikan anugerah kepada dua penerima bersama dalam kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi iaitu Prof. Datuk Dr. Goh Khean Lee dan Profesor Dr. Mak Joon Wah.

Mereka menerima trofi, arca khas Anugerah Merdeka dan wang tunai RM500,000.

Anugerah yang dimulakan sejak 2007 itu bagaimanapun tidak mempunyai pemenang dalam kategori Pendidikan dan Komuniti; Kesihatan, Sains dan Teknologi dan Pencapaian Ulung Buat Rakyat Malaysia.

Sementara itu, Dr. Kenneth Yeang berkata, anugerah yang diterima adalah di luar jangkaan. Ia ibarat satu dorongan untuk terus maju dalam bidang penguasaannya.

"Saya sangat tidak menyangka akan diiktiraf sehingga ke tahap ini. Saya amat menghargainya.

"Saya berharap anugerah ini akan menyuntik semangat untuk terus maju," katanya.

Kenneth diiktiraf atas sumbangan cemerlangnya dalam bidang senibina ekologi dan perancangan alam sekitar.

Khean Lee yang merupakan pakar Gastroenterologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya pula berkata, anugerah yang diterimanya adalah untuk seluruh rakyat yang mempunyai minat dalam sains dan kesihatan sepertinya.

"Anugerah ini bukan hanya untuk saya tetapi kepada mereka yang berkongsi minat dengan saya.

"Saya berharap pengiktirafan ini akan menaikkan semangat kita semua untuk berusaha lebih gigih demi kebaikan rakyat serta negara," jelasnya.

Sementara itu, Joon Wah pula menyifatkan anugerah diterimanya sebagai pengiktirafan terbesar kepadanya.

Beliau turut berterima kasih kepada pasukan penyelidikannya di atas kerjasama yang diberikan selama ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Kamera DSLR kegilaan remaja

Posted:

Kamera DSLR kegilaan remaja

Kamera DSLR kegilaan remaja

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpenang@utusan.com.my


AHMAD Shafuan Abdul Razak bersama kamera digital lensa refleks tunggal kesayangannya. – utusan/Malinda Abdul Malik


PULAU PINANG 10 Okt. - Masihkah anda ingat lebih sepuluh tahun lalu di mana kamera yang digunakan ketika majlis perkahwinan, konvokesyen dan perkahwinan masih menggunakan filem?

Namun, kepesatan teknologi dan penghasilan pelbagai gajet elektronik menyebabkan penggunaan kamera jenis itu semakin dilupai.

Antara peralatan di pasaran masa kini yang diminati serta mendapat permintaan tinggi adalah kamera digital lensa refleks tunggal (DSLR).

Sedar atau tidak, fenomena fotografi kini bukan lagi melanda golongan jurugambar profesional, malah ia sudah meresapi budaya anak-anak muda yang baru bertatih dalam bidang berkenaan.

Kegilaan terhadap bidang fotografi dilihat semakin ketara sejak kemunculan pelbagai model kamera DSLR yang boleh diperolehi pada harga berpatutan.

Seolah-olah ia sudah menjadi trend di mana anak-anak muda berebut-rebut mahu mendapatkannya.

Ternyata kehadiran kamera DSLR memberi impak positif, sekali gus mendorong orang ramai melibatkan diri dalam dunia fotografi tanpa batasan.

Bagi Ahmad Shafuan Abdul Razak, 22, kehadiran kamera DSLR memberi banyak peluang kepadanya untuk menambah pendapatan selain meramaikan lagi kenalan yang mempunyai minat sama dalam menghasilkan foto kreatif.

Dia yang baru dua tahun berkecimpung dalam bidang fotografi mengakui akan berasa puas selepas melihat hasil karyanya dipuji serta dihargai oleh rakan-rakan selepas dimuat naik ke dalam blog dan laman sosial Facebook.

"Kegilaan kamera DSLR pada masa kini bukan asing lagi kerana ke mana sahaja kita pergi, pasti akan ada remaja membawa alat itu bagi merakamkan gambar mereka tidak kira di mana.

"Gaya hidup moden dan urban pada hari ini memperlihatkan situasi yang cukup menarik. Orang ramai kini tidak hanya obses pada kecanggihan telefon bimbit tetapi pada masa sama kamera digital," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, bermodalkan kamera dan sedikit asas fotografi, kini dia sibuk dengan jemputan daripada pelbagai pihak yang mahu mendapatkan khidmatnya bagi merakamkan detik-detik bersejarah seperti hari pernikahan, majlis resepsi pengantin dan majlis rasmi.

Ahmad Shafuan menjelaskan, musim cuti persekolahan merupakan masa yang paling sibuk baginya kerana pada waktu itu.

Ketika itu, jelasnya, jurufoto sepertinya akan meraih durian runtuh apabila menerima banyak undangan daripada pelbagai pihak.

Bagaimanapun, ujarnya, dia tidak hanya menumpukan kepada perkhidmatan jurugambar pada majlis perkahwinan malah sedang merancang untuk membuka syarikat produksi sendiri bagi melebarkan sayapnya kepada fotografi jenis lain.

Remaja yang aktif dan mudah mesra ini juga tidak lokek dengan ilmu yang dimilikinya apabila sepanjang temu bual, dia sering berkongsi teknik yang boleh diaplikasi wartawan sambilan dalam menjalani tugas seharian.

Turut berkongsi minat sama, Rezuan Muhammad Sharif, 25, yang menjadikan hobi fotografinya sebagai sumber pendapatan sampingan.

Rezuan berkata, dia melabur ribuan ringgit bagi memiliki pelbagai jenis kamera DSLR dan aksesori yang sesuai dalam menghasilkan foto kreatif.

Katanya, bagi menghasilkan foto kreatif, seseorang jurugambar bukan sahaja memerlukan kemahiran mendapatkan posisi menarik dan kamera berkualiti malah perlu menguasai teknik mengubahsuai gambar agar foto akan kelihatan lebih unik.

Dia yang berkelulusan dalam bidang pelancongan berkata, lokasi juga memainkan peranan penting bagi mendapatkan gambar menarik.

"Sebelum melakukan sesi fotografi, saya dan rakan-rakan akan berbincang mengenai lokasi sesuai, namun ia bergantung kepada tema gambar yang akan dihasilkan.

"Tapi saya lebih menggemari gambar berlatar belakangkan keindahan flora kerana ia lebih kelihatan neutral selain dapat meluahkan perasaan saya yang cintakan keindahan alam semula jadi," katanya.

Bagi pembaca yang mahu melihat hasil gambar dirakamkan Ahmad Shafuan dan Rezuan boleh melayari laman Facebook http://www.facebook.com/ahmad.shafuan dan http://www.facebook.com/profile.php?id=100001009141572.

Full content generated by Get Full RSS.

12 pesawah terima RM300,000

Posted:

12 pesawah terima RM300,000

12 pesawah terima RM300,000

Oleh MARZITA ABDULLAH
utusanperak@utusan.com.my

KANGAR 10 Okt. – Kerajaan negeri membayar lebih RM300,000 wang sagu hati kepada 12 pesawah setelah tanah mereka diambil bagi pembinaan Projek Rancangan Pengairan Muda Blok ARBD 5 di Kampung Guar Ujong Batu, Utan Aji, dekat sini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, semua pesawah itu menerima antara RM20,000 sehingga RM40,000 setiap seorang bagi projek yang berkeluasan 750 hektar.

"Tanah tersebut masih dalam permohonan untuk status tanah TOL, namun kerajaan negeri tetap memberi sagu hati kepada pesawah yang terlibat atas sikap prihatin berikutan usaha mereka membangunkan tanah ini untuk pertanian," katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Pembayaran Saguhati kepada pengusaha tanah bagi Projek Rancangan Muda Blok ARBD 5, Fasa II di Jabatan Galian dan Tanah Perlis di sini, hari ini.

Menurut Md. Isa, pengambilan alihan tanah tersebut dibuat melalui Menteri Besar Incorporation (MBI) sejak projek itu dimulakan pada 15 Julai tahun lalu.

"Selain untuk membantu petani yang mengusahakan sawah padi, sekali gus meningkatkan pengeluaran padi, pelaksanaan projek ini juga adalah sebahagian usaha mengurangkan masalah banjir di negeri ini," katanya.

Kata beliau, melalui projek berkenaan usaha menaik taraf sistem pengairan padi di kawasan berkenaan dapat memenuhi matlamat kerajaan negeri meningkatkan produktiviti padi sebanyak 10 tan metrik setiap hektar.

Sementara itu, seluas 750 hektar sawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda di Utan Aji dan sekitarnya bakal menikmati manfaat melalui peningkatan sistem saliran dan tebatan banjir yang sedang dibangunkan di Kampung Guar Ujong Batu dekat sini.

Md. Isa berkata, sebelum ini, ada pesawah merungut mengenai masalah pengairan dan ancaman banjir melanda kawasan tanaman padi itu sehingga menjejaskan pengeluaran padi dan masalah itu sedang diatasi.

Full content generated by Get Full RSS.

100 gotong-royong baiki titi gantung

Posted:

100 gotong-royong baiki titi gantung

100 gotong-royong baiki titi gantung


Mahdzir Khalid (kanan) dan Ghazali Ibrahim (kiri) bergotong-royong membaiki titi gantung yang usang dan reput di Kampung Musa, Pedu, Padang Terap, kelmarin.


PADANG TERAP 10 Okt. – Kira-kira 100 penduduk Kampung Musa dan Kampung Lubuk Merbau Jaya di sini bergotong-royong membaiki titi gantung usang dan reput di kampung tersebut semalam.

Turut serta dalam aktiviti tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Ghazali Ibrahim.

Mahdzir berkata, titi gantung yang menjadi laluan alternatif menghubungkan penduduk di kedua-dua kampung berkenaan rosak akibat hakisan sungai.

"Penduduk kedua-dua kampung memang guna titi ini setiap hari kerana ia menjimatkan masa dan hanya makan masa lima minit untuk menyeberang..

"Kalau penduduk Kampung Musa menggunakan laluan jalan ke Kampung Lubuk Merbau Jaya ia akan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai," katanya ketika ditemui di Kampung Lubuk Merbau Jaya di sini, semalam.

Menurutnya, di kawasan Pedu lebih 20 titi seperti itu wujud untuk menghubungkan kampung-kampung dan kebanyakannya telah usang.

"Pihak kami mengambil inisiatif sendiri membaiki titi gantung tersebut kerana pihak kerajaan negeri tidak mengambil tahu mengenai perkara itu.

"Kos untuk membaiki titi ini kira-kira RM6,000 dan proses membaiki titi ini dilakukan secara bergotong royong oleh penduduk kampung ini," katanya.

Seorang penduduk, Badrol Hisham Mohd. Rejab berkata, titi gantung yang dibina menggunakan kayu hutan itu telah wujud sejak 1930-an.

"Titi ini memang reput dan membahayakan penduduk, namun kami tiada pilihan daripada terus menggunakan titi ini untuk menjimatkan masa.

"Kami gembira kerana titi ini dibaiki dan selepas ini penduduk boleh menggunakannya tanpa rasa takut lagi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


'Empower Jeli' tingkat kecemerlangan

Posted:

'Empower Jeli' tingkat kecemerlangan

'Empower Jeli' tingkat kecemerlangan

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my


SK Kuala Balah adalah salah sebuah daripada tiga buah sekolah rendah di Jeli yang terlibat dalam program Empower Jeli. - utusan/Asma Hanim


JELI 10 Okt. - Umum mengetahui, visi untuk melihat negara ini maju menjelang 2020 telah diasaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan diperkasakan dengan perancangan wilayah pembangunan ekonomi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi bermula tahun 2007.

Gagasan wilayah pembangunan ekonomi bagi memastikan kemajuan yang menyeluruh ini bukan sahaja membabitkan pembangunan fizikal tetapi juga pembangunan sosial dan modal insan yang akan menjadi pemacu atau enjin pembangunan negara.

Misalnya, kepesatan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor tidak hanya ghairah menyaksikan kemasukan pelaburan berbilion ringgit di lapangan ekonomi tetapi dalam masa yang sama pendidikan di peringkat bawah tidak pula dipinggirkan.

Di bawah Majlis Pembangunan ECER (ECERDC), salah satu program yang dilaksanakan adalah program 'Empower' yang bertujuan memperbaiki pencapaian akademik dan kemahiran masyarakat.

Susulan daripada program itu diharap dapat meningkatkan peluang kerja dan keusahawanan kepada peserta sekali gus meningkatkan lagi pendapatan penduduk luar bandar.

Program yang dimulakan di Bentong, Pahang pada tahun lalu telah memilih daerah Jeli, Kelantan sebagai tapak permulaan untuk negeri ini.

Jeli dipilih setelah melihat potensinya untuk berkembang sebagai pusat ilmu dan ekonomi.

Selain wujudnya dua institusi pengajian tinggi, iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Politeknik Jeli, daerah yang terletak di sempadan bahagian barat negeri ini juga dijangka mendapat manfaat daripada limpahan ekonomi antara Malaysia dan Thailand dengan beroperasinya Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) yang baharu di Bukit Bunga di sini.

Program 'Empower Jeli' terbahagi kepada dua komponen iaitu kelas tuisyen untuk 700 pelajar yang menduduki peperiksaan daripada beberapa buah sekolah terpilih dan kelas kemahiran yang disertai 500 orang peserta yang diberikan latihan seperti pengurusan kedai, mekap, masakan, jahitan, pendawaian dan lain-lain.

Salah sebuah sekolah yang terlibat adalah SK Kuala Balah, iaitu sebuah sekolah luar bandar terletak di bahagian Selatan daerah Jeli, kira-kira 130 kilometer dari bandar Kota Bharu.

Majoriti daripada 527 murid sekolah itu terdiri daripada anak petani dan penoreh getah.

Menurut Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) sekolah berkenaan, Abdul Malik Kiman, 46, sekolahnya mendapat manfaat yang besar daripada Empower Jeli kerana ia telah melonjakkan kemampuan sekolah membuat persediaan terbaik bagi pelajar menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

Abdul Malik berkata, SK Kuala Balah amat bertuah kerana selain mendapat dana menjalankan aktiviti sekolah, mereka juga disokong dengan program yang disediakan sendiri Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia (PKSM), sebagai ejen pelaksana Empower Jeli bagi pihak ECERDC.

Katanya, bermula Februari lalu, PKSM telah menganjurkan kelas bimbingan teknik menjawab soalan, kem motivasi serta kursus peningkatan diri seperti teknik pemetaan minda, membaca dengan pantas, menulis nota dengan kreatif dan mengasah minda supaya celik sains dan nombor untuk 80 calon peperiksaan UPSR sekolah itu.

"Kalau tahun-tahun sebelum ini kami hanya mampu mengadakan dua hingga tiga bengkel menjawab soalan yang dikendalikan guru pakar jemputan tetapi tahun ini pelajar kami berpeluang menghadiri lapan bengkel seumpamanya hasil sokongan ECERDC.

"Bantuan sebegini amat dihargai kerana 80 peratus daripada pelajar SK Kuala Balah berasal daripada keluarga berpendapatan RM500 ke bawah,'' katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Abdul Malik memberitahu, tahun ini pihaknya menyasarkan keputusan 5A untuk 11 orang murid dengan sasaran kelulusan sebanyak 80 peratus.

Katanya, pada tahun lalu, lapan orang murid berjaya memperoleh 5A dengan peratus kelulusan 69.74 peratus membolehkan SK Kuala Balah menduduki senarai lima sekolah rendah teratas daripada 15 buah sekolah kebangsaan di daerah Jeli.

"Pada peperiksaan percubaan UPSR yang berlangsung sebelum hari raya Aidilfitri, enam orang murid berjaya memperolehi 5A dan SK Kuala Balah berjaya menduduki tangga ketiga daripada 15 sekolah kebangsaan di daerah Jeli.

"Kami menyimpan hasrat besar untuk memperoleh keputusan cemerlang daripada UPSR yang baharu sahaja berlalu dan optimistik untuk mendapat tuaian yang baik daripada usaha tulus Empower Jeli di sekolah kami," katanya.

Tambahnya, pihak sekolah amat berharap dipilih menyertai Empower Jeli sekali lagi pada tahun hadapan agar murid dan juga guru terus mendapat faedah daripada pengisian programnya yang komprehensif.

Dalam masa sama, beliau mencadangkan agar aktiviti lawatan sambil belajar dapat dimasukkan sebagai sebahagian program kerana kebanyakan murid terdiri daripada golongan miskin dan tidak pernah keluar dari daerah Jeli.

"Lawatan sambil belajar boleh membuka minda mereka kepada dunia luar dan melihat pembangunan negara yang sedang pesat berjalan," katanya lagi.

Salah seorang murid yang ditemui, Anis Nazirah Ismail, 12 , berkata, program Empower Jeli telah meningkatkan keyakinannya untuk memperoleh keputusan 5A dalam UPSR.

Sasaran Anis Nazirah yang merupakan Ketua Pengawas ini bukanlah sesuatu yang tidak berpijak di bumi nyata kerana dia telah mendapat keputusan cemerlang semasa peperiksaan percubaan yang lalu.

Katanya, bengkel-bengkel menjawab soalan peperiksaan yang diadakan setiap bulan amat membantu dia dan rakan-rakan memahami apa yang dikehendaki pemeriksa kertas.

Selain itu, katanya, program motivasi yang disediakan juga telah mengasah lagi minda dan dia berpendapat pengalaman yang diperoleh tidaklah terlalu berbeza daripada pelajar lain yang mendapat lebih banyak kemudahan di bandar besar.

"Saya berdoa agar dapat mengekalkan keputusan cemerlang bukan sahaja dalam UPSR tetapi sehingga dapat masuk ke universiti," kata anak keempat daripada tujuh orang adik beradik ini.

Seorang lagi murid, Ismail Che Mohd Noor, 12, pula berkata, teknik-teknik yang diajar dalam kelas bimbingan Empower Jeli bukan sahaja tertumpu kepada cara menjawab kertas peperiksaan tetapi juga kaedah sesuai mengulangkaji pelajaran.

Anak kepada pasangan penoreh getah dan surirumah ini bercita-cita untuk menjadi seorang pegawai tentera.

"Saya telah memperolehi keputusan 1A 4B pada peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini namun saya tetap menyasarkan 5A bagi keputusan UPSR kelak. Keputusan cemerlang ini membolehkan saya melanjutkan pelajaran peringkat menengah di sekolah agama asrama penuh," katanya.

Bagi Inas Tasnim Roslan, 12, pula, dia bersyukur kerana ditunjukkan teknik baharu mengira dalam program Empower Jeli yang digabungkan dengan cara yang diajar oleh guru Matematik dalam kelas.

"Biasanya saya dapat B sahaja dalam subjek Matematik tapi pada ujian percubaan UPSR yang lalu, saya berjaya memperolehi A dalam semua subjek. Guru luar dalam kelas bimbingan Empower Jeli telah memberikan saya teknik mengira yang saya gunakan ketika peperiksaan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Bajet 2012 turut manfaatkan PKS

Posted:

Bajet 2012 turut manfaatkan PKS

Bajet 2012 turut manfaatkan PKS

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 10 Okt. – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kelantan menyifatkan Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu, memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan peniaga khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini.

Yang Dipertuanya, Mohd. Rosli Ismail berkata, antara manfaat yang bakal dinikmati oleh PKS ialah Skim Dana Pembangunan PKS bernilai RM2 bilion yang diuruskan oleh Bank Islam serta dana RM100 juta di bawah skim SME Revitalise Fund untuk memulihkan syarikat PKS yang menghadapi masalah kewangan dengan jumlah pinjaman mencecah RM1 juta melalui SME Bank.

"Selain itu, kerajaan juga menyediakan dana inovasi pengkomersilan produk PKS bernilai RM500 juta, disalurkan melalui bank-bank Islam di mana kerajaan menanggung dua peratus kadar keuntungan pinjaman.

"Dana kecemasan PKS bernilai RM10 juta turut disediakan untuk membantu PKS yang menghadapi bencana membina semula perniagaan serta penambahan dana kredit makro Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) daripada RM150 juta sebelum ini kepada RM300 juta dan peruntukkan sebanyak RM2.1 bilion melalui Amanah Ikhtiar Malaysia untuk pinjaman kredit mikro tahun hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Majlis Program Gerak Gempur Usahawan dan Bengkel Bersama Agensi dan Industri di Politeknik Kota Bharu (PKB), Kok Lanas dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah PKB, Noor Azahan Othman.

Program selama tiga hari yang bermula hari ini menyediakan pelbagai program menarik antaranya gerai jualan, ceramah, 'explorace' dan beberapa aktiviti berkaitan dengan keusahawanan.

Tambahnya, Bajet 2012 jelas membuktikan keprihatinan pihak kerajaan dalam membantu golongan peniaga khususnya PKS di negara ini.

Mengulas lanjut mengenai Program Gerak Gempur Usahawan dan Bengkel Bersama Agensi dan Industri, Mohd. Rosli memberitahu, pihaknya menyambut baik program sebegini sebagai pendedahan awal kepada golongan muda khususnya penuntut institusi pengajian tinggi untuk menceburi bidang perniagaan atau keusahawanan.

Full content generated by Get Full RSS.

Kayuh basikal bertemu rakyat

Posted:

Kayuh basikal bertemu rakyat

Kayuh basikal bertemu rakyat


YUSOF Awang Hitam (tengah) bersama lebih 60 ahli Kelab Basikal Pemuda UMNO DUN Manir menjelajah 11 buah kampung untuk bertemu rakyat bagi melawat warga emas, orang kelainan upaya (OKU), anak yatim dan penghidap pelbagai penyakit di DUN Manir, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 10 Okt. - Menyusuri jalan-jalan kampung dan batas tali air untuk berdamping dengan masyarakat sudah menjadi rutin hujung minggu bagi Yusof Awang Hitam.

Memikul tanggungjawab sebagai Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir, beliau kali ini bersama lebih 60 ahli Kelab Basikal Pemuda UMNO DUN Manir menjelajah 11 buah kampung untuk bertemu rakyat.

Menurut Yusof, kayuhan bersama anak muda itu bermula pukul 7.30 pagi bagi melawat warga emas, orang kelainan upaya (OKU), anak yatim dan penghidap pelbagai penyakit di DUN berkenaan.

Bermula di Kampung Pulau Bahagia, kayuhan diteruskan ke Padang Macang, Beladau Kolam, Teluk Menara, Tualang, Durian Mas, Pujuk, Padang Sapi, Pulau Manis dan berakhir di Batu Hampar.

"Setiap keluarga menerima sumbangan barang keperluan dapur. Sebelum itu, kami singgah di Pasar Manir untuk bersarapan pagi bersama masyarakat peniaga di situ," katanya ketika ditemui pemberita di Pasar Manir dekat sini kelmarin.

Tambah Yusof, di samping mahu menyelami kecenderungan orang muda yang semakin meminati budaya berbasikal, tujuan program itu secara tidak langsung mampu menyemai sikap prihatin golongan itu terhadap golongan yang memerlukan perhatian.

Katanya, program bersemuka itu tanpa perbelanjaan yang besar dan cukup berkesan untuk mendekati rakyat di peringkat akar umbi, sambil mendengar keluhan golongan itu agar tiada yang rasa terpinggir.

"Secara tidak langsung, kita juga dapat meninjau keadaan kemudahan asas penduduk seperti keadaan rumah, jaringan jalan kampung, bekalan air, tali air serta prasarana sukan untuk golongan muda beriadah," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Sultan amat tersinggung

Posted:

Sultan amat tersinggung

Sultan amat tersinggung

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 10 Okt. – Siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas majlis Thanksgiving Dinner yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu mendapati berlaku cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam

Sehubungan itu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di negeri ini.

Berikutan adalah kenyataan penuh Sultan Sharafuddin Idris Shah:-

Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat di atas tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis 'Thanksgiving Dinner' yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu.

Beta amat berharap agar rakyat Negeri Selangor tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS.

Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam Negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan Agama Islam dalam Negeri Selangor ini sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya tersebut dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS. Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor ini.

Tindakan JAIS tersebut adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.

Agama Islam yang diamalkan dalam Negeri Selangor ini adalah sebuah agama yang penuh toleransi. Penganut agama Islam sentiasa dipupuk agar menghormati penganut-penganut agama lain.

Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.

Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988 yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.

Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni.

Hak kebebasan tersebut telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan.

Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam.

Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam.

Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil.

Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun Beta menitahkan JAIS memberikan kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipulihkan.

Beta juga menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.

Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam dalam Negeri Selangor ini hendaklah dihentikan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan.

Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini.

Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak lagi selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat berkaitan isu ini dan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JAIS.

Full content generated by Get Full RSS.

Ananda nafi berlaku salah laku pembelian Aircel di India

Posted:

Ananda nafi berlaku salah laku pembelian Aircel di India

Ananda nafi berlaku salah laku pembelian Aircel di India

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Maxis Communications Bhd. (Maxis) yang dimiliki oleh tokoh korporat terkemuka T. Ananda Krishnan menafikan sekeras-kerasnya berlaku sebarang salah laku dalam pembelian Aircel Ltd. di India pada tahun 2006.

Maxis dikaitkan dengan tindakan oleh pihak berkuasa India, Biro Penyiasatan Pusat (CBI) mendakwa bekas Menteri Persekutuan, Dayandhi Maran dengan konspirasi jenayah, penyelewengan dan rasuah berhubung dakwaan membantu memberikan lesen telekomunikasi semasa beliau menjadi Menteri Telekomunikasi antara Februari 2004 dan Mei 2007.

Maxis dalam kenyataan di sini berkata, pengambilan alih Aircel adalah transaksi komersial, transaksi setaraf antara penjual dan pembeli yang sanggup, malah Maxis telah membayar pada harga yang dituntut oleh penjual, Siva Ventures Limited (Siva).

Selain itu, Maxis baru-baru ini telah berjaya mempertahankan prosiding timbang tara antarabangsa terhadapnya oleh bekas pemilik Aircel, Siva, di mana tuntutan terhadap Maxis ditolak secara keseluruhannya.

Maxis berkata, pihaknya masih belum menerima Laporan Maklumat Awal (FIR) tersebut tetapi memahami bahawa syarikat tersebut bersama beberapa pihak yang lain telah dituduh atas dakwaan paksaan dan rasuah.

"Maxis maklum mengenai siasatan yang sedang dijalankan oleh Biro Siasatan India (CBI).

"Walaupun kecewa terhadap FIR yang difailkan namun kami tetap memberi kerjasama penuh kepada CBO kerana yakin dakwaan tersebut tidak berasas dan tidak benar," katanya.

Tambahnya, Maxis kekal komited terhadap pasaran telekomunikasi di India yang mana sejumlah lebih AS$8 bilion telah dilaburkan sejak mengambilalih Aircel.Ia kini mempunyai pelanggan seramai lebih daripada 50 juta orang.

Sementara itu Dow Jones dalam laporannya memetik jurucakap CBI, Dharini Misra sebagai berkata, selain mendakwa Maran, CBI semalam turut menfailkan FIR untuk memulakan siasatan rasmi terhadap abang Dayanidhi Maran yang merupakan Pengerusi Sun TV Network Ltd. (Sun TV), Kalanidhi serta T. Ananda Krishnan.

Dakwaan yang sama juga difailkan terhadap Sun TV, Astro All Asia Networks PLC, dan Maxis serta eksekutif kanan Maxis, Ralph Marshall, katanya.

Dakwaan itu membawa hukuman penjara minimum selama enam bulan sehingga lima tahun dengan dikenakan denda.

Maran merupakan menteri persekutuan kedua yang meletakkan jawatan dalam tempoh kurang setahun selepas bekas Menteri Telekomunikasi, Andimuthu Raja didakwa mengenai peranan mereka terhadap peruntukan lesen dan khidmat telekomunikasi generasi kedua.

Maran menjadi tumpuan selepas media tempatan melaporkan bahawa beliau memberi kelebihan kepada syarikat telekomunikasi tidak disenaraikan iaitu Aircel Ltd. semasa menjadi menteri.

CBI sejak itu telah memberitahu Mahkamah Agung, Maran telah memainkan peranan dalam memaksa pemilik Aircel untuk menjual kepada Maxis pada 2006.

Aircel pada waktu itu dimiliki oleh pelabur C. Sivasankaran, yang tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.

Full content generated by Get Full RSS.

Lagi warga Malaysia diculik di Filipina

Posted:

Lagi warga Malaysia diculik di Filipina

Lagi warga Malaysia diculik di Filipina

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS dan ILLAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Seorang rakyat Malaysia dipercayai diculik oleh empat lelaki warga Filipina ketika membeli ikan di Pondohan Lok Angki, Sitangkai di Kepulauan Tawi Tawi, selatan Filipina, Rabu lalu.

Mangsa, Pang Chong Pong, berusia 47 tahun dan sudah beristeri itu berasal dari Kuching, Sarawak dikatakan dilarikan kumpulan penculik berkenaan kira-kira pukul 10 pagi.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika mangsa bersama tiga pekerjanya yang dipercayai warga Filipina menaiki dua buah bot untuk melakukan urus-niaga membeli ikan hidup di kawasan itu.

"Difahamkan, mangsa dan tiga pekerjanya telah berada di Sitangkai sejak Selasa lalu.

"Ketika di kepulauan itu, mangsa dilaporkan dihampiri empat lelaki yang tidak dikenali dan bersenjata api. Dia kemudian dilarikan ke lokasi yang belum diketahui," kata sumber itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum ini, seorang rakyat Malaysia, Mohd. Nazaruddin Saidin, 38, diculik Kepulauan Jolo, Filipina pada 7 Mei lalu dan kini belum dibebaskan setelah kumpulan penculik meminta wang tebusan bernilai jutaan ringgit.

Dalam kes terbaru ini, mangsa merupakan pengusaha ikan sangkar di laut Kampung Bangau-Bangau, Semporna dan sering ke Sitangkai untuk membeli ikan hidup.

"Setakat ini, pihak penculik belum menghubungi mana-mana pihak untuk menuntut wang tebusan. Identiti penculik dan motif jenayah itu juga belum diketahui tapi kita percaya ia berkaitan dengan wang tebusan," katanya.

Berikutan kejadian itu, keluarga mangsa membuat laporan polis selepas kehilangan mangsa.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia difahamkan tiga pekerja mangsa ditahan oleh polis untuk membantu siasatan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved